Aug 11, 2014

Kisah Laki Bini

Assalamualikum..

Kisah Laki Bini part 715
---------------------------
Bini sedang ajar anak mengaji, tiba tiba baby meragam.
Tak nak susahkan bini, aku cuba pujuk baby, sekali bila semak punggung anak, berak rupanya, lampin dah bocor, aku pun sebagai bapa misali akhir zaman terus basuk berak anak, sila kagum dari jauh.
Oleh sebab seluar baby dah kotor, aku tukar seluar baru.
“Bang, kenapa pakaikan baby seluar siang, kan dah malam ni”
Tegur bini buat aku terfikir, Oh rupanya ada baju bahagian siang dan ada baju bahagian malam. Tapi sebab tak faham aku tanya balik:
“seluar malam yang mana satu?”
“tentulah seluar panjang, baru baby tak sejuk dan nyamuk tak gigit”
Ye tak ye jugak, akupun cari seluar panjang baby dan ganti dengan seluar tadi.
“abang, kenapa tukar seluar warna tak match dengan baju, kan baju tu ada sepasang?”
“yang kotornya seluar, buat apa nak tukar baju! Tukar seluar dah lah!”
Hujah aku dengan logik akal, bini aku diam jer, dan sambung ajar mengaji pada anak anak.
Lepas dah ajar anak yang lain mengaji, bini ambik baby untuk menyusu.
Akupun pergi keluar rumah untuk kunci pagar sebab dah malam, bila masuk rumah balik, aku tengok baju baby dah bertukar match dengan seluar tadi.
Woha!
Sensungguhnya, aku tak paham orang perempuan, tapi inilah kisah laki bini, adohai..

Copy paste from fb 
Hamka (Kereta Mayat)

Hahaha.. senyum simpul bila membacanya... Honestly, en.suami  sama macam lelaki-lelaki kat luar sana yang lebih suka anggap kerja rumah adalah tanggungjawab isteri.. 

Alhamdulillah, sepajang pja pantang ni, dia yang buat semua.. dari A sampai Z.. almaklum kami pantang sendiri di rumah sendiri.. kerja rumah dia buat, jaga budak-budak taska 5-6 org dia buat, masak lauk pantang dia buat.. dia sangat cekap ok.. syukur tak terkata, terharu sangat-sangat.. kalau dulu, jeles tengok orang ni dapat hadiah macam-macam dari suami dia, tengok suami orang tu belanja candle light dinner masa anniversary, suami si polan bawak dia pi melancong merata tempat, suami dia tu bagi mesej romantik-romantik gitu.. tapi masa pantang ni, semua jeles tu hilang begitu saje, sebab pja ada suami yang sangat membantu.. Itu pun dah cukup bermakna dan tak ternilai yang pja dapat.. hilang sakit bersalinkan anak.. sampai mak & mak mertua pun selalu cakap kat pja, "syukur la kau dapat suami yang rajin gitu.." hahaha.. abang jangan nak kembang sangat ok..opppsss.. terbocor rahsia pulak..

Tapi bab baju tu, pja memang tak kisah.. lantak la baju kakak insyirah kuning seluar biru ke.. janji dia pakai baju.. ayah dia dah tolong uruskan pun dah seribu rahmat..

*Entry khas buat sang suami..

No comments: