Showing posts with label :: CINTAILAH BUMI KITA ::. Show all posts
Showing posts with label :: CINTAILAH BUMI KITA ::. Show all posts

Sep 12, 2014

Diapers lagi #5 Back to Nature

Assalamualaikum

Kalau throwback balik entry pja pasal cloth diapers ni, memang tak banyak.. sebenarnya tak berapa berjaya pun nak pakaikan insyirah fully cloth diapers.. banyak sangat halangan.. plus masa tu masih berkerja & babysitter dia pun macam rasa susah.. lama-lama balik pada lampin pakai buang.. mujur dia free diaper awal.. alhamdulillah bawak berjalan dan tidur malam dah tak payah pakai diaper lagi.. dia boleh bangun kejut ibu beritahu nak kencing..

So, dari 2-3 last weeks, sejak encik suami nak boikot huggies, ibu yang sedih.. sebab huggies je dalam hati ibu dan mampu milik.. kedua-dua anakanda elergi dengan kebanyakan jenama.. terlewat sikit tukar dah merah-merah.. insyirah dulu siap melalak-lalak sakit.. so, ibu amik keputusan untuk kembali kepada yang mesra alam..

Previous koleksi ada 12 keping je.. banyak jenama, coz pja tak suka beli sekali banyak satu-satu jenis tu, sebab takut tak sesuai.. ada terkena 1-2 jenama yang tak sesuai dengan insyirah.. so, irsyad pakai balik je la kan.. dekat seminggu try n error.. asyik la bocor.. dia ni memang heavy wetter.. sampai kena pakai insert berlapis-lapis.. haha.. bulky giler.. buruk.. keputusannya kena la cari bamboo insert or mana-mana yang boleh serap dengan lebih baik.

Sudahnya terpaksa tambah koleksi.. 12 keping tak cukup nak rotate 3 hari.. alhamdulillah rezeki buat part time, dapat cover untuk tambah koleksi irsyad.. dapat lagi 6 keping + 10 keping liner. dapat pulak free gift key chain CD yang sangat comel ni.. ibu yang terlebih suka..

Washable Liner

Siap Ada Insert

Comel je..
Penangan berCD ni, pja pun dah beralih pada cloth Pad.. tapi baru try snowdrop pantyliner.. sebab baru lepas pantang kan.. nifas dah lama habis nak try pad.. siap join kutu nak beli starter package.. ada few jenama nak try juga macam bamboolite, mama patch, little 'N' Handmade.. slow-slow.. siap ajak adik ipar join..

Sebenarnya bagus kita beralih cloth pad ni.. sedikit sebanyak boleh bantu cegah masalah dalaman wanita seperti cyst, fibroid, kanser rahim & etc.. testimonial pja sendiri, keputihan dapat diatasi sejak tukar pada cloth pad ni.. Tak salah nak cuba.. selain jimat dapat sihat juga..

Masa mula-mula nak beli memang rasa mahal, tapi bila dah lama tak beli yang pakai buang ni, baru terasa jimatnya tu..

nota kechik : ibu hutang irsyad entry pasal kelahiran irsyad.. InsyaAllah malam karang ibu start karang dan boleh publish ye sayang..

Feb 24, 2012

Lynas & Love Canal

Assalamualaikum

Cube korang bayangkan bila pembinaan Pusat Memproses Nadir Bumi LYNAS ADVANCED MATERIALS PLANT (Lamp) mengulangi sejarah Love Canal???


DISASTER!!


Love Canal?? ape tu love canal?

Mungkin ramai yang tak tahu, tapi pja yakin, siapa yang dalam bidang environment ataupun yang sangat concern tentang environment mesti tahu tentang sejarah love canal ni.. secara ringkas pja terangkan..

Love canal ni bukan la terusan cinta macam tempat orang bercinta asmara bagai tuh..
Tapi love canal ni nama sebuah terusan yang terletak berhampiran dengan Niagara Falls.. [sape tak tahu Niagara falls tu, sila buka buku geografi ye..]

Disaster ni berpunca dari kerasukan, ketamakan pemimpin yang hanya pikirkan keuntungan tanpa memikirkan masa depan rakyatnya sendiri.. 

Memula Hooker chemical  and Plastic Corporation ni beli tanah kawasan tu untuk buat tampat buang sisa toksik.. tapi bila landfill tu dah ditutup, diorang dah cover bebaik, Pihak Kerajaan beli kawasan tu dengan harga yang sangat tinggi untuk bina sekolah dan kawasan penempatan..

Selepas 20 tahun, Akhirnya bila permukaan yang cover sisa toksik tu gagal, bahan toksik pun naik ke permukaan menyebabkan semua penduduk dekat love canal tu dapat penyakit.. bagi penduduk yang tahu sejarah love canal dah cabut awal-awal, tapi yang tak tahu semuanya kene masalah kesihatan terutama kepada ibu mengandung dan anak kecil.. ade yang gugur, baby diorang cacat, kene leukemia, kecacatan kromosom.. macam-macam la..

Kalau korang nak baca cerita yang lebih detail, boleh baca dekat sini.. atau search je love canal.. memang banyak..

So, tepuk dada tanya la hati.. Korang nak ke bende yang sama terjadi dekat Malaysia.. Tu sume masa depan anak cucu kita.. sanggup ke kita lihat mereka menderita???

Feb 19, 2012

Cloth Diapers

Assalamualaikum



Last week pja beli bengkung dekat bengkungmoden.com.. bengkung khas untuk ibu yang bersalin secara cesarean.. Disebabkan tu, pja dapat kupon diskaun untuk beli cloth diapers ni.. so, ni la nak citer nih..

Act my sister memang pakai cloth diapers nih.. so far ok.. memang leceh sikit sebab kita kene basuh lampin tu tiap-tiap hari.. nak-nak kalo anak tu kuat Eek.. but, sekurang-kurangnya dia boleh kurangkan sisa pepejal kat malaysia ni kan..

Ikutkan hati yang sangat prihatin pada alam sekitar nih, memang nak sangat pakaikan insyirah cloth diapers nih.. tapi korang tau la barang yang eco dan prihatin pada alam sekitar ni kan slalunya mahal sikit.. nak beli banyak memang tak dapat la..

Tahukah anda pada tahun 2009 sebanyak 0.88kg/hari sampah dihasilkan oleh setiap orang.. terbaru sumber dari kosmo, sampah yang dihasilkan setiap hari adalah sebanyak 27,000 tan.. banyyyyyaaakkkkkknyeeeeeeee..

Pja ni memang fanatik sikit pasal solid waste nih.. almaklumlah, cita-cita nak jadi environmental engineer tak tercapai lagi.. haha... tibe-tibe rindu kat tapak pelupusan sisa pepejal bukit tagar.. eeeuuuwwww.. selekehkan... hahaha...

Pja ingat nak bagi kopun tu dekat kak na kot.. tapi nanti baca dlu terms n condition kupon tuh... hope anak second nanti dapat pakai cloth diapers nih.. 

Jun 7, 2011

Hari Alam Sekitar Sedunia

Assalamualaikum...

Owhh.. Pja hampir terlupa yang pja kini ahli Alam Sekitar... 
Kah..kah..kah.. baik kan...

Pja ada dapat email, yang Hari Alam Sekitar Sedunia 2011 tahun ini akan disambut di Shah Alam pada 11 & 12 Jun 2011

11 Jun : Explorace dekat Bukit Cahaya Seri Alam
12 Jun : Karnival dekat Perkarangan Stadium melawati Shah Alam



Erm... teringin nak masuk explorace.. tapi tak da team..
Dapat pergi karnival pun jadi la~~...











Apr 23, 2010

EARTH DAY

22 april 2010...

bufday my fren, Eira Zainal..
happy bufday to you..
semoga sentisa berada dibawah lindungan dan rahmat-Nya..

also....

EARTH DAY..

sama-sama la kita beringat untuk menjaga bumi kita ni.. kalo bukan kita yang jage, sape lagi na jage? tak kan makhluk asing kot.. haha.. mungkin susah untuk kita menjaga kalo kita dari peringkat permulaan, tapi kita boleh mula dari yang asas kan? so aku suggest;

1: padamkan semua suis yang tidak digunakan.. jagan membazir elektrik

2: asingkan sampah anda sekurang-kurang nya sampah kertas, plastik, kaca

3: jangan membeli melainkan betul-betul perlu bag mengurangkan sisa

4: tanam pokok disekeliling rumah anda untuk pengudaraan yang segar

5: kurangkan penggunaan bahan pencuci terutama yang mempunyai bahan kimia yang tinggi

6: bawa beg untuk membeli belah bagi mengurangkan penggunaan plastik

7: beli barang secara pukal, elakkan barangan peket individu

8: praktikan membeli barangan yang boleh isian semula

ermm... kalo aku senaraikan sampai esok tak abih.. laen kali aku update lagi ye..

p/s: jangan semalam je de semangat cintakan bumi.. tiap2 ari pun kene!!

Jan 16, 2010

Eco Enzyme

mesti korang pelik kan kenapa lately ni aku suke sangat citer pasal solid waste dan segala yang berkaitan dengan environmental.. hmm.. sejak aku de dalam line envi ni.. aku cam teruja plak.. terutamanye aku truje biler melibatkan sisa pepejal ni.. act this sector are quite interesting.. for me and for sesiapa yang ade kesedaran nak menjaga alam sekitar la.. sebenarnya bukan senag nak menjaga alam sekitar ni kalo kita sorang je yang jage.. fikir la, kita kat sini puas jaga alam sekitar.. buat itu ini.. but realitinya, ramai lagi orang kat sekeliling kita main campak je sisa kat mana-mana.. so, apa yang kita usahakan tetap ak akan berhasil.. jadi, cabaran yang paling besar bagi kerajaan untuk memelihara alam sekitar ni adalah menarik minat orang awam dalam sama-menjayakan program cintakan alam nih..


ok, aku briefing sikit sebelum aku teruskan pasal eco enzyme ni.. act dulu aku memeng penah tengok dalam berita kat TV.. aku agak berminat jugak la masa tu.. tapi, tinggal camtu je mase tu.. tp.. sejak aku praktikal dekat Eco-Ideal ni.. aku macam teruja pulak biler aku tengok pamplet yang diorg wat.. ermmm.. aku start dari mula la.. pada tahun 2007, satu akta berkenaan dengan sisa pepejal telah diperkenalkan.. iaitu Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.. memandangkan kat negara kita ni tiada sebarang akta mengenai pelupusan sisa pepejal in fact dalam Akta Kualiti Alam 1974 pun tak de ceritakan pasal isu ini.. (sesiapa yang belajar pasal alam sekitar mungkin faham tentang akta ini).. so, akta ni di wujudkan bagi menangani isu-isu ni la.. dan agak baru serta belum dapat perhatian dari orang ramai.. (even aku ni student envi pun baru je tengok isi kandungan akta ni semalam).. apa yang aku tahu, akta ni akan dikuatkuasakan bermula tahun 2009.. so, sejak 2007, kerajaan khususnya JABATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL NEGARA (JPSPN) dengan bantuan DANISH INTERNATIONAL DEVELOPMENT ASSISTANCE (DANIDA) telah mengetengahkan akta ini kepada orang awam.. ECO-IDEAL CONSULTING sebagai consultantnye.. diorang ni wujudkan 1 projek yang dinamakan COMMUNITY INITIATIVE PROJECT melalui PBT.. so, diorg berhubung dengan orang awam dengan menjemput majlis2 yang berminat untuk turut serta dalam program tu.. kalo tak silap aku, projek Ec0 Enzyme ni bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (aku nak link kan website sbnrnye.. tp tadi tak dapat masuk coz undermaintainance).. so.. aku harap, kita dapat buat same2.. aku dalam usaha kumpul sisa makanan lebih sikit nak wat mende ni.. so, aku akan sentise update pasal ni.. ok?





::ECO ENZYME::




Eco Enzyme is a complex solution produced by fermentation of fresh kitchen waste (fruit and vegetables dregs), sugar (brown sugar, jaggery or molasses sugar) and water. it is dark brown and has a strong sweet sour fermented scent. Eco Enzyme is a multipurpose liquid and its applications cover household, algriculture, animal husbandry etc.

Eco Enzyne is developed by Dr. Rosukan frim Thailad. She has been actively involved in enzyme research for morethan 30 years and she encourage people to make eco enzyme at home to ease global warming.

:: DO IT YOUR SELF::






Senang je kan?? jom kita try..

:: BENEFITS ::

so, sekarang korang boleh tahu pe yang boleh kita buat biler enzyme kita dah berjaya.. Good luck!!

:: PESANAN ::

1. Do not use glass or metal containers that cannot expand.

2. Garbage for making enzyme does not include paper, plastic metal or glass materials.

3. Avoid oily cooked foor, fish or meat residues (can be used as garde compst material). To make a fresh smelling enzyme, add orange/ lemon peel or pandan leave ect.

4. The ideal colour if eco enzyme is dark brown. if it turned black, add same amount of sugar to start fermentation process again.

5. It may have a white, blackor brown layer on top of the enzyme, ignore it. if you encounter flies and worm inthe container, leave it and the chemical reaction of enzyme will dissolve them naturally.

6. Make full use of eco enzyme residue:

a) reuse fir next production by adding fresh garbage

b) use as fertiliser by draying in residue, blend it an bury in the ground.

c) Grind the residue, pour into toilet bowl, add some brown sugar and flush to help purify sewage.

7. If you have not gathered enugh kitchen waste, you may fill up the container gradually. the 3 month fermentation period start from the day you place your last batch of kitchen waste.

8. the longer it takes, the better it gest. harvested eco enzyme will never expired. do not store in the refrigerator.

9. If every huosehold utilised their garbage to produce eco enzyme, it can stop kitchen waste from polluting our land and meanwhile ease global warming. you can help change the climate.

p/s: jom try.. kite tengok sape yang teror.. hehe

Jan 10, 2010

LIST OF ENVIRONMENTAL THEMED CELEBRATION


Demi cintakan persekitaran dan bumi ni, aku paparkan perayaan sedunia yang akan dirayakan oleh semua makhluk di atas muka bumi ni.. just untuk pengetahuan korang sume..


SAVE OUR ENVIRONMENT


LOVE OUR EARTH


CINTAI SUNGAI KITA


3Rs : REDUCE, REUSE, RECYCLE


LOVE OUR NATURE




p/s: ape yag saya paparkan ini bukan la sekadar untuk dilihat.. jom la kita beramai ambil peluang untuk join aktiviti2 yang akan dibuat oleh badan2 NGO sempena perayaan ini.. tak kan kita boleh habiskan duit beribu2 sebulan demi cantikkan tubuh dan penampilan kita, bayar berpuluh2 ribu untuk kediaman yang gah.. tp tak boleh keluarkan sedikit sumbangan untuk cantik kan bumi, tempat kita hidup, tempat kita bernafas, tempat kita berpijak, persekitaran kita.. bumi bukan harta kita tetapi harta yang akan diwariskan kepada anak cucu kita.. tegarkah kita lihat anak cucu kita nanti hidup dalam sampah? berjemur dibawah suhu yang tinggi akibat dari pemanasan global, tiada hidupan flora dan fauna, bergelumang dengan wabak dan penyakit.. jika kita sendiri tidak tegar untuk hidup dalam keadaan begitu, apatah lagi jika kita melihat anak kita cucu kita hidup dalam keadaan begitu.. renung-renungkan la..
p/s:: ewah-ewah.. sejak dok dalam line alam sekitar ni.. macam2 nak berkata.. tunggu selepas ini.. aku akan citerkan tentang ECO ENZYME dan kempen minyak masak terpakai...