Showing posts with label ma_life. Show all posts
Showing posts with label ma_life. Show all posts

Aug 8, 2014

Berpantang bersam Nona Roguy

Assalamualikum..

Seyes lama giler tak jenguk blog ni.. masa awal pantang hari tu, tak boleh tengok laptop lama-lama.. comfirm mata berpinar, kepala berpusing.. ni dah menginjak ke sebulan baru ok sikit..

Diam tak diam hari ni dah hari ke-31 pja berpantang.. huhu.. tak lama je lagi.. so, tak lama je la lagi boleh tengok muka adik irsyad dan baca kisah tragedi masa dia nak keluar jenguk dunia kan..kan..

Berbalik pada tajuk, pantang kali ni pja pilih untuk pantang sendiri dekat puchong disebabkan perkara-perkara yang tak boleh dielakkan.. pja pilih Nona roguy sebagai set berpantang dan pilih Blessed beauty confinement untuk merawat semasa berpantang, penutup pantang & rawatan selepas berpantang.. nak masuk 30series ni, tiba-tiba dapat kesedaran untuk jaga diri luar dan dalam.. badan nak pakai lama hokeyyy.. tak nak nanti tua sebelum umur, suami kita maintain muda... nangis makkkkkk

Syukur sangat-sangat ditemukan dengan BBC dan kak Ice.. banyak yang pja belajar.. dan sekarang cuba amalkan.. perkongsian mengenai masalah dalaman wanita zaman sekarang bersama kawan-kawan group wassap, fb, banyak buka mata pja.. serius ok, sebenarnya jangan malu.. kita kene cari penyelesaian, bukan pendam.. nanti kita badan yang merana.. dan untuk kebahagiaan suami juga. hikhikhik

Sebaik saja naik wad, pja dah mula gunakan NR.. memang best sangat rasanya, phytonatal tak pernah lupa, setiap masa minum akar herbanika, tiap kali mandi guna lulur, setiap kali masuk toilet pakai uncang cuci, krim barut.. pendek kata NR memnag bbf la.. paling best bila badan berpeluh-peluh.. rasa fresh sangat..perut rasa ringan je.. masa mengurut pun, CL nana kata badan pja cepat panas, urat pun ok, tak de tersimpul bagai, rahim pun cepat kecut.. Alhamdulillah.. seronok sangat.. Hadiah paling best apa tau?? minggu ke-3 pja timbang berat, tau berapa? 68 kilo hokey.. suke makkkkk mana taknye,

awal preggy 75kg
sebelum bersalin 80kg
lepas bersalin tak sempat timbang..
minggu ke-3 pantang 68kg  bonus ok!! sebab dah bertahun berat ni tak kurang dari 70kg

Alhamdulillah, masalah lain pun tak de macam sembelit ke, sengal urat ke, irsyad pun tak kembung, kuning pun tak teruk.. kalau buncit sikit-sikit tu biase la.. 9 bulan perut kene tarik, takkan 21 hari je dah boleh kempis balik ye dak?

Ni fakta ok, NR mesra bayi tau.. bayi kuning tak de masalah kalo ibu still nak teruskan penggunaan NR.. sebab NR bukan jamu, tapi NR dari HERBA.. means herba yang kita guna harian dalam masakan..

Ada la juga 2-3 yang penah goda pja untuk guna set berpantang yang lain.. tapi dalam hati pja tetap NR.. tak boleh nak tukar.. hehe..

Tapi sedey jugak bila start minggu ni pantang dah kelaut sebab dah mula kerja.. ada yang boleh buat tu, still buat.. but tension bila terkejar-kejar nak buat semua.. tak boleh elak ok.. bukan tak nak elak.. sebab masalah yang memang langsung tak dapat elak.. Alhamdulillah, pja positif dan semoga ada yang lebih baik Allah nak beri..



May 16, 2014

3rd Anniversary

Assalamualaikum..

Ini cerita 13 Mei yang lepas.. our 3rd anniversary.. planning asal mak buyung ni kononnya mengidam nak bercuti ala-ala tempat tinggi, sejuk, nyaman & jauh dari kesibukan kota.. ala-ala romantik gitu.. tapi disebabkan cuti, masa dan beberapa faktor yang tak mengizinkan, redha je la dengan percutian balik hari ke bukit tinggi.. itu pun dah bersyukur sangat dari tak bercuti langsung..

Alhamdulillah, masuk tahun ke-3 dah usia perkahwinan kami.. pja sangat-sangat bersyukur dengan apa yang pja ada sekarang walaupun jobless.. haha.. ada suami yang bertanggungjawab & penyayang walaupun sedikit garang & tak romantik.. huhu.. ada anak yang bijak dan comel & semoga menjadi anak yang solehah yang mentaati Allah, Rasul, Agama, Ibu, Ayah.. dan adik baby yang bakal lahir tak lama lagi..

Berseri-seri tak muka kami.. huhu.. suka gambar nih..

Happy family.. adik baby disebalik maxi merah tu..
Tengah-tengah berjalan, boleh pulak si kecik ni melalak meragam.. pujuk-pujuk tak mahu.. lapar dan letih rupanya.. sebenarnya terlupa yang tak dia breakfast berat sebelum pergi tu.. masa kami breakfast tu dia tak mahu makan.. bila beli kentang tu, sebijik dia makan sorang.. itu je pun yang ada yang dia boleh makan.. Rancangan asal tak nak bawak dia sebenarnya.. haha.. tapi tiba-tiba kami kesian pulak nak tinggal..

Muka kelaparan

Dah kenyang la tu..

Thank you sayang...

Semoga kami terus tabah dan kuat dalam mengharungi hari-hari mendatang.. Ustaz kata 5 tahun pertama ni masih pengantin baru.. masih dalam mode berkenalan.. baik dan buruk.. masa ni la segala masam manis pahit maung bercampur baur dalam rumah tangga.. InsyaAllah, Allah sentiasa bersama hambaNya..

Apr 6, 2014

Dating With Adik Baby

Assalamualikum..

Selamat Pagi dan Selamat bercuti dihujung minggu.. hehe.. pagi-pagi lagi ibu dah bersemangat nak update pasal adik baby dalam blog yang macam dah tak berapa nak hidup ni kan.. dulu pantang ada masa terluang je, mesti bercerita panjang.. sekarang ni susah nak curi masa.. so, pagi ni sambil-sambil melayan kakak borak, sambil mendobi baju yang dah menggunung tu, nak relax-relax sambil update blog.. saja tak nak rushing sangat buat 'homework'.. tak nak letih.. hari ni hari rehat.. sebab hari sabtu hari berjalan.. haha..

Kalau ada yang perasan, 2 minggu lepas pja ada survey harga untuk buat scan detail 2D + 3D/4D.. actually pja memula tak terfikir pun nak scan.. bukan tak ada langsung.. tapi macam 50-50.. dengan masa dan kewangan.. plus en. suami pun tak ada bunyi, so, diamkan saja la.. lepas tu, ntah macam mana, en. suami yang bunyi pasal scan baby.. abang pada kawan dia ada buka klinik dekat kerling, servis utk detail ni RM100 je.. murah kan... tapi malangnya doktor laki.. pja kalau doktor laki je memang dah reject awal-awal since preggy insyirah dulu.. 1-segan, 2-memang tak redha mana-mana doktor laki yang cek perut ke, VE ke, tak suke.. eh, lari topik pulak..

Alang-alang menyeluk pekasam kan, biar sampai ke pangkal lengan.. so, terus la tambah asam dan garam.. hihi.. en. suami bagi green light suruh survey je, terus la jalankan misi.. Dulu buat dekat az-zahrah, tp az-zahrah office hour, terus reject.. sebelum tu eira ada bagi tau pasal scan malaysia.. dia kata detail scan RM150.. macam pelik jugak sebab murah sangat kan.. jumpa pulak ada klinik yang famous dalam blog-blog dekat puchong ni yang buat 3D/4D dengan harga RM80, ada owner blog tu siap blogwalking promote kata murah.. mostly pja call semua untuk kepastian kecuali scan malaysia tu.. dalam web memang dah jelas.. rupanya RM150 tu untuk detail 2D.. pja yang salah faham.. yang lain kat kerling tu memang RM100 pekej detail 2D + 3D/4D sebab kawasan luar bandar kot.. yang RM80 tu pulak hanya 3D/4D, tak termasuk detail, means tengok muka, pergerakan dengan jantina je tau, jangan keliru, beza tau.. ada juga makhluk yang cakap 3D/4D tu detail la, dah murah sangat la tu, nak murah camner lagi.. pja siap call front desk klinik tu, dia pun tak paham detail tu macam mana.. dia kata include.. bila tanye buar yang kire tulang, cek cecair otak sumer bagai tu.. tergagap-gagap tak tahu, "ye la kot" katenye..

Banyak jugak klinik yang pja tanya.. tapi hanya scan malaysia yang masa dia flexible dan harga berpatutan.. so, lastly kami decide pegi sana.. memula nak pergi yang dekat puchong jaya je, tapi ada yang kata kualiti gambar scan machine dia kurang, so, possibility nak nampak muka dengan jelas tu kurang plus perut pja ni kan tebal, memang susah nak nampak baby dengan jelas.. kalau yang jenis perut nipis tak ada masalaha kot rasanya.. machine yang bagus dekat ampang, shah alam dengan seri kembangan je, based on warning yang pja dapat mase booking tu la.. last-last buat dekat ampang.. dekat dengan gombak pun kalau nak balik rumah opah..

Adik baby yang sangat suka sorok muka dan terkangkang
Sepanjang scan, susah sangat nak tengok muka adik baby dengan jelas.. dia suka sorok muka.. haiihh, geram betol.. siap buat muka nak menangis.. so, sweet.. tapi masa nak tengok jantina, mak aihh, senang betul, kangkang tak mahu tutup-tutup.. ms jezzlyn siap suruh turunkan kaki, dia buat dekkk je.. kakak pulak dia yang terlebih excited.. bising & banyak cakap.. suka sangat dia dapat tengok baby.. sampai ms jezzlyn kate "kakak ni lucu la.. pandai dia cakap..".. nak tau jantina baby? cer tanya kakak.. dia tahu.. dari awal preggy pun, kalau tanye kakak, adik kakak baby boy ke girl? jawapan dia tetap sama tak pernah berubah.. dengan dia je pun yang adik suke borak.. sebab kakak rajin melayan..

Overall sangat puas hati, walaupun giliran untuk masuk scan tu macam terabur sikitkan, macam geram la gak.. tapi sebab dia pandai pujuk adik baby, semuanye jadi ok..

nota kechik comel-comel: konon sebelum masuk scan, makan coklat supaya adik baby aktif, tapi in the end kakak yang terlebih aktif.. haha.. adik banyak tidur je..

Mar 31, 2014

Toilet Training

Assalamualaikum..

Alkisah bermula dari seawal umur kakak insyirah setahun 6 bulan.. masa tu pja baru je berhenti kerja.. pja dah study pasal toilet training since insyirah 5-6bulan lagi sebenarnya.. tapi oleh sebab ramai yang kata toilet training ni sesuai dimulakan bila si anak dah pandai bercakap, pja pun mula la ajar kakak insyirah masa dia dah pandai cakap 'biyak' & 'ching'..

Sekitar Julai 2013 kalau tak silap, pja ajar dia.. 2-3 hari pertama dia ok.. tapi untuk first time berterabur sana sini tu biasa la kan.. nasib la kat taska memang tak ada carpet.. senang nak lap.. masuk je hari ke-5 dan seterusnya tiba-tiba dia macam dah tak reti langsung nak cakap.. asyik la kencing dan berak merata.. tak tahu la kalau cara tackle salah ke, tak pasti la pulak.. plus agak susah juga masa tu sebab time cuti / weekend sure merantau.. so, keyakinan tu tak berapa nak tinggi dalam situasi dia tak mahu cakap bila nak membuang..

Lepas pada tu, terus stop.. tak buat dah.. azam tu ada, tapi keyakinan dan kesabaran zero la pulak... sedangkan toilet training ni, kebergantungan dengan Allah, kesabaran dan keyakinan tu yang kene jadi keutamaan.. azam nak buat je takkan menjadi..

Luckily pja ada kawan-kawan sekolah menengah dulu dalam group mommies yang sangat banyak membantu dalam beri tips, sokongan, galakan.. last year masa tahu je pja preggy, pja berazam nak kakak insyirah free diapers sebelum adik baby lahir.. Plus kalau boleh pja nak hantar dia masuk playgroup bila dia dah 2 tahun setengah nanti.. masalahnya kebanyakkan playgroup tetapkan syarat kanak-kanak mesti dah tak pakai diaper.. Jadinya setiap hari doa agar diberi kekuatan.. disamping tu terus study lagi cara-cara untuk buat toilet training ni dengan lebih berkesan..

Tanggal 28 Mac 2014, masa solat subuh, doa supaya Allah beri kemudahan dan kesabaran untuk pja menjayakan misi ni.. dengan lafaz Bismillah dan nafas yang panjang, pja mula terangan pada kakak 'the rules'.. ajar dia nak cakap macam mana, terangkan dekat dia yang diapers hanya untuk adik baby, and etc... pakaikan dia spender yang cantik-cantik.. so, dia sangat enjoy..

Setiap setengah jam pja akan ajak dia pergi bilik air.. hari pertama 5-6 helai seluar lencun.. 2 kali tercicir kencing, sekali tercicir poo poo.. sebab dah membuang baru dia bagi tahu.. but, berulang-ulang kali pja cakap "tak apa.. lepas ni kita cuba lagi ye..".. siap pakai spender gambar-gambar kat dia then bagi tahu "kakak kat boleh kencing dekat gajah ni tau, nanti gajah basah, gajah tak suke..." lepas tu dia gelak.. huhu..

29 Mac 2014, peningkatan yang memberangsangkan.. setiap kali ajak pergi toilet dia akan kencing.. setiap kali dia berjaya kencing, pja akan bagi dia reward coz dia boleh kencing.. no more kencing merata.. tapi seluar tu terbasah sekali dua ada la jugak..

30 Mac 2014, sama macam hari sebelumnya.. cuma masa tu dia agak konfius sekejap sebab pja pakaikan dia diapers masa pergi kenduri kawen.. but still tanya dia if nak kencing.. then bila dia kata nak, pja tanggalkan diapers suruh dia kencing..

31 Mac 2014, hari ni macam terrrrsibuk sikit dipagi hari.. maka, terlupa la nak ajak dia pergi tandas.. tiba-tiba dia kata "ibu... nak ching.." sambil buka seluar.. terus bawak dia sambil berlari-lari.. surprisingly memang dia kencing!.. so, dia dah faham rasa nak kencing dan dah boleh beritahu bila rasa itu ada.. ok.. terus ibu bagi upah lagi atas kejayaan yang kedua ni.. siap dia kata "kakak andai'.. ceh puji diri sendiri la pulak.. kahkahkah..

Alhamdulillah, sehingga tahap ni, progress sangat bagus.. kalau tidur siang pja akan pakaikan diapers luar seluar.. tapi dia tak kencing or berak pun.. kalau tidur malam still pakai diaper.. tapi bila dah nak tidur la.. la ni baru nak pergi cari Matt protector nak alas tempat tidur dia..

Cuma ada satu masalah lagi, dia masih tak dapat berak tanpa diapers.. huhu.. sanggup dia berak malam-malam sebab pakai diaper kan.. risau pulak dia tahan-tahan nanti jadi sembelit pulak.. tengah ajar dia berak dekat toilet bowl dia.. doakan pja berjaya ye..

InsyaAllah pja akan update lagi progress seterusnya.. Semoga Allah permudahkan pembelajaran kakak Insyirah untuk free diapers!!

Mar 30, 2014

Tempah Jahit Baju Raya

Assalamualaikum..

Last year pegi vietnam.. gatal pulak pi borong baju cotton bebanyak walaupun dah tau awak tu dah jarang pakai baju kurung sejak keje sendiri ni.. rasakan.. mana nak hantar baju bebanyak tu.. tailor sumer dah lari.. kihkih..

Tapi tu bukan citer nak diceritakan, pja ada beli cotton sedondon konon nak pakai raya tahun ni sama-sama dengan kakak insyirah.. wahhhh... kakak dah.. dah tak boleh panggil insyirah.. nak dijadikan ceritanya, due pja 30 julai 2014.. dan satu dunia tahu raya puasa tahun ni akan jatuh pada 28 julai 2014.. of coz la time raya tu pja tengah sarat.. jadinya nafsu nak tempah baju raya tu pun jadi kelaut..

Nampak macam awal je dah nak tempah baju raya tu kan..kan.. tapi sebenarnye sekarang dah jamadil awal.. selalunya rejab orang dah tutup tempahan.. caya tak? caya tak? sila la percaya.. so, dari sekarang dah kene decide samada baju sedondon tu nak jahit baju ala2 preggy atau baju kurung nursing biasa je.. kalau buat baju preggy takutnye nanti sempat pakai pagi raya je.. sayang pulak tak dapat pakai kendian hari.. tunggu preggy third entah bila pulak.. kakak pun dah besar dah tak muat bajunya nanti.. kalau jahit baju biasa, alamatnya kalau tak bersalin lagi pagi raya tu, kene la cari baju lain sebagai pengganti.. duit lagi tu..

Feb 4, 2014

Suka Duka Breastfeed #12 - Konvo Breastfeed

Assalamualaikum..

Sejak anak-anak dah ramai ni, masa bermanja dengan lappy ni teramat la terhad.. kesiankan.. asyik belek fb or baca blog dari smartphone je.. pja tak suka guna application blogger dekat phone, macam tak best.. tiap-tiap hari anak-anak balik, badan dah penat plus berbadan dua ni asyik la ada masalah angin dalam perut.. akhirnya petang-petang terlepek..

Tadi belek-belek dashboard, rupa-rupa last entry 23 disember 2013.. hari ni dah 4 feb 2014.. kalau rumah memang dah bersawang, habuk pun tebal 5 inci.. hehe.. ok la.. stop bebel intro ni..

Sebenarnya banyak pja nak cerita, pasal breastfeed, pasal hadiah besday insyirah, pasal insyirah kene tinggal seminggu dekat kampung sampai ibu dan insyirah demam.. haha.. tapi pja updated citer ni dulu la.. yang lain slow-slow ok..

Alhamdulillah, misi susu kan insyirah sehingga 2 tahun akhirnya tercapai.. yeah!!!.. walaupun hampir-hampir kecundang masa umur insyirah 1 tahun 5 bulan.. tapi gagah juga.. masa umur insyirah 1 tahun 10 bulan pun pja hampir-hampir tolak insyirah untuk teruskan breastfeed.. masa tu pja baru tahu pja preggy.. masa tu perut kejang tak terkata setiap kali insyirah bf.. minta nasihat ramai sangat orang.. ramai juga yang membantah pja teruskan bf.. tapi hati ibu kan.. setiap kali dengar dia menjerit, merintih nak susu, remuk sangat hati ini rasanya..

Tak kurang juga yang beri semangat.. kata mereka, kita lebih kenal badan kita.. selagi kita kuat, insyaAllah, Allah akan terus salurkan pada kita kekuatan tu.. terus berdoa mohon yang terbaik.. Alhamdulillah, slow-slow, lama-lama ok dah after tu.. kadang-kadang je jadi balik bila badan penat sangat.. sampai la genap insyirah berumur 2 tahun pada 18 Februari 2014 yang lepas..

Tapi demi kesihatan baby memandangkan ibu kurang makan sekarang, ayah suruh insyirah wean off juga.. salah satu caranya, ayah cadangkan hantar insyirah ke rumah nenek dekat kkb.. kebetulan hendak menjadi cerita, kami terpaksa hantar insyirah a week after besday dia tu ke kkb.. last sebelum pja tinggalkan dia, pja suruh dia susu.. entah kenapa, sedih sangat hati ni.. sedih sebab nak tinggalkan dia, sedih sebab lepas ni mesti insyirah tak minum susu ibu dah.. rindu..

After seminggu tu memang dia tak menyusu dah.. ada memula tu dia menangis beria-beria plus demam rindu ibu.. merayu-rayu.. "ibu.. susu ibu... susu ibu..." tak tahan, bagi la jugak, tapi dia muntah.. touching ok.. tapi tibe-tibe terfikir, ada bau ke, rasa lain ke? hahaha.. 2-3 hari lepas tu dia minta balik.. merayu-rayu lagi.. kesian sangat, bagi la.. dia susu sampai lena walaupun tak rasa pun susu keluar.. ibu pun amik peluang hilangkan rindu.. after tu dia tak minta dah.. kalau dia minta pun saja nak mengada!!.. hehe..

Dah nama pun ibu bf kan.. mana pernah bawak susu tepung kehulu-kehilir.. asyik la susu dengan botol tertinggal bila berjalan sekarang ni.. haha.. lepas tu pemalas pulak tu malam-malam nak bangun bancuh susu kalau dia mintak.. kahkahkah..

Dec 18, 2013

Kurus ke.. Gemuk ke..

Assalamualaikum..

Haih... punya la susah nak update blog sekarang ni.. tak ada masa.. cerita berkepuk-kepuk dah berhabuk pun dalam folder draft tu tak habiskan.. tengok la kalau ada masa nanti.. hehe..

Relax macam mana pun seorang perempuan tu, mesti ada sekelumit perasaan nak dipandang cantik dan gojes sekurang-kurangnya untuk suami.. kan..kan.. kalau gemuk, teringin nak kurus, kalau berjerawat nak kulit muka licin, kalau kusam nak gebu gitu... betul tak kawan-kawan..

Bagi pja, muka kalau dah camni, memang tak boleh ubah la.. muka nampak bersih, fresh, tak kusam, tak berminyak pun dah bersyukur.. tapi yang tak tahan tu, camna nak turunkan berat badan ni.... hhmmmmm...

Tak silap pja pernah post entry yang pja pernah turun sampai 57kg.. masa tu dekat poli.. turun pun sebab pakai braces. tak boleh makan 3 bulan.. kurus sampai orang kata pja sakit.. rangka pja besar katanya.. klo kurus sangat nampak sakit.. terkini after bersalin, anak dah besar, figure tak lari dari 74-77 kg.. makk aihhh beratnya.. lutut pun sakit-sakit dibuatnya.. sangat tak bangus ok... memang niat nak turun sikit sekurang-kurangnya dalam around 60an kg.. hehe..

Last week pi kenduri kawen kezen.. dah lama tak jumpe dia... adik dia yang kawen.. dia ni anak dah dua.. last raya tahun lepas jumpa dia sama besar dengan pja.. alih- alih jumpa last week dah macam hillary duff... menangis makk.. tak makan nasi katanya.. saja nak diet.... tiba-tiba terus semangat...

Tapi nampaknya semangat tu kene simpan dulu sampai bulan 7 la nampaknya... kesian kat baby kalau ibu diet.. tak cukup khasiat plak dia.. hehe..

Berat badan pja turun naik tak bermusim.. bukan la nak kurus sangat pun, tapi kalau dah sampai nak bawak badan sendiri pun dah tak larat, tak elok juga.. yang penting nak bina stamina semula untuk melompat dan berlari bersama anak-anak...

Nov 27, 2013

Stress dan Kesakitan

Assalamualaikum..

Lepas bersalinkan insyirah pja selalu rasa stress dekat belakang kepala, tengkuk dan bahu.. kadang-kadang tulang belakang.. Dulu pernah berubat dengan sorang tuan haji ni, dia kate pja stress banyak.. pastu suke pendam masalah.. tu antaranya la.. ada lagi mende lain yang dia cakap..

Kalau pergi hospital, lain pulak sebabnya.. katanya sebab saraf.. pape la..

Tapi serius, ada betul jugak tuan haji tu cakap, bile pja de masalah, pja lepaskan, InsyaAllah ok.. tp bila pja ade masalah dan pja pendam, lama-lama sakit tengkuk tu akan datang menyerang.. lagi lama pja pendam lagi teruk sakitnya..

Baru-baru ni pergi hospital, dia bagi ubat tramadol.. sejenis pain killer.. myb tak berapa kuat, tapi melayang jugak la bila makan.. bile stress je, makan, syookkkk je rasa.. haha..

*Alhamdulillah kerana Allah pinjamkan insyirah sebagai penghibur hati.. kadang-kadang kita lupa, apa yang Allah uji itu sebenarnye peringatan untuk kita kembali kepada-Nya..

Nov 20, 2013

Kemaafan yang ikhlas

Assalamualaikum..

Teringat dulu ada sorang ustaz ni cakap, kalau kita nak maafkan orang kene betul-betul ikhlas.. kalau mulut kata maaf, tapi fikiran masih teringat-ingat, hati masih membenci, tu tak ikhlas namanye tu.. bererti tak maafkan pun...

Bila nak citer pasal maaf ni.. susah kan.. lagi-lagi apa yang orang buat tu mencalarkan hati kita.. kadang-kadang 'masa' tu memang ubat yang terbaik.. kadang-kadang pula 'masa' tetap gagal menjadi ubat..

Pja cuba untuk memaafkan orang itu.. tapi sampai sekarang masih gagal.. in fact bile ternampak muka dia, perasaan benci yang teramat sangat serta merta lahir.. benci sebencinya..

haihhh.. ikhlas la wahai cik hatiiiii..

Oct 22, 2013

Pengalaman Kerja

Assalamualaikum...

Dah la lame tak update blog, tibe-tibe pulak nak share pengalaman kerja kan.. haha.. motif?? ntah.. pja pun tak paham...

Pengalaman kerja pja tak la menarik pun.. ramai yang hebat-hebat diluar sana yang boleh bangga dengan kerjaya sendiri.. kadang-kadang jeles tengok orang yang dapat kerja yang diorang nak.. honestly.. after 26 years ni, lepas dah pegang degree yang masih dok peram tak digunakan lagi tu, pja cuma impikan kerja sebagai enviromental engineer.. atau jadi kuli kepada iwk.. atau dok korek sampah kerja dengan solid waste management.. tapi.. 3 tahun berusaha, doa dan tawakal, Allah masih belum makbulkan apa yang yang pja usahakan. Mungkin Allah nak bagi yang lebih baik kot...

Kerja yang pja maksudkan termasukla kerja-kerja ngokngek yang pernah pja buat.. hehe.. janji setiap kerja tu comfirm ade pendapatan..

1. Sepanjang hidup pja, first time pja kerja BUAT MEE KUNING.. time tu lepas SPM sementara tunggu result & sambung belajar.. Bangun pukul 3.30 pagi buat mee 2-3 kg tepung sehari.. boleh dapat dekat 6-10 kg mee sehari.. then mak tolong jual.. dapat la sikit..

2. Training dekat Kotraktor.. Latihan Industri masa Diploma.. masa tu rate alaun paling tinggi RM500.. bos boleh tanye, cukup ke RM500 tu?? haha.. gelak besar pja.. masuk contract department, buat kerja-kerja QS.. best.. banyak belajar.. bos percaya.. masa raya cina dapat angpau beratus-ratus dari staff.. balik kadang-kadang lambat.. tapi tak de hal sebab rumah sekentut je.. kalau balik maghrib, sementara ayah nak balik surau boleh amik..

3. Habis diploma tak tau nak buat mende, interview ade, tapi tak berjaya, nak sambung pun universiti tak panggil lagi, udahnye kerja jadi CIKGU SEMENTARA dekat sekolah agama.. mengajar budak darjah 2 (guru kelas dia bersalin).. sekolah ni swasta.. ustaz/ustazah tak ramai.. so, darjah 2 ada 5 subjek, makanya semua subjek la pja mengajar.. pekse pun, semua subjek la pja tanda.. best tak?

4. Bulan 11 ofcoz sekolah tutup kan.. maka jobless la semula.. cari main-main.. saja tinggal nama & contact no dekat music valley dekat giant batu caves.. tak sangka pulak boleh dapat.. mak kata elok la tu.. "dari ustazah, jadi jurujual cd plak.." haha.. tak pe la.. pengalaman kan.. tapi sebulan je.. tak sempat isi borang epf pun.. tapi gaji masyukkkk.. basic rm800 je.. alaun + komisyen dekat 2k lebih.. bulan tu terlebih rajin pulak kan cari komisyen.. Benti sebab tak nak kerja masa raya haji.. bagi alasan dapat sambung belajar.. tapi memang betul pun, a week after tu uthm panggil lapor diri..

5. Training dekat Environmental Consultant.. yang ni kerja paling enjoy.. bos asyik belanja makan.. kerja buat event, buat buku, pergi site dekat bukit tagar.. Happy giler nak mampus kot dapat masuk Landfill Bukit Tagar tu.. macam bengong kan.. Orang lain tak kisah langsung pun.. Cuma kekangan diaaaaa.. tak pe la.. biar simpan sendiri..

6. Habis training, belajar pun habis la.. mula la cari kerja.. makanya buat la cookies.. dapat la sikit.. start tu yang buat kuih raya tu... income sedap tu. tapi penat pun sedap la..

7. Dah tak de kerja sangat, ibu eira offer jadi cikgu sementara dekat sekolah dia.. adalah kerja 3 hari, lepas tu dapat offer jadi pegawai kentrak dekat KeTTHA.. tapi kerja ni paling horror sekali.. berkejaran dengan anak murid cina sebab dia tak buat kerja.. takot pun ade woooo..

8. Sebagai PRE dekat KeTTHA.. memula dihantar ke Projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor.. masuk unit Terowong.. Bos ok.. kerja pun ok.. Selalu masuk terowong.. macam family officemate kat sini.. cumenya selalu 'terkena' dengan J48.. budak kontrak kene kick beramai2 pun sebab dia.. nasib ada J54 yang membantu menyelamatkan keadaan, kami ditukarkan ke Kementerian..

9. Tukar ke Sektor Tenaga sebagai PRE juga.. kalau sebelum ni bantu kerja-kerja jurutera, kali ni kerja Pegawai Tadbir Diplomatik pulak.. tapi sejak duduk sini la yang buat pja fikir untuk mengubah nasib sendiri.. ok.. masa ni la yang rasa pja takkan kemana kalau terus kerja sebagai pegawai kontrak.. dalam masa yang sama mula cari kerja lain.. mula-mula tak ada masalah, lama-lama pja kene cover 3 bos dalam 1 masa.. yang sini marah, yang sana bising.. tension.. kadang-kadang kene balik lambat sebab KSU / Menteri nak buat meeting after office hour.. kerja dengan dokumen.. bidang tak de basic langsung.. setiap hari stress.. migrain pun asyik menyerang.. after setahun 6bln, dengan berat hati, takut semakin parah, pja angkat kaki buat bisness sendiri..

10. Kerja sindiri buka TASKA.. TASKA CAHAYA IMTIYAZ yang berdaftar dengan SSM dibawah nama pja sendiri dan dalam proses mendapatkan sijil kelulusan dari JKM pula.. diam tak diam dah 4 bulan.. suka duka.. akhirnya ke sini rezeki pja.. InsyaAllah.. mungkin ini yang terbaik... sakarang baru ada 3 orang anak.. nanti bertambah-tambah lagi anak kat sini.. InsyaAllah.. doakan ye kawan-kawan.. ohye.. since 6 bulan pertama pja dekat Sektor Tenaga pja dah buat persiapan, research, study, attend kursus 3 bulan untuk bukak taska ni sebagai persediaan.. sebab tu after setahun setengah baru pja berhenti sebab nak operasi taska dengan kudrat sendiri..

Nota Kecik Cari Duit: baru last week cerita dekat insyirah.. sebab tengok orang pergi kerja ramai-ramai naik train.. ibu penah jalan kaki pergi kerja, pernah naik bas, pernah naik train, atok hantar, after kawen, kene marah dengan ayah suh belajar bawak kereta manual.. sekarang paling best, tak yah naik apa-apa, dah sampai tempat kerja.. hehe...

Sep 11, 2013

Early Childhood 9# - Penjagaan Pemakanan

Assalamualikum...

Pja bukan nak bagi tips sangat pun.. cuma tadi dalam slot dilema wanita ada cerita pasal wanita yang berbadan besar.. last sekali macam biasa la ada terselit tips dari Datuk Dr. Fadzilah Kamsah..

Qoute dia "anak-anak kita ni 'besar' dan 'sihat' disebabkan oleh ibu bapa yang penyayang.." huraian dia lagi lebih kurang macam kita hidangkan anak-anak dengan makanan macam-macam.. pelbagai jenis, sihat atau tak sehingga anak ni lemah pada makanan..

Pja pernah juga dapat tips dari trainer pemakanan untuk anak-anak yang mengatakan jangan paksa anak makan.. beri makanan yang sihat sahaja.. maksud jangan "paksa" anak makan ni contohnya if dia dah tak nak lagi, jangan dipaksa.. sebab kalau sumbat juga dalam perut yang kecik tu, alamatnya tumbesaran perut dia akan luar biasa.. ibarat stokin kecik yang di sumbat dengan kaki besar.. lama-lama longar la dia kan.. kalau dia tak nak makan nasi, cari alternatif lain yang boleh membekalkan nutrian yang diperlukan tadi.. contoh kalau dia tak nak nasi, boleh bagi homemade kentang goreng kan.. karbo jugak.. kita kene kreatif..

Tiba-tiba juga terus teringat pasal kisah pja mase kecik-kecik dulu.. kakna pernah citer.. dulu cik normah (mak angkat yang bela pja dulu) selalu sumbat-sumbat nasi dalam mulut pja sampai pja muntah-muntah.. dia suruh jugak makan banyak-banayk sebab katanya pja kurus sangat macam budak tak cukup makan... Borak-borak dengan mak after training.. mak ia kan.. dia kaa sampai kembung-kembung pipi dengan hidung pja kemam nasi..

Kesimpulannya.. badan pja besar dah susah nak turun sebab kasih sayang cik normah yang terlalu banyyaakkkkkkkk... hahaha mak gelak guling-guling....

Jun 28, 2013

Last Day

Assalamualaikum..

Hari ni last day pja berkhidmat di KeTTHA.. 3 tahun disini, terlalu banyak suka duka, jerih perit.. Tapi, pengalaman itu la yang telah mematangkan pja, buat pja terus berfikir untuk menghadapi perjalanan hidup ini.. Dari zaman anak dara, bersuka ria, berkahwin, sampai la insyirah dah berumur 1 tahun 5 bulan.. terlalu berharga rasanya..

Keputusan yang pja buat ni bukan satu keputusan yang mudah.. sudah setahun lebih.. setiap hari pja berdoa agar Allah beri pja kekuatan dan tunjukkan jalan yang terbaik untuk pja.. Walaupun ragu-ragu, Alhamdulillah, pja dapat rasakan kekuatan itu ada dalam diri pja walaupun masa depan masih samar-samar.. Alhamdulillah juga, Allah telah kurniakan pja suami dan anak yang sangat menyokong pja.. mereka la semangat pja..

Kenangan 

Buibye semua...

Jun 14, 2013

Review : Homoepathy & Akupuntur

Assalamualikum..

Sejak bawak mak pergi berubat kencing manis guna rawatan alternatif dengan Tn. Hj. Nazril, dan perkembangannye pulak sangat la positif, tergerak hati untuk avoid ubatan moden ni.. Seriusly, mak dah tak makan ubat darah tinggi dan cair darah.. ubat kencing manis pulak dia skip.. tapi bacaan kencing manis dia dah tak lebih dari 5 even selepas makan.. Alhamdulillah..

Yang pja nak sangat berubat ni pja punya migrain.. Nak dijadikan penyebab, dah seminggu pja batuk berkahak.. tak pergi klinik langsung.. cuma makan madu & habbatussauda'.. padahal dulu pja la penunggu setia depan pintu klinik azlini.. hehe..

Tadi tergerak hati nak berubat secara homoepathy.. Pergi la klinik Dr. Nik Omar dekat Bangi.. Asalnya nak amik ubat untuk batuk je.. alang-alang sampai try la tanya pasal sakit belakang dan migrain.. then dia suggest buat akupuntur.. tak lama pun 1/2 jam je.. untuk lancarkan perjalanan darah.. Alhamdulillah kurang sikit rasa stress dekat bahu tu after treatment.. so far ok la.. kalau buat selalu insyaAllah  kot.. 

Pja bukan tak percaya ubat moden.. tapi dari muda pja asyik telan caffox, cafergot.. dah macam drug addict dah.. bila layan sakit je, nak dadah.. ubat tu memang dadah pun kan.. lepas tu tak baik-baik pun.. cuma realise kan sakit tu je kan.. so, hope fully kaedah lain ni serasi dengan pja.. kita hanya berusaha, Allah yang menentukan.. nti pja updated pasal ubat batuk tu pulak ye.. oh ye.. dia ada buat bekam juga, ingat nanti nak try jugak..

Mahal sikit, tapi banding dengan dadah dan kimia yang bahaya tu masuk badan, side efek lain datang lagi banyak duit terbang..
Terfikir nak bagi nafas baru dekat blog ni.. tapi memikirkan kalau dah start buat asyik nak ngadap je, terus tak jadi.. tunggu la dah relax sikit nanti..






Jun 5, 2013

Diketepikan

Assalamualaikum..

Again... dalam kementerian yang sama, post yang sama cuma jabatan yang berbeza.. 

Kadang-kadang bila kita dalam situasi yang tak selamat, ada baiknya kita berpura-pura untuk selamatkan diri.. dan dah dua kali pja gagal berpura-pura dan pja memang comfirm tak selamat.. hahaha.. 

Kali ni kontrak disambung, tapi dari sektor pja dia akan interview pegawai-pegawai kontrak ni untuk tentukan sapa 2 orang pegawai yang akan ditukarkan kepada Contract Of Service.. kononnya macam save sikit la sebab kontrak dibuat 2 tahun dan akan mengisi kekosongan jawatan.. if yang tak selamat tu, sambung kontrak lama je sampai hujung tahun.. tu pun kalau ada duit.. Malangnya, pja sorang je pegawai yang tak dipanggil interview.. boleh pulak kan... 

Kalau sepanjang 2012 pja boleh senyum.. gelak ketawa.. buat kerja macam orang workaholic la.. sebelah mata pun diorang tak kisah.. memang fake habis la.. ibarat kata "i looooovveeeeeeee thiz jobvery the much la!!!" tapi tahun 2013 ni memang fake tu dah kelaut.. memang pja tunjuk yang pja dah tak boleh go on dengan kerja ni.. waktu tu baru bos kata.. " napa awak macam ni? sedangkan prestasi awak dah bagus dah sebelum ni.. awak cepat belajar.. dah banyak awak boleh handle.." something like that la.. jawapan pja.. senyum je la..

Masa 1st time diketepikan sebelum ni, masa kontrak pja tak disambung, pja menangis dari pagi sampai ke petang.. mungkin sebab hormon terlebih.. preggy dah trimester pulak tu kan.. tapi kali ni pja tak rasa apa.. infact rasa lega sangat macam seolah-olah satu hilang satu beban dibahu pja.. walaupun pja tahu beban yang akan datang akan lebih berat.. i'm positive.. InsyaAllah Allah akan permudahkan segalanya.. 

Pja : Cik, PRE ada interview eh?
pegawai : haah, awak nak pergi ke interview tu?.. dengan muka serba salah
pja : tak la.. saya saja je tanya.. senyum & terus jalan

Kawan : Fieza, betul ke awak tak nak pergi?
Pja : Betul.. malas la.. lagipun bukan diorang panggil interview pun..
Kawan : Comfirm nih?
Pja : 100% Comfirm..

Ya Allah.. nak nangis rasa.. mana ntah dapat kekuatan ni.. walaupun sebenar-benarnya pja nampak masa depan pja masih lagi samar.. Alhamdulillah Allah bagi pja kekuatan yang luar biasa.. dan Ketenangan tu, hanya Allah dan Pja je yang tahu..

May 16, 2013

Jemput-Jemput Sotong

Assalamualaikum..

Ni bukan jemput-jemput sotong yang guna tepung gandum macam mak-mak buat tu tau.. ni Takoyaki makanan jepun..

Banding tako yang jual dekat sushi king dengan kat luar pja suke lagi yang kat luar.. maybe sebab rasa dia lebih meriah kot.. dulu selalu beli dekat Jusco.. tapi mahal sikit.. 

Sejak duduk Puchong, selalu beli dekat Carefour Puchong Utama (sekarang dah jadi Aeon Big).. diorang punya bahan memang banyak.. best gile.. murah pulak tu, 5pcs RM4 smtg je.. tak lama pastu diorang tak jual dah.. tukar dekat area stesen bas kat tepi C4 tu pulak.. Lepas Lokas Makana bukak, diorang bukak cawangan kat situ.. tapi kejap je jugak.. :(

Semalam pi makan kat sana.. tibe-tibe usha orang sebelah makan tako yang sanggggat banyak.. mata dah nampak tako yang banyak turun dari langit....cari-cari tak jumpa.. dengan hampa pergi bilik air.. rupe-rupenya jual dekat kedai yang jual sizzling & ais krim goreng on da way nak pi bilik air tu... wahhhhhh.... terus la nak... mana nak nampak, iklan kecik sangat.. tulis pulak.. "JEMPUT-JEMPUT SOTONG"

Dia Jual 5 pcs RM4.50, 7 Pcs RM 6.++, 12 pcs RM8 jeeeeee... terus la borong 12 pcs... boleh campur-campur isi pulak tu.. pja beli 12 pcs (4octopus, 4 crab, 4 prawn).. punye excited sampai bagi orang tu RM12.. haha..

Kak lia.. if akak tak tahu, ni fieza tengah promote la ni tau.... hahaha... sorry, gambar tak de sebab lahap sangat.. :D


Jan 31, 2013

Curi tengok TV

Assalamualaikum...

Pja sampai ofis pukul 7 pagi hari ni.. giler awal.. dok nak elak jem dan takut mak sampai lewat, perlu la kiranya datang awal.. sampai ofis mamai lagi.. sampai bilik tengok-tengok dok sarung selipar nipis.. kihkihkih..

Masuk bilik tak buka lampu, terus duduk depan pc, on pc, amik bantal, letak kepala.. konon nak take a nap... tapi tak boleh tido la plak.. padahal mata dah pedih... sambil tengok cerita sehangat asmara dalam keadaan gelap tu, tiba-tiba memori lama datang singgah di kepala..

Masa kecik-kecik dulu mak ayah ajar kami tido awal.. pukul 10 tu paling lambat tido la.. selalunya memang rumah kami gelap dah time-time gitu.. kadang-kadang pukul 8 dah bergelimpangan.. haha..

Dolu-dolu kan citer best-best start pukul 11 malam keatas.. pukul 9 dah collapse . ayah siap angkat naik atas lagi tu..tak pun kene hambat dengan kakna suh naik bilik.. sat lagi, kul 11 malam turun bawah balik, curik-curik turun balik.. tengok tv dalam gelap.. tapi pja pandai menyelinap ni since sekolah menengah la.. waktu sekolah randah baik banyak... huhu.. sound buat slow giler, biler dengar mak or ayah nak pergi toilet je, buat-buat tertido.. haha.. berlakon banyak.. 

Antara cerita-cerita yang pernah jadi kegilaan untuk menyelinap;

1. The Cave of The Golden Rose
    - siape tak pernah tengok citer ni kan..kan..kan.. citer pasal fantaghiro,  putera Ramualdo &    Tarabas.. lagend tau citer nih...


2. Aishiteiru to Itte Kure
   - Kisah pasal seorang lelaki bisu yang pandai melukis bercinta dengan seorang perempuan comel.. mase ni zaman kegilaan cerita jepun.. paling suke lagu intro dia.. Love Love Love / Dreams Come True





3. 10th Kingdom
   - Siapa suka filem non-fiction, hah, ni la makanan dia.. bape puluh episod ntah.. yang paling penting, cerita ni final episod dia betul-betul mase malam yang esoknya paper SPM lukisan kejuruteraan.. ramai giler yang mneylinap masuk bilik tv asrama dekat blok D semata-mata nak tengok citer ni.. disebabkan pja dah pro lukisan berlagak ok rase macam celah gigi je, tu yang sanggup nak menyelinap semata-mata nak tengok ending cerita ni..


lepas dari sekolah menegah dah tak menyelinap, memang pukul 3-4 pagi baru tido.. nak-nak ayah baru pasang astro time tu.. memang masyuk la tengok HBO time tu.. haha...

Nov 9, 2012

Beli Rumah

Assalamualaikum..

Sape tak beli rumah dok non!!.. semua orang nak ade rumah sendiri... lately semua orang dok bising kata rumah sekarang mahal ya ampun.... ermmmm.. geget jari je la kami yang muda-muda baru nak hidup ni...

Before kawen kami husband n wife pernah juga bincang pasal perkara ni.. but en. suami tak nak beli rumah sampai pja dapat kerja tetap.. sebab dia nak rumah kami dekat dengan tempat kerja pja.. baik kan hubby ku.... :) sebab dia pikir pasal daku...

Disebabkan tu, kami sewa dulu dekat puchong.. dekat dengan tempat kerja pja waktu tu dekat cyberjaya.. 15minit je ikut jalan belakang... tapi after tu pindah putrajaya still dekat juga lagi..

But lately ni dia macam dah mula bersuara nak beli juga rumah.. but after bincang kami tak kisah rumah baru or second hand, but rumah tu klo boleh convenient la.. bermaksud dari aspek suasana orang-orang dekat kawasan tu, kewangan kami (jangan sampai bayar umah bulan-bulan sampai tak de duit spare langsung untuk masa akan datang) dekat dengan tempat kerja.. paling penting perkara bekaitan dengan pengasuh insyirah...

Setelah dok cari-cari.. pja rasa pja selesa sangat dengan rumah sewa sekarang.. means keadaan rumah sekarang.. kot kalau ade orang nak jual, nak je kami beli.. tapi kalau boleh nak tingkat 1.. macam groundfloor sekarang ni agak terganggu la sikit.. lagi satu faktor keselamatan kat tempat ni bagus.. pegawai keselamatan dia memang tip top.. you all bayangkan anak-anak kat sini bebas bermain.. kanak-kanak 3-5 tahun tak de hal nak pergi main dekat luar.. sebab sini dah jadi satu komuniti.. macam-macam aktiviti tiap weekend.. so semua parents kenal each other.. Kalau kene tinggal dek en. suami pun tak rase takut la..

Macam sekarang, pja kuar pukul 7.30 pg pun sempat lagi sampai ofis sebelum pukul 8 pg.. then balik pukul 5 ptg, 5.30 dah sampai rumah.. siap-siapkan barang nak masak sikit, baru ambil insyirah pukul 6 ptg.. after tu sambil-sambil suap insyirah dah boleh masak.. pukul 7 lebih dah boleh makan.. selesa kan.. tak de la balik rumah malam... badan yang tersedia penat ni bertambah penat...

So, korang yang dah kawen-kawen ni or merancang nak kawen, terutama yang ade anak, jangan la terburu-buru sangat nak beli rumah.. asal cantik, rase murah terus beli.. tapi bila kira-kira balik duit tol dan duit minyak pergi balik keje tu lagi mahal dari segalanya.. tu belum lagi faktor sampai rumah lewat.. takkan nak balik lewat sampai 9-10 malam.. kot ade anak, takkan nak biar anak sampai malam-malam dekat rumah pengasuh.. tu tak pikir panjang namanye..

Oct 22, 2012

Senyum sampai ke telinga

Assalamualaikum..

Semalam dua kali tersenyum sampai ke telinga atas jasa pemberian 2 orang lelaki yang terpenting dalam hidup pja... 

1. Pja buka peti ais semalam, pja berjaya kumpulkan balik susu insyirah sebanyak 9 botol dalam masa dua hari atas pemberian duit oleh en. suami untuk membeli set 3m Shaklee..

Alhamdulillah kerana Allah mengizinkan shaklee jadi penyebab untuk susu pja bertambah.. Syukran Ya Allah.. sedangkan baru jumaat lepas, pja menangis bila tengok peti ais kosong bila nak bekalkan susu pada insyirah..


Sebelum ni pja pernah dah try shaklee.. memang serasi dengan pja, but pja try untuk supply and demand dan seboleh-boleh tak nak bergantung pada produk..


But now, terpaksa juga amik balik sebab dah tak ada susu langsung dalam simpanan.. Alhamdulillah dengan izin Allah, bila pja makan shaklee ni, pja akan rasa lebih bertenaga dan tenang even tengah buzy.. that's why pja dapat pam dengan tenang dan hasilkan susu.. walaupun hasil tak double.. dapat menyimpan walaupun 1 hari sebotol pun jadi la.. kan..kan..


2. Pja balik dari kelas semalam, ayah bagi paper beg berisi Smartphone Samsung... free ok... bukan claim balik..

My lovely sony memang sakit-sakit dah lame.. one of the button pun memang dah lumpuh sebenarnye.. dan dah berapa kali nak tukar, but tak menyempat-nyempat.. 

So, cadangnye end of thiz year kan dapat bonus.. nak tangkap la Samsung SII ke.. or Samsung Note.. tapi Allah nak pja simpan duit pja tu untuk sesuatu yang lebih penting mungkin... Allah gerakkan la hati ayah untuk bagi pja Samsung Galaxy Ace Plus.. ok la dari kene keluar 1-2 k duit sendiri kan.. Ayah beli phone tu kembar 3.. asalnya just nak beli untuk haziq.. but kata mak, tiba-tiba dia tambah lagi 2, satu untuk mak dan satu untuk pja.. 

A million thank you for both of you en. suami tercinta dan ayah tersayang... Terima kasih daun keladi... esok-esok minta lagi.. haha.. just kidding ok...

Oct 15, 2012

Buku dan Voucher buku...

Assalamualikum..

Buku??
wahh.. my feberet... mase zaman dolu-dolu ececeh.. macam la dah tue sangat.. haha.. tersangat suka la beli buku.. anytype of book.. kalau zaman blaja dulu, tak suka fotostat-fotostat ni.. tak de feel... haha.. tapi bengapnye camtu gak...

Since pja tengah aktif in early childhood ni, banyak yang syorkan tajuk-tajuk buku yang bagus.. antaranya buku Tarbiyyatul Aulad, Penjagaan kanak-kanak, and etc... sangat banyak dan harga nya pun.... ermmmm. menjilat jari.. tapi tak semua la nak beli.. tengok yang agak-agak membantu je la..

After beberapa calculation, rasanya pja perlukan 5 buah buku dengan kos hampir rm400.. mak aaaaiihhhh... mana nak cekau duit...

Tiba-tiba tingggggggg!!!! idea pun datang.. hold dulu la buku-buku ni... nak tunggu voucher my husband....!!!
kihkihkih... dapat RM250... lebihnya boleh topup...

Mende ni akan jadi sumber rezeki kami suatu hari ni.. so dia kene bagikan.. kene support juga... haippppp!! kalau tak bagi, nanti rotan karang... hehe...

Jun 15, 2012

Aku Rindu Kamo, kamoo dan kamooooooo

Assalamualaikum...

Sepanjang pja belajar bermula tingkatan 1 hinggalah tahun terakhir dekat uthm.. 2/3 masa pja dihabiskan dekat asrama bersama kawan-kawan yang bersilih ganti datang dan pergi... 

Pja rindu kamo.. kamoo.. dan juga kamoooooo..

Form1 : asrama dekat Hira' batu belah.. bersama kakak-kakak yang dikasihi terutamanya Kak Bal.. paling tak boleh lupe pasal 1st time peot + bisul kat m*ntot.. haha.. kecuh jap... pastu suka tapau makan malam banyak-banyak share dengan kak hanan, kak anis.. kadang-kadang kak sakinah if im not mistaken la pun join same.. selalu kene tegur dengan kak bal & kak Mar.. 

Form 2 & 3 : Asrama Hira' Jeram.. dengan geng Tabuk.. sampai muallim cop kitorang bili paling ganaz sebab paip pun boleh patah.. haha.. kes jangkitan kutu satu dorm dari sorang budak baru masuk.. siap ainul amik ubat kutu dari ayah dia.. then kami buat ops cegah kutu.. 

Mase f 3 Muallim tukar name dorm gurlz sebab takut kes-kes ganaz berulang kembali sebab nama perang kan.. haha.. then muallim tukar nama ister-isteri Nabi Muhammad S.A.W.. masuk dorm Maimunah.. sapan santun la sikit.. Diz time Kakak-kakak f 4 pun join kami.. dorm pja still dorm yang havoc.. thiz time kecoh budak laki kene rasuk..

Form 4 & 5 : Budget dah dok Smtg, rumah pun sekentut, leh la dok rumah, tak dapat gak.. still di asrama.. Mase f 4, Autumn Amaryllis.. mase f 5 Fatanah/f6.. walaupun bilik yang sama.. geng pun yang sama.. tido rapat katil dengan bff eira.. kat sini la kisah permulaan kami.. dengar radio malam-malam budak laki buat, fly, tdo kat bilik during prep.. haha...

cuti 6 bulan kejap,

Diploma : Sambung asrama dekat poli.. Sem 1 dgn awin, sem 2 dgn ana, sem 3 dgn mek diz time sanggup masuk kior smata-mata nak masuk asrama sem 4 praktikal so balik gombak.. Sem 5 dgn jijah gagah masuk bilik KJ minta asrama sepuloh-sepuloh semua pulak tu mintak haha... kemana pun geng kami di campak, lunch & buka posa tetap sumbat 10 orang even kene berhimpit.. pi mana pun nak sama-sama.. pi kelas je kadang-kadang asing-asing sebab de yang lambat de yang cepat.. Lepak bilik shai tengok sarah ngigau, tengok citer hantu tengah malam.. layan mek tengok winter sonata sambil gelakkan mek nangis.

Sem 6 :  kami selup0h orang kene kick sebab dah tak de alasan.. padan muka kan.. so kami pecah 2, dekat behrang 2020 (rumah Shai), shai, pja, ana, jijah, mek & faezah.. dekat sungai behrang(sedara atun) atun, muaz, sarah & mas.. Tungang langgang habis rumah kami.. naik kete daihatsu biru old skol shai sekali 6 orang.. datang lambat.. penah sumbat nak kete tu 8 orang.. pja la bawak.. siap mati enjin.. malu giler siot.. haha.. buat makan-makan kene sound dengan pakcik muka kerek kat sebelah.. Masak kuih buah melaka.. dengan konfiden pi bagi dekat pakwe, rupa-rupa lupa letak garam dekat kelapa.. padan la tak sedap.. akak uamah sebelah pun kami baik hati nak bagi.. malu aku sebagai tukang masak budget teror..

Cuti lagi 6 bulan,

Degree,

Tahun 2, sem 2 : Duduk dgn kak shima dekat syed nasir.. time ni derita.. dah le tingkat 4, pc tak de.. bilik pc sampai kul 11 ja.. masuk lambat pulak tu.. orang dah belajar banyak.. sampai demam-demam buat assignment..

Tahun 3 : Duduk dengan Kak shima lagi & tingkat 3 dekat Tun Fatimah pulak.. tapi diz time 1 bilik 4 orang.. so kami dapat tambah kawan ifa & ally.. but ally ade mase sem 1 je.. banyak ngokngek dengan ifa je la.. tak banyak huha-huha sebab kak shima dah final year..

Tahun 4 : Duduk dengan kak liza, along & jimot.. tibe-tibe ala-ala baik pulakkan.. sebab kak liza ngan along tu budak surau.. budak-budak kelas asyik la dok bahan pja.. tapi diz time kitorang 1 kelas semuanya 1 aras.. aras 1.. padahnye tak kisah masuk mana-mana kan... 

Tahun 5 : Kene kick, so kami dok rumah sewa.. sem 1, pja muaz, zeema, ina.. sebab tak mampu, kami cari lagi 2 orang.. so fida & tina join kami.. walaupun kami gila-gila naseb tak efek dekat tina & fida.. diorang ni jenis tak banyak bunyik.. pi kelas merempit naik moto.. pi pasar jalan kaki.. pi mamak.. merempit sampai bp mall or bandar bp.. tengok midnight movie.. lunch & dinner masak or beli sama-sama.. makan pun sama-sama.. nakal ok.. rempit masuk rumah sebab nampak babi hutan depan rumah.. menjerit-jerit kami..

Mase sem 2 plak tempat fida & tina diganti dengan yana & yany.. then liza pun masuk bilik kami.. time ni banyak isu-isu.. dapur pun dah tak berasap.. masing-masing buat hal masing-masing.. tak syok sangat.. tapi gumbira tetap ada.. yang bestnye kami buat 1 videoclip.. mengong.. lupe lak.. pi mamak pukul 2-3 pagi.. 

Duduk asrama ni syok, boleh berlonggok tengok movie.. borak sampai pagi.. tengok kawan ngigau, buat keje gila.. banyak suka-duka yang mematangkan kita..

kemudian, setahun setengah kembali kepangkuan mak & ayah.. syok woo.. pi keje pun ayah & mak hantar tau..

Kini.. kembali ke 'asrama'.. duduk dengan mad nor & insyirah.. ehh.. nape ade lelaki?? hehe.. still duduk 'asrama' sebab kami menyewa.. insyaAllah de rezeki, kami pun nak beli rumah sendiri...