Showing posts with label My HomE mY famiLy. Show all posts
Showing posts with label My HomE mY famiLy. Show all posts

Mar 20, 2015

Cili Merah Vs Cili Kering


Assalamualikum

Wahhh.. baru sempat berblog.. dah bersawang dah mak oiiii..


Sejak kebelakangan ni, En Suami selalu cakap;

"sambal mak (mak mertua) pakai cili apa??"
"sambal mak taruk apa?"
"sambal mak sedap la"
"buat la sambal macam mak..."

Dia tak tahu, 4 tahun yang lepas, resepi sambal ni la yang dibawa masuk dalam menu harian.. sebab resepi tu je yang Puan Opah ajar ibu dari kecil kan.. tapi tak dapat sambutan.. dia suka resepi sambal mak dia.. guna cili merah dan cili padi.. siap suruh beli cili merah dan belajar dari mak lagi..

Nampaknya sekarang dia dah mula terjatuh cinta versi Puan Opah.. pergi pasar siap tanya nak beli cili merah atau cili kering.. maka, buatkan la sambal ikan bilis guna cili kering.. dia tak tahu, permintaan sambal ikan bilis tinggi masa zaman anak dara dulu... kalau restoran no.18 taman sri gombak tu lagi tak payah cakap.. memang main order je demenye...


Hah.. hambik, makan sampai licin nasi bertambah-tambah.. tu la.. dulu jual mahal sama itu sambal cili kering... tapi masa mula-mula buat last week memang terkial-kial la kejap.. almaklum la dah lama tak buat.. keseimbangan rasa tu tak dapat adjust dengan betul..

En Suami yang kaki pedas ni, kalau tak ada sambal memang makan sikit je.. cuba tengok kalau sambal depan pinggan.. yuuuummmm, kita yang jilat jari.. sekarang anak dar tu pun sebijik macam ayah dia.. makan tak ada "dash" tak nak.. tapi Ibu memang tak bagi sangat diorang makan, nak jaga tahap kolestrol, jaga kesihatan.. mesti la sebab sayang deme ketat-ketat..


sambal in the making

Sambal ikan senangin siapppppp!!

Aug 11, 2014

Kisah Laki Bini

Assalamualikum..

Kisah Laki Bini part 715
---------------------------
Bini sedang ajar anak mengaji, tiba tiba baby meragam.
Tak nak susahkan bini, aku cuba pujuk baby, sekali bila semak punggung anak, berak rupanya, lampin dah bocor, aku pun sebagai bapa misali akhir zaman terus basuk berak anak, sila kagum dari jauh.
Oleh sebab seluar baby dah kotor, aku tukar seluar baru.
“Bang, kenapa pakaikan baby seluar siang, kan dah malam ni”
Tegur bini buat aku terfikir, Oh rupanya ada baju bahagian siang dan ada baju bahagian malam. Tapi sebab tak faham aku tanya balik:
“seluar malam yang mana satu?”
“tentulah seluar panjang, baru baby tak sejuk dan nyamuk tak gigit”
Ye tak ye jugak, akupun cari seluar panjang baby dan ganti dengan seluar tadi.
“abang, kenapa tukar seluar warna tak match dengan baju, kan baju tu ada sepasang?”
“yang kotornya seluar, buat apa nak tukar baju! Tukar seluar dah lah!”
Hujah aku dengan logik akal, bini aku diam jer, dan sambung ajar mengaji pada anak anak.
Lepas dah ajar anak yang lain mengaji, bini ambik baby untuk menyusu.
Akupun pergi keluar rumah untuk kunci pagar sebab dah malam, bila masuk rumah balik, aku tengok baju baby dah bertukar match dengan seluar tadi.
Woha!
Sensungguhnya, aku tak paham orang perempuan, tapi inilah kisah laki bini, adohai..

Copy paste from fb 
Hamka (Kereta Mayat)

Hahaha.. senyum simpul bila membacanya... Honestly, en.suami  sama macam lelaki-lelaki kat luar sana yang lebih suka anggap kerja rumah adalah tanggungjawab isteri.. 

Alhamdulillah, sepajang pja pantang ni, dia yang buat semua.. dari A sampai Z.. almaklum kami pantang sendiri di rumah sendiri.. kerja rumah dia buat, jaga budak-budak taska 5-6 org dia buat, masak lauk pantang dia buat.. dia sangat cekap ok.. syukur tak terkata, terharu sangat-sangat.. kalau dulu, jeles tengok orang ni dapat hadiah macam-macam dari suami dia, tengok suami orang tu belanja candle light dinner masa anniversary, suami si polan bawak dia pi melancong merata tempat, suami dia tu bagi mesej romantik-romantik gitu.. tapi masa pantang ni, semua jeles tu hilang begitu saje, sebab pja ada suami yang sangat membantu.. Itu pun dah cukup bermakna dan tak ternilai yang pja dapat.. hilang sakit bersalinkan anak.. sampai mak & mak mertua pun selalu cakap kat pja, "syukur la kau dapat suami yang rajin gitu.." hahaha.. abang jangan nak kembang sangat ok..opppsss.. terbocor rahsia pulak..

Tapi bab baju tu, pja memang tak kisah.. lantak la baju kakak insyirah kuning seluar biru ke.. janji dia pakai baju.. ayah dia dah tolong uruskan pun dah seribu rahmat..

*Entry khas buat sang suami..

May 16, 2014

3rd Anniversary

Assalamualaikum..

Ini cerita 13 Mei yang lepas.. our 3rd anniversary.. planning asal mak buyung ni kononnya mengidam nak bercuti ala-ala tempat tinggi, sejuk, nyaman & jauh dari kesibukan kota.. ala-ala romantik gitu.. tapi disebabkan cuti, masa dan beberapa faktor yang tak mengizinkan, redha je la dengan percutian balik hari ke bukit tinggi.. itu pun dah bersyukur sangat dari tak bercuti langsung..

Alhamdulillah, masuk tahun ke-3 dah usia perkahwinan kami.. pja sangat-sangat bersyukur dengan apa yang pja ada sekarang walaupun jobless.. haha.. ada suami yang bertanggungjawab & penyayang walaupun sedikit garang & tak romantik.. huhu.. ada anak yang bijak dan comel & semoga menjadi anak yang solehah yang mentaati Allah, Rasul, Agama, Ibu, Ayah.. dan adik baby yang bakal lahir tak lama lagi..

Berseri-seri tak muka kami.. huhu.. suka gambar nih..

Happy family.. adik baby disebalik maxi merah tu..
Tengah-tengah berjalan, boleh pulak si kecik ni melalak meragam.. pujuk-pujuk tak mahu.. lapar dan letih rupanya.. sebenarnya terlupa yang tak dia breakfast berat sebelum pergi tu.. masa kami breakfast tu dia tak mahu makan.. bila beli kentang tu, sebijik dia makan sorang.. itu je pun yang ada yang dia boleh makan.. Rancangan asal tak nak bawak dia sebenarnya.. haha.. tapi tiba-tiba kami kesian pulak nak tinggal..

Muka kelaparan

Dah kenyang la tu..

Thank you sayang...

Semoga kami terus tabah dan kuat dalam mengharungi hari-hari mendatang.. Ustaz kata 5 tahun pertama ni masih pengantin baru.. masih dalam mode berkenalan.. baik dan buruk.. masa ni la segala masam manis pahit maung bercampur baur dalam rumah tangga.. InsyaAllah, Allah sentiasa bersama hambaNya..

Apr 6, 2014

Dating With Adik Baby

Assalamualikum..

Selamat Pagi dan Selamat bercuti dihujung minggu.. hehe.. pagi-pagi lagi ibu dah bersemangat nak update pasal adik baby dalam blog yang macam dah tak berapa nak hidup ni kan.. dulu pantang ada masa terluang je, mesti bercerita panjang.. sekarang ni susah nak curi masa.. so, pagi ni sambil-sambil melayan kakak borak, sambil mendobi baju yang dah menggunung tu, nak relax-relax sambil update blog.. saja tak nak rushing sangat buat 'homework'.. tak nak letih.. hari ni hari rehat.. sebab hari sabtu hari berjalan.. haha..

Kalau ada yang perasan, 2 minggu lepas pja ada survey harga untuk buat scan detail 2D + 3D/4D.. actually pja memula tak terfikir pun nak scan.. bukan tak ada langsung.. tapi macam 50-50.. dengan masa dan kewangan.. plus en. suami pun tak ada bunyi, so, diamkan saja la.. lepas tu, ntah macam mana, en. suami yang bunyi pasal scan baby.. abang pada kawan dia ada buka klinik dekat kerling, servis utk detail ni RM100 je.. murah kan... tapi malangnya doktor laki.. pja kalau doktor laki je memang dah reject awal-awal since preggy insyirah dulu.. 1-segan, 2-memang tak redha mana-mana doktor laki yang cek perut ke, VE ke, tak suke.. eh, lari topik pulak..

Alang-alang menyeluk pekasam kan, biar sampai ke pangkal lengan.. so, terus la tambah asam dan garam.. hihi.. en. suami bagi green light suruh survey je, terus la jalankan misi.. Dulu buat dekat az-zahrah, tp az-zahrah office hour, terus reject.. sebelum tu eira ada bagi tau pasal scan malaysia.. dia kata detail scan RM150.. macam pelik jugak sebab murah sangat kan.. jumpa pulak ada klinik yang famous dalam blog-blog dekat puchong ni yang buat 3D/4D dengan harga RM80, ada owner blog tu siap blogwalking promote kata murah.. mostly pja call semua untuk kepastian kecuali scan malaysia tu.. dalam web memang dah jelas.. rupanya RM150 tu untuk detail 2D.. pja yang salah faham.. yang lain kat kerling tu memang RM100 pekej detail 2D + 3D/4D sebab kawasan luar bandar kot.. yang RM80 tu pulak hanya 3D/4D, tak termasuk detail, means tengok muka, pergerakan dengan jantina je tau, jangan keliru, beza tau.. ada juga makhluk yang cakap 3D/4D tu detail la, dah murah sangat la tu, nak murah camner lagi.. pja siap call front desk klinik tu, dia pun tak paham detail tu macam mana.. dia kata include.. bila tanye buar yang kire tulang, cek cecair otak sumer bagai tu.. tergagap-gagap tak tahu, "ye la kot" katenye..

Banyak jugak klinik yang pja tanya.. tapi hanya scan malaysia yang masa dia flexible dan harga berpatutan.. so, lastly kami decide pegi sana.. memula nak pergi yang dekat puchong jaya je, tapi ada yang kata kualiti gambar scan machine dia kurang, so, possibility nak nampak muka dengan jelas tu kurang plus perut pja ni kan tebal, memang susah nak nampak baby dengan jelas.. kalau yang jenis perut nipis tak ada masalaha kot rasanya.. machine yang bagus dekat ampang, shah alam dengan seri kembangan je, based on warning yang pja dapat mase booking tu la.. last-last buat dekat ampang.. dekat dengan gombak pun kalau nak balik rumah opah..

Adik baby yang sangat suka sorok muka dan terkangkang
Sepanjang scan, susah sangat nak tengok muka adik baby dengan jelas.. dia suka sorok muka.. haiihh, geram betol.. siap buat muka nak menangis.. so, sweet.. tapi masa nak tengok jantina, mak aihh, senang betul, kangkang tak mahu tutup-tutup.. ms jezzlyn siap suruh turunkan kaki, dia buat dekkk je.. kakak pulak dia yang terlebih excited.. bising & banyak cakap.. suka sangat dia dapat tengok baby.. sampai ms jezzlyn kate "kakak ni lucu la.. pandai dia cakap..".. nak tau jantina baby? cer tanya kakak.. dia tahu.. dari awal preggy pun, kalau tanye kakak, adik kakak baby boy ke girl? jawapan dia tetap sama tak pernah berubah.. dengan dia je pun yang adik suke borak.. sebab kakak rajin melayan..

Overall sangat puas hati, walaupun giliran untuk masuk scan tu macam terabur sikitkan, macam geram la gak.. tapi sebab dia pandai pujuk adik baby, semuanye jadi ok..

nota kechik comel-comel: konon sebelum masuk scan, makan coklat supaya adik baby aktif, tapi in the end kakak yang terlebih aktif.. haha.. adik banyak tidur je..

Oct 31, 2013

Insyirah # Ayah.. Atok.. Opah... Nenek...

Assalamualaikum..

Pening kepala dengan anak dara sorang ni.. Lately ni panjang sangat akal dia.. macam-macam dia buat kalau tak dapat sesuatu yang dia nak atau kalau dia kene marah coz dia ulang-ulang kesalahan yang sama.. pasal nak barang tu, pja jarang layankan melainkan sesuatu tu memang boleh dipenuhi atau pja memang nak penuhi sebagai reward..

Dia melalak depan orang ramai tu dah biasa dah.. sofar kalau kami tak bagi, memang biar je dia menangis atau pun cuba alihkan perhatian dia dengan benda lain.. tapi yang tak tahan nya.. bila dia nak sesuatu, ibu ayah buat dekkkk je, mula la dia melalak jerit.. "atokkk.." atau "opahhhhh.." ataupun "nenekkkk.." haih.. geram.. penah tu, dia menangis sebab nak pakai selipar dalam rumah.. even rumah nenek sedara dia pun, still rumah orang kan.. kitorang tak bagi la.. pe lagi, menjerit la satu rumah.. last-last atok sedara dia bagi la juga.. lepas dapat pakai kasut je, terus lari peluk nenek... tepuk dahi...

Kalau keluar dengan atok dengan opah lagi la macam-macam.. suke sangat la kalau atok dengan opah dukung, dapat kopok la, coklat la.. tu belum kes dia dapat reward aiskrim sebab cium atok banyak kali... rase nak gigit je..

Kalau duduk taska plak, bile kene marah dengan ibu, terus pergi dekat grill rumah, jerit "ayahhhhhh..." kuat-kuat sambil nangis..




Jun 12, 2013

Semoga Selamat - Atok & Opah

Assalamualaikum..

Diam tak diam, esok dah 13 Jun.. InsyaAllah esok en. atok & pn. opah bakal terbang untuk mengerjakan umrah sampai 24 jun 2013... waaaaaa... sedey bangat lo ditinggalin..

Mungkin sebab pja antara yang paling selalu dok ikut je belakang opah & atok, jadi bila diorang berjalan tinggalkan pja tu sedey la pulak.. pastu kalau diorang jalan tinggalkan pja then bawak pulak orang lain, jeles la plak... hahaha.. gedik kan...

Atokk, Opahh... nanti insyirah rinduuuu... haha.. saje je guna nama insyirah kan...

En. atok & Pn Opah pergi umrah bawak haziq, nenek dan mak long.. murah rezeki diorang.. Alhamdulillah.. semoga rezeki kami pula akan datang menyusul.. semoga semua selamat pergi dan selamat pulang.. semoga Allah permudahkan urusan Ibadah kalian..

May 13, 2013

Babysitter

Assalamualaikum..

Last weekend pja jadi babysitter pada anak-anak buah.. kebetulan ummi dan abah diorang pergi conference, atok dan opah pulak pergi kursus haji dan umrah.. so, dah tak de orang yang boleh tolong tengok-tengokkan diorang ni, pja pun turun la..

Time orang ramai or opah ada sekejap diorang ok tau.. bila pja sorang-sorang handle, terus gamat jadinya... waaaaa.. dok mikir bukak taska nanti if tak de pembantu memang la masakkkk... haha..

Actually dah memang perangai kanak-kanak below 3, dia akan anggap barang dia is barang dia dan barang orang is barang dia.. so, yang adik-adik (insyirah & asyraaf) ni memang kreatif cari mainan diorang sendiri.. tapi afkar bile dia tengok yang 2 orang tu main dengan seronok nya dia terus amik.. asyraff cool orangnya.. biar la abang nak buat pe pun, tak da hal punya la.. tapi yang insyirah memula dia biarkan.. tapi bila dah banyak kali dia mula la usik orang tu balik.. sampai menjerit-jerit afkar.. haih.. 

Bila afkar dah buat hal dia sendiri, yang adik-adik ni pulak bergaduh nak baring atas riba ibu.. bila insyirah nak susu, sure asyraaf nak susu sama, then terus dia baring dan cari susu dekat pja.. alala, sian pulak.. panaskan susu.. ok kejap je.. bila dia tengok insyirah susu balik dia nak baring atas riba balik.. haha...

Paling mencabar bila dua-dua dah mengamuk nak tido.. ragam masing-masing tu dah tentu ada la.. insyirah kalau nak tido dia akan susu dulu sampai kenyang, then letak bawah memang dah tak de masalah.. tapi time tu saje je dia tak nak lelap mata.. saja buat lambat-lambat.. bila letak bawah mengamuk... yang asyraaf pulak sebab dah biasa tido buai agaknya, dengan pja dia nak kita peluk dia sambil goyang sampai dia lena.. kalau tak selagi tu dia jerit kuat-kuat.. udahnya nak tidokan diorang sampai sejam..  masing-masing tak nak ngalah.. insyirah pun kuat sakat adik..

hasilnya.. berjaya jugak tidokan dua-dua..
[hasil gambar kurang cantik sebab tangkap dalam gelap dan edit kasik cerah]
Sampai sudah afkar tak ngam dengan insyirah sebab insyirah suka sakat dia.. asyraaf je maintain cool... caya la adik...

Apr 2, 2013

Dating day

Assalamualaikum

Pja dapat idea dating day ni dari kak lia.. dia tak letak nama dating day pun.. pja je yang letak.. hikhikhik..
psssttt... seriusly, pja memang admire kemesraan keluarga kak lia.. antara anak-anak dia, antara suami isteri.. walaupun dia tak cerita detail pun kat pja, tapi dari cerita-cerita dalam blog dia yang sikit tu pun rase bahagia sangat.. orang kata, yang baik tak salah jadikan panduan kan..

Kita ni bila masing-masing bekerja sebenarnya masa untuk keluarga jadi kurang.. nak-nak kalau weekend pun ada tanggungjawab lain.. walaupun sebumbung masing-masing rasa jauh.. betul tak.. pagi bangun pergi kerja, balik dah lewat, dia dengan kerja dia, kita dengan kerja kita.. sampai masa tido.. kurang cakap, kurang gelak tawa.. seriusly, pja rindu sangat gelak tawa abang yang dulu.. yang gelak tu hanya untuk kita berdua.. (stop kejap, air mata tak boleh berhenti).. kalau dulu pja cakap kenapa la berjalan tak bawak anak sekali.. sekarang pja dah paham ape kepentingan menghabiskan masa berdua tanpa anak-anak sekali sekala..

Actually dating day ni dah 2 bulan tertangguh disebabkan hal-hal tak boleh elak.. Alhamdulillah semalam dapat juga pergi.. tak pergi jauh pun, setakat tengok wayang, main bowling walaupun asyik la masuk longkang.. gelak-gelak.. jalan berdua pimpin tangan.. sweet sangat ok.. Terima kasih abang... (ok.. air mata gedik seorang perempuan mengalir lagi...) petang tu baru amik insyirah awal dari rumah mama then kami pergi jalan-jalan kat taman tasik cyberjaya.. layan sikecil pulak..

Gambar ayah dengan ibu letak kecik cukup la.. hehe..
Siap buat tangan cam tu then cakap "hah.. hah.. tak tahu..."
Thanks kak lia juga.. walaupun kak lia tak suruh pun, tapi idea tu sangat bagus..

nota kecik : pergi tengok wayang cerita G.I. Joe.. boleh pulak layan sedangkan tak berapa minat.. pastu tengok ada the rock terus suke.. haha.. antara pelakon cerita aksi yang pja minat Dwyane Jonhsan & Vin Diesel.. 

Updated :  Pergi dating tu tak perlu selalu.. kalau ada masa sebulan sekali, klo tak de mase, 6 bulan sekali pun tak pe.. janji ada masa untuk bersama pasangan.. bukan lepas berjalan tak bawak anak.. cuma sekali sekala perlu bagi ruang privasi untuk hubungan suami isteri.. betul tak?

Mar 19, 2013

Kembar Sepasang

Assalamualaikum..

Sepatutnya entry ni taip semalam.. tapi sebab de citer lain nak cerita semalam, jadinya hari ni buat entry basi la..

Kisahnya 2 malam lepas, pja mimpi..... haha.. walaupun orang kata mimpi tu mainan tido, mainan syaitan, pja tetap nak cerita.. sebab mimpi pja ni kadang-kadang dejavu..

Waktu tu serasanya memang rumah sendiri walaupun view dia lain dari rumah sekarang.. pja pangku sorang budak dan sorang budak lagi baring depan pja.. yeay!! dapat anak kembar!!.. kembar lelaki.. haha.. exited giler.. pastu insyirah datang seperti seorang kakak yang penyayang.. haha.. best giler time tu rasenye..

Bangun je tido terus "amin" minta direalisasikan.. sebenarnye pja mengidam kembar sepasang.. nak sangat-sangat.. memang dari sebelum mengandung insyirah dulu.. lagi pun family belah ayah memang berderet kembar.. kembar 3 pun ada.. bestkan.. adik-adik(arwah meninggal masa kecil) ayah pun kembar.. Hussin dan Hassan namanya..

Orang kata, selalunya kalau mak ayah kita ada kembar, kita tak ada kembar, InsyaAllah baka kembar tu akan turun ke anak.. Lagi satu juga, dia akan kuat turun pada anak cucu perempuan iaitu anak kepada anak lelaki si ibu.. paham tak? haha.. pja pun pening.. dia cross.. means, dalam situasi pja sekarang, opah ada anak kembar, ayah (Anak opah) akan bawa baka then kebarangkalian untuk dapat anak kembar adalah tinggi pada anak-anak perempuan ayah iaitu pja dan kakna.. lebih kurang macam tu la.. sepatutnya mak pun boleh dapat anak kembar, tapi sebab mak tak dapat, so, kemungkinan untuk kami-kami ni dapat jadi tinggi..haha.. agak-agak paham tak?... tapi Wallahu'alam.. ni pja de baca-baca dalam internet la.. tapi sejauh mana sahihnya pendapat ni, pja pun tak pasti.. 

Korang pun amin kan tauuuuuu.. hehe.. tq awal-awal...

Nov 9, 2012

Beli Rumah

Assalamualaikum..

Sape tak beli rumah dok non!!.. semua orang nak ade rumah sendiri... lately semua orang dok bising kata rumah sekarang mahal ya ampun.... ermmmm.. geget jari je la kami yang muda-muda baru nak hidup ni...

Before kawen kami husband n wife pernah juga bincang pasal perkara ni.. but en. suami tak nak beli rumah sampai pja dapat kerja tetap.. sebab dia nak rumah kami dekat dengan tempat kerja pja.. baik kan hubby ku.... :) sebab dia pikir pasal daku...

Disebabkan tu, kami sewa dulu dekat puchong.. dekat dengan tempat kerja pja waktu tu dekat cyberjaya.. 15minit je ikut jalan belakang... tapi after tu pindah putrajaya still dekat juga lagi..

But lately ni dia macam dah mula bersuara nak beli juga rumah.. but after bincang kami tak kisah rumah baru or second hand, but rumah tu klo boleh convenient la.. bermaksud dari aspek suasana orang-orang dekat kawasan tu, kewangan kami (jangan sampai bayar umah bulan-bulan sampai tak de duit spare langsung untuk masa akan datang) dekat dengan tempat kerja.. paling penting perkara bekaitan dengan pengasuh insyirah...

Setelah dok cari-cari.. pja rasa pja selesa sangat dengan rumah sewa sekarang.. means keadaan rumah sekarang.. kot kalau ade orang nak jual, nak je kami beli.. tapi kalau boleh nak tingkat 1.. macam groundfloor sekarang ni agak terganggu la sikit.. lagi satu faktor keselamatan kat tempat ni bagus.. pegawai keselamatan dia memang tip top.. you all bayangkan anak-anak kat sini bebas bermain.. kanak-kanak 3-5 tahun tak de hal nak pergi main dekat luar.. sebab sini dah jadi satu komuniti.. macam-macam aktiviti tiap weekend.. so semua parents kenal each other.. Kalau kene tinggal dek en. suami pun tak rase takut la..

Macam sekarang, pja kuar pukul 7.30 pg pun sempat lagi sampai ofis sebelum pukul 8 pg.. then balik pukul 5 ptg, 5.30 dah sampai rumah.. siap-siapkan barang nak masak sikit, baru ambil insyirah pukul 6 ptg.. after tu sambil-sambil suap insyirah dah boleh masak.. pukul 7 lebih dah boleh makan.. selesa kan.. tak de la balik rumah malam... badan yang tersedia penat ni bertambah penat...

So, korang yang dah kawen-kawen ni or merancang nak kawen, terutama yang ade anak, jangan la terburu-buru sangat nak beli rumah.. asal cantik, rase murah terus beli.. tapi bila kira-kira balik duit tol dan duit minyak pergi balik keje tu lagi mahal dari segalanya.. tu belum lagi faktor sampai rumah lewat.. takkan nak balik lewat sampai 9-10 malam.. kot ade anak, takkan nak biar anak sampai malam-malam dekat rumah pengasuh.. tu tak pikir panjang namanye..

Oct 15, 2012

Buku dan Voucher buku...

Assalamualikum..

Buku??
wahh.. my feberet... mase zaman dolu-dolu ececeh.. macam la dah tue sangat.. haha.. tersangat suka la beli buku.. anytype of book.. kalau zaman blaja dulu, tak suka fotostat-fotostat ni.. tak de feel... haha.. tapi bengapnye camtu gak...

Since pja tengah aktif in early childhood ni, banyak yang syorkan tajuk-tajuk buku yang bagus.. antaranya buku Tarbiyyatul Aulad, Penjagaan kanak-kanak, and etc... sangat banyak dan harga nya pun.... ermmmm. menjilat jari.. tapi tak semua la nak beli.. tengok yang agak-agak membantu je la..

After beberapa calculation, rasanya pja perlukan 5 buah buku dengan kos hampir rm400.. mak aaaaiihhhh... mana nak cekau duit...

Tiba-tiba tingggggggg!!!! idea pun datang.. hold dulu la buku-buku ni... nak tunggu voucher my husband....!!!
kihkihkih... dapat RM250... lebihnya boleh topup...

Mende ni akan jadi sumber rezeki kami suatu hari ni.. so dia kene bagikan.. kene support juga... haippppp!! kalau tak bagi, nanti rotan karang... hehe...

Jun 8, 2012

Summer

Assalamualaikum..

Fuh... summer kali ni mencabar tol.. haha.. summer ke? nok! ko lupe eh yang ko berpijak di bumi malaysia yang hanya ada musim buah? tu pun dah macam tak de musim tu.. haha... just kidding.. sila abaikan..

Tapi serius panas.. rumah pja memang panas.. ventilation yang kurang baik.. rumah bawah, nak buka tingkap/ sliding/ pintu selalu agak payah.. tak kan nak bertudung 24jam.. orang lalu lalang depan pintu je.. then faktor kedudukan rumah yang terkepit antara 2 blok yang lain, pancaran matahari yang direct.. ececehhh... bunyik-bunyik engineer de dah tuh..

Pja memang serius tak tahan.. dekat rumah memang pakai seluar 3/4, dengan spegetti je.. tak tahan.. mase preggy dulu lagi teruk.. tapi sekarang ni kesian dekat insyirah.. sebab dia mewarisi ibu dia yang kuat peluh ni, dekat seminggu ni badan dia dah naek ruam.. masa tido, menyusu, abih basah rambut dia macam baru pas mandi.. tempat tido pun jadi lembab...

Alhamdullilah dia tak mengamuk.. cuma menguit-nguit sikit je.. kesian sangat.. kita ni tak tahan, pe ntah lagi dia.. tak pe ye insyirah.. tahan sikit ye..  nanti kita suh atok belikan air cond eh... hahaha...

nota kechik peringatan : Api dekat neraka lagi panas tau!!

Jun 7, 2012

Kenduri Kawen

Assalamualaikum

Orang dok sibuk-sibuk dengan pengantin, we all sibuk tangkap bergambar syok sendiri.. haha.. tak nak citer banyak, korang tengok je la ye....

 On da way ke rumah Onyang.. ibu tolong drive after ayah dah tersengguk-sengguk..

 1st family potrait.. very like diz pic... a million like!!

 Ibu control ayu.. haha..

  Suka buat mulut.. hidung kembang tu yang tak tahan..

 Hasil tangan ibu.. tibe-tibe tak puas hati mase gubah kat sane..

Dah nak pergi majlis akad nikah, boleh pulak tido.. sebelum tu bantai mengamuk sampai semua orang susah hati..

 Ayah apis akad nikah..

Abadikan kenangan di Masjid Tok Guru.. 

 Jalan-jalan dipagi hari amik angin..

 Aiippp.. dah pandai nak makan ye.. belum boleh lagi tau sayang...

 Insyirah bersama Onyang, Onyang yong & nenek limah..

 Selamat hari raya semua!!

 Ayah dera Insyirah...

 Ibu bagi bunga, dia nak masuk mulut pulak..

 Three of Us again...

Abang Afkar sayang Insyirah ok!!

Jun 4, 2012

Keterujaan

Assalamualaikum..

Sapa yang tak teringin nak ada rumah sendiri ye tak? harta sendiri or kongsi dengan pasangan..

Teruja tengok gambar rumah baru tak tahu rumah dia or rumah saudara dia sorang kenalan ni.. 
ok, pja minat giler konsep rumah tu..

Teruja nak dapat rumah idaman Semi-D dengan konsep idaman hati...

Sabar wahai hati... 
InsyaAllah.. 
Perjalanan kamu baru hendak bermula..
Jika termaktub rezki kamu, InsyaAllah...

Mood : tak sabar nak pijak step seterusnya!! kaki dah terangkat!!

May 22, 2012

Cuti-cuti Malaysia..

Assalamualaikum..

Start esok pja akan bercuti ke jeli dan Kota Bahru.. haha.. padahal adik kawen...

Sambil tu saja nak berjalan-jalan bersama suami & anak tersayang.. almaklum la, dah lama rasenye tak pergi bercuti...

Walaupun dah 2 hari pja tak updated post.. pja akan sambung lagi 5 hari untuk tak updated post... sila ambil maklum.. *wink....

Otak dah berkecamuk, akal dah stress, perasaan dah moody... ape yang kau merepek ni labu??... esok akan tinggalkan semua resah gelisah dan mula bergumbira...

nota kechik serabut : Susu sangat merundum.. dari 8 oz skali pam, tinggal 3 oz je.. arrrghhh... ni semua gara-gara stress... malam ni nak buat power pumping.. berjalan kene bawak pam & ice box!! 

May 21, 2012

Aqiqah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah... Hampir kesemua perkara-perkara sunat sambut insyirah ibu dan ayah dah laksanakan.. Iqamah, tahnik, ayah cukur rambut insyirah (cuma rambut tu belum dapat timbang sebab tak tahu nak timbang kat mana), menamakan insyirah pada hari ke-7, berkhatan pun dah.. tinggal nak buat aqiqah je..

InsyaAllah, kalau tak da aral melintang, nak buat aqiqah tu after raya puasa.. kemungkinan jugak, kongsi sekor lembu dengan sepupu-sepupu dia yang sebaya.. lembu murah sikit..


Yang menjadi ralatnye, pja macam nak buat event tu ada goodies, kiranya majlis yang ada theme la.. wah... besar sungguh cita-cita ibu.. haha... Insyirah pakai dress, princess of the day, little cute cuppies by Sweet Natalyn Delight as a goodies.. Lepas tu, ada candy bar.. haha.. dah macam birthday party pulak..


Kot tak dapat semua tu  kot ayah dia kate buat doa selamat cukup la... pja nak la sekurang-kurangnya ada goodies... ada little cute cuppies tuh... Act pja dok design bekas cuppies tu tapi beli cuppies fondant dekat netty untuk kenduri hafiz.. tapi ayah pulak reject.. kecewa pja.. padahal dah budget 1 goodies jatuh dalam RM2 je.. tapi kecik sangat cuppies tu katenye.. nanti orang tak puas makan.. haha..

Tapi sebab dah kongsikong majlis dengan sepupu-sepupu dia.. buat pulak dekat rumah nenek sepupu dia tu.. macam tak sedap pulak ibu nak buat cuppies just from insyirah... kalau nak ajak diorang buat cuppies tu, takut diorang tak nak, then kalo ibu buat juga just from insyirah, takut pulak cuppies tu di beri tanpa kawalan.. :(

Camner erk?

May 15, 2012

Anniversary

Happy Anniversary to my beloved husband...

Pejam celik-pejam celik, dah setahun usia rumahtangga kami...

Hasil dari peristiwa genap setahun yang lalu...
Ini la hasilnya...

Taadaaaa... 

Nur Insyirah binti Mohamad Nor
3 Bulan 3 Minggu 4 Hari
5.6kg ++
63cm

Nota kechik : Entry ni sebenarnye dari ahad lepas dah berkepuk dalam draf.. tak post sebab tak menyempat2.. 

Apr 24, 2012

Ragam anak Ibu

Assalamualaikum..

Insyirah.. Insyirah.. 3 bulan, tiga macam perangai... kalo 9 bulan, 9 macam perangai la anak ibu tu nanti.. ishh..ish... Tak pe la insyirah.. janji insyirah membesar dengan sihat, bijak, baik.. semua ye..

Tiap kali dia naik bulan baru, samada sebelum atau selepas dia mesti dapat satu akal baru.. 

Yang terbaru ni, dia dah kurang tido.. tu ok la.. boleh main dengan dia, borak.. jana pertumbuhan otak dia.. tapi yang tak bestnye dia tak nak baring.. means tak nak letak atas tilam.. kalo kita pegang dia, tak nak dalam keadaan baring.. nak duduk atau diri je...

pic insyirah tak nak baring.. nak duduk je mase kat klinik...

Kalo kat rumah tu ok la.. kalo ibu wat keje, ayah de nak layan.. risonye kat rumah pengasuh.. bila tak angkat dia, bantainye melalak kuat-kuat.. kita pun penat gak nak pegang je.. 

Adoiiii insyirah... jangan la cam tu insyirah... sian kat mama insyirah.. dia nak jage abang-abang ngan kakak lagi.. nak masak lagi, nak solat.. kalo nak pegang insyirah je camne dia nak wat keje.. nanti kalo mama tak nak jage insyirah kan dah susah.. riso la ibu.. insyirah kan budak baik.. jangan wat camtu lagi ye sayang.. dengar cakap mama ye..

Lagi satu, kalo orang ramai, gagah dia tahan ngantok tak nak tido.. errmmm... 

Apr 18, 2012

3 bulan

Assalamualaikum..


Diam tak diam.. hari ni anak ibu dah 3 bulan.. 
dah pandai gelak, 
dah suke bercakap, 
dah pandai pegang toys, 
dah pandai cebik,
dah pandai main-main,
dah pandai gigit ibu..

Ibu doakan insyirah sihat badan, sihat akal, jadi anak solehah, taat pada Allah, taat pada agama, taat pada ibu bapa, murah rezeki selalu, pandai, bijak dan diredhai didunia dan di akhirat ye...

Nota kechik garuk pale : dah dua hari berturut pja mimpi orang-orang kat opis lame.. malam semalam mimpi en. arshad belanje makan.. malam tadi mimpi jumpe netty, kak li ngan ain bawak pja datang opis.. opis dah laen pulak tu.. netty siap soh makan kek blueberry.. haha.. apekah maksudnye tuh??????

Apr 9, 2012

Weekend yang capek

Assalamualaikum...

Capek banget sih.. haha.. bukan insyirah je, ibu pun.. dan myb ayah pun.. ZZzzzzzz... cita-cita nak tido kalo samapi awal pagi tadi tak kesampaian...

Pjanye penat  + pakej kepala pusing, jalan terhuyung-hayang kat ofis start hari khamis lagi.. balik lambat.. meeting sampai pukul 7-8 malam.. Memang btol-btol diorang gunakan aku sebagai penolong setiausaha M41... time meeting hari khamis dengar suara chairwomen macam suara insyirah.. hari jumaat pulak dengar suara sub-sub macam suara insyirah nangis.. hilang fokus ku...

Balik kejar nak masak, nak kemas barang lagi, kain baju.. Allah je yang tahu betapa dah hilang tenaga.. sambil perah susu pakai pam manual pun boleh tertido.. bayangkan lah..

Hari sabtu pulak berkejar-kejar pagi tu nak balik gombak.. sebab nak pergi bentong.. mase pergi bentong insyirah ok, tapi balik dari bentong tu dia meragam, muntah-muntah.. ibu dari nak tido kejap terus tak dapat tido.. tengah malam banyak kali pulak dia bangun.. kepala pun dah mula biul..

Hari ahad sambung pulak pergi nilai temankan opah tempah langsir .. mase tu dia meragam.. siap susukan insyirah mase tengah cari bunga sampai terduduk-duduk atas lantai.. memang tak senonoh ibu ni..

Last-last tak beli pun.. opah je yang cari barang untuk ayah apis.. barang hantaran dan goodies pja tak boleh nak pilih langsung.. mintak kunci kat atok, trus duduk dalam kete.. tukar diapers insyirah.. singgah makan jap, terus balik..

Sampai je rumah Insyirah baru je nak tido, ayah dah sampai.. nak pergi kenduri pulak.. budak tu tak sempat lena pun.. sampai sane dengan penuh orangnya, dengan sesaknye, panas... Insyirah pun atas tangan.. penat sangat dia okey.. ibu pun penat, inikan pulak anak ibu kan.. Sampai ibu ajak ayah balik..

Dekat rumah neneknye, dia dah mula meragam.. macam-macam tak kene.. tido tak nak, pejam mata kejap then nangis, muntah, nak susu, time tu pja memang rase nak nangis.. nak balik puchong tak lepas kene tahan soh makan dulu.. dok tunggu time makan tak muncul-muncul.. badan pja dah penat tak selesa, kepala dah berdenyut, insyirah dah menangis-nangis, muntah.. budak-budak ramai, suasana bising.. Stress sangat-sangat time tu..

8.30pm pja dah panas punggung nak balik.. time tu memang tenaga tu tinggal 15% je lagi.. tapi sebab insyirah ibu kuat.. naik kete, dengan insyirah, dengan ibu skali tido.. last-last ayah suh ibu dok belakang sebab riso terlepas insyirah.. pindah je belakang, insyirah meragam balik.. tibe-tibe dia muntah dengan banyaknye.. Ya Allah.. dengan air mata pja sekali meleleh tengok dia.. satu kete bau muntah dia.. time tu pja dah tak kisah baju , tudung, seluar pja lencun dengan muntah dia.. aim nak cepat sampai je.. pas muntah dia tido.. tapi en suami pulak mengantuk mase drive.. terpakse pja temankan en. suami pulak.. riso sebab dia dah bawak dalam keadaan merbahaya..

Sampai rumah dalam pukul 10.30pm.. tukar diapers ngan baju dia semua.. dia merengek balik.. sampai pukul 12.30 baru nak lena.. mata pja time tu memang dah tak boleh bukak.. kemas baju insyirah tersengguk-sengguk.. siap je, padam lampu terus tido.. pastu pja tak tahu pe jadi.. lena sampai pukul 5 insyirah bangun merengek.. bagi susu, 2-3 minit je minum terus lena balik.. punya la dia penat..

Pagi tadi sebelum pergi keje, selalunya dia merengek nak susu, tapi pagi ni sikit sangat dia minum.. pastu dia refuse tak nak..

Hari ni tak tenang kerje teringatkan insyirah.. harap-harap dia ok.. badan dia dedar mase bangun pagi, cek pakai thermometer 36.47'c.. dah bekalkan cool fever dekat babysitter.. siap pesan, if insyirah demam, cepat-cepat tepon.. Sampai sekarang mate ibu still pedih tahan ngantuk..