Showing posts with label Tips Berguna. Show all posts
Showing posts with label Tips Berguna. Show all posts

Aug 8, 2014

Berpantang bersam Nona Roguy

Assalamualikum..

Seyes lama giler tak jenguk blog ni.. masa awal pantang hari tu, tak boleh tengok laptop lama-lama.. comfirm mata berpinar, kepala berpusing.. ni dah menginjak ke sebulan baru ok sikit..

Diam tak diam hari ni dah hari ke-31 pja berpantang.. huhu.. tak lama je lagi.. so, tak lama je la lagi boleh tengok muka adik irsyad dan baca kisah tragedi masa dia nak keluar jenguk dunia kan..kan..

Berbalik pada tajuk, pantang kali ni pja pilih untuk pantang sendiri dekat puchong disebabkan perkara-perkara yang tak boleh dielakkan.. pja pilih Nona roguy sebagai set berpantang dan pilih Blessed beauty confinement untuk merawat semasa berpantang, penutup pantang & rawatan selepas berpantang.. nak masuk 30series ni, tiba-tiba dapat kesedaran untuk jaga diri luar dan dalam.. badan nak pakai lama hokeyyy.. tak nak nanti tua sebelum umur, suami kita maintain muda... nangis makkkkkk

Syukur sangat-sangat ditemukan dengan BBC dan kak Ice.. banyak yang pja belajar.. dan sekarang cuba amalkan.. perkongsian mengenai masalah dalaman wanita zaman sekarang bersama kawan-kawan group wassap, fb, banyak buka mata pja.. serius ok, sebenarnya jangan malu.. kita kene cari penyelesaian, bukan pendam.. nanti kita badan yang merana.. dan untuk kebahagiaan suami juga. hikhikhik

Sebaik saja naik wad, pja dah mula gunakan NR.. memang best sangat rasanya, phytonatal tak pernah lupa, setiap masa minum akar herbanika, tiap kali mandi guna lulur, setiap kali masuk toilet pakai uncang cuci, krim barut.. pendek kata NR memnag bbf la.. paling best bila badan berpeluh-peluh.. rasa fresh sangat..perut rasa ringan je.. masa mengurut pun, CL nana kata badan pja cepat panas, urat pun ok, tak de tersimpul bagai, rahim pun cepat kecut.. Alhamdulillah.. seronok sangat.. Hadiah paling best apa tau?? minggu ke-3 pja timbang berat, tau berapa? 68 kilo hokey.. suke makkkkk mana taknye,

awal preggy 75kg
sebelum bersalin 80kg
lepas bersalin tak sempat timbang..
minggu ke-3 pantang 68kg  bonus ok!! sebab dah bertahun berat ni tak kurang dari 70kg

Alhamdulillah, masalah lain pun tak de macam sembelit ke, sengal urat ke, irsyad pun tak kembung, kuning pun tak teruk.. kalau buncit sikit-sikit tu biase la.. 9 bulan perut kene tarik, takkan 21 hari je dah boleh kempis balik ye dak?

Ni fakta ok, NR mesra bayi tau.. bayi kuning tak de masalah kalo ibu still nak teruskan penggunaan NR.. sebab NR bukan jamu, tapi NR dari HERBA.. means herba yang kita guna harian dalam masakan..

Ada la juga 2-3 yang penah goda pja untuk guna set berpantang yang lain.. tapi dalam hati pja tetap NR.. tak boleh nak tukar.. hehe..

Tapi sedey jugak bila start minggu ni pantang dah kelaut sebab dah mula kerja.. ada yang boleh buat tu, still buat.. but tension bila terkejar-kejar nak buat semua.. tak boleh elak ok.. bukan tak nak elak.. sebab masalah yang memang langsung tak dapat elak.. Alhamdulillah, pja positif dan semoga ada yang lebih baik Allah nak beri..



Mar 31, 2014

Toilet Training

Assalamualaikum..

Alkisah bermula dari seawal umur kakak insyirah setahun 6 bulan.. masa tu pja baru je berhenti kerja.. pja dah study pasal toilet training since insyirah 5-6bulan lagi sebenarnya.. tapi oleh sebab ramai yang kata toilet training ni sesuai dimulakan bila si anak dah pandai bercakap, pja pun mula la ajar kakak insyirah masa dia dah pandai cakap 'biyak' & 'ching'..

Sekitar Julai 2013 kalau tak silap, pja ajar dia.. 2-3 hari pertama dia ok.. tapi untuk first time berterabur sana sini tu biasa la kan.. nasib la kat taska memang tak ada carpet.. senang nak lap.. masuk je hari ke-5 dan seterusnya tiba-tiba dia macam dah tak reti langsung nak cakap.. asyik la kencing dan berak merata.. tak tahu la kalau cara tackle salah ke, tak pasti la pulak.. plus agak susah juga masa tu sebab time cuti / weekend sure merantau.. so, keyakinan tu tak berapa nak tinggi dalam situasi dia tak mahu cakap bila nak membuang..

Lepas pada tu, terus stop.. tak buat dah.. azam tu ada, tapi keyakinan dan kesabaran zero la pulak... sedangkan toilet training ni, kebergantungan dengan Allah, kesabaran dan keyakinan tu yang kene jadi keutamaan.. azam nak buat je takkan menjadi..

Luckily pja ada kawan-kawan sekolah menengah dulu dalam group mommies yang sangat banyak membantu dalam beri tips, sokongan, galakan.. last year masa tahu je pja preggy, pja berazam nak kakak insyirah free diapers sebelum adik baby lahir.. Plus kalau boleh pja nak hantar dia masuk playgroup bila dia dah 2 tahun setengah nanti.. masalahnya kebanyakkan playgroup tetapkan syarat kanak-kanak mesti dah tak pakai diaper.. Jadinya setiap hari doa agar diberi kekuatan.. disamping tu terus study lagi cara-cara untuk buat toilet training ni dengan lebih berkesan..

Tanggal 28 Mac 2014, masa solat subuh, doa supaya Allah beri kemudahan dan kesabaran untuk pja menjayakan misi ni.. dengan lafaz Bismillah dan nafas yang panjang, pja mula terangan pada kakak 'the rules'.. ajar dia nak cakap macam mana, terangkan dekat dia yang diapers hanya untuk adik baby, and etc... pakaikan dia spender yang cantik-cantik.. so, dia sangat enjoy..

Setiap setengah jam pja akan ajak dia pergi bilik air.. hari pertama 5-6 helai seluar lencun.. 2 kali tercicir kencing, sekali tercicir poo poo.. sebab dah membuang baru dia bagi tahu.. but, berulang-ulang kali pja cakap "tak apa.. lepas ni kita cuba lagi ye..".. siap pakai spender gambar-gambar kat dia then bagi tahu "kakak kat boleh kencing dekat gajah ni tau, nanti gajah basah, gajah tak suke..." lepas tu dia gelak.. huhu..

29 Mac 2014, peningkatan yang memberangsangkan.. setiap kali ajak pergi toilet dia akan kencing.. setiap kali dia berjaya kencing, pja akan bagi dia reward coz dia boleh kencing.. no more kencing merata.. tapi seluar tu terbasah sekali dua ada la jugak..

30 Mac 2014, sama macam hari sebelumnya.. cuma masa tu dia agak konfius sekejap sebab pja pakaikan dia diapers masa pergi kenduri kawen.. but still tanya dia if nak kencing.. then bila dia kata nak, pja tanggalkan diapers suruh dia kencing..

31 Mac 2014, hari ni macam terrrrsibuk sikit dipagi hari.. maka, terlupa la nak ajak dia pergi tandas.. tiba-tiba dia kata "ibu... nak ching.." sambil buka seluar.. terus bawak dia sambil berlari-lari.. surprisingly memang dia kencing!.. so, dia dah faham rasa nak kencing dan dah boleh beritahu bila rasa itu ada.. ok.. terus ibu bagi upah lagi atas kejayaan yang kedua ni.. siap dia kata "kakak andai'.. ceh puji diri sendiri la pulak.. kahkahkah..

Alhamdulillah, sehingga tahap ni, progress sangat bagus.. kalau tidur siang pja akan pakaikan diapers luar seluar.. tapi dia tak kencing or berak pun.. kalau tidur malam still pakai diaper.. tapi bila dah nak tidur la.. la ni baru nak pergi cari Matt protector nak alas tempat tidur dia..

Cuma ada satu masalah lagi, dia masih tak dapat berak tanpa diapers.. huhu.. sanggup dia berak malam-malam sebab pakai diaper kan.. risau pulak dia tahan-tahan nanti jadi sembelit pulak.. tengah ajar dia berak dekat toilet bowl dia.. doakan pja berjaya ye..

InsyaAllah pja akan update lagi progress seterusnya.. Semoga Allah permudahkan pembelajaran kakak Insyirah untuk free diapers!!

Sep 11, 2013

Early Childhood 9# - Penjagaan Pemakanan

Assalamualikum...

Pja bukan nak bagi tips sangat pun.. cuma tadi dalam slot dilema wanita ada cerita pasal wanita yang berbadan besar.. last sekali macam biasa la ada terselit tips dari Datuk Dr. Fadzilah Kamsah..

Qoute dia "anak-anak kita ni 'besar' dan 'sihat' disebabkan oleh ibu bapa yang penyayang.." huraian dia lagi lebih kurang macam kita hidangkan anak-anak dengan makanan macam-macam.. pelbagai jenis, sihat atau tak sehingga anak ni lemah pada makanan..

Pja pernah juga dapat tips dari trainer pemakanan untuk anak-anak yang mengatakan jangan paksa anak makan.. beri makanan yang sihat sahaja.. maksud jangan "paksa" anak makan ni contohnya if dia dah tak nak lagi, jangan dipaksa.. sebab kalau sumbat juga dalam perut yang kecik tu, alamatnya tumbesaran perut dia akan luar biasa.. ibarat stokin kecik yang di sumbat dengan kaki besar.. lama-lama longar la dia kan.. kalau dia tak nak makan nasi, cari alternatif lain yang boleh membekalkan nutrian yang diperlukan tadi.. contoh kalau dia tak nak nasi, boleh bagi homemade kentang goreng kan.. karbo jugak.. kita kene kreatif..

Tiba-tiba juga terus teringat pasal kisah pja mase kecik-kecik dulu.. kakna pernah citer.. dulu cik normah (mak angkat yang bela pja dulu) selalu sumbat-sumbat nasi dalam mulut pja sampai pja muntah-muntah.. dia suruh jugak makan banyak-banayk sebab katanya pja kurus sangat macam budak tak cukup makan... Borak-borak dengan mak after training.. mak ia kan.. dia kaa sampai kembung-kembung pipi dengan hidung pja kemam nasi..

Kesimpulannya.. badan pja besar dah susah nak turun sebab kasih sayang cik normah yang terlalu banyyaakkkkkkkk... hahaha mak gelak guling-guling....

Jun 11, 2012

Suka Duka Breasfeed #7 Jadual Pengepaman Harian

Assalamualaikum..

Just untuk kongsi dengan momies yang exclusive Breastfeed.. I dont know la kalo pja yang ketinggalan.. hikhikhik..

Tapi ada akak tu bagi pja jadual pam.. so, after kite pam je kita mark bape banyak kita dapat.. dari situ kita tahu bape banyak susu kita.. kadang-kadang kita rasa mengurang, kadang-kadang kita rase banyak.. after buat jadual ni, pja konfident dengan jumlah susu pja.. then boleh kira dengan tepat jumlah pengurangan & peningkatan.. 

Plus, buat momies yang malas pam + suka skip pam termasuk la pja ni, bila dah ada jadual ni, buat kita makin rajin.. mana tak nye, bila kita tengok jadual tu banyak kosong dan tak berisi bape jumlah yang patut kita dapat untuk sesi yang kita skip tu amat la tak seronok.. jadi kita excited nak isikan jumlah yang sepatutnya disitu...

Kalo ouls nak salinan jangan lupa bagitau ye.. kot ade yang malas nak buat sendiri.. nanti pja emelkan.. tapi timing ni ikut timing pumping pja.. ouls boleh edit ikut timing korang.. 


Oh ye... jangan lupa, if korang buat PP or Tandem, jangan lupa mark sekali.. InsyaAllah ia boleh membantu untuk review jumlah susu kita.. good luck mommies semua!!

Apr 16, 2012

Suka Duka Breastfeed #6 Lain Orang Lain Pendapat

Assalamualaikum..

Of coz la kan..kan..kan..

Dulu mase dekat opis lame, tanye la ape saje jenis pam.. ada je yang boleh tolong jawabkan.. macam-macam jenis pam yang dema pakai...

Dekat opis ni pja macam terkedu pulak.. dalam sebesar-besar opis ni, dalam seramai-ramai yang dok pam susu semuanya bagi feedback opposite dari opis lame..

"Fieza pakai pam elektrik??"
"Elektrik sakit la..."
"Kite pakai avent manual je"
"Kite beli yang elektrik, tapi tak leh pakai.."

Semua negetif pasal elektrik.. terus tersenyap sambil pelahan-lahan undur kebelakang dan terus lari menjauhkan diri.. haha..

Nota Kechik : pja pernah terbaca, kalo kita tak serasi dengan pam elektrik, sakit tu sebenarnye bukan la sebab pam tu tak sesuai, tapi sebab kita yang belum dapat adjust kelajuan motor tu ikut tahap breast kita yang sebenar.. tapi kalo dah perlaha sakit, sederhana sakit, laju pun sakit.. baru la boleh buang pam tu ke longkang.. if tak, sayangnye la beli pam mahal-mahal tapi tak efektif...

Feb 8, 2012

Derita poo poo

Assalamualaikum..

Hahaha.. mende camni pun nak cerita kan... actually just kongsi pengalaman..

Dah 3 hari pja derita masa nak poo poo.. sakitnye sampai mengalir air mata.. bila perut tu dah sakit, memang la seriau nak masuk toilet. kalo dah selesai tu, kat situ mesti still sakit sampai rase tak leh nak jalan..

Sejak berpantang, sampai sekarang pja still lagi tak boleh nak lasak sangat.. just buat kerja-kerja yang ringan coz takut luka jahitan yang dah terluka tu berdarah kembali.. acecehh.. ayat dah macam lirik lagu.. hahaha..

So, selain kerja-kerja membelek Insyirah & kerja-kerja ringan tu, pja rajin baca buku or search pasal perkara-perkara yang berkaitan dekat internet.. So, topik hari ni ialah sembelit.. Sembelit ni normal pada ibu-ibu yang preggy mahupun dalam pantang..

Alhamdulillah sepanjang preggy pja tak sembelit.. tapi dalam pantang pulak sembelit.. hasil pembacaan pja, pja buat kesimpulan, antara faktor pja sembelit;

1. Kesan bius masa operation
2. Kuat minum milo [pja ni hardcore minum air milo sejak pantang.. cian kat insyirah nak minum air lain, takut perut dia tak selesa.. nak-nak pulak pja ni bancuh milo, just milo & air panas je tanpa gula or susu..]
3. kesan-kesan lain macam otot perut dan otot usus dah kendur disebabkan hormon

So, pja terjumpa 1 blog ni, dia bagi cara-cara nak hilangkan sembelit... credit to blog pinkertonic


1) minum segelas air perahan limau sunkist panas/suam.
kalau campur dgn sesudu madu lebah lagi bagus. orange pulp yg lebih2 tu boleh ratah skali.


2) kalau malas nak blend or buat juice, boleh try minum jus sunquick, bancuh panas/suam.

3) Daun sawi ditumis dengan sedikit minyak masak dan sedikit air.
(sawi juga bagus utk menambah susu badan ;)


4) Lactul. selalunya kat hospital drg mmg bagi ubat ni. (pekat manis, kaler kuning cair jernih)


5) Yakult.


Tadi dah pesan en suami untuk belikan oren sunkist... pada kawan-kawan yang alami masalah same, selamat mencuba..