Showing posts with label "sayadalamjurusanalamsekitar". Show all posts
Showing posts with label "sayadalamjurusanalamsekitar". Show all posts

Sep 12, 2014

Diapers lagi #5 Back to Nature

Assalamualaikum

Kalau throwback balik entry pja pasal cloth diapers ni, memang tak banyak.. sebenarnya tak berapa berjaya pun nak pakaikan insyirah fully cloth diapers.. banyak sangat halangan.. plus masa tu masih berkerja & babysitter dia pun macam rasa susah.. lama-lama balik pada lampin pakai buang.. mujur dia free diaper awal.. alhamdulillah bawak berjalan dan tidur malam dah tak payah pakai diaper lagi.. dia boleh bangun kejut ibu beritahu nak kencing..

So, dari 2-3 last weeks, sejak encik suami nak boikot huggies, ibu yang sedih.. sebab huggies je dalam hati ibu dan mampu milik.. kedua-dua anakanda elergi dengan kebanyakan jenama.. terlewat sikit tukar dah merah-merah.. insyirah dulu siap melalak-lalak sakit.. so, ibu amik keputusan untuk kembali kepada yang mesra alam..

Previous koleksi ada 12 keping je.. banyak jenama, coz pja tak suka beli sekali banyak satu-satu jenis tu, sebab takut tak sesuai.. ada terkena 1-2 jenama yang tak sesuai dengan insyirah.. so, irsyad pakai balik je la kan.. dekat seminggu try n error.. asyik la bocor.. dia ni memang heavy wetter.. sampai kena pakai insert berlapis-lapis.. haha.. bulky giler.. buruk.. keputusannya kena la cari bamboo insert or mana-mana yang boleh serap dengan lebih baik.

Sudahnya terpaksa tambah koleksi.. 12 keping tak cukup nak rotate 3 hari.. alhamdulillah rezeki buat part time, dapat cover untuk tambah koleksi irsyad.. dapat lagi 6 keping + 10 keping liner. dapat pulak free gift key chain CD yang sangat comel ni.. ibu yang terlebih suka..

Washable Liner

Siap Ada Insert

Comel je..
Penangan berCD ni, pja pun dah beralih pada cloth Pad.. tapi baru try snowdrop pantyliner.. sebab baru lepas pantang kan.. nifas dah lama habis nak try pad.. siap join kutu nak beli starter package.. ada few jenama nak try juga macam bamboolite, mama patch, little 'N' Handmade.. slow-slow.. siap ajak adik ipar join..

Sebenarnya bagus kita beralih cloth pad ni.. sedikit sebanyak boleh bantu cegah masalah dalaman wanita seperti cyst, fibroid, kanser rahim & etc.. testimonial pja sendiri, keputihan dapat diatasi sejak tukar pada cloth pad ni.. Tak salah nak cuba.. selain jimat dapat sihat juga..

Masa mula-mula nak beli memang rasa mahal, tapi bila dah lama tak beli yang pakai buang ni, baru terasa jimatnya tu..

nota kechik : ibu hutang irsyad entry pasal kelahiran irsyad.. InsyaAllah malam karang ibu start karang dan boleh publish ye sayang..

Jun 7, 2011

Hari Alam Sekitar Sedunia

Assalamualaikum...

Owhh.. Pja hampir terlupa yang pja kini ahli Alam Sekitar... 
Kah..kah..kah.. baik kan...

Pja ada dapat email, yang Hari Alam Sekitar Sedunia 2011 tahun ini akan disambut di Shah Alam pada 11 & 12 Jun 2011

11 Jun : Explorace dekat Bukit Cahaya Seri Alam
12 Jun : Karnival dekat Perkarangan Stadium melawati Shah Alam



Erm... teringin nak masuk explorace.. tapi tak da team..
Dapat pergi karnival pun jadi la~~...











Sep 6, 2010

My World

Assalamualaikum..

2 Entry dalam mase beberapa minit.. haha.. memang tahap tak de keje.. sebenarnye ada keje.. ada depan ni hah.. tapi malas nak wat cepat-cepat.. sebab mende ni kne kumpul banyak-banyak sikit baru lah wat.. kalo tak habis terabur..

sebenarnye saje nak cerita kat korang sumer...

pja RinDu sangat kat EnviroNmenTaL
pja RinDu sangat kat SoliD WASte [da Most]
pja RindU sangat kat WaStEwaTEr..
Pja RindU sangat kat WatER suPpLy..

pja rindu nak masuk line environment terutamanya solid waste... sampai sekarang pja still harap dapat join Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA).. tapi dah lumrah dunia, selalunya yang kita harap tu yang tak dapat.. yang kita tak harap tu yang akan dapat.. until now, pja masih tak dapat buang harapan yang menggunung tu... tak tahu la kenapa..
semoga ada rezeki pja disana.... hope so.....

Jun 25, 2010

SELAMATKAN PEMIKIRAN MANUSIA

Actually aku dapat post ni dari email group pakbelang.. aku tak tahu ape yang aku rase dengan kata-kata penulis ni.. marah pun de, setuju pun ade..

Posted on Monday, June 21 @ 16:00:00 PDT by tokdalang

Oleh Zin Mahmud

Apabila melihat slogan Selamatkan Bumi timbul tanda tanya, apakah bumi yang hendak diselamatkan, atau sebenarnya untuk menyelamatkan manusia itu sendiri?

Bumi adalah seketul batu yang mengelilingi matahari. Apa yang berlaku keatasnya hanyalah merupakan reaksi dan tindak balas fizik dan kimia hasil daripada keadaan matahari, dan kesemuanya mengikut hukum alam.



Tidak timbul bahawa bumi hendak diselamatkan atau tidak. Ia muncul daripada serpihan batu-batu daripada dentuman besar yang menjadikannya mengelilingi matahari.

Dengan mengikut hukum alam yang ditetapkan oleh Allah SWT, maka bumi berkembang dalam keadaan yang pelbagai. daripadanyalah timbul suasana yang boleh ada benda-benda hidup, organisma, tumbuhan dan haiwan, termasuk manusia.

Bumi bergolak dengan pelbagai peristiwa berlaku sepanjang hayatnya yang berjuta-juta tahun. Kalaulah apa yang disebutkan sebagai hayat itu adalah kemunculan planet bumi hinggalah ia berakhir nanti apabila musnah dijangka berlaku apabila matahari juga mengakhiri kewujudannya.

Tetapi apakah benar manusia boleh menyelamatkan bumi? Selamatkannya daripada apa? Buat masa ini isu bagi manusia ialah perubahan iklim. Manusia melihat bahawa bumi sedang sakit kerana perbuatan manusia melalui tamadun, pembangunan dan kemajuan sains serta teknologi.

Manusia gemar melihat benda-benda lain menurut pengalamannya sendiri. Mereka memandang seolah-olah bumi itu organisma hidup. Ia boleh sakit dan mengakhiri hayatnya. Tetapi bumi hanyalah batu yang berubah mengikut aksi dan reaksi yang dikenakan ke atasnya.

Memang ada teori atau konsep yang disebut sebagai Gaia, dicadang oleh James Lovelock bahawa bumi adalah organisma hidup. Bagaimana ia berfungsi memang kelihatan sebagai benda hidup. Iaitu dengan manusia tinggal di dalamnya.

Bagi mereka yang terlibat dengan gerakan alam sekitar, konsep bahawa bumi ini organisma hidup bukan saja menarik tetapi berguna dalam usaha memelihara persekitaran.

Tetapi kalau difahamkan bahawa sesuatu benda hidup mestilah makan dan membiak, maka bumi bukannya benda hidup. Ini kerana bumi tidak makan dan membiak.

Ditakrifkan

Namun jika ditakrifkan bahawa cahaya matahari itu adalah makanannya, dan pembiakan bumi itu berbentuk benda-benda hidup di dalamnya termasuk manusia, maka bumi wajar dianggap sebagai benda hidup.

Apabila disebut planet hidup dan planet mati, maka perbandingannya adalah antara bumi dan Marikh. Planet Marikh dianggap mati kerana tidak ada benda hidup di dalamnya. Ia dilihat kering kontang dan sebarang penemuan air akan menguja manusia.

Begitu juga bulan. Ia dilihat sebagai benda mati, yang kering kontang dan mengelilingi bumi.

Tetapi bumi dianggap hidup kerana di dalamnya ada benda hidup. Sedangkan benda-benda hidup ini muncul kerana keadaan planet bumi ini sendiri. Bukan saja apa yang berlaku dalam bumi yang menjadikannya hidup dalam erti kata menyebabkan munculnya kehidupan tetapi kesan daripada benda-benda luar yang dianggap tidak hidup. Tentunya kehidupan di bumi amat bergantung kepada matahari, bulan dan keseluruhan planet-planet di sistem suria.

Adakah matahari dan bulan itu benda hidup? Atau matahari hanyalah seperti dapur gas yang mengeluarkan tenaga untuk disimbahkan ke bumi. Sementara bulan, walaupun benda mati tetapi kesannya terhadap kehidupan di bumi adalah besar sangat.

Begitu juga di bumi. Banyak benda yang dianggap tidak hidup, termasuklah peralatan teknologi ciptaan manusia memberi pengaruh kepada kehidupan manusia.

Maknanya benda mati menyumbang kepada kehidupan. Sedangkan benda hidup pula boleh membawa kepada kematian atau kehancuran.

Umpamanya sesuatu pemangsa akan membunuh mangsanya. Ia mematikan. Tetapi daripada kematian mangsanya itu, ia menjadi makanan kepada pemangsa untuk terus hidup.

Apakah bulan dan Marikh yang tidak hidup itu adalah sebenarnya memberi kehidupan kepada bumi? Dan adakah matahari itu dianggap hidup kerana ia sedang aktif mengeluarkan tenaga, yang digunakan pula oleh bumi.

Di atas muka bumi pula, apabila tanah-tanah yang subur dengan memiliki tumbuh-tumbuhan yang segar dan menghijau, maka ia dianggap hidup. Sementara kawasan-kawasan yang kering kontang, sama ada di gurun padang pasir atau benua Antartika dianggap mati.

Tetapi tidakkah apa yang dianggap mati itu sebenarnya memberikan kehidupan kepada bahagian permukaan bumi yang lain?

Kini kawasan Artik sedang mencair kerana kepanasan global. Sementara lapisan ozon di atas Antartika semakin melebar. Perubahan iklim sedang berlaku.

Manusia berhimpun dan berfikir bagaimana hendak menyelamatkan bumi akibat perubahan iklim ini. Paling boleh mereka mungkin melewat-lewatkannya. Tetapi bumi tetap berubah. Cumanya, perbuatan manusia telah mempercepatkan perubahan itu kepada keadaan yang akhirnya memudaratkan kehidupan di muka bumi ini.

Apa yang hendak diselamatkan ialah kehidupan di muka bumi. Bukannya bumi yang hendak diselamatkan. Bumi tetap sepertinya dengan sebarang perubahan hanyalah mengikut hukum alam yang sedang berlaku.

Manusia juga adalah sebahagian daripada alam yang mengikut hukumnya tanpa terdaya untuk berubah.

Jelas bagi manusia, kehidupan amat berharga. Dengan adanya kehidupan di muka bumi, maka dapatlah muncul manusia yang mampu berfikir mengenai kewujudan alam ini.

Justeru, slogan Selamatkan Bumi itu hakikatnya bermaksud Selamatkan Manusia. Untuk apakah manusia ada di muka bumi? Untuk berfikir. Jadi ia sebenarnya Selamatkan Pemikiran Manusia. Tetapi untuk apa?U/M

p/s: pe lagi.. wahai org-org alam sekitar,sila la komen... hehe..

Feb 10, 2010

:: JUNK tiTLe ::

aku tak tahu apa yang aku nak tulis sebenrnya..
tujuan aku wat blog ni untuk aku tulis isu-isu ayang aku nampak, aku dengar dan apa yang aku rase...
tapi in the end, blog ni tetap jadi tempat aku luahkan perasaan...
ohhhhhh

entah la,...
aku rase lebih selesa untuk meluahkan disini..
dulu aku ada tempat mengadu...
tapi kini...
aku rasa seperti aku keseorangan disini...
tiada teman untuk berkongsi segalanya...

macam-macam berlaku pada aku lately ni...
hampir pengsan dalam train...
diganggu stranger..
jam aku pecah, tapi tak de sape nak tolong selesaikan dengan cina kedai tu...
akhirnya aku perlu selesaikan segalanya sendiri...

aku rase sekarang ni aku suram...
pendiam...
suke pendam...
aku cam dah kembali pasif...
mungkin itu yang orang keliling aku nak dari aku...

sekarang keje pun dok ofis jer...
tak de keje luar..
tak de keje yang interesting yang nak citer kat korang..
sekarang pun aku just tolong edit laporan sungai secara manual...
tak boleh la aku nak publish kat sini..
coz belum di finalize kan...
so, if korang nak tau serbe sikit pasal laporan sungai tu, korang boleh ke...
www.luas.gov.my...
clik pada laporan sungai...
act baru de tiga lembangan sungai je yang terlibat..
sungai selangor, sungai langat and sungai klang...
paper nati aku update k...
bye....

p/s:tak sabo nak jumpe orang vietnam pertengahan bulan 3 nih.. hehe...
tinggal lagi 18 hari nak melangkah ke tahun ke-4...

Jan 27, 2010

CI Seminar

hai guyz..



lame sangat dah rasenye tak update blog aku ni.. quite bz la.. weekend hari tu pun tak ade mase untuk diri sendiri.. mesti korang rindu nak bace post aku (ntah-ntah aku sorang je yang bace.. hehe).. ermmm.. act topic hari ni macam biase la.. about environmental.. aku cm xcited jew bile bercerite pasal topic ni..



aku baru je balik dari MLHG / DANIDA Dissemination Seminar on Community Initiatives: Public Involvement for Improved Solid Waste Management.. dengar name pun dah panjang.. aku malas nak terangkan panjang-panjang pasal seminar ni untuk ape.. so, if korang nak tau, just email kat aku la.. nanti aku bagi private talk.. ape yang aku nak cerite kat sini pasal pe yang aku dapat sepanjang proses seminar ni..


aku yang buat tag ni.. (designer org laen.. aku just masuk name jer.. sory to designer.. i tak tau nama u)






1st of all.. aku rase terkilan la sangat-sangat.. coz aku tak dapat dengar workshop-workshop yang ade.. coz aku kene jage kaunter kat luar.. (pe boleh buat.. kite student praktikal jew) aik.. sedey je bunyi.. hehe.. yela, bukan senang nak dapat peluang macam ni.. betol tak??.. tapi tak pe.. sekurang-kurangnya aku dapat tengok bahan-bahan dekat booth yang ade.. jap.. de lagi 1 yang aku sedey.. aku tak dapat beg laptop yang kiut tu.. sebab dah habis.. dah la aku mmg nak sangat beg laptop untuk kemudahan aku pi keje.. (org-org JPSPN la ni.. sepatutnya diorg tak dapat coz diorg pun secretariat gak.. ni tak, sampai driver-driver pun sapu jugak.. dia ingat aku tak nampak dia CURIK tu.. oppsss close ok.. tolong jangan record.. diorg masuk seminar tu bukan bawak beg masuk dalam n tengok material yang ade dalam beg tu pun.. smate-mate nak beg).. ok la close dat story..




sambung balik pasal story sebenar.. aku sebenarnye cam bengong jew.. coz aku terlupa yang aku bawak camera.. sepanjang tu aku tak bawak turun camera aku tu.. arghhh bengang sesangat.. banyak benda yang aku nak story guna gambar.. ok.. tak pe la.. ape yang ade je la..

korang ingat tak ECO ENZYME yang aku cerite dulu.. sekarang i have 1.. hehe.. original dari Majlis Perbandaran Subang jaya (thanks a lot to MPSJ)









ni la Eco Enzyme yang ready to use.. 1 botol je aku dapat ambil.. coz aku tak cukup tangan nak bawak balik nanti.. lagi pun aku just nak jadikan sample sebab nak buat sendiri..

best kan.. aku dapat penerangan personal dari orang yang buat mende ni..macam xcited je nak try.. mende ni free tau.. tapi aku lupe la nak tanye, diorang edarkan kat orang awam or jual..

2nd things yang aku dapat bawak balik n dapat bincang sendiri dan kongsi pengalaman dari orang yang buat : BAJA COMPOST.. yang ni la yang paling suke.. tengok mesin dia.. but tak la dapat usha yang dalam dia.. cantik je hasil dia.. tak macam kitorang buat dulu.. siap de cacing la.. de cendawan la.. haha.. dengan bau semerbak nye.. giler la.. tapi yang ni.. ade dua hasil dari sumber yang berlainan.. sisa makanan dengan sisa kebun.. warna yang dihasilkan pun lain.. sisa makanan warna coklat.. tapi sisa kebun warna hitam.. eh.. ni free tau.. you all boleh dapatkan dari Majlis Perbandaran Subang Jaya.. (thanks to MPSJ too) but.. diorang dalam usaha nak try komersial kan produk ni.. but then, kita pun boleh try buat sendiri ikut cara yang dia ajar la..


ni packaging diorang..





ni la baja yang dibuat hasil dari kompost sisa makanan

ni pula baja yang dibuat hasil dari kompos sisa kebun

selain dari tu, tak ade produk yang dihasilkan.. just diorang buat kita semula bahan.. but banyak juga yang aku dapat bertukar-tukar pendapat dengan participants..

pengalaman yang menggembirakan aku (selain dari tentang solid waste):

1. berkenalan dengan kanak rebina.. huhu..

de sorang indian gurl, named Nirosha.. she so cute.. dia datang je dekat aku, dia kate :

"auntie... tali saya putus.."

haha... aiyaa.. nirosha.. not auntie la.. but kakak..

second gurl.. named Pang pau Nee.. bangsa cina pula.. sepanjang mase teman aku kat kaunter.. dia bercakap.. bercakap.. dan terus bercakap.. last-last kawan dia semua datang kat kaunter nak borak dengan aku.. Ms Chen dengan Ms Chang gelak je tengok aku.. aku dah macam nanny.. haha..

2. jumpe Saiful Apek!!

konon suruh orang lain mintak tanda tangan apek.. last2 aku yang hulur kertas nak suruh apek sign.. haha.. klo korg nak tgk gambar.. tgk kat facebook coming soon ok.. then tak tinggal jugak bergambar dengan apek.. mckey arrange supaya kitorang dapat bergambar dengan apek.. winkkk.. berlari-lari aku dah macam kanak-kanak rebina..

3. mende yang paling best.... get closed with others..

aku susah nak rapat dengan orang.. tersangat la amik mase.. tapi, dengan adanye program ni, serta-merta aku rase rapat dengan diorang.. to Mr. Soon, Dr. Theng (uncle), Ms. Chen, Ms. Chang, Nanie, Tung Yan and Amy.. nice to knowing you guys.. thanks sebab bagi peluang dekat I untuk praktikal dekat Eco.. saya akan berusaha bagi yang terbaik..

penatnye... aku dah ngantok.. esok nak bangun awal..

Jan 16, 2010

Eco Enzyme

mesti korang pelik kan kenapa lately ni aku suke sangat citer pasal solid waste dan segala yang berkaitan dengan environmental.. hmm.. sejak aku de dalam line envi ni.. aku cam teruja plak.. terutamanye aku truje biler melibatkan sisa pepejal ni.. act this sector are quite interesting.. for me and for sesiapa yang ade kesedaran nak menjaga alam sekitar la.. sebenarnya bukan senag nak menjaga alam sekitar ni kalo kita sorang je yang jage.. fikir la, kita kat sini puas jaga alam sekitar.. buat itu ini.. but realitinya, ramai lagi orang kat sekeliling kita main campak je sisa kat mana-mana.. so, apa yang kita usahakan tetap ak akan berhasil.. jadi, cabaran yang paling besar bagi kerajaan untuk memelihara alam sekitar ni adalah menarik minat orang awam dalam sama-menjayakan program cintakan alam nih..


ok, aku briefing sikit sebelum aku teruskan pasal eco enzyme ni.. act dulu aku memeng penah tengok dalam berita kat TV.. aku agak berminat jugak la masa tu.. tapi, tinggal camtu je mase tu.. tp.. sejak aku praktikal dekat Eco-Ideal ni.. aku macam teruja pulak biler aku tengok pamplet yang diorg wat.. ermmm.. aku start dari mula la.. pada tahun 2007, satu akta berkenaan dengan sisa pepejal telah diperkenalkan.. iaitu Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.. memandangkan kat negara kita ni tiada sebarang akta mengenai pelupusan sisa pepejal in fact dalam Akta Kualiti Alam 1974 pun tak de ceritakan pasal isu ini.. (sesiapa yang belajar pasal alam sekitar mungkin faham tentang akta ini).. so, akta ni di wujudkan bagi menangani isu-isu ni la.. dan agak baru serta belum dapat perhatian dari orang ramai.. (even aku ni student envi pun baru je tengok isi kandungan akta ni semalam).. apa yang aku tahu, akta ni akan dikuatkuasakan bermula tahun 2009.. so, sejak 2007, kerajaan khususnya JABATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL NEGARA (JPSPN) dengan bantuan DANISH INTERNATIONAL DEVELOPMENT ASSISTANCE (DANIDA) telah mengetengahkan akta ini kepada orang awam.. ECO-IDEAL CONSULTING sebagai consultantnye.. diorang ni wujudkan 1 projek yang dinamakan COMMUNITY INITIATIVE PROJECT melalui PBT.. so, diorg berhubung dengan orang awam dengan menjemput majlis2 yang berminat untuk turut serta dalam program tu.. kalo tak silap aku, projek Ec0 Enzyme ni bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (aku nak link kan website sbnrnye.. tp tadi tak dapat masuk coz undermaintainance).. so.. aku harap, kita dapat buat same2.. aku dalam usaha kumpul sisa makanan lebih sikit nak wat mende ni.. so, aku akan sentise update pasal ni.. ok?





::ECO ENZYME::




Eco Enzyme is a complex solution produced by fermentation of fresh kitchen waste (fruit and vegetables dregs), sugar (brown sugar, jaggery or molasses sugar) and water. it is dark brown and has a strong sweet sour fermented scent. Eco Enzyme is a multipurpose liquid and its applications cover household, algriculture, animal husbandry etc.

Eco Enzyne is developed by Dr. Rosukan frim Thailad. She has been actively involved in enzyme research for morethan 30 years and she encourage people to make eco enzyme at home to ease global warming.

:: DO IT YOUR SELF::






Senang je kan?? jom kita try..

:: BENEFITS ::

so, sekarang korang boleh tahu pe yang boleh kita buat biler enzyme kita dah berjaya.. Good luck!!

:: PESANAN ::

1. Do not use glass or metal containers that cannot expand.

2. Garbage for making enzyme does not include paper, plastic metal or glass materials.

3. Avoid oily cooked foor, fish or meat residues (can be used as garde compst material). To make a fresh smelling enzyme, add orange/ lemon peel or pandan leave ect.

4. The ideal colour if eco enzyme is dark brown. if it turned black, add same amount of sugar to start fermentation process again.

5. It may have a white, blackor brown layer on top of the enzyme, ignore it. if you encounter flies and worm inthe container, leave it and the chemical reaction of enzyme will dissolve them naturally.

6. Make full use of eco enzyme residue:

a) reuse fir next production by adding fresh garbage

b) use as fertiliser by draying in residue, blend it an bury in the ground.

c) Grind the residue, pour into toilet bowl, add some brown sugar and flush to help purify sewage.

7. If you have not gathered enugh kitchen waste, you may fill up the container gradually. the 3 month fermentation period start from the day you place your last batch of kitchen waste.

8. the longer it takes, the better it gest. harvested eco enzyme will never expired. do not store in the refrigerator.

9. If every huosehold utilised their garbage to produce eco enzyme, it can stop kitchen waste from polluting our land and meanwhile ease global warming. you can help change the climate.

p/s: jom try.. kite tengok sape yang teror.. hehe