Showing posts with label ::Insyirah::. Show all posts
Showing posts with label ::Insyirah::. Show all posts

Mar 20, 2015

Cili Merah Vs Cili Kering


Assalamualikum

Wahhh.. baru sempat berblog.. dah bersawang dah mak oiiii..


Sejak kebelakangan ni, En Suami selalu cakap;

"sambal mak (mak mertua) pakai cili apa??"
"sambal mak taruk apa?"
"sambal mak sedap la"
"buat la sambal macam mak..."

Dia tak tahu, 4 tahun yang lepas, resepi sambal ni la yang dibawa masuk dalam menu harian.. sebab resepi tu je yang Puan Opah ajar ibu dari kecil kan.. tapi tak dapat sambutan.. dia suka resepi sambal mak dia.. guna cili merah dan cili padi.. siap suruh beli cili merah dan belajar dari mak lagi..

Nampaknya sekarang dia dah mula terjatuh cinta versi Puan Opah.. pergi pasar siap tanya nak beli cili merah atau cili kering.. maka, buatkan la sambal ikan bilis guna cili kering.. dia tak tahu, permintaan sambal ikan bilis tinggi masa zaman anak dara dulu... kalau restoran no.18 taman sri gombak tu lagi tak payah cakap.. memang main order je demenye...


Hah.. hambik, makan sampai licin nasi bertambah-tambah.. tu la.. dulu jual mahal sama itu sambal cili kering... tapi masa mula-mula buat last week memang terkial-kial la kejap.. almaklum la dah lama tak buat.. keseimbangan rasa tu tak dapat adjust dengan betul..

En Suami yang kaki pedas ni, kalau tak ada sambal memang makan sikit je.. cuba tengok kalau sambal depan pinggan.. yuuuummmm, kita yang jilat jari.. sekarang anak dar tu pun sebijik macam ayah dia.. makan tak ada "dash" tak nak.. tapi Ibu memang tak bagi sangat diorang makan, nak jaga tahap kolestrol, jaga kesihatan.. mesti la sebab sayang deme ketat-ketat..


sambal in the making

Sambal ikan senangin siapppppp!!

Nov 28, 2012

Early Childhood #7 - Bercakap

Assalamualaikum..

Kajian menyatakan seorang kanak-kanak / bayi boleh mula menyebut perkataan mudah seperti mama, papa abah dengan jelas seawal 8 bulan - 1 tahun.. not bubbling ok.. kadang-kadang ada yang keliru.. hehe.. dan kanak-kanak usia 18 bulan sudah boleh membina sekurang-kurangnya dua patah perkataan..

Faktor terbesar untuk mencapai kebolehan bercakap seawal usia tersebut adalah inisiatif ibu bapa itu sendiri untuk menambah vocabulary anak dengan sering bercakap atau bernyanyi dengan anak-anak seawal usia baru lahir... Anak sepatutnya sudah mempunyai vocabulary sekurang-kurangnya 2500 perkataan pada usia 2 setengah tahun.

Pja amat percaya dan pegang pada teori ini dan ternyata hasilnya memang amat memberangsangkan.. takat sebut mama dan papa tu semua bayi boleh sebutkan sebab ia dua suku kata yang sama dan huruf vowel A.. antara lain, abah, ayah.. sebab word yang mudah-mudah.. comfirm ade bunyi..

Minggu lepas, masa pja main dengan insyirah, pja cakap "insyirah.. jangan-jangan".. di balas balik dengan intonasi suara yang sama.."ann-ann.." terkejut.. then semalam masa tukar diapers dia, cakap dengan dia "dah habis".. dia balas "esshhh..." see... dia dah mula keluarkan bunyi..

Perkataan yang berulang-ulang sangat membantu untuk kanak-kanak.. jangan bercakap dengan nada pelat seperti, nenen, cucu, poo poo, shi shi, bum bum etc.. tu semua hanya akan melambatkan development kanak-kanak or pelat.. dan rajin-rajin la bercakap dengan dia.. sian diorang.. diorang pun dah ada perasaan nak di layan tau..

Oct 31, 2012

Yeay Yeay!.. mama balik!!

Assalamualaikum...

Bestkan kalau kita balik kerja dengar anak-anak jerit-jerit cam tu.. haihhh.. tak sabar nak dengar insyirah jerit.. haha

Mama??? tibe-tibe! Haha...

Sejak anak-anak babysitter kak ros tu dah berani dengan "mama Syeghah", rajin bebenor jerit cam tu.. kecoh.. tapi ibu sukeeeee... :)

Abang-abang dengan kakak insyirah panggi dia 'syeghah' or 'syeyah'... sweet kan... kalau terserempak dekat tangga sempat diorang panggil pja.. "mama syeghah!!" hehe

Kalau masa tu Insyirah ada sekali, sempat capai kaki or tangan insyirah nak diciumnya... lepas tu jalan-jalan dekat area rumah, de je yang panggil "syeyah!!" famous amos tol anak aku nih.. haih....

Tu yang best duduk dalam satu komuniti yang mesra.. kalau ibu bapa tak kenal antara satu sama lain, anak-anak la yang akan 'kenalkan' kita..

Nota kechik biskut coklat : dekat kawasan rumah pja ni anak-anak memang berkeliaran... Alhamdulillah kawasan ni memang selamat.. kot kalau yang kecik-kecik 4-5 tahun tu main sorang-sorang pun, banyak mata-mata ibu bapa yang lain tolong tengok-tengok kan...


Oct 30, 2012

Hokey Pokey - Sing It! (Teaching Tips)

Assalamualaikum..

Tiba-tiba teringat aktiviti semalam... that time ibu tengah sidai kain.. ayah letak insyirah dalam high chair menghadap ibu.. ibu ape lagi, berborak & menyanyi la dengan insyirah sambil sidai kain tu.... memula nyanyi lagu labah-labah.. dia gelak-gelak.. seronok ok..

Lepas tu ibu nyanyi lagu hokey pokey sambil menari.. mengekek-ngekek dia gelak.. macam seronok sangat la.. sambil sidai baju sambil nyanyi dan menari okeeyyy!! ulang banyak kali pulak tu.. mengah-mengah ibu dibuatnye... lagi seronok bila tengok dia sangat happy dan excited... siap jadikan kain baju tu sebangai pompom..

Nanti kalau ada masa ibu upload video ye.. yang semalam tak boleh buat video.. almaklum la pakai baju tido.. hikhikhik...

Mommies try la.. just learn from thiz video... tak rugi tau.. 


Jangan malu-malu menari depan anak.. tapi malu la menari depan lelaki lain.. hahaha.. 

Aug 13, 2012

Babysitter

Assalamualaikum..

Anyway pja tak de masalah dengan BS sekarang.. Alhamdulillah, akak tu jaga insyirah dengan baik.. akak tu pun memang baik.. tak banyak hal.. Nuzul Quran yang lepas, dia siap bawak insyirah pi jejalan lagi sebab ibu dengan ayah insyirah je yang tak cuti.. pja pun tak tahu yang budak lain semua cuti..

Tapi yang jadi masalah sekarang, mulai 1 september akan datang ni pja akan ada kursus selama 2 bulan berturut setiap sabtu dan ahad dari jam 9pg hingga 5 ptg.. perghhhh.. mental..mental...harus kamu kental...

So, adalah macam bermasalah untuk dihantar ke opah nye digombak sebab akan berpatah-patah balik.. infact pja akan drive kereta dan en. suami perlu naik motor ke kelas.. agak rumit la masalah tu..

Jadinya kami berfikir untuk mencari BS yang sudi menjaga insyirah pada setiap sabtu dan ahad untuk September dan Oktober ini sahaja.. ada yang mahu kah??? sila angkat tangan!! area puchong of coz... but area kajang di taman mesra tu pun ok...

Aug 3, 2012

Raya bakal tiba lagi...

Assalamualaikum..

Cetttt... puasa baru 15 hari, dah pikir nak raya.....

Haha.. bukan pja tak sabar nak raya, tapi lagu raya yang dah mula berkumandang disana sini...

Dah lama tak merasai keseronokan berhari raya.. yelah, masa kecik-kecik dolu seronok la.. balik kampung jauh-jauh, beli baju raya, bukan takat baju kurung, dapat baju kasual sekali, jumpa sepupu kat kampung.. pergi beraya dengan kawan-kawan, main bunga api malam-malam.. masa tu, raya macam heaven giler..

Bila dah meningkat remaja, raya tu raya la.. nothing special.. cuma yang seronoknye dapat jumpe cousins...

Tahun lepas nebes sebab 1st time raya dengan keluarga baru... keluarga mertua... tapi tahun ni hilang segala keseronokan kecuali keseronokan membeli-belah.. but bukan untuk pja.. untuk si budak kecik tu..

Mak aihhh.. baju dia saje.. ibu pun nak baju baru gak!!!

Jul 25, 2012

Solid Food#1 Sedap la ibu..

Assalamualaikum..

Letih juga belajar tentang solid food ni.. bape kali dah tersilap buat.. tapi insyirah tetap makan.. huahaha... 2-3 minggu sebelum perkenalkan makanan lagi pja dah mula study pasal solid food.. tapi almaklum lah anak pertama.. banyak sangat versi.. tu yang kejap macam pekat, kejap macam cair..

Untuk permulaan, pja bagi insyirah 1 sudu nasi + kurma +SI.. cair-cair je gitu.. memula tu agak meleleh-leleh la jugak.. dia macam tak reti nak gaul makanan dalam mulut.. lama-lama tu ok.. diam tak diam, dah 2 minggu insyirah makan.. kepekatan dia ala-ala air yogurt.. tapi tukar-tukar campuran.. 

Sofar insyirah dah makan carrot, ubi kentang, sawi, bayam, kismis.. menu tu je yang tukar-tukar dulu.. tapi bubur nasi tetap campur kurma..

Semalam pja hantar "bubur yogurt".. akak tu kate cairnye.. pja dah macam konfius... erkkk? malam tadi pulun la buat bubur kurma baru untuk insyirah.. buat puree apple(kebetulan apple kat rumah banyak).. then buat kentang & carrot.. puree apple je yang blend, yang lain semuanya tapis (ikut resipi dari blog).. tekstur dia berbutir halus tapi still lembut.. kepekatan pulak, puree apple tu je yang macam berair sikit.. yang lain tu semua macam pekat.. tapi tak sangat la..

Malam tadi suapkan puree apple tu dekat insyirah.. sofar dia tak tolak.. pagi tadi pja terus hantar bubur kurma + carrot.. dah pesan dekat akak tu suh cairkan sikit guna susu.. risau la pulak kalo dia tak cairkan.. bagi je terus pekat-pekat tu.. ermmm... InsyaAllah insyirah tak da paper..

Tapi kuantiti bubur sebelum ni pja bagi sikit je.. sebab nak bagi dia belajar je dulu kan.. next week baru bagi kuantiti banyak kot.. tapi pagi tadi akak tu gelak sebab pja bagi satu bekas kecik je.. haha... yela, sekarang ni insyirah cuma makan pagi sekali, petang sekali.. itu pun pagi je dekat rumah mama, petang ibu suap dekat rumah.. last week seminggu sekali.. sume sikit-sikit je sebab dia pun bukan nak makan sangat.. 

Semalam dah beli tofu, karang nak cari labu, pisang/ betik  dengan brokoli.. nak buat puree lagi...

Selamat memasak!!! 
food chart by food
Lupa nak share chart ni... good info for mommies.. kredit to http://wholesomebabyfood.momtastic.com/solidfoodchartbyfood.htm

Nota Kechik yang dirindui : macam main masak-masak pulak rasenye..

May 31, 2012

Diapers lagi #3 Cloth Diapers

Assalamualaikum..

Ingat lagi tak pja pernah cerita yang pja nak sangat pakaikan insyirah Cloth Diapers?? Ok, jom dengar bed time story nih.. kot de yang ngantok nak baca entry nih.. sila kan.. huhu..

Pja tahu pasal CD ni since dari kakna pakaikan afkar start tahun 2009/ 2010 lagi.. pja agak berminat, tapi mase tu pikir green product je.. biler pikir pasal malas nak basuh, terus macam tak berminat..

Sejak preggy insyirah, macam berminat balik nak pakaikan dia.. tapi bila pikir harga CD ni ketagori "boleh tahan", rasa cam tak mampu.. mase tu pikir..."kalo sehari perlukan sekurang-kurangnya 6 keping CD, xkan nak beli 6 keping je.. nanti tak sempat kering nak basuh saje.. kurang-kurang kene ada 12 keping untuk rotate.. andai kata sekeping RM25, 12 keping dah RM300.. wow!.."

Tapi hati memang meronta-ronta nak try CD gak.. 

Ni 1st phase yang pja beli untuk insyirah.. this time promoter dekat Fab Mom suh beli.. ok, sebab teringin just beli.. dengan langsung tak tahu paper pasal CD.. dia kata clearance stock dia jual dengan RM25/pcs.. 1 je insert.. outer PUL, inner microfleece, insert mincofibre.. Jenama Little Buddy.. itu je yang pja tahu.. then balik kene basuh dulu.. ok, pja balik basuh sekali je terus bagi insyirah pakai.. serius memang zero giler that time.. tapi tak dapat pakai pun sebab mase tu peha insyirah saiz peha anak ayam je.. setting S pun besar untuk dia..

Pja rasa tak puas hati.. sampai la last month, tergerak hati nak join group Malaysian Cloth Diapering Parents.. dari situ pja banyak membaca.. pja baru tahu Cd ada banyak jenis, antara yang famous, Poket Style, AIO, AI2, pants.. Outer dia pun ada jenis PUL, Minky & etc.. inner ada Microsuede, microfleece, bamboo, insert de jenis microfibre, bamboo, hemp and etc... bla-bla-bla.. same as brand, coola baby, QQbaby, Babyland, Rainbow, tu dari china, klo malaysia antaranya lunatots, Dyana.. klo US lagi melambak.. then kene pre-wash sekurang-kurangnya 3 kali.. dia ada detergant2 tertentu tak boleh main belasah.. ada cara nak uruskan.. belum lagi citer pasal cutting.. tak tersenarai kat blog nih..seee..... banyyyyyyyaaakkkk sangat yang tak tahu.. 

Ketekunan selama 3 minggu study pasal CD ni, simpan semua blog review pasal CD, blog jual CD, blog yang ajar pasal CD, group yang ada, semua pja baca.. last sekali pja buat keputusan untuk beli CD ni.. 

2nd Phase pja beli untuk insyirah dari mamapayish.com.. kenapa pja beli dari dia? sebab dia jual banyak jenis, plus harga dia agak murah dan yang penting dekat gombak je.. tapi beli pakai pos gak..hehe.. 1st thing pja pilih dari brand y berbeza, then outer yang beza, dan inner yang beza.. cuma insert je pja pilih yang sama, microfibre.. lagi 1, beli kat dia dapat 2 insert.. ok, dari kanan;
Oren : babyland, outer PUL, microfleece, button
Oren polkadots : QQbaby, outer Minky, microsuede, button
Purple : Coolababy, outer PUL, Microfleece, button
Tweety : Coolababy printed, outer PUL, bamboo, velcro
Rock : GG Babies, outer minky, Microfleece, velcro
then pja beli wet beg sekali..
Sekarang dah pre-wash dan dah pakai pun.. comel tau.. tak payah pakai seluar pun tak pe.. memang dah cantik.. sampai orang tak perasan insyirah tak pakai seluar..

Orang kata jangan biar sikit jangan tak da langsung.. seperti yang korang tengok, of coz lunatots untut 3rd phase.. pja memula nak beli 2 je.. tapi tergoda dengan promoter tu kate, lunatots susah nak dapat sale.. tapi my lucky datang tepat pada masanya.. bulan anniversary.. dapat 20% off.. pe lagi, amik la lebih.. Lunatots warna dia menarik.. of coz lebih tahan lama coz harga dia pun memang mahal sikit.. tapi memang best.. semua outer PUL, Microfleece & insert microfibre.. cumanya dia just dapat selai insert.. nak beli insert tambahan, stock pulak tak de.. tak pe, lain kali boleh..

So, sekarang ni insyirah ada 12 keping CD.. boleh la dia fully CD setiap weekend.. weekday pja tak sedia lagi coz pja tak bersedia nak pakaikan dia CD dekat rumag BS dia.. Sofar memang jimat.. dulu tiap bulan mesti beli pampers.. seriusly bulan ni tak yah budget untuk pampers.. 1 pack petpet dekat BS dia tak habis lg.. hari tu borong huggies pun tak habis lagi.. baru pakai 1 peket.. pakai pun waktu malam weekdays je.. weekend memang fully CD.. see.. jimatkan???

Tapi AWAS!!.. bila korang dah terjebak dengan CD ni, korang akan rambang mata... CD memang sangat cantik-cantik.. baru-baru ni mamapayish buat pre-order TUTU CD.. tergoda ok!.. naseb tak beli.. pja review, ade sesetengah orang tu berdrawer2 simpan CD untuk seorang anak.. macam membazir pulak.. katanya sebab cantik.. memang pun!!.. especially kalo anak perempuan.. memang menggigil tahan puasa.. kihkihkih...

Pesanan dari en. suami : nak ber'CD" kene rajin basuh ok!...

Daaa.... Selamat ber'CD'ing


*Updated : Insyirah pakai CD dgn barut gantung je time tengahari buta.. sejuk ckit.. balik umah opah ibu sarung baju je.. seluar dah tak pakai.. hehe..

May 21, 2012

Aqiqah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah... Hampir kesemua perkara-perkara sunat sambut insyirah ibu dan ayah dah laksanakan.. Iqamah, tahnik, ayah cukur rambut insyirah (cuma rambut tu belum dapat timbang sebab tak tahu nak timbang kat mana), menamakan insyirah pada hari ke-7, berkhatan pun dah.. tinggal nak buat aqiqah je..

InsyaAllah, kalau tak da aral melintang, nak buat aqiqah tu after raya puasa.. kemungkinan jugak, kongsi sekor lembu dengan sepupu-sepupu dia yang sebaya.. lembu murah sikit..


Yang menjadi ralatnye, pja macam nak buat event tu ada goodies, kiranya majlis yang ada theme la.. wah... besar sungguh cita-cita ibu.. haha... Insyirah pakai dress, princess of the day, little cute cuppies by Sweet Natalyn Delight as a goodies.. Lepas tu, ada candy bar.. haha.. dah macam birthday party pulak..


Kot tak dapat semua tu  kot ayah dia kate buat doa selamat cukup la... pja nak la sekurang-kurangnya ada goodies... ada little cute cuppies tuh... Act pja dok design bekas cuppies tu tapi beli cuppies fondant dekat netty untuk kenduri hafiz.. tapi ayah pulak reject.. kecewa pja.. padahal dah budget 1 goodies jatuh dalam RM2 je.. tapi kecik sangat cuppies tu katenye.. nanti orang tak puas makan.. haha..

Tapi sebab dah kongsikong majlis dengan sepupu-sepupu dia.. buat pulak dekat rumah nenek sepupu dia tu.. macam tak sedap pulak ibu nak buat cuppies just from insyirah... kalau nak ajak diorang buat cuppies tu, takut diorang tak nak, then kalo ibu buat juga just from insyirah, takut pulak cuppies tu di beri tanpa kawalan.. :(

Camner erk?

May 15, 2012

Insyirah Tak Sihat Ibu yang Makan Ubat

Assalamualaikum..

Insyirah berkahak.. siap berbunyi hidung dia mase menyusu.. pastu muntah kuar semua lendir-lendir.. dengan najis-najis dia skali ada lendir.. Kesian..

Semalam BS dia kate dia mengamuk due to this things.. kebetulan semalam pja mc.. tapi bila dia dah macam tu, mc pun dah tak bermakna.. call en. suami, suruh dia balik...

Bawak Insyirah pi klinik.. doc otai giler.. baya-baya nenek ku.. tapi memang bagus la.. rasa dada insyirah during breastfeed.. dia bagi ubat cair kahak & batuk.. untuk ibu pulak teruskan makan obimin & kene tambah calsium 2 biji sehari.. minum 8 gelas sehari plus 2 gelas setiap kali nak breastfeed..

Balik tu bagi ubat cair kahak je.. kesian dia.. dia tak pernah minum/ makan selain daru SI.. alih-alih kene makan ubat yang tersangat la tak sedap.. pahit pulak tu.. (pja try rase sikit.. haha).. pastu minum tu, dan-dan dia muntah dengan jayanya.. dengan dia, pja & tikar mandi muntah dia.. siap tercungap-cungap sesak nafas.. poor little baby.. nak nagis rasenye time tu... ubat tu pun tak sempat masuk perut dia rsenye...

Tak pe la, Insyirah tak yah makan ubat la.. ibu yang makan.. kot insyirah tak bagi ibu makan sayur sejuk lagi.. ibu stop la balik.. ais pun ibu tak minum dah...

May 9, 2012

Baju Insyirah

Assalamualaikum..

Selepas berhempas pulas cari dress untuk anakanda, akhirnye pja buat keputusan untuk beli baju kurung untuk insyirah...

Boleh pakai raya... yeay!! 


Baju dah dapat.. nanti pja uplaod pic inyirah pakai ye.. 
hehe..
tak sabonye!!..

Act baju ni untuk kenduri ayah apis... 

Nota Kechik hijau bolat-bolat : Sukenye.. nanti mase hari wedding tu, semua orang pakai hijau baju tradisional.. dari kami yang dewasa ni sampai sikecil afkar, insyirah dan ashraaf pun pakai baju kurung dan baju melayu... comel kan... :)

Apr 27, 2012

Insyirah

Assalamualaikum..

Dari mane pja dapat nama insyirah eh? 

Honestly pja sangat hardcore tentang novel.. dulu la.. sekarang tak de peluang langsung nak beli novel.. ape tah lagi nak baca.. haha... siap de geng.. my best fren eira la... taip-tiap bulan mesti labur duit kat novel.. paling kurang 2 buah tau.. sanggup borong kat jalan TAR..

Nama insyirah pja petik dari watak utama Setulus Janji tulisan Aina Emir.. pja sangat suka novel tu tau.. best.. watak insyirah dalam tu pun macam sweet sangat.. sejak tu la pja jatuh cinta dengan nama insyirah.. siap berebut dengan eira nak letak nama anak dengan nama tu sedangkan pikir nak kawen pun jauh lagi.. haha.. 


Kerana ketaksuban nama insyirah disamping maksudnye yang sedap (Ketenangan Hati).. pja pun zahirkan la sebagai nama blog dan bercita-cita nak letak nama anak bila ada rezeki anak perempuan..

Alhamdulillah termakbul jua.. walaupun pada peringkat rayuan letak nama Nur Insyirah tu macam-macam cerita sampai nangis pun de.. haha.. time preggy kan macam terlebey sensitif.. klo ikutkan nak letak Insyirah seketul je.. tapi tak pe la.. ayahnye nak Nur tu.. jadi lah Nur Insyirah binti Mohamad Nor (Cahaya Ketenangan hati anak perumpuan kepada Cahaya yang Terpuji).. best kan.. hehe... Semoga Perjalanan hidup Insyirah dipenuhi dengan cahaya ye sayang..

Nur Insyirah... 5.6kg @ 3 month old..

Apr 26, 2012

Cukur Jambul :: adat atau sunat ::

Assalamualaikum..

Entry kali ni pja dapat inspirasi dari sorang asoh dekat umah pja tu.. tengah dok sibuk nak kuar pi borong pampers insyirah dia tegur insyirah.. 

Borak punye borak, keluar la 1 statement dia yang menarik perhatian pja...

"kita budak lahir aa, sampai satu bulan, satu kali cukur sudah.. bagi buang itu kotor punya rambut.."

Orang bukan islam boleh pikir pasal mende ni, tak kan kita yang islam yang sememangnya dituntut untuk jage kebersihan boleh terlepas pandang pasal perkara ni..

Actually, ni just pendapat pja ok, kalo korang rase salah, just abaikan je eh... kita terlalu banyak adat dan budaya sehinggakan islam tu terus ditinggalakan.. akhirnya masyarakat sekarang keliru antara adat dan Agama/Sunah Rasulullah S.A.W..

Setahu pja, Islam menggalakkan cukur kepala bayi (botak), kemudian rambut tu timbang dengan emas, nilai tu kita sedekahkan kepada fakir miskin.. Rasionalnya juga untuk membuang segala kotoran pada rambut dan kulit kepala bayi semasa dalam perut ibu.. then nanti rambut baru yang tumbuh akan lebih bersih, lembut.. 

Lepas cukur insyirah pun kulit pale dia mengelupas jap, pastu elok je dah sampai sekarang.. tapi rambut lebat insyirah memang dapat dari baka ibunya ye.. hehe... tu yang cepat je panjang after cukur..

Mende jadi isu jap la camner nak cukur insyirah.. ade yang kate cukur sikit je, ada yang cakap kene ade tujuh orang gunting rambut dia.. dan macam-macam la.. Alhamdullilah en. suami sependapat dengan pja.. dan en suami dengan jayanya dapat cukur pale insyirah.. im proud of u en suami.. 

Ni ade beberapa link yang boleh membantu korang;


Renung-renungkan dan selamat beramal.. peace...

Apr 25, 2012

Teether

Assalamualaikum..

Since sebulan lepas, pja dah bukak sarung tangan insyirah due to insyirah dah mula asyik pegang baju pja mase menyusu.. tambah-tambah pulak opah dah suruh tanggal..

Then pja belikan dia elephant untuk dia pegang.. memula tu dia macam tak larat nak pegang.. cam tak pandai pun.. lelame ok la pulak..

Sejak tu dia suke sangat masukkan tangan dia dalam mulut.. habis semua jari dia sumbat dalam mulut sampai meleleh-leleh air liur dia..

Ade yang suruh pja bagi dia puting... oohhh.. no..no..no.. puting adalah tidak dibenarkan sama sekali..

Pagi tadi pja bagi dia teether.. so impressive bile dia bole pegang dan gigit.. cume kadang-kadang terlepas jugak.. better then dia asyik masuk tangan dia seketul dalam mulut kan.. lagipun dia memang dah suke ketap nipple..

Tapi persoalan kat sini.. awal sangat ke pja bagi dia teether tu???  sebab de budak yang 4-5 bulan baru bagi teether...

see... elok je dia pegang n masuk mulut..

Apr 24, 2012

Ragam anak Ibu

Assalamualaikum..

Insyirah.. Insyirah.. 3 bulan, tiga macam perangai... kalo 9 bulan, 9 macam perangai la anak ibu tu nanti.. ishh..ish... Tak pe la insyirah.. janji insyirah membesar dengan sihat, bijak, baik.. semua ye..

Tiap kali dia naik bulan baru, samada sebelum atau selepas dia mesti dapat satu akal baru.. 

Yang terbaru ni, dia dah kurang tido.. tu ok la.. boleh main dengan dia, borak.. jana pertumbuhan otak dia.. tapi yang tak bestnye dia tak nak baring.. means tak nak letak atas tilam.. kalo kita pegang dia, tak nak dalam keadaan baring.. nak duduk atau diri je...

pic insyirah tak nak baring.. nak duduk je mase kat klinik...

Kalo kat rumah tu ok la.. kalo ibu wat keje, ayah de nak layan.. risonye kat rumah pengasuh.. bila tak angkat dia, bantainye melalak kuat-kuat.. kita pun penat gak nak pegang je.. 

Adoiiii insyirah... jangan la cam tu insyirah... sian kat mama insyirah.. dia nak jage abang-abang ngan kakak lagi.. nak masak lagi, nak solat.. kalo nak pegang insyirah je camne dia nak wat keje.. nanti kalo mama tak nak jage insyirah kan dah susah.. riso la ibu.. insyirah kan budak baik.. jangan wat camtu lagi ye sayang.. dengar cakap mama ye..

Lagi satu, kalo orang ramai, gagah dia tahan ngantok tak nak tido.. errmmm... 

Apr 18, 2012

3 bulan

Assalamualaikum..


Diam tak diam.. hari ni anak ibu dah 3 bulan.. 
dah pandai gelak, 
dah suke bercakap, 
dah pandai pegang toys, 
dah pandai cebik,
dah pandai main-main,
dah pandai gigit ibu..

Ibu doakan insyirah sihat badan, sihat akal, jadi anak solehah, taat pada Allah, taat pada agama, taat pada ibu bapa, murah rezeki selalu, pandai, bijak dan diredhai didunia dan di akhirat ye...

Nota kechik garuk pale : dah dua hari berturut pja mimpi orang-orang kat opis lame.. malam semalam mimpi en. arshad belanje makan.. malam tadi mimpi jumpe netty, kak li ngan ain bawak pja datang opis.. opis dah laen pulak tu.. netty siap soh makan kek blueberry.. haha.. apekah maksudnye tuh??????