Showing posts with label Diapers. Show all posts
Showing posts with label Diapers. Show all posts

Sep 12, 2014

Diapers lagi #5 Back to Nature

Assalamualaikum

Kalau throwback balik entry pja pasal cloth diapers ni, memang tak banyak.. sebenarnya tak berapa berjaya pun nak pakaikan insyirah fully cloth diapers.. banyak sangat halangan.. plus masa tu masih berkerja & babysitter dia pun macam rasa susah.. lama-lama balik pada lampin pakai buang.. mujur dia free diaper awal.. alhamdulillah bawak berjalan dan tidur malam dah tak payah pakai diaper lagi.. dia boleh bangun kejut ibu beritahu nak kencing..

So, dari 2-3 last weeks, sejak encik suami nak boikot huggies, ibu yang sedih.. sebab huggies je dalam hati ibu dan mampu milik.. kedua-dua anakanda elergi dengan kebanyakan jenama.. terlewat sikit tukar dah merah-merah.. insyirah dulu siap melalak-lalak sakit.. so, ibu amik keputusan untuk kembali kepada yang mesra alam..

Previous koleksi ada 12 keping je.. banyak jenama, coz pja tak suka beli sekali banyak satu-satu jenis tu, sebab takut tak sesuai.. ada terkena 1-2 jenama yang tak sesuai dengan insyirah.. so, irsyad pakai balik je la kan.. dekat seminggu try n error.. asyik la bocor.. dia ni memang heavy wetter.. sampai kena pakai insert berlapis-lapis.. haha.. bulky giler.. buruk.. keputusannya kena la cari bamboo insert or mana-mana yang boleh serap dengan lebih baik.

Sudahnya terpaksa tambah koleksi.. 12 keping tak cukup nak rotate 3 hari.. alhamdulillah rezeki buat part time, dapat cover untuk tambah koleksi irsyad.. dapat lagi 6 keping + 10 keping liner. dapat pulak free gift key chain CD yang sangat comel ni.. ibu yang terlebih suka..

Washable Liner

Siap Ada Insert

Comel je..
Penangan berCD ni, pja pun dah beralih pada cloth Pad.. tapi baru try snowdrop pantyliner.. sebab baru lepas pantang kan.. nifas dah lama habis nak try pad.. siap join kutu nak beli starter package.. ada few jenama nak try juga macam bamboolite, mama patch, little 'N' Handmade.. slow-slow.. siap ajak adik ipar join..

Sebenarnya bagus kita beralih cloth pad ni.. sedikit sebanyak boleh bantu cegah masalah dalaman wanita seperti cyst, fibroid, kanser rahim & etc.. testimonial pja sendiri, keputihan dapat diatasi sejak tukar pada cloth pad ni.. Tak salah nak cuba.. selain jimat dapat sihat juga..

Masa mula-mula nak beli memang rasa mahal, tapi bila dah lama tak beli yang pakai buang ni, baru terasa jimatnya tu..

nota kechik : ibu hutang irsyad entry pasal kelahiran irsyad.. InsyaAllah malam karang ibu start karang dan boleh publish ye sayang..

Mar 31, 2014

Toilet Training

Assalamualaikum..

Alkisah bermula dari seawal umur kakak insyirah setahun 6 bulan.. masa tu pja baru je berhenti kerja.. pja dah study pasal toilet training since insyirah 5-6bulan lagi sebenarnya.. tapi oleh sebab ramai yang kata toilet training ni sesuai dimulakan bila si anak dah pandai bercakap, pja pun mula la ajar kakak insyirah masa dia dah pandai cakap 'biyak' & 'ching'..

Sekitar Julai 2013 kalau tak silap, pja ajar dia.. 2-3 hari pertama dia ok.. tapi untuk first time berterabur sana sini tu biasa la kan.. nasib la kat taska memang tak ada carpet.. senang nak lap.. masuk je hari ke-5 dan seterusnya tiba-tiba dia macam dah tak reti langsung nak cakap.. asyik la kencing dan berak merata.. tak tahu la kalau cara tackle salah ke, tak pasti la pulak.. plus agak susah juga masa tu sebab time cuti / weekend sure merantau.. so, keyakinan tu tak berapa nak tinggi dalam situasi dia tak mahu cakap bila nak membuang..

Lepas pada tu, terus stop.. tak buat dah.. azam tu ada, tapi keyakinan dan kesabaran zero la pulak... sedangkan toilet training ni, kebergantungan dengan Allah, kesabaran dan keyakinan tu yang kene jadi keutamaan.. azam nak buat je takkan menjadi..

Luckily pja ada kawan-kawan sekolah menengah dulu dalam group mommies yang sangat banyak membantu dalam beri tips, sokongan, galakan.. last year masa tahu je pja preggy, pja berazam nak kakak insyirah free diapers sebelum adik baby lahir.. Plus kalau boleh pja nak hantar dia masuk playgroup bila dia dah 2 tahun setengah nanti.. masalahnya kebanyakkan playgroup tetapkan syarat kanak-kanak mesti dah tak pakai diaper.. Jadinya setiap hari doa agar diberi kekuatan.. disamping tu terus study lagi cara-cara untuk buat toilet training ni dengan lebih berkesan..

Tanggal 28 Mac 2014, masa solat subuh, doa supaya Allah beri kemudahan dan kesabaran untuk pja menjayakan misi ni.. dengan lafaz Bismillah dan nafas yang panjang, pja mula terangan pada kakak 'the rules'.. ajar dia nak cakap macam mana, terangkan dekat dia yang diapers hanya untuk adik baby, and etc... pakaikan dia spender yang cantik-cantik.. so, dia sangat enjoy..

Setiap setengah jam pja akan ajak dia pergi bilik air.. hari pertama 5-6 helai seluar lencun.. 2 kali tercicir kencing, sekali tercicir poo poo.. sebab dah membuang baru dia bagi tahu.. but, berulang-ulang kali pja cakap "tak apa.. lepas ni kita cuba lagi ye..".. siap pakai spender gambar-gambar kat dia then bagi tahu "kakak kat boleh kencing dekat gajah ni tau, nanti gajah basah, gajah tak suke..." lepas tu dia gelak.. huhu..

29 Mac 2014, peningkatan yang memberangsangkan.. setiap kali ajak pergi toilet dia akan kencing.. setiap kali dia berjaya kencing, pja akan bagi dia reward coz dia boleh kencing.. no more kencing merata.. tapi seluar tu terbasah sekali dua ada la jugak..

30 Mac 2014, sama macam hari sebelumnya.. cuma masa tu dia agak konfius sekejap sebab pja pakaikan dia diapers masa pergi kenduri kawen.. but still tanya dia if nak kencing.. then bila dia kata nak, pja tanggalkan diapers suruh dia kencing..

31 Mac 2014, hari ni macam terrrrsibuk sikit dipagi hari.. maka, terlupa la nak ajak dia pergi tandas.. tiba-tiba dia kata "ibu... nak ching.." sambil buka seluar.. terus bawak dia sambil berlari-lari.. surprisingly memang dia kencing!.. so, dia dah faham rasa nak kencing dan dah boleh beritahu bila rasa itu ada.. ok.. terus ibu bagi upah lagi atas kejayaan yang kedua ni.. siap dia kata "kakak andai'.. ceh puji diri sendiri la pulak.. kahkahkah..

Alhamdulillah, sehingga tahap ni, progress sangat bagus.. kalau tidur siang pja akan pakaikan diapers luar seluar.. tapi dia tak kencing or berak pun.. kalau tidur malam still pakai diaper.. tapi bila dah nak tidur la.. la ni baru nak pergi cari Matt protector nak alas tempat tidur dia..

Cuma ada satu masalah lagi, dia masih tak dapat berak tanpa diapers.. huhu.. sanggup dia berak malam-malam sebab pakai diaper kan.. risau pulak dia tahan-tahan nanti jadi sembelit pulak.. tengah ajar dia berak dekat toilet bowl dia.. doakan pja berjaya ye..

InsyaAllah pja akan update lagi progress seterusnya.. Semoga Allah permudahkan pembelajaran kakak Insyirah untuk free diapers!!