Showing posts with label Sumber Pendapatan. Show all posts
Showing posts with label Sumber Pendapatan. Show all posts

Jun 5, 2013

Diketepikan

Assalamualaikum..

Again... dalam kementerian yang sama, post yang sama cuma jabatan yang berbeza.. 

Kadang-kadang bila kita dalam situasi yang tak selamat, ada baiknya kita berpura-pura untuk selamatkan diri.. dan dah dua kali pja gagal berpura-pura dan pja memang comfirm tak selamat.. hahaha.. 

Kali ni kontrak disambung, tapi dari sektor pja dia akan interview pegawai-pegawai kontrak ni untuk tentukan sapa 2 orang pegawai yang akan ditukarkan kepada Contract Of Service.. kononnya macam save sikit la sebab kontrak dibuat 2 tahun dan akan mengisi kekosongan jawatan.. if yang tak selamat tu, sambung kontrak lama je sampai hujung tahun.. tu pun kalau ada duit.. Malangnya, pja sorang je pegawai yang tak dipanggil interview.. boleh pulak kan... 

Kalau sepanjang 2012 pja boleh senyum.. gelak ketawa.. buat kerja macam orang workaholic la.. sebelah mata pun diorang tak kisah.. memang fake habis la.. ibarat kata "i looooovveeeeeeee thiz jobvery the much la!!!" tapi tahun 2013 ni memang fake tu dah kelaut.. memang pja tunjuk yang pja dah tak boleh go on dengan kerja ni.. waktu tu baru bos kata.. " napa awak macam ni? sedangkan prestasi awak dah bagus dah sebelum ni.. awak cepat belajar.. dah banyak awak boleh handle.." something like that la.. jawapan pja.. senyum je la..

Masa 1st time diketepikan sebelum ni, masa kontrak pja tak disambung, pja menangis dari pagi sampai ke petang.. mungkin sebab hormon terlebih.. preggy dah trimester pulak tu kan.. tapi kali ni pja tak rasa apa.. infact rasa lega sangat macam seolah-olah satu hilang satu beban dibahu pja.. walaupun pja tahu beban yang akan datang akan lebih berat.. i'm positive.. InsyaAllah Allah akan permudahkan segalanya.. 

Pja : Cik, PRE ada interview eh?
pegawai : haah, awak nak pergi ke interview tu?.. dengan muka serba salah
pja : tak la.. saya saja je tanya.. senyum & terus jalan

Kawan : Fieza, betul ke awak tak nak pergi?
Pja : Betul.. malas la.. lagipun bukan diorang panggil interview pun..
Kawan : Comfirm nih?
Pja : 100% Comfirm..

Ya Allah.. nak nangis rasa.. mana ntah dapat kekuatan ni.. walaupun sebenar-benarnya pja nampak masa depan pja masih lagi samar.. Alhamdulillah Allah bagi pja kekuatan yang luar biasa.. dan Ketenangan tu, hanya Allah dan Pja je yang tahu..

Jan 25, 2013

TASKA #1 - Sejarah

Assalamualaikum..

Dah jarang pja updated blog kan sekarang ni.. dengan bebanan kerja dan bebanan TASKA ni, pja dah tak dapat hadap pc lama-lama.. padahal banyak sangat nak kongsi.. tapi semuanya berlalu macam angin je..

Wah... sudah mula updated pasal TASKA... ok, pja cerita serba sedikit pasal TASKA ni.. asal pja minat sangat dalam bidang ni sebenarnye, pja memang minat sangat-sangat dengan kanak-kanak.. kami adik beradik duduk dekat Nursery sampai darjah 6.. means start dari tadika sampai darjah 6 tu, kami transit je la.. balik sekolah, mandi kat sana, makan, then mengaji.. pukul 6 mak ayah datang ambil.. dari situ, disebabkan pja besar & perempuan pulak tu, rajin la jugak tolong tengok-tengokan adik kecik-kecik tu.. tolong suapkan makan ke.. suka sangat rasenye..

Tapi ditakdirkan ayah tunjukkan laluan pada pja untuk jadi Civil Engineer.. pja tak salahkan ayah.. pja pun tak reti buat keputusan sendiri masa tu.. then pja ikut sampai la pja ada segulung ijazah Kejuruteraan Awam.. major Alam Sekitar walaupun sering berangan-angan suatu hari nanti pja akan ada TASKA sendiri.. nak jadi hikmahnya juga, till now pja belum ada pekerjaan tetap & bidang yang pja kerja sekarang since early 2012 berkenaan dengan tenaga dan PTD yang pja langsung tak boleh cope.. Disebabkan itu juga, pja kembali kepada minat pja..

Dari situ pja rajin study dan cari pelbagai peluang.. dan Alhamdulillah Allah tunjukkan jalan tu pada pja.. bermula dari join Forum Bekerja Dari Rumah.. di Invite oleh Bondamama untuk dengar taklimat ringkas dan akhirnya Aug 2012 pja buat keputusan join Bondamama.. pja bayar RM5000 untuk licensing sahaja.. dan pja perlu bayar RM30,000 sebenarnya hanya untuk branding.. walaupun study dah dibuat, still tak cukup.. dari situ pja banyak join kursus & taklimat.. dari situ juga pja banyak belajar.. dan malangnya banyak juga cerita-cerita yang kurang enak pja dengar.. 

Hujung Nov 2012 pja buat keputusan untuk tarik diri dari Bondamama atas alasan tertentu dan juga masalah pinjaman.. sementara itu juga pja cuma beri tumpuan untuk selesaikan Kursus Asuhan Kanak-Kanak yang pja sertai terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang selanjutnya..

Penghujung 2012, pja buat research semula dan berjumpa dengan beberapa orang yang dianggap pakar dalam bidang ini untuk mendapatkan pandangan dan nasihat.. atas nasihat itu juga, pja terus gagah untuk berdiri atas kaki sendiri walaupun pada zahirnya pja kurang yakin sekiranya pja bermula tanpa sebarang "branding" dan sukar untuk dapat customer..

Awal 2013 pja mula semula pemburuan mencari 'tapak' untuk dijadikan TASKA.. Alhamdulillah, akhirnya pja temui tapak tersebut.. tetapi keputusan sukar perlu diambil.. antara rumah RM1500 untuk kawasan yang 50% strategik atau RM2500 untuk kawasan yang 100% strategik.. dengan modal yang amat kecik.. pja perlu kuat untuk terima sebarang risiko akhirnya pja memilih RM1500 dengan bersyarat Marketing perlu hebat.. 

Alhamdulillah pja ada suami yang sangat supportive walaupun kadang-kadang keputusan yang dia beri sangat menyakitkan hati.. haha.. sekurang-kurangnya dia membantu kan... sampai deal dengan agent dan tuan rumah pun dia yang tolong.. dari situ boleh nampak, lemahnya PR pja untuk negotiate dengan orang..kalau la bakal customer tahu.. habih pja di bolak baliknya.. hehe.. tak pe.. that's a learning process.. the best is.. owner rumah nak jumpe en. suami.. bukan pja.. kihkihkih...

So, jika tiada aral melintang, seawal-awalnya middle of Februari TASKA pja akan mula beroperasi dan selewat-lewatnya early of march.. fuh... hati berbunga riang saja.. memandangkan kontrak pun comfirm last pada hujung bulan 6 ni.. pja dah tak kisah.. starting julai, tumpuan pja hanya pada TASKA...

Nama TASKA?? sebelum ni pja daftar dengan SSM TASKA BONDAMAMA CERIA.. tapi nampaknya pja perlu bermula semula untuk cari nama TASKA yang baru dan pergi berdaftar semula dengan SSM.. Nama pun belum ada lagi..

p/s: sedih pulak rasa nak pisahkan insyirah dengan mama dia.. mama dia baik.. tapi rasanya tak mampu kot nak hantar insyirah.. after julai...

Jan 22, 2013

Decision Making

Assalamualaikum..

Setiap hari kita kena buat keputusan.. nak mandi dulu atau nak siapkan baju anak dulu, nak ikut jalan dekat tapi jem atau nak ikut jalan jauh tapi clear.. nak makan nasi or nak makan mee tangahari nanti, nak balik rumah terus or nak singgah mana-mana dulu, nak masak apa untuk dinner, nak buat apa lepas ni... semua itu perlukan keputusan..

Keputusan ciput macam tu mungkin mudah.. yang beratnya bila keputusan yang perlu kita pilih itu akan melibatkan kehidupan kita yang akan datang.. melibatkan kewangan yang beribu riban, melibatkan risiko yang BESAR, melibatkan macam-macam la...

Takut?? yes! pja seorang yang penakut nak buat keputusan.. bertambah dengan low self esteem, perkara ni pja perlu hadap untuk meningkatkan keyakinan diri untuk menghadapi risiko yang lebih besar pada masa akan datang.. bagus juga.. pja belajar untuk membuat keputusan.. walaupun tak yakin dengan diri.. lemah longlai mengharapkan keputusan orang lain..

Perlahan-lahan memujuk diri sendiri supaya yakin dengan diri.. siapa yang akan bantu kalau bukan diri sendiri.. Trust your self pja!! ya.. Strategi itu penting.. memandangkan keputusan berat iut sudah dibuat.. pja perlu kuat melai hari ini.. kerja kuat!! Ya Allah.. permudahkanlah segala urusan aku... semoga aku tabah menghadapinya...

Sep 11, 2012

Ready For Tomorrow

Assalamualaikum..

Hye.. Esok Big day untuk pja.. bukan 'big day' kawen tau.. tapi ape yang pja rancangkan esok adalah penentu kepada masa depan pja... wahhhhhh.. gituuuu...

Esok pagi pja kene bangu seawal 5 pagi or lebih awal lagi.. prepared food & milk for insyirah.. siap sedia dari segi mental dan fizikal.. kasik comel-comel sikit, lawa-lawa sikit, wangi-wangi sikit... Nasib en. suami bermurah hati nak cuti dan temankan isteri dia yang comel nih.. haha..

Pukul 6 bagi dah kene hantar insyirah ke rumah mama dia.. walaupun sebenarnye hati tak rela nak tinggalkan  dia... then hantar emak ke Putajaya dan kami akan terus ke Kuala Lumpur... My Interview akan bermula jam 8 pagi.. berdebar-debar walaupun tak baca langsung pasal civil dan isu semasa...

After interview yang tak tahu habis pukul berapa tu, InsyaAllah, kami akan shoot ke Putajaya/ Shah Alam bergantung pada keadaan dan maklumat terkini untuk berurusan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk dapatkan resit sementara kemudiaan akan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk sahkan permohonan.. after tu akan ke Suruhanjaya Syarikat Semula untuk menyelesaikan Permohonan.. fuhhhhh.. banyak benda tu..

Lepas ni boleh la 100% tumpukan perhatian pada Licensing Agreement yang akan ditandatangani..

Wish me Luck ye kawan-kawan....

InsyaAllah, hope urusan kami berjalan dengan lancar.. Walaubagaimanapun, kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya.. InsyaAllah...

Aug 11, 2012

Perjalanan Baru Bermula

Assalamualaikum..

Tak tahu nak mula dari mana...

Hari ini setapak lagi pja kehadapan.. Alhamdulillah.. walaupun perjalanan masih jauh, ruang yang terbentang luas dihadapan jelas dimata pja.. Ramai yang sudi membantu.. terutama en. suami yang banyak beri dorongan dan pandangan, puan opah dan mak long yang banyak membantu dari segi sokongan dan kewangan...

Owhh.. tak lupa juga pada anakku yang tersayang Insyirah yang menjadi semangat ibu.. mungkin mulai september hingga november ni ibu akan sibuk sedikit.. ibu akan kurang masa untuk insyirah.. tapi ibu janji, lepas ibu selesai semuanya, kita akan bersama sentiasa...

Kepada kawan-kawan semua, doakan pja berjaya capai cita-cita pja ye.. thanksss...

Nota Kechik bangga : Saat-saat ibu dengan gembira memikirkan masa depan ibu, insyirah tunjuk insyirah dah pandai menyirap ke depan.. double happiness ibu hari ni!!!

Aug 7, 2012

Ditelan mati emak, diluah mati bapak..

Assalamualaikum..

Uol's ingat tak yang pja pernah citer yang pja tengah melaksanakan satu misi yang besar melibatkan hidup dan mati.. kahkahkah.. macam nak berperang je..

Sebenarnye pja dalam dilema.. pada asalnya pja dah berjanji dengan seseorang ini untuk sama-sama menjayakan misi ni.. but de other person macam lengah-lengah dan tak bersungguh.. sedangkan pja dah bersungguh dah..

Last 2 weeks, pja dapat tawaran dari satu branding untuk melaksanakan misi ni atas bantuan mereka. malangnya partner tu macam tak prefer under orang.. sedangkan bagi pja, untuk langkah pertama ni macam lebih baik kita duduk dibawah guideline seseorang..

Selepas tanya banyak orang, ramai yang suruh pja teruskan sahaja usaha pja bersama syarikat tu.. pikirkan apa yang terbaik untuk pja.. tapi dalam masa yang sama pja rasa serba salah untuk tarik diri dengan partner pja tu untuk sama-sama jayakan misi kami.. lagi pulak that person adalah seseorang yang sangat rapat dengan family pja..

Apa yang pja nampak, masa depan pja dengan branding ni sangat cerah.... tapi pja tak nak bermasam muka dengan orang yang pja sayang... macam mana nih?????

Jun 4, 2012

Keterujaan

Assalamualaikum..

Sapa yang tak teringin nak ada rumah sendiri ye tak? harta sendiri or kongsi dengan pasangan..

Teruja tengok gambar rumah baru tak tahu rumah dia or rumah saudara dia sorang kenalan ni.. 
ok, pja minat giler konsep rumah tu..

Teruja nak dapat rumah idaman Semi-D dengan konsep idaman hati...

Sabar wahai hati... 
InsyaAllah.. 
Perjalanan kamu baru hendak bermula..
Jika termaktub rezki kamu, InsyaAllah...

Mood : tak sabar nak pijak step seterusnya!! kaki dah terangkat!!

May 7, 2012

Ketam Mengajar Anak

Assalamualaikum..

Sekarang pja dalam zaman kegilaan masuk golongan *"mak-mak" ni.. kegilaan Exclusive Breastfeed dan kini yang terbaru kegilaan Cloth Diapers...

Pja pernah bagitau kan yang pja nak sangat guna Cloth Diaper untuk Insyirah.. Tengah mengumpul la ni.. tapi itu bukan isunye.. Dalam pada berusaha untuk semua itu, tibe-tibe pja berfikir....

"Kita beria-ia nak kurang kos dengan brestfeed anak, pakaikan cloth diaper... tapi kita dah pakai ke washable pantyliner, pad, breastpad semua tu? Termasuk disposable milk strorage bag..

Bile tanye mak-mak,
"nape pilih CD?" 
jawapan diorang
"Boleh jimat poket suami..", "Jimat duit sebab diapers mahal", "go green".. 
everything...

Tapi kenapa kita tak nak jimatkan duit suami kita guna dari beli pad, pantyliner semua tu bagai... tak ke macam ketam mengajar anaknye berjalan lurus...?

Biler tanye lagi kat mak-mak,
"nape tak pakai cloth pad?" 
jawapan diorang
"malas la..", "nanti susah nak basuh-basuh kat ofis.."

Nanti anak korang beso dia tanye..
"Mak, kenapa pakaikan saya cloth diaper"
"Eh, boleh jimat.. pampers mahal..."
"Tapi kenapa dah besar mak suruh pakai pad pakai buang? kenapa tak berjimat"
jom kita fikir-fikirkan..

Tu baru pandang dari segi ekonomi.. cuba pandang dari segi green pulak... compem berjela-jela... ermmm... tepuk dada tanya selera...

Pja pun sebenarnye pada asalnya nak cloth diapers sebab nak jimat... disamping tu pja terfikir pasal jumlah sisa buangn sehari dan bahan untuk buat diapers... tapi pikir-pikir balik.. pja pun sama macam mak-mak yang mngejar anaknye berjimat sedangkan mak-mak lebih banyak membazir.. kihkihkih...

* mak-mak : zaman membeli belah untuk rumah dan anak-anak such tupperware, baju, langsir, peralatan elektrik and etc..

Nota kechik montot comel : Tapi memang tak tahan tengok CD.. rambang mate.. comel je montot insyirah pakai CD.. macam sarang tebuan.. huhu... tapi opah panggil insyirah "kura-kura panjat dinding".. hehe.. kura-kura insyirah kat rumah tak panjat dinding la opah...

*Sedang berusaha mencari storage bag yang reusable yang boleh mengatasi masalah ruang dalam fridge..

Mar 8, 2012

Move On

Assalamualaikum

Yaeh! i have to move on..

Semalam tibe-tibe mengenangkan nasib (kerjaya) pja.. ermm.. sampai bila nak kontrak kan.. cari kerja tak dapat-dapat.. resume dah hantar, interview dah pergi.. tapi tak de majikan yang berkenan kat lirikan mata pja nih.. cewahhh.. huhu..

Ok.. sementara pja duduk kat kettha ni.. pja nak planning sesuatu.. yang pasti bisness kecil-kecilan tu akan diteruskan.. tapi ade sesuatu yang lebih besar yang pja nak buat yang perlukan sedikit perngorbanan diperingkat awal..

1 of all, pja nak bncang dulu dengan en. suami.. suatu hari nanti pja akan update ape yang pja buat tu ye..

Nota kechek merancang : tengah sibuk search & memahamkan kaedah merancang keluarga secara semulajadi..

Feb 16, 2012

45hari atau 2 bulan?

Assalamualaikum..

Sebenarnye soalan ni dah berlegar-legar dalam otak sejak 1st day pantang kat rumah mak.. plus pulak dengan target nak balik puchong seminggu sebelum naek kerja untuk uruskan apa-apa seperti nak cari pengasuh untuk Insyirah & ingat nak kemas rumah sebaga persediaan sebelum mula kerja.. nanti dah kerja sumer tak sempat.. dengan nak jaga insyirah lagi.. 

Buat masa sekarang pja still tak boleh ngenyah-ngenyah lagi.. operation kan.. lambat sikit banding orang bersalin normal.. perut pun still rase berat lagi walaupun dah tak seberat awal-awal bersalin dulu.. dulu rase macam ade sorang lagi baby dalam nih.. hehe..

Yang terbaru pula, en. suami suruh gak pilih 1 tarikh, at least 1 week duduk dekat rumah puan mertua.. sebenarnye nak mengalir jugak la air mata ni memikirkan seminggu dok sane tanpa en. suami.. Tibe-tibe rase disable.. Means, sekarang kene susun jadual betul-betul..

Permasalahan :

Kerja kontrak dan gaji dibayar berdasarkan hari...

Pilihan :

1. 45 hari 
- Mula kerja 5 mac
- Gaji bulan mac hanya tolak 4 hari
- Insyirah baru sebulan lebih
- Badan dan perut still rasa belum kuat
- Means minggu depan ni 20 hb dah kene balik kkb dan minggu 27 hb dah boleh balik puchong coz 5 mac dah kene naek kerja
- Tapi masalahnya 20 hb 1st appointment Insyirah

2. 2 Bulan
- Mula kerja 19 mac
- Lepas dah kira-kira gaji dapat dalam 1k je :(  [padahal dah kering giler nih]
- Kurang-kurang Insyirah dah masuk 2 bulan
- Still de 2-3 minggu untuk pastikan badan betul-betul sihat sebelum nak mula ngenyah
- Still de 2 minggu untuk duduk dekat gombak & rehat betul-betul, then 5 mac balik kkb dan 12 mac balik puchong sebab 19 mac dah naek kerja

Camner eh? dalam dilema untuk pilih antara kesihatan kami (ibu & Insyirah) atau gaji....

Kene buat keputusan cepat nih.. paper hal, nak kene call opis untuk comfirmkan biler nak naek kerja semula..

Tapi en. suami kate... yang penting sihat la dulu.. karang kalo tak sihat, sakit balik lagi susah...

Jan 12, 2012

Maen gurau Senda..

Assalamualikum..

Baby ajak bergurau last night.. Dari pagi pergerakan dia kurang aktif.. tendang pun tak kuat.. memula tu tak kisah yang penting dia bergerak.. infact ada waktu yang selalu dia ajak maen pun dia tak maen..

Start malam semalam dalam pukul 9 lebih dia start keraskan badan dia.. tak gerak langsung.. perut memang senak giler la.. sampai tertonggeng-tonggeng.. tertido sampai la sampai pukul2 pg..

Dah terjage tu tak boleh tido.. cer gerak-gerakkan dia.. dia tak gerak langsung.. slalunya paling kurang de rase pergerakan kecil.. ni langsung tak de.. perut dah ringan semacam.. macam kosong.. sampai 3 setengah pagi tu dok goncang-goncang, makan ke ape.. supaya dia gerak.. but still keraskan perut.. air mate tok sah cakap la..

Dalam hati Allah je yang tahu.. Istighfar bebanyak.. Siap doa "Ya Allah, lepas ujian yg satu tu Eangkau duga, jangan la Engkau duga aku sekali lagi dengan anak ni".. riso memang tahap maksimum.. pastu terus kejut en suami.. pukul 4pg terus pergi hospital..

Kat sane diorang monitor.. doc tengok graf dia kate baby memang tak aktif.. lame gak la.. siap bunyi jantung dia mase monitor tu hilang-hilang.. banyak kali nurse ulang-alik..  dah last-last tu baru la dia katif.. siap kicking tangan nurse.. memang anak bertuah.. mase tu lega sangat-sangat..

Pagi tu sebelum kuar, scan dulu.. ok, anak ibu wat muke tak bersalah.. hmmm... nak kate ape kan.. memang anak ayah..

Nota Kechik gelak guling : ade x-ofismate bagitau yang kami pekerja kontrak ni tak dapat sambung atas alasan suke maen tenet.. ok!!! hahahahahaha... gelak guling-guling 100 juta kali!! SANGAT TAK PROFESIONAL kan.. hmmm.. kalo macam itu, kamu pecat la pegawai kamu yang maen tenet + game tu skali.. haha... aiyyaaakkk. kalo profesional, sepatutnye tegur direct dulu, bukan citer-citer belakang macam neyh + terus senyap macam tu je.. tak pe la.. saya redha.. ada rezeki saya ditempat laen...

Jan 9, 2012

Baju 2 IN 1

Assalamualaikum..

Last 2 weeks sebelum benti keje... bukan benti keje pun sebenarnye, kontrak dah tamat tapi majikan tak nak sambungkan walaupun kerajaan yang kuarkan duit bayar gaji dah kuarkan pekeliling soh sambung.. pja dok bosan tengok baju maternity yang boleh pakai... Bape helai je pun.. tak sampai 5 kot..

Rasenye tiap minggu ulang baju yang same.. tu belum weekend balik rumah mak & rumah mertua.. sampai dah tak de baju.. udahnye pergi la online shop... nak beli kat luar tak de mase nak pergi..

Cari punye cari, pja terjumpe online shop yang ada jual baju maternity + baju nursing.. 2 In 1 meh...

Pikir punye pikir, baik amik yang 2 in 1 kan.. sebab sekarang pun dah 34 weeks.. lame mane je pun nak pakai baju maternity.. kalo beli yang nursing sekali berbaloi la boleh pakai after bersalin.. senang nak breastfeed..

Hambek.. sampai 3 helai pja beli...

Tapi.....

Baju-baju tu still tersimpan rapi sebab sekarang pja dah jadi suri rumah sepenuh mase.. tak perpakai lagi la baju tu... weekend pun btak pergi memane sebab en suami tengah final exam.. haha... ngokngek kan...

Nota Kechik yang luluh : Sedey bile periuk nasi ditabur pasir.. Terima kasih en suami tercinta, family & kawan2 yang beri kata2 semangat.. InsyaAllah pja kuat demi baby nih...


Updated : lupe nak masukkan link kedai tuh.. ni linknye ye.. http://mumdreams.com.my/estore/.. selamat bershopping.. kalo nak pergi kedai dia lg bgs kot.. boleh cube terus.. pja ari tu ukur pakai tali tape jer.. huhu..

Dec 30, 2011

Pengakhiran sebuah cerita...

Assalamualaikum..

Wah..wah.. sadis betul tajuk hari ni. haha...

Tertanya-tanya.. adakah ini adalah pengakhiran yang perlu di tempuhi atau masih ada sinar harapan atau ada sesuatu yang lebih baik yang bakal diperoleh diluar sana?

Semoga ada hikmah disebalik apa yang berlaku... mungkin diluar nampak girang ceria.. gusar dihati siapa yang tahu??

Demi anak dalam perut ni, sedaya upaya ibu kuat kan hati untuk tidak terlalu memikir.. tapi apakan daya, sesekali air mata ini tumpah juga mengenangkan tentang masa depan...

Bukan tiada usaha, tapi belum ada usaha yang memihak pada diri ini... 

“Ya Allah, Sekiranya Rezeki Kami Berada Di Langit, Maka Turunkanlah Ia. Jika Ia Ada Di Bumi, Keluarkanlah Ia. Dan Jika Ia Berada Di Dalam Lautan, Munculkanlah. Sekiranya Rezeki Kami Di Tempat Yang Jauh, Dekatkanlah Ia. Jika Ia Sedikit, Banyakkanlah Ia. Dan Jika Caranya Sukar Untuk Sampai Kepada Kami, Mudahkanlah Ia. Serta Pindahkanlah Rezeki Tersebut Kepada Kami Dengan Kemuliaan.”

Dec 28, 2011

Kita punya ke?

Assalamualikum...

Pernah ke kita terfikir?

Gaji / Pendapatan kita bukan 100% hak milik kita.. kadang-kadang ade tu yang 100% memang sah bukan milik mereka..

Bagi yang dah berkeluarga & ada anak, of course la kan.. Memang perlu spent beberapa peratus just untuk anak-anak... Ni memang pja dah terasa, fuhhhhhh... Means itu bukan rezeki kita la kan.. itu rezeki anak namanye..

Bila nak dapat gaji je,

Berangan nak pi bercuti dekat oversea.. alih-alih, kete berdentum...
terpaksa koban duit holiday bayar repair kete...

Berangan nak pi makan kat restoran mahal.. alh-alih sakit gigi...
terpakse guna duit nak pi makan, bayar duit klinik..

Sesetengah perkara kita tak tahu dan tak akan tahu sehingga lah tiba masa dan ketikanya...

Tapi bila datang waktu tu, redha je la~~~~ hehe...

Nota kechik bonus bulan 12 : Baru dapat bonus bulan ni.. ayah eksiden.. kete dia memang tak de mende.. tapi kete kelisa yang dia langgar abih kemek kat tepi.. tak kira sape yang salah, tapi kalo dah kuar simpang tu, orang yang kat simpang la jadi salah kan?? tak pasal-pasal duit bonus terbang untuk kete orang tu.. kalo ikut geram hati, pja angkat kaki je.. paisir giler tengok mak mertua, bapak mertua ngan bini pemandu yang tak reti nak berbahasa tu.. kot kite salah pun, tak payah la nak tuduh macam-macam.. dah bawak pi bengkel, bagi no phone, nak bayar sumer.. tapi buat muke gak.. still nak tuduh kononnye kami nak menipu...  belasah nak??

Dec 6, 2011

Gaji oh Gaji

Assalamualaikum..

Asal dapat gaji je, tibe-tibe tengok dalam bank dah kosong balik... haiyakkk... mane gaji pja pergi daaaa...

Sebulan 2 ni macam terasa sesak sikit.. dah le gaji kene floating lame dek CIMB.. Garu pale duit gaji tak masuk.. bile dah dapat pastu maen tolak sane tolak sini, garu pale lagi tengok baki yang de..

Riso ni.. nak kene save untuk tahun depan.. di sebabkan pja kontrak, gaji pja gaji hari.. compem-compem mase pantang tak de gaji.. tu pun kalo kontrak sambung...

Ohhhh wahai pakcik-pakcik diluar sane yang ada company.. amik la saya sebagai pekerja...

Oct 3, 2011

Pemeriksa yang Kejam!

Assalamualaikum

Untuk sesi kali ni, pja dah jadi salah seorang pemeriksa yang kejam..

Sebenarnye tak boleh nak kejam sangat.. sebab selalunya memang tak sampai 10% calon yang lulus kertas teori.. so, terpaksa se'fleksibel' yang mungkin..

Tapi 1 mende yang pja malas nak toleransi...

Arahan dah kata jawab 5 soalan je.. if de yang jawab 6, tanpa pikir panjang pja akan pangkahkan jawapan yang ke-6 tanpa periksa terlebih dahulu.. kalau markah yang ke-6 tu lagi tinggi dari mana-mana 5 jawapan sebelumnya... NASIB LE... malas nak layan dah.. umur bukan kecik-kecik.. arahan mudah pun x boleh ikut...

Nota Kechik tanpa belas ehsan : Dulu banyak la masa nak layan jawapan lebih tu.. sekarang dah tak de masa..

Sep 26, 2011

Tugasan Tak Rasmi

Assalamualaikum..

Semalam pja dapat semula 2 tugasan tak rasmi..

1. Marking paper
Boss: En. Ayah

Macam biasa.. Marking paper J*********.. jeng..jeng..jeng... pe tu erk? ooowwhhh private and confidential la.. sowi... nti banyak conflict plak kalo bagitahu...

Tapi tahun ni pja amik bahagian teori je.. sebab bahagian lukisan ada sedikit perubahan.. dan ayah kata tak pe la.. tahun ni kita kongsi.. Dulu masa pja bolot semua, pja boleh dapat bersih dalam rm400-500.. tapi awal tahun ari tu amik teori je jugak (sebab tengah sibuk nak kawen) darab dengan 63 calon.. so, dapat dalam RM 150++ je.. tahun ni calon ramai sikit, sampai 80++.. so myb dapat la duit tambahan dalam RM200++

2. Wedding Planner
Boss: Pn. Cik Yah

Memandangkan adik laki pja nak kawen dah tahun depan.. InsyaAllah mase cuti sekolah nanti.. Kesian pulak pja tengok mak nak uruskan sorang-sorang.. yela, cekap mana pun mak tu, kudrat dia tetap tak macam orang muda.. So pja amik keputusan tolong-tolong la apa yang patut..

Sekarang ni pja tolong booking andaman, carikan idea untuk door gift tetamu & cari idea untuk buat hantaran dia nanti.. Tapi hantaran tu nanti after bersalin baru start kot.. sekarang awal sangat.. tapiiii.. pe door gift yang best sekarang ni erkkk...??