Showing posts with label ~deep_in_ma_heart~. Show all posts
Showing posts with label ~deep_in_ma_heart~. Show all posts

Aug 11, 2014

Kisah Laki Bini

Assalamualikum..

Kisah Laki Bini part 715
---------------------------
Bini sedang ajar anak mengaji, tiba tiba baby meragam.
Tak nak susahkan bini, aku cuba pujuk baby, sekali bila semak punggung anak, berak rupanya, lampin dah bocor, aku pun sebagai bapa misali akhir zaman terus basuk berak anak, sila kagum dari jauh.
Oleh sebab seluar baby dah kotor, aku tukar seluar baru.
“Bang, kenapa pakaikan baby seluar siang, kan dah malam ni”
Tegur bini buat aku terfikir, Oh rupanya ada baju bahagian siang dan ada baju bahagian malam. Tapi sebab tak faham aku tanya balik:
“seluar malam yang mana satu?”
“tentulah seluar panjang, baru baby tak sejuk dan nyamuk tak gigit”
Ye tak ye jugak, akupun cari seluar panjang baby dan ganti dengan seluar tadi.
“abang, kenapa tukar seluar warna tak match dengan baju, kan baju tu ada sepasang?”
“yang kotornya seluar, buat apa nak tukar baju! Tukar seluar dah lah!”
Hujah aku dengan logik akal, bini aku diam jer, dan sambung ajar mengaji pada anak anak.
Lepas dah ajar anak yang lain mengaji, bini ambik baby untuk menyusu.
Akupun pergi keluar rumah untuk kunci pagar sebab dah malam, bila masuk rumah balik, aku tengok baju baby dah bertukar match dengan seluar tadi.
Woha!
Sensungguhnya, aku tak paham orang perempuan, tapi inilah kisah laki bini, adohai..

Copy paste from fb 
Hamka (Kereta Mayat)

Hahaha.. senyum simpul bila membacanya... Honestly, en.suami  sama macam lelaki-lelaki kat luar sana yang lebih suka anggap kerja rumah adalah tanggungjawab isteri.. 

Alhamdulillah, sepajang pja pantang ni, dia yang buat semua.. dari A sampai Z.. almaklum kami pantang sendiri di rumah sendiri.. kerja rumah dia buat, jaga budak-budak taska 5-6 org dia buat, masak lauk pantang dia buat.. dia sangat cekap ok.. syukur tak terkata, terharu sangat-sangat.. kalau dulu, jeles tengok orang ni dapat hadiah macam-macam dari suami dia, tengok suami orang tu belanja candle light dinner masa anniversary, suami si polan bawak dia pi melancong merata tempat, suami dia tu bagi mesej romantik-romantik gitu.. tapi masa pantang ni, semua jeles tu hilang begitu saje, sebab pja ada suami yang sangat membantu.. Itu pun dah cukup bermakna dan tak ternilai yang pja dapat.. hilang sakit bersalinkan anak.. sampai mak & mak mertua pun selalu cakap kat pja, "syukur la kau dapat suami yang rajin gitu.." hahaha.. abang jangan nak kembang sangat ok..opppsss.. terbocor rahsia pulak..

Tapi bab baju tu, pja memang tak kisah.. lantak la baju kakak insyirah kuning seluar biru ke.. janji dia pakai baju.. ayah dia dah tolong uruskan pun dah seribu rahmat..

*Entry khas buat sang suami..

Feb 4, 2014

Suka Duka Breastfeed #12 - Konvo Breastfeed

Assalamualaikum..

Sejak anak-anak dah ramai ni, masa bermanja dengan lappy ni teramat la terhad.. kesiankan.. asyik belek fb or baca blog dari smartphone je.. pja tak suka guna application blogger dekat phone, macam tak best.. tiap-tiap hari anak-anak balik, badan dah penat plus berbadan dua ni asyik la ada masalah angin dalam perut.. akhirnya petang-petang terlepek..

Tadi belek-belek dashboard, rupa-rupa last entry 23 disember 2013.. hari ni dah 4 feb 2014.. kalau rumah memang dah bersawang, habuk pun tebal 5 inci.. hehe.. ok la.. stop bebel intro ni..

Sebenarnya banyak pja nak cerita, pasal breastfeed, pasal hadiah besday insyirah, pasal insyirah kene tinggal seminggu dekat kampung sampai ibu dan insyirah demam.. haha.. tapi pja updated citer ni dulu la.. yang lain slow-slow ok..

Alhamdulillah, misi susu kan insyirah sehingga 2 tahun akhirnya tercapai.. yeah!!!.. walaupun hampir-hampir kecundang masa umur insyirah 1 tahun 5 bulan.. tapi gagah juga.. masa umur insyirah 1 tahun 10 bulan pun pja hampir-hampir tolak insyirah untuk teruskan breastfeed.. masa tu pja baru tahu pja preggy.. masa tu perut kejang tak terkata setiap kali insyirah bf.. minta nasihat ramai sangat orang.. ramai juga yang membantah pja teruskan bf.. tapi hati ibu kan.. setiap kali dengar dia menjerit, merintih nak susu, remuk sangat hati ini rasanya..

Tak kurang juga yang beri semangat.. kata mereka, kita lebih kenal badan kita.. selagi kita kuat, insyaAllah, Allah akan terus salurkan pada kita kekuatan tu.. terus berdoa mohon yang terbaik.. Alhamdulillah, slow-slow, lama-lama ok dah after tu.. kadang-kadang je jadi balik bila badan penat sangat.. sampai la genap insyirah berumur 2 tahun pada 18 Februari 2014 yang lepas..

Tapi demi kesihatan baby memandangkan ibu kurang makan sekarang, ayah suruh insyirah wean off juga.. salah satu caranya, ayah cadangkan hantar insyirah ke rumah nenek dekat kkb.. kebetulan hendak menjadi cerita, kami terpaksa hantar insyirah a week after besday dia tu ke kkb.. last sebelum pja tinggalkan dia, pja suruh dia susu.. entah kenapa, sedih sangat hati ni.. sedih sebab nak tinggalkan dia, sedih sebab lepas ni mesti insyirah tak minum susu ibu dah.. rindu..

After seminggu tu memang dia tak menyusu dah.. ada memula tu dia menangis beria-beria plus demam rindu ibu.. merayu-rayu.. "ibu.. susu ibu... susu ibu..." tak tahan, bagi la jugak, tapi dia muntah.. touching ok.. tapi tibe-tibe terfikir, ada bau ke, rasa lain ke? hahaha.. 2-3 hari lepas tu dia minta balik.. merayu-rayu lagi.. kesian sangat, bagi la.. dia susu sampai lena walaupun tak rasa pun susu keluar.. ibu pun amik peluang hilangkan rindu.. after tu dia tak minta dah.. kalau dia minta pun saja nak mengada!!.. hehe..

Dah nama pun ibu bf kan.. mana pernah bawak susu tepung kehulu-kehilir.. asyik la susu dengan botol tertinggal bila berjalan sekarang ni.. haha.. lepas tu pemalas pulak tu malam-malam nak bangun bancuh susu kalau dia mintak.. kahkahkah..

Dec 18, 2013

Kurus ke.. Gemuk ke..

Assalamualaikum..

Haih... punya la susah nak update blog sekarang ni.. tak ada masa.. cerita berkepuk-kepuk dah berhabuk pun dalam folder draft tu tak habiskan.. tengok la kalau ada masa nanti.. hehe..

Relax macam mana pun seorang perempuan tu, mesti ada sekelumit perasaan nak dipandang cantik dan gojes sekurang-kurangnya untuk suami.. kan..kan.. kalau gemuk, teringin nak kurus, kalau berjerawat nak kulit muka licin, kalau kusam nak gebu gitu... betul tak kawan-kawan..

Bagi pja, muka kalau dah camni, memang tak boleh ubah la.. muka nampak bersih, fresh, tak kusam, tak berminyak pun dah bersyukur.. tapi yang tak tahan tu, camna nak turunkan berat badan ni.... hhmmmmm...

Tak silap pja pernah post entry yang pja pernah turun sampai 57kg.. masa tu dekat poli.. turun pun sebab pakai braces. tak boleh makan 3 bulan.. kurus sampai orang kata pja sakit.. rangka pja besar katanya.. klo kurus sangat nampak sakit.. terkini after bersalin, anak dah besar, figure tak lari dari 74-77 kg.. makk aihhh beratnya.. lutut pun sakit-sakit dibuatnya.. sangat tak bangus ok... memang niat nak turun sikit sekurang-kurangnya dalam around 60an kg.. hehe..

Last week pi kenduri kawen kezen.. dah lama tak jumpe dia... adik dia yang kawen.. dia ni anak dah dua.. last raya tahun lepas jumpa dia sama besar dengan pja.. alih- alih jumpa last week dah macam hillary duff... menangis makk.. tak makan nasi katanya.. saja nak diet.... tiba-tiba terus semangat...

Tapi nampaknya semangat tu kene simpan dulu sampai bulan 7 la nampaknya... kesian kat baby kalau ibu diet.. tak cukup khasiat plak dia.. hehe..

Berat badan pja turun naik tak bermusim.. bukan la nak kurus sangat pun, tapi kalau dah sampai nak bawak badan sendiri pun dah tak larat, tak elok juga.. yang penting nak bina stamina semula untuk melompat dan berlari bersama anak-anak...

Nov 27, 2013

Stress dan Kesakitan

Assalamualaikum..

Lepas bersalinkan insyirah pja selalu rasa stress dekat belakang kepala, tengkuk dan bahu.. kadang-kadang tulang belakang.. Dulu pernah berubat dengan sorang tuan haji ni, dia kate pja stress banyak.. pastu suke pendam masalah.. tu antaranya la.. ada lagi mende lain yang dia cakap..

Kalau pergi hospital, lain pulak sebabnya.. katanya sebab saraf.. pape la..

Tapi serius, ada betul jugak tuan haji tu cakap, bile pja de masalah, pja lepaskan, InsyaAllah ok.. tp bila pja ade masalah dan pja pendam, lama-lama sakit tengkuk tu akan datang menyerang.. lagi lama pja pendam lagi teruk sakitnya..

Baru-baru ni pergi hospital, dia bagi ubat tramadol.. sejenis pain killer.. myb tak berapa kuat, tapi melayang jugak la bila makan.. bile stress je, makan, syookkkk je rasa.. haha..

*Alhamdulillah kerana Allah pinjamkan insyirah sebagai penghibur hati.. kadang-kadang kita lupa, apa yang Allah uji itu sebenarnye peringatan untuk kita kembali kepada-Nya..

Nov 20, 2013

Kemaafan yang ikhlas

Assalamualaikum..

Teringat dulu ada sorang ustaz ni cakap, kalau kita nak maafkan orang kene betul-betul ikhlas.. kalau mulut kata maaf, tapi fikiran masih teringat-ingat, hati masih membenci, tu tak ikhlas namanye tu.. bererti tak maafkan pun...

Bila nak citer pasal maaf ni.. susah kan.. lagi-lagi apa yang orang buat tu mencalarkan hati kita.. kadang-kadang 'masa' tu memang ubat yang terbaik.. kadang-kadang pula 'masa' tetap gagal menjadi ubat..

Pja cuba untuk memaafkan orang itu.. tapi sampai sekarang masih gagal.. in fact bile ternampak muka dia, perasaan benci yang teramat sangat serta merta lahir.. benci sebencinya..

haihhh.. ikhlas la wahai cik hatiiiii..

Jun 12, 2013

Semoga Selamat - Atok & Opah

Assalamualaikum..

Diam tak diam, esok dah 13 Jun.. InsyaAllah esok en. atok & pn. opah bakal terbang untuk mengerjakan umrah sampai 24 jun 2013... waaaaaa... sedey bangat lo ditinggalin..

Mungkin sebab pja antara yang paling selalu dok ikut je belakang opah & atok, jadi bila diorang berjalan tinggalkan pja tu sedey la pulak.. pastu kalau diorang jalan tinggalkan pja then bawak pulak orang lain, jeles la plak... hahaha.. gedik kan...

Atokk, Opahh... nanti insyirah rinduuuu... haha.. saje je guna nama insyirah kan...

En. atok & Pn Opah pergi umrah bawak haziq, nenek dan mak long.. murah rezeki diorang.. Alhamdulillah.. semoga rezeki kami pula akan datang menyusul.. semoga semua selamat pergi dan selamat pulang.. semoga Allah permudahkan urusan Ibadah kalian..

Mar 18, 2013

Cikgu Cikgi

Assalamualaikum..

Tahun 2013 adalah tahun yang slow untuk sharing-sharing dalam blog... hhmmmmm.. bukan malas, tapi tak ada masa.. tahun 2012 dan 2013 juga adalah tahu yang paling stress sepanjang pja hidup.. nasib baik la dua tahun ni di hiasi dengan gelak tawa si kecil yang adorable my little princess tu kan..

Dikala stress dah tahap melepasi hidung.. sure sesak nafas... tak tahu macam mana nak legakan.. tak ada kawan.. tak ada gelak tawa.. tak ada kehidupan sosial.. semua tak ada.. semua jadi boring.. seboring- boringnya..

Tapi sejak seminggu lepas, pja dah jumpa cinta hati pja yang tiba-tiba dapat buat pja menghela nafas yang panjang... lega selega-leganya.. kalau uol'z rasa hiruk pikuk anak-anak tu annoying atau gelak tangis anak-anak tu bising, pja rasa bunyi-bunyi tu semuanya terapi... so far la.. haha..

Kalau Ainan kata dah 150 juta kali orang tanya dia soalan yang sama, pja pulak dah 150 juta kali orang cakap mende yang sama.. bila orang tanya pja tanye kerja apa, mesti diorang kata "oooo... ingatkan CIKGU.." semalam pun ayat yang sama keluar.. then pja tanya, "ada muka cikgu ke??" jawapannya.. "Ya!"..

(T_T) memang pja dilahirkan untuk jadi cikgu kot.. bukan engineer.. pja pernah cakap dengan ayah mase ayah suruh pja pergi maktab dulu.. pja prefer jadi cikgu sekolah rendah then cikgu sekolah menengah.. Mungkin sebab tu juga, jiwa pja lebih kepada kanak-kanak.. (^_^)

Jan 2, 2013

Tahun 2013

Assalamualikum...

Berlalu sudah tahun 2012 kini datang 2013.. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.. haiiihh.. dah berhabuk pun blog ni.. last post bulan 11 2012.. ni dah bulan 1 tahun berikutnya.. terlalu banya suka duka dalam bulan 12 tu.. jadinya biarlah pja simpan jadi memori sahaja..

Dari aspek kerohanian seperti nak jadi insan yang lebih baik, semua-semua tu pja letak dekat azam masa tahun baru dalam kelendar islam.. sebenarnye itu lebih baik kan... sebab "buku" kita dicatat dan diangkat berdasarkan tahun islam kan.. kan..

So, untuk kelender moden ni pja cuma letakkan fokus seperti kerjaya dan arah tujuan hidup.. pendek kata yang duniawi la.. tahun ni fokus pja pada TASKA...

Kalau korang perasan pja adalah tepek MISSION kat sebelah tu kan.. 3 mission pertama dah capai.. tinggal 3 lagi yang kat bawah tu.. rasanya mission untuk jadi IR tu macam akan tinggal kenangan je.. sebab sampai sekarang pun pja masih belum kerja dengan tittle 'Engineer'.. haha.. loser... untuk mission nak beli SEMI-D tu masih ada harapan.. tapi pja kene bina kerjaya dulu la.. sebab tu pja amik keputusan untuk lompat terus pasa mission no 6...

Fokus pja, sebelum bulan 6 tahun ini, pja dah ada TASKA sendiri dengan hasil usaha sendiri... hhmmmmm.. macam dah ada bau-bau dah ni... hehe.. InsyaAllah.. korang doakan ye.... After tu, harapnya hilang la sebelah beban masalah yang membelenggu hidup pja sekarang.. I hate Energy, I hate Electrical, I hate PTD, I hate Sustainable Energy, I hated what I was doing a year ago.. dan TASKA ni sahaja cara untuk pja melepaskan diri dari segala ini...

Jul 23, 2012

Semangatku Pergi~~

Assalamualaikum..

Pada saat ini, minit ini, jam ini, hari ini, ketika ini, semangat, kekuatan pja telah pergi.. jauh.. jauh yang sangat jauh... Ya Allah, kembalikan lah ia kepadaku... jatuh jua air mata ini..

Pada hari pertama pja melangkah masuk ke tempat ni, perasaan sangat berdebar.. pja melangkah untuk melakukan sesuatau yang bukan pja suka.. tapi demi mencari sumber pendapatan, ianya harus...

Setiap hari insyirah menjadi sumber inspirasi untuk pja terus kuat berada di tempat ini.. semua tugasan yang mendatang dianggap cabaran.. walaupun tiada langsung ilmu berkenaan dengan ini.. Alhamdulillah dikurniakan orang atasan yang sangat memahami dan bertolak ansur...

Tapi, selepas kemunculan orang itu, kekuatan itu mulai rapuh, rapuh dan terus tersungkur.. pja seperti tidak dapat bertahan lagi... 

Ya Allah, permudahkanlah urusan ku.. Kuatkanlah semagat ku... Engkau tenangkanlah hatiku... Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui segala apa yang terbaik buat diriku, anakku, suamiku, dan kaum keluargaku...

Jul 10, 2012

Luahan Hati

Assalamualaikum..

Lama sangat rasanya tak mnegtuk papan keyboard ini untuk meluahkan perasaan. balik-balik buat paper yang ntah apa-apa tu.. tak pun buat draf surat.. tak pun bagi input untu speech menteri.. tak pun jaab soalan untuk menteri or kementerian.. urrgghhh... 4 bulan sebagai ptd membuatkan pja tak suka kehidupan sebagai ptd..

Pja family type.. apa-apa pun pja akan utamakan family.. salah ke? pja tak suka balik lambat.. kesian kat insyirah bila masa dia bersama pja di'curi' orang.. pja tak suka orang sentuh weekend pja.. tapi atas tuntutan kerja yang penting mungkin boleh consider.. bukan untuk sesuatu yang buang masa..

Jam tepat pukul 5 sekarang.. bangun 4 pagi semata-mata nak buat slaid presentation untuk 'mereka-meraka'.. kemas barang untuk pergi kursus esok hari.. malam tadi migrain memikirkan timbunan kerja atas meja yang tak tahu bila boleh disiapkan memandangkan esok direct dari esok sehingga jumaat untuk kerja luar.. sambung pula pada 17-19 Julai... 

Sedey memikirkan akan bermalam tanpa anak.. boleh ke insyirah? boleh ke insyirah tido tanpa ibu? tanpa nenen ibu.. malam tadi masa migrain pun terkial-kial ayahnya memanaska susu atas dapur.. sehinggakan si kecik tu menagis sekuat hati.. ibu mana yang sampai hati melihat anak sebegitu rupa.. bila susu dah siap pun dia refuse susu tu.. kesian si ayah yang gigih memanaskan susu tapi si anak menolak kerana dia mahu tido dengan nenen ibu dia.. 

Baru 2 minggu dia masuk pejabat, huru-hara sudah hidup kami.. stress... setiap hari balik rumah dengan urat tengkuk yang tegang.. Ya Allah, permudahkan la urusanku.. Tenangkan la fikiranku.. Ikhlaskan la hatiku...

Aku benci dia!! aku benci bila dia buat macam ni.. aku banci bila dia tiada sikap perikemanusiaan.. aku paling benci bila dia suruh letak insyirah dimana-mana dan suruh aku berkerja.. bos aku boleh bertukar.. kerja aku boleh cari kalau kau nak ternimate aku kerana rezeki itu dari Allah.. tapi anak, tiada gelang gantinya.. kau tiada anak kau boleh kata macam tu.. kalau kau ada anak memang malang sungguh berbapakan kau yang tidak memikirkan perasaan anak kau.. mungkin sebab itu juga Allah tak beri kau anak sebab kau tak mampu jadi bapa yang baik untuk anak kau!!

Kalau aku berundur bermaksud aku lemah, aku kalah.. dan ianya hanya akan membuatkan dia tersenyum gembira... Wahai hati, kuatkan la semngat mu... Allah sentisa bersama mu... mungkin ada hikmah disebalik tangisan kamu, disebalik kesusahan kamu, disebalik kesukaran kamu.. ini baru ujian dunia sayang...

Jun 4, 2012

kosong

Assalamualikum..

Dari mata, pergi ke otak mentafsir perilaku, kamudian ianya turun ke hati untuk menghasilkan perasaan, justeru itu naik semula ke otak untuk mendapatkan keputusan, bila tiba untuk ianya keluar dari mulut untuk meluahkan segalanya, gagal kerana tersekat dikerongkong.. Kemudian otak menolak semula ke hati, maka tersimpanlah ia membeku disitu..

Damn!!!...

Bila hati itu sudah mula dirasuk.. makanya istighfar itu lebih baik... 

Sudah tiba masanya untuk membawa diri bersama mereka-mereka cinta hati saya.. Maaf juga kepada dia dan dia yang sangat bermakna dalam hidup ini, percayalah, jasa kalian tidak terbalas dangan kudrat diri ini..

Kamu dan kamu, belajarlah untuk mengenali erti hidup yang sebenar.. Awas! jangan kamu khayal, bimbang kamu hanyat dibawa arus.. Buka mata untuk melihat, guna telinga untuk mendengar, guna akal untuk berfikir dan buka hati itu untuk menerima segalanya..

Jun 1, 2012

Pernah Rasa?

Assalamualikum..

Pernah korang rasa???

Rasa tak pernah dihargai, tak da kata-kata atau bahasa tubuh menyatakan terima kasih... dah penat-penat buat, siap ngomel-ngomel itu salah, ini salah.. lagi pulak ade je mende nak jadi isu nak marah-marah...

Itu la makanan aku 2 tahun kebelakangan ni.. hari ni rasa "kenyang" sangat!

May 11, 2012

Tension!!

Aku buat keputusan untuk tidak pergi ke xam tu esok...
Seminggu aku diberi masa, buku ada, nota ada, contoh soalan pun ada.. tapi satu ape pun tak guna.. 
Dekat ofis cam ni perangai..
Dekat rumah cam tu pulak perangai..
Sekarang aku sangat-sangat perlukan bahu seseorang....

Apr 23, 2012

Tak mampu berkata apa...

Assalamualaikum..

Pelik pada diri sendiri...

"Nape la susah sangat nak suarakan pendapat...."


Cerita 1:

Orang itu : mantapnye dia.. comel..
Pja : tu la... nak baby macam ni, bagi la susu ibu.. hehe.. [sambil tergelak-gelak].. baby minum susu ape?
Orang itu : campur... susu tak de..
Pja : tak try perah or makan paper ke?
Orang tu : bukan tak cube.. memang tak de.. sampai mengamuk-amuk dia..
Pja : oh.. ye ke.. sambil terseyum sambil sedih..

[Dalam hati meronta-ronta berkata"bagi la susu ibu.. cube la perah.. cube minum booster.. tak mungkin susu tak de dalam pantang ni... Allah lebih tahu ape yang dia bagi ke anak kita.. mesti ada susu.. jangan putus asa...]


Cerita 2:

Si Dia : Dia jemput kita pergi bertandang kenduri kawen anak dia.. tapi dia suruh bayar.. dah la mahal.. bla..bla.. bla...
Pja : ye la.. hehe.. [senyum dah macam kambing]

[Dalam hati kate... memang la kite kene bayar.. tak kan semua nak free... dia dah la nak kawen kan anak lagi, pe lagi.. takat bayar tambang je kot... bayar la sikit.. jalan jauh tu.. kalo jalan dekat tak pe la gak nak support.. kita masing-masing de pengalaman dengan kenduri.. family pja sendiri pun de pengalaman cam tu.. (-_-).... letih... pe kate, kira balik kos betul-betul.. compare sendiri, mahal or murah.. then bagi la jawapan nak pergi or tak.. abih citer..]


Cerita 3:

Si polan : Ajar anak tu macam tu.. buat macam ni.. jangan macam tu.. kene macam ni....... yada..yada...
Pja : ok.... [Senyum serabut]

[Dalam hati berkata-kata.. menjage anak, mendidik anak tu satu subjektif.. kalo betul cara kamu saje yang betul, orang laen salah, kenapa anak orang laen still boleh berjaya, boleh sihat membesar semua la.. kamu yakin anak kamu 100% perfect... owhhh.. so tipikal....]

1000 orang 1000 kerenah, 1000 peel, semua la seribu la... kadang-kadang hilang kata-kata untuk bersuara... 
kerana.. 
siapa la saya!!

Jan 31, 2012

Craving

Assalamualaikum..

Lately ni ape angin Insyirah ntah, asyik nak mengopek & dipeluk.. sampai penat ibu dibuatnye... Malam-malam lagi la.. kalau dulu 2-3 jam skali baru minta susu or nangis sebab pampers dah penuh.. sekarang tiap jam bangun merengek.. yang bagusnye, dah macam alarm clock pulak dah.. tepat kul 1 pagi, nangis.. tepat 2 pagi, bunyik lagi.. sampai la pukul5 pagi.. kalau dulu ayah bangun sebab ibu disable, sekarang ayah dah jarang bangun, sebab insyirah just nak susu.. ibu la kene bangun.. lagipun ayah kan nak keje..

Sekarang muka anak ibu dah makin bolat la.. hehe.. ibu suke.. cepat besar ye Insyirah sayang.. senang sikit hati ibu ni nanti nak hantar pengasuh.. kalau kecik sangat orang tak berani nak pegang..

Eh, dah lari tajuk la.. 

Sekarang ni sejak fully breastfeed Insyirah (Alhamdulillah), asyik lapar je.. siap suh en suami belikan biskut untuk dijadikan jajan.. lapar ok.. nak-nak bila en. atuk asyik tengok food network asia dekat astro sampai dah tahu camner nak buat french fries rangup macam dekat fastfood.. mak aihhh.. yummy yummy sumer makanan yang diorang masak.. tibe-tibe lapar pizza, lagsana, sushi, teringin nak avocado choclate, nak choclate indulgence, kek aiskrim, my feberet sotong goreng tepung & hazelnut coffee, lepas ni susah dah la nak minum hazelnut coffee & kaya butter toast as breakfast.. arrggghhhhhhhhhh... lamenye lagi nak abih pantang.. semalam tengok diorang masak pasta, terliur ibu!!! haha.. abih pantang nanti ajak ayah pi makan char kuew teow kat taman bunga raya la..

Nota Kechik serba salah : Semalam puan ibu mertua call, tanye bile nak balik kkb.. tibe-tibe jadi sebak.. perasaan bercampur-campur.. pja terharu, dia baik, prihatin.. tapi masalahnye dekat pja.. sejak kahwin ni, ade satu mende yang pja tak boleh... BERJAUHAN DENGAN EN SUAMI... kalau keadaan tak memaksa, pja tak boleh.. dulu dia pergi outstation bape kali pun pja dah nangis tiap-tiap malam.. itu terpakse.. sekarang ni, just tanye bile nak balik pun dah nangis, pja tak dapat bayangkan duduk dekat sane sorang-sorang, en suami duduk dekat puchong pergi kerja.. membayangkan pasal tu pun dah buat pja teresak-esak.. urrrghhhh.. plizzz.. bagi pja sikit mase lagi.. suruh la pja wat pe pun, tak kisah.. duduk sorang-sorang uruskan insyirah pun pja rela, tapi bukan berjauhan dengan en suami & insyirah..

Jan 12, 2012

Maen gurau Senda..

Assalamualikum..

Baby ajak bergurau last night.. Dari pagi pergerakan dia kurang aktif.. tendang pun tak kuat.. memula tu tak kisah yang penting dia bergerak.. infact ada waktu yang selalu dia ajak maen pun dia tak maen..

Start malam semalam dalam pukul 9 lebih dia start keraskan badan dia.. tak gerak langsung.. perut memang senak giler la.. sampai tertonggeng-tonggeng.. tertido sampai la sampai pukul2 pg..

Dah terjage tu tak boleh tido.. cer gerak-gerakkan dia.. dia tak gerak langsung.. slalunya paling kurang de rase pergerakan kecil.. ni langsung tak de.. perut dah ringan semacam.. macam kosong.. sampai 3 setengah pagi tu dok goncang-goncang, makan ke ape.. supaya dia gerak.. but still keraskan perut.. air mate tok sah cakap la..

Dalam hati Allah je yang tahu.. Istighfar bebanyak.. Siap doa "Ya Allah, lepas ujian yg satu tu Eangkau duga, jangan la Engkau duga aku sekali lagi dengan anak ni".. riso memang tahap maksimum.. pastu terus kejut en suami.. pukul 4pg terus pergi hospital..

Kat sane diorang monitor.. doc tengok graf dia kate baby memang tak aktif.. lame gak la.. siap bunyi jantung dia mase monitor tu hilang-hilang.. banyak kali nurse ulang-alik..  dah last-last tu baru la dia katif.. siap kicking tangan nurse.. memang anak bertuah.. mase tu lega sangat-sangat..

Pagi tu sebelum kuar, scan dulu.. ok, anak ibu wat muke tak bersalah.. hmmm... nak kate ape kan.. memang anak ayah..

Nota Kechik gelak guling : ade x-ofismate bagitau yang kami pekerja kontrak ni tak dapat sambung atas alasan suke maen tenet.. ok!!! hahahahahaha... gelak guling-guling 100 juta kali!! SANGAT TAK PROFESIONAL kan.. hmmm.. kalo macam itu, kamu pecat la pegawai kamu yang maen tenet + game tu skali.. haha... aiyyaaakkk. kalo profesional, sepatutnye tegur direct dulu, bukan citer-citer belakang macam neyh + terus senyap macam tu je.. tak pe la.. saya redha.. ada rezeki saya ditempat laen...

Dec 30, 2011

Pengakhiran sebuah cerita...

Assalamualaikum..

Wah..wah.. sadis betul tajuk hari ni. haha...

Tertanya-tanya.. adakah ini adalah pengakhiran yang perlu di tempuhi atau masih ada sinar harapan atau ada sesuatu yang lebih baik yang bakal diperoleh diluar sana?

Semoga ada hikmah disebalik apa yang berlaku... mungkin diluar nampak girang ceria.. gusar dihati siapa yang tahu??

Demi anak dalam perut ni, sedaya upaya ibu kuat kan hati untuk tidak terlalu memikir.. tapi apakan daya, sesekali air mata ini tumpah juga mengenangkan tentang masa depan...

Bukan tiada usaha, tapi belum ada usaha yang memihak pada diri ini... 

“Ya Allah, Sekiranya Rezeki Kami Berada Di Langit, Maka Turunkanlah Ia. Jika Ia Ada Di Bumi, Keluarkanlah Ia. Dan Jika Ia Berada Di Dalam Lautan, Munculkanlah. Sekiranya Rezeki Kami Di Tempat Yang Jauh, Dekatkanlah Ia. Jika Ia Sedikit, Banyakkanlah Ia. Dan Jika Caranya Sukar Untuk Sampai Kepada Kami, Mudahkanlah Ia. Serta Pindahkanlah Rezeki Tersebut Kepada Kami Dengan Kemuliaan.”

Nov 22, 2011

Persian cat

Assalamualikum...


Comel kan.. kan.. kan....

Dah lame tak bela kucing.. rindu nak bela kuci parsi camni.. nak nak yang warna grey...

Dulu kat rumah mak pernah bela.. 
tapi dari mak kucing (Nelly), 
bapak (Boboy) 
sampai ke anak, (Casey, Nini and etc...)
semua putih...
Paling Special Casey la..
Dah la putih, 
Mata biru,
Pekak...
Tapi very funny...
Tapi mati sebab kene langgar... 

Penah gak terniat nak cari kucing ni...
(Tak nak beli, sebab mahal sangattt... huahaha)
Nak tunggu kalo-kalo ade orang nak sedekahkan anak kucing diorang...

Tapi tibe-tibe ubah pikiran bila terbaca 1 artikel..
 Pasal bahaya kuman dalam najis kucing terhadap wanita hamil...
Actually bukan pada ibu, tapi bahaya tu pada kandungan..
Boleh cacat / maut...


Ofcourse bahaya, sebab kalo kita bela kucing parsi ni..
Dah tentu-tentu kita yang kene urus najis kucing ni...
so......
Nanti-nanti la...


Nov 14, 2011

Sayu mata seorang isteri

Assalamualaikum..

Last weekend, hati pja jadi cepat tersentuh dengan kejadian-kejadian dekat keliling pja..

Jumaat lepas, kami kehilangan seorang bapa saudara yang paling disayangi.. Sedih sangat.. tapi hati lebih sayu bila melihat tangisan seorang isteri apabila kehilangan suami yang dicintai tempat untuk dia bergantung, yang mana selama ini susah senang mereka bersama...

Dan semalam, hati ini sekali lagi tersentuh bila tengok kakna berlalu untuk balik ke terengganu dalam keadaan preggy bersama-sama afkar yang semakin lasak tu.. berat rasenye jadi PJJ husband & wife ni... Rasa nak gugur air mata ni...

Kuatnyanya mereka.. dan pja?? tak tahu la samada pja sekuat mereka untuk mengharungi semuanya seorang diri..

Dulu, semuanya mudah bagi pja.. sebab hati ini kuat untuk berdikari.. kemana sahaja seorang diri.. sebab pja tahu pja memang seorang diri..

Tapi kini... semuanya bergantung pada en. suami... jangankan kata untuk menjadi PJJ husband & Wife.. dia pergi outstation pun pja dah jadi tak kuat...

Ok stop.. Air mata dah jatuh lagi.....

Updated : Bapa saudara tu, Arwah Pakngah.. adik kepada mak..
                Kakna tu my sister.. dia dan abang ipar pja PJJ Husband and Wife.. sorang kat kl & sorang kat         terengganu..

Oct 28, 2011

Fobia

Assalamualaikum..

Most people kat dunia ni ada mende yang mereka akan fobiakan... betol tak? betol tak?

Macam pja de 1 mende yang sampai sekarang pja fobia...

Pja pantang motor lalu dekat dengan pja.. tak kira la tengah jalan kaki atau melintas atau tngah bawak kete..

Lagi-lagi la pulak sekarang ni banyak sangat jenayah melibatkan penunggang motosikal cam ragut, pecah rumah, pecah cermin kereta.. 

camner eh????/

Nota Kechik takut-takut : Fobia kene ragut tak hilang-hilang sampai sekarang.. sebab asyik nampak/ tengok jenayah semakin berleluasa..