Showing posts with label Taska Cahaya Imtiyaz. Show all posts
Showing posts with label Taska Cahaya Imtiyaz. Show all posts

Apr 15, 2014

Selamat Hari Lahir Auni

Assalamualaikum..

Sepatutnya entry ni pja tulis masa 10 April lepas.. sebab besday dia yang pertama pada hari tu.. tapi tak berkesempatan.. Diam tak diam, hampir setahun jaga auni.. yela, of coz jaga dia start dari mama dia naik kerja semula kan.. dalam umur dia dua bulan juga la.. habit dia, ragam dia.. perangai dia semua dalam poket ibu.. huhu.. dia juga la baby yang pertama pja jaga sejak buka taska ni.. 

tengok muka dia.. memang susah betul nak senyum

senyum pun ala-ala tak layan.. haha
Kalau bab nangis & melepek bawah ketiak ibu, dia la juara.. manja yang amat.. kalau menjerit nangis tu, berlawan-lawan dengan kakak insyirah.. memang susah nak dengar dia ketawa atau tengok dia senyum.. kalau mood dia betul-betu baik je dia nak layan kita buat lawak.. tapi kalau mama dengan papa dia jemput je, jerit bergumbira tak hengat.. 
Dia punya habit menangis tu, sampai mak & mak mertua pun surrender.. kadang-kadang penah je dia nangis dari pagi sampai ke petang.. sampai mak kata, "haihhhh, mak tak tahu camner ko boleh tahan dengar dia menagis dari pagi sampai petang cam gini.." haha.. kadang-kadang hilang sabar, berkurung diri juga aku nih... take 5 ke, duduk dalam bilik yang kedap dari suara dia (pja yang kurung diri, bukan kurung dia), atau ambil wuduk, istighfar & tarik nafas panjang-panjang.. kadang terbebel jugak kat dia.. nanti dia senyappp je.. haha.. jangan pukul anak-anak tau.. diorang tak paham pe.. BIG NO NO ok!! lagi-lagi anak orang... 

Dari cerita mama dia, dekat rumah dia lain, dekat taska dia lain.. biasa la budak.. mende tu biasa kot.. yela, kat rumah agaknya 100% perhatian pada dia je, tapi bila dekat sini, perlu bersaing untuk dapatkan perhatian.. so menjadi kreatif tu sangat penting.. haha..

Selamat hari lahir ye Auni El Zahraa.. semoga jadi anak yang solehah, bijak, cantik, berjaya di dunia & akhirat.. 

Mar 31, 2014

Toilet Training

Assalamualaikum..

Alkisah bermula dari seawal umur kakak insyirah setahun 6 bulan.. masa tu pja baru je berhenti kerja.. pja dah study pasal toilet training since insyirah 5-6bulan lagi sebenarnya.. tapi oleh sebab ramai yang kata toilet training ni sesuai dimulakan bila si anak dah pandai bercakap, pja pun mula la ajar kakak insyirah masa dia dah pandai cakap 'biyak' & 'ching'..

Sekitar Julai 2013 kalau tak silap, pja ajar dia.. 2-3 hari pertama dia ok.. tapi untuk first time berterabur sana sini tu biasa la kan.. nasib la kat taska memang tak ada carpet.. senang nak lap.. masuk je hari ke-5 dan seterusnya tiba-tiba dia macam dah tak reti langsung nak cakap.. asyik la kencing dan berak merata.. tak tahu la kalau cara tackle salah ke, tak pasti la pulak.. plus agak susah juga masa tu sebab time cuti / weekend sure merantau.. so, keyakinan tu tak berapa nak tinggi dalam situasi dia tak mahu cakap bila nak membuang..

Lepas pada tu, terus stop.. tak buat dah.. azam tu ada, tapi keyakinan dan kesabaran zero la pulak... sedangkan toilet training ni, kebergantungan dengan Allah, kesabaran dan keyakinan tu yang kene jadi keutamaan.. azam nak buat je takkan menjadi..

Luckily pja ada kawan-kawan sekolah menengah dulu dalam group mommies yang sangat banyak membantu dalam beri tips, sokongan, galakan.. last year masa tahu je pja preggy, pja berazam nak kakak insyirah free diapers sebelum adik baby lahir.. Plus kalau boleh pja nak hantar dia masuk playgroup bila dia dah 2 tahun setengah nanti.. masalahnya kebanyakkan playgroup tetapkan syarat kanak-kanak mesti dah tak pakai diaper.. Jadinya setiap hari doa agar diberi kekuatan.. disamping tu terus study lagi cara-cara untuk buat toilet training ni dengan lebih berkesan..

Tanggal 28 Mac 2014, masa solat subuh, doa supaya Allah beri kemudahan dan kesabaran untuk pja menjayakan misi ni.. dengan lafaz Bismillah dan nafas yang panjang, pja mula terangan pada kakak 'the rules'.. ajar dia nak cakap macam mana, terangkan dekat dia yang diapers hanya untuk adik baby, and etc... pakaikan dia spender yang cantik-cantik.. so, dia sangat enjoy..

Setiap setengah jam pja akan ajak dia pergi bilik air.. hari pertama 5-6 helai seluar lencun.. 2 kali tercicir kencing, sekali tercicir poo poo.. sebab dah membuang baru dia bagi tahu.. but, berulang-ulang kali pja cakap "tak apa.. lepas ni kita cuba lagi ye..".. siap pakai spender gambar-gambar kat dia then bagi tahu "kakak kat boleh kencing dekat gajah ni tau, nanti gajah basah, gajah tak suke..." lepas tu dia gelak.. huhu..

29 Mac 2014, peningkatan yang memberangsangkan.. setiap kali ajak pergi toilet dia akan kencing.. setiap kali dia berjaya kencing, pja akan bagi dia reward coz dia boleh kencing.. no more kencing merata.. tapi seluar tu terbasah sekali dua ada la jugak..

30 Mac 2014, sama macam hari sebelumnya.. cuma masa tu dia agak konfius sekejap sebab pja pakaikan dia diapers masa pergi kenduri kawen.. but still tanya dia if nak kencing.. then bila dia kata nak, pja tanggalkan diapers suruh dia kencing..

31 Mac 2014, hari ni macam terrrrsibuk sikit dipagi hari.. maka, terlupa la nak ajak dia pergi tandas.. tiba-tiba dia kata "ibu... nak ching.." sambil buka seluar.. terus bawak dia sambil berlari-lari.. surprisingly memang dia kencing!.. so, dia dah faham rasa nak kencing dan dah boleh beritahu bila rasa itu ada.. ok.. terus ibu bagi upah lagi atas kejayaan yang kedua ni.. siap dia kata "kakak andai'.. ceh puji diri sendiri la pulak.. kahkahkah..

Alhamdulillah, sehingga tahap ni, progress sangat bagus.. kalau tidur siang pja akan pakaikan diapers luar seluar.. tapi dia tak kencing or berak pun.. kalau tidur malam still pakai diaper.. tapi bila dah nak tidur la.. la ni baru nak pergi cari Matt protector nak alas tempat tidur dia..

Cuma ada satu masalah lagi, dia masih tak dapat berak tanpa diapers.. huhu.. sanggup dia berak malam-malam sebab pakai diaper kan.. risau pulak dia tahan-tahan nanti jadi sembelit pulak.. tengah ajar dia berak dekat toilet bowl dia.. doakan pja berjaya ye..

InsyaAllah pja akan update lagi progress seterusnya.. Semoga Allah permudahkan pembelajaran kakak Insyirah untuk free diapers!!

Oct 22, 2013

Pengalaman Kerja

Assalamualaikum...

Dah la lame tak update blog, tibe-tibe pulak nak share pengalaman kerja kan.. haha.. motif?? ntah.. pja pun tak paham...

Pengalaman kerja pja tak la menarik pun.. ramai yang hebat-hebat diluar sana yang boleh bangga dengan kerjaya sendiri.. kadang-kadang jeles tengok orang yang dapat kerja yang diorang nak.. honestly.. after 26 years ni, lepas dah pegang degree yang masih dok peram tak digunakan lagi tu, pja cuma impikan kerja sebagai enviromental engineer.. atau jadi kuli kepada iwk.. atau dok korek sampah kerja dengan solid waste management.. tapi.. 3 tahun berusaha, doa dan tawakal, Allah masih belum makbulkan apa yang yang pja usahakan. Mungkin Allah nak bagi yang lebih baik kot...

Kerja yang pja maksudkan termasukla kerja-kerja ngokngek yang pernah pja buat.. hehe.. janji setiap kerja tu comfirm ade pendapatan..

1. Sepanjang hidup pja, first time pja kerja BUAT MEE KUNING.. time tu lepas SPM sementara tunggu result & sambung belajar.. Bangun pukul 3.30 pagi buat mee 2-3 kg tepung sehari.. boleh dapat dekat 6-10 kg mee sehari.. then mak tolong jual.. dapat la sikit..

2. Training dekat Kotraktor.. Latihan Industri masa Diploma.. masa tu rate alaun paling tinggi RM500.. bos boleh tanye, cukup ke RM500 tu?? haha.. gelak besar pja.. masuk contract department, buat kerja-kerja QS.. best.. banyak belajar.. bos percaya.. masa raya cina dapat angpau beratus-ratus dari staff.. balik kadang-kadang lambat.. tapi tak de hal sebab rumah sekentut je.. kalau balik maghrib, sementara ayah nak balik surau boleh amik..

3. Habis diploma tak tau nak buat mende, interview ade, tapi tak berjaya, nak sambung pun universiti tak panggil lagi, udahnye kerja jadi CIKGU SEMENTARA dekat sekolah agama.. mengajar budak darjah 2 (guru kelas dia bersalin).. sekolah ni swasta.. ustaz/ustazah tak ramai.. so, darjah 2 ada 5 subjek, makanya semua subjek la pja mengajar.. pekse pun, semua subjek la pja tanda.. best tak?

4. Bulan 11 ofcoz sekolah tutup kan.. maka jobless la semula.. cari main-main.. saja tinggal nama & contact no dekat music valley dekat giant batu caves.. tak sangka pulak boleh dapat.. mak kata elok la tu.. "dari ustazah, jadi jurujual cd plak.." haha.. tak pe la.. pengalaman kan.. tapi sebulan je.. tak sempat isi borang epf pun.. tapi gaji masyukkkk.. basic rm800 je.. alaun + komisyen dekat 2k lebih.. bulan tu terlebih rajin pulak kan cari komisyen.. Benti sebab tak nak kerja masa raya haji.. bagi alasan dapat sambung belajar.. tapi memang betul pun, a week after tu uthm panggil lapor diri..

5. Training dekat Environmental Consultant.. yang ni kerja paling enjoy.. bos asyik belanja makan.. kerja buat event, buat buku, pergi site dekat bukit tagar.. Happy giler nak mampus kot dapat masuk Landfill Bukit Tagar tu.. macam bengong kan.. Orang lain tak kisah langsung pun.. Cuma kekangan diaaaaa.. tak pe la.. biar simpan sendiri..

6. Habis training, belajar pun habis la.. mula la cari kerja.. makanya buat la cookies.. dapat la sikit.. start tu yang buat kuih raya tu... income sedap tu. tapi penat pun sedap la..

7. Dah tak de kerja sangat, ibu eira offer jadi cikgu sementara dekat sekolah dia.. adalah kerja 3 hari, lepas tu dapat offer jadi pegawai kentrak dekat KeTTHA.. tapi kerja ni paling horror sekali.. berkejaran dengan anak murid cina sebab dia tak buat kerja.. takot pun ade woooo..

8. Sebagai PRE dekat KeTTHA.. memula dihantar ke Projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor.. masuk unit Terowong.. Bos ok.. kerja pun ok.. Selalu masuk terowong.. macam family officemate kat sini.. cumenya selalu 'terkena' dengan J48.. budak kontrak kene kick beramai2 pun sebab dia.. nasib ada J54 yang membantu menyelamatkan keadaan, kami ditukarkan ke Kementerian..

9. Tukar ke Sektor Tenaga sebagai PRE juga.. kalau sebelum ni bantu kerja-kerja jurutera, kali ni kerja Pegawai Tadbir Diplomatik pulak.. tapi sejak duduk sini la yang buat pja fikir untuk mengubah nasib sendiri.. ok.. masa ni la yang rasa pja takkan kemana kalau terus kerja sebagai pegawai kontrak.. dalam masa yang sama mula cari kerja lain.. mula-mula tak ada masalah, lama-lama pja kene cover 3 bos dalam 1 masa.. yang sini marah, yang sana bising.. tension.. kadang-kadang kene balik lambat sebab KSU / Menteri nak buat meeting after office hour.. kerja dengan dokumen.. bidang tak de basic langsung.. setiap hari stress.. migrain pun asyik menyerang.. after setahun 6bln, dengan berat hati, takut semakin parah, pja angkat kaki buat bisness sendiri..

10. Kerja sindiri buka TASKA.. TASKA CAHAYA IMTIYAZ yang berdaftar dengan SSM dibawah nama pja sendiri dan dalam proses mendapatkan sijil kelulusan dari JKM pula.. diam tak diam dah 4 bulan.. suka duka.. akhirnya ke sini rezeki pja.. InsyaAllah.. mungkin ini yang terbaik... sakarang baru ada 3 orang anak.. nanti bertambah-tambah lagi anak kat sini.. InsyaAllah.. doakan ye kawan-kawan.. ohye.. since 6 bulan pertama pja dekat Sektor Tenaga pja dah buat persiapan, research, study, attend kursus 3 bulan untuk bukak taska ni sebagai persediaan.. sebab tu after setahun setengah baru pja berhenti sebab nak operasi taska dengan kudrat sendiri..

Nota Kecik Cari Duit: baru last week cerita dekat insyirah.. sebab tengok orang pergi kerja ramai-ramai naik train.. ibu penah jalan kaki pergi kerja, pernah naik bas, pernah naik train, atok hantar, after kawen, kene marah dengan ayah suh belajar bawak kereta manual.. sekarang paling best, tak yah naik apa-apa, dah sampai tempat kerja.. hehe...

Sep 11, 2013

Early Childhood 9# - Penjagaan Pemakanan

Assalamualikum...

Pja bukan nak bagi tips sangat pun.. cuma tadi dalam slot dilema wanita ada cerita pasal wanita yang berbadan besar.. last sekali macam biasa la ada terselit tips dari Datuk Dr. Fadzilah Kamsah..

Qoute dia "anak-anak kita ni 'besar' dan 'sihat' disebabkan oleh ibu bapa yang penyayang.." huraian dia lagi lebih kurang macam kita hidangkan anak-anak dengan makanan macam-macam.. pelbagai jenis, sihat atau tak sehingga anak ni lemah pada makanan..

Pja pernah juga dapat tips dari trainer pemakanan untuk anak-anak yang mengatakan jangan paksa anak makan.. beri makanan yang sihat sahaja.. maksud jangan "paksa" anak makan ni contohnya if dia dah tak nak lagi, jangan dipaksa.. sebab kalau sumbat juga dalam perut yang kecik tu, alamatnya tumbesaran perut dia akan luar biasa.. ibarat stokin kecik yang di sumbat dengan kaki besar.. lama-lama longar la dia kan.. kalau dia tak nak makan nasi, cari alternatif lain yang boleh membekalkan nutrian yang diperlukan tadi.. contoh kalau dia tak nak nasi, boleh bagi homemade kentang goreng kan.. karbo jugak.. kita kene kreatif..

Tiba-tiba juga terus teringat pasal kisah pja mase kecik-kecik dulu.. kakna pernah citer.. dulu cik normah (mak angkat yang bela pja dulu) selalu sumbat-sumbat nasi dalam mulut pja sampai pja muntah-muntah.. dia suruh jugak makan banyak-banayk sebab katanya pja kurus sangat macam budak tak cukup makan... Borak-borak dengan mak after training.. mak ia kan.. dia kaa sampai kembung-kembung pipi dengan hidung pja kemam nasi..

Kesimpulannya.. badan pja besar dah susah nak turun sebab kasih sayang cik normah yang terlalu banyyaakkkkkkkk... hahaha mak gelak guling-guling....

Sep 6, 2013

Early Childhood #8 - Tunjuk yang baik sahaja

Assalamualaikum..

Dah tahu, tapi kadang-kadang tu buat juga.. bukan lupa, bukan tak ingat.. tapi buat-buat tak paham... Allah..

Nasib pja walaupun baru ada dua anak di taska, tapi dua-dua kuat nangis. yang sorang tu datang taska nangis, balik nangis.. mak ayah orang lain datang pun dia yang nangis.. tengah-tengah main nangis.. tengah tido pun boleh nangis.. tapi dia senang nak handle.. peluk je abih la nangis dia tu..

Masalah yang dekat lagi sorang ni.. memang macam ahmad albab dah.. kalau minggu yang dia terlebih sikit tu, muke dah pja dah ala-ala syawal dah.. hahaha.. "dia diam itu dia tidurla umar muallim..." Kita ni tetap manusia.. kalau dari pagi nangis, sampai ke petang.. tidur pun paling lama 30 minit.. ok.. time out!!! memang pja lari kejap ke bilik mana-mana yang boleh kedap dari dengar tangisan dia.. karang tak pasal-pasal jadi macam kes dalam video youtube.. Nauzubillah.. lagi satu dia pantang tegur tau.. kalau kite tegur dia "jangan nangis" lagi dia menjerit macam kene cubit..

Kadang-kadang terlepas juga cakap kat dia.. "adoiii.. nape la asyik nangis ni.. tak larat la ibu..." atau.."Allah.. ape yang tak kene lagi ni sayang..tak penat ke nangis..." Ingat.. "adoiii" tu mengeluh tau..

Tadi tengah solat zohor, tibe-tibe dia menangis lagi.. dan dan insyirah ambil botol susu baby terus cakap "adooooooii.. susu..susu..." sambil berlari suap susu kat baby.. terus tak khusyuk solat.. nak nagis pun ada, nak gelak pun ada... dia dah copy apa yang pja cakp.. sangat tak baik ok..

Sep 3, 2013

Sekian Lama...

Assalamualaikum..

fuhhh... penat vakummm sarang dalam blog ni.. lama giler kot tak usik.. blog kawan-kawan pun dah lama tak baca...

Sekarang dah pukul 3.00 petang.. cuaca kat luar tu hujan lebat.. sonok je tido.. anak-anak pun tengah tido.. time ni la masa terbaik untuk rehat, makan dan solat... lebih 2 bulan jaga anak-anak, i la first time dapat berblogging semula.. rindu oulsss..

Selalunya sebelum nak tidurkan diorang ni, berperang dulu.. masing-masing tak biasa tido ikut shift kot.. nak-nak insyirah ketua pengawas yang paling suka inkar arahan... marah betul..ajak naik atas la.. nak makan la.. macam-macam..

Semalam pi klinik sebab migarin. doc kata "awak stress sangat ni.. penat sangat.. sampai muntah-muntah dah ni.."

oppsss... anak dara kuat nangis dh bangun balik.. tido kejap sangat la dia ni... macam ahmad albab.. buka mata je bunyi... buka mata je bunyi... haih.. dua bulan dah kot... menangis je kejenye..

Jul 11, 2013

Taska Cahaya Imtiyaz

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, secara officially dah 2 minggu taska beroperasi.. tapi minggu kedua ni dah ada pendaftaran.. untuk tarik lebih ramai, pja offer 5 pendaftaran terawal boleh dapat free pendaftaran.. so diorang just bayar bulan-bulan je la..

Dah ada dua orang tau.. Alhadulillah juga.. walaupun macam kelam-kabut sikit.. dangan pja yang baru nak adapt dengan tanggungjawab baru.. dengan baru nak adapt dengan perangan anak-anak.. dengan diorang sendiri baru nak adapt dengan orang baru nak jaga diorang.. dengan insyirah baru nak adapt dengan kawan-kawan baru, kene kongsi barang, kongsi ibu dengan orang lain.. sangat mencabar bagi orang baru macam pja.. sebelum ni takat tolong-tolong boleh la.. kalau masuk lagi 1-2 orang anak, kene la gajikan orang..

Tapi yang paling mencabar bagi pja adalah insyirah dah mula buat perangi.. dia rasa macam ibu dia dah tak peduli dia.. sian sangat.. tapi dah tanggungjawab kan.. kalau dulu bila-bila dia nak ngempeng pun tak kisah.. sekarang nak kene gilir-gilir bila ibu nak layan baby auni.. Siap jerit-jerit.. tak pasal-pasal dia dapat buah tangan "gigitan" dari faiq.. hmmmm... 

InsyaAllah, hope minggu depan lebih teratur.. hari ni pun dah semakin memahami peel mereka.. walaupun stress, bila tengok diorang ketawa, happy sangat tau...

Kalau ada mencari taska dekat area puchong utama, sila la calling-calling 0126823875.. or boleh datang tengok-tengok..

May 20, 2013

Dugaan lagi

Assalamualaikum..

Mata berpinar sebab kurang tidur.. dugaan tu datang chapter by chapter.. selesai satu, datang yang baru.. dah macam sinetron indonesia pulak.. de je masalah baru timbul.. hikhik..

Of coz la pasal taska.. macam yang korang tahu, pja akan buka taska kan.. sepatutnya tahun lepas lagi.. tapi de problem drag sampai bulan dua hari tu.. siap dah announce pun.. alih-alih rumah pulak prob.. lepas tu tuan rumah pulak tak boleh sediakan rumah dengan segera.. nak reno katanya.. pastu dia suh minta duit dekat agen balik coz dia takut agen lari... 

Waktu pja dapat rumah ni, dia iklan RM1500.. after tengok rumah then dia tahu pja nak buat taska dia naikkan RM1600.. nego dapat RM1550..

Then sekarang ni rumah tu dah siap tambahan pulak pja still tak dapat jumpa rumah lain, ingatkan ok la rumah tu.. alih-alih dia naikkan sewa RM100 walaupun belum masuk lagi.. jadinya sekarang RM1650.. arrrrgggghhhh.. alasan dia dia reno rumah tu banyak.. memang pja tahu condition rumah tu memang tak berapa ok.. but terpikir gak, kenapa kami yang penyewa kene tanggung kos pulak kan..

Hmmm.... after kira-kira kos bulanan yang pja kene keluarkan, target pja kene ada sekurang-kurangnya 7 orang kanak-kanak.. tu kalau tak de pekerja tau.. kalau ada pekerja kene lebih lagi.. adooiiii...tu pun pja tak de untung langsung..

Camner ni.. nak amik rumah tu atau tak?? kalau tak amik, pja dah printing promosi 1k guna alamat rumah sekarang... (T_T).. 

Malam tadi terpikir-pikir mende ni sampai termimpi-mimpi.. dah le bilik tido tu dah macam sauna.. insyirah pulak asyik dok rengek je.. Harap ni semua hanya dugaan sebelum Allah beri pja kesenangan.. InsyaAllah... Satu lagi dok pikir.. patut pja pindah masuk situ untuk kurangkan living cost (sebab pja dah tak keje) atau stay je dekat rumah sekarang..?? tolong bantu plizzzz..

Feb 19, 2013

TASKA #2 - Pendaftaran.. KINI DIBUKA



Assalamualaikum..

Secara rasminya... TASKA CAHAYA IMTIYAZ dibuka untuk pendaftaran... Walaupun tarikh sebenar TCI beroperasi adalah pada 1 Mac 2013, dan pendaftaran juga bermula waktu tu, any parents yang berminat boleh la hubungi pja untuk sesi berkenalan, duduk rapat-rapat dan berbual mesra berkenaan dengan TASKA.

InsyaAllah, kami akan memberikan perkhidmatan yang terbaik.. samping itu, TCI amat menyokong breastfeed mother dan Cloth Diapering Parents.. jangan malu-malu, jangan segan-segan untuk bertanya...

jangan lupa untuk tekan mouse untuk ke website kami...
http://taskacahayaimtiyaz.blogspot.com/2013/02/assalamualaikum-dan-selamat-sejahtera.html