Showing posts with label n0NmYbiZneS. Show all posts
Showing posts with label n0NmYbiZneS. Show all posts

Nov 28, 2013

Stepcare Health Footwear

Assalamualikum..

Pernah dengar Stepcare Health Footwear tak?? kalau tak boleh la korang tengok-tengok kat sini http://www.stepcareonline.com/

Pja tahu kasut ni dari puan opah.. mulanya ada orang tu suggest dekat puan opah sebab puan opah ada diabetic.. pendek kata sebenarnya, kasut ni untuk sesiapa yang nak jaga kesihatan kaki.. ada kasut khas untuk golongan diabetik, lelaki, perempuan, untuk orang sakit lutut, sakit kaki, gout, orang yang bekerja dan memerlukan banyak jalan seperti nurse, doktor, ibu mengandung juga sesuai.. Sebab kasut ni sangat lembut dan selesa.. jalan jauh tak rasa penat..

Testimonial puan opah, pergi mengerjakan umrah pertengahan tahun hari tu, dia pakai kasut ni, dia kata tak rase penat pun.. Antara scholl dengan yang ni, dia kata ni lagi lembut dan selesa plus harga pun lebih murah dari scholl.. lepas tu, en. suami pulak memang kerja dekat hospital.. diorang dapat peruntukan uniform setiap tahun.. dapat juga kasut jenama ni.. dia kata best sangat.. ok.. pja ala-ala tergoda la kan. tapi tak terpikir pun nak beli sebab kerja dekat rumah je..

Since bulan depan nak pergi jejalan jauh.. plus pja memang amat memerlukan kasut yang selesa lagi sesuai untuk beberapa bulan akan datang ni, pja nak try la sepasang.. tapi kasut ni ada jual dekat hospital je tau.. tak ada dekat pasaraya.. ataupun beli secara online..

Honestly, pilihan kasut memang terhad.. tak ada nak fesyen-fesyen sangat.. pakai je la pettern yang ada pun.. janji selesakan.. pilih punya pilih... ni akhirnya jadi pilihan pja.. actually pilihan en. suami.. warna pun terhad.. ada satu pattern tu, en. suami tak suka.. katanya macam kasut penoreh getah.. haha..

Abaikan kaki kecik belakang tu..


Ok, macam tak sabar je nak jalan-jalan pakai kasut ni.. duit pun tak bayar balik lagi dekat en. suami.. tak pun, tak payah bayar la.. anggap je la present sebab pja sayang abang banyak-banyak.. huhu...

Apr 26, 2013

Sembang Jumaat

Assalamualaikum..

Dah la dah lame tak update blog, datang je terus-terus nak mengumpat kan.. haha.. kelas ko jemah..

Hari ni mata & telinga pja yang sakit tu dah bernanah.. sebab tu nak taip juga.. tapi pliss ye kawan-kawan, open your mind, ambil yang baik sahaja ye..

Actually mende ni dah lama pja nampak.. sebabnya rumah dia betul-betul dekat laluan nak pergi rumah mama insyirah.. setiap pagi dan petang pja boleh nampak ragam anak beranak disebabkan pintu sliding yang terbuka luas.. korang tak payah intai pun, memang dia open kepada orang ramai..

1. one day dia marah anak dia "asik-asik kopok.. asik-asik kopok.. lepas tu tak dapat mengamuk-ngamuk"
- sebenarnya dia hantar anak dia dekat jiran sebelah untuk dijaga.. dan sebenarnya juga pengasuh tu buka kedai kecil jual jajan yang memang budak-budak suka datang beli waktu balik dari sekolah.. nama pun budak kan.. kalau dah jajan depan mata tiap hari.. ambil dan makan, compem mak kene bayar.. salah anak jugak ke?

2. Dia ada baby baru dan sekarang ni, saudara dia yang jaga anak-anak dirumah dia.. setiap hari dengar anak-anak dia menjerit
- Budak jerit, ko lagi nak jerit kuat-kuat.. 

3. Setiap hari pengasuh baru & anak-anak di position yang sama, Pengasuh : atas sofa dpn tv, pegang towel; abang : depan sliding menjerit-jerit; baby : atas toto menyiarap sambil merengek
- Kompem perkembangan anak tu terbantut!

4. Setiap hari tengok orang lalu, menjerit nak keluar.. and not a single day nampak dia bawak keluar budak-budak tu.. tapi bila kawan-kawan dia datang borak-borak dengan si abang, abang nak keluar, pengasuh jeling dekat budak-budak tu atau parents yang bawak anak-anak jalan depan rumah dia termasuk la insyirah kene jegil bila lambai dengan budak tu..
- dari ko dok berkubang depan tv, baik la ko bawak budak tu berjalan-jalan.. sekurang-kurangnya tak de la diorang stress 24/7 duduk dalam rumah yang tak de bahan menarik tu..

Nak tegur salah, tak tegur pun salah.. mak dia pun macam tak kisah.. hmmm... kesian sangat tengok that boy!

Mar 7, 2013

Hutang Puitang

Assalamualaikum..

Berat mata memandang.. berat lagi bahu memikul... hhhhmmmmmmmmmmmm.. panjjjjjjjaanngggg keluhan kali ini...

Sebenarnya pja rasa serba salah sangat-sangat.. serba salah tu menebal setebal kulit buaya kot.. rasenye lebih... geram, marah, bengang pun bercampur baur... Meh pja citer;

Watak A : Peminjam
Watak B : Si pinjam nama kepada Peminjam
Watak C : Penjamin
Watak D : Kakak kepada Si pinjam nama kepada Peminjam

A pinjam bank dengan alasan kononya nak berniaga, pinjaman dibuat atas nama B sebab A tidak bekerja. Dengan alasan cinta sampai mati, pinjaman dibuat atas nama B. B minta tolong D jadi penjamin. tapi D tak nak. kemudian dia mintak tolong C.. sebab B dah merayu-rayu, dengan kasihan C tolong. Lepas dapat duit, A berjoli sakan dengan duit tersebut tak kisah anak bini dirumah. After few years, A dan B langsung tak bayar hutang dan menyebabkan C dikejar pihak bank. malangnya C di isytihar muflis. D bising-bising pada B suruh selesaikan masalah. B kata dia dah selesaikan. Dengan cerita kononya dah selesai tu, C cuba bina kerjaya dan kewangan untuk masa depan. alih-alih selepas 5 tahun, dapat cerita tergempar yang rupa-rupanya kes dengan bank tu masih tergantung tanpa sebarang tindakan. lebih malang lagi bila bank cakap C bakal di isytihar muflis kali kedua. bila hubungi B, tak angkat call. bila suruh bayar dengan tidak bersalah kata "tak ada duit". D dengan rasa bersalah bakal terpaksa menanggung hutang B kerana rasa bersalah pada C. 

Agak-agak paham tak?? tapi apa kaitan dengan pja?? Pja turut rasa bersalah dan rase serba salah.. Marah  dan sumpah seranah yang menebal pada A & B rasa sakit bila tak dapat luahkan pada diorang. sebab masalah ni bakal menganggu masa depan yang pja bakal bina sebagai kerjaya... Damn!!! Bank pun BONGOK! kenapa tak isytihar muflis dekat B sedangkan B masih duduk di rumah yang sama dengan tempat kerja yang sama. tak de masalah pun nak cari B.. memang prosedur bank macam harammm macam tu eh?

nota kechik amarah : dalam kepala ni dok terbayang si A yg sedang bersenang lenang tanpa rasa bersalah atas onar yang dia buat lebih 10 tahun ni dan tinggalkan macam tu je macam tak de apa yang berlaku.. rasa nak tumbuh je muka dia kasih pecah!

Mar 6, 2013

Demam Running Man

Assalamualaikum..

Kalau orang lain dah deman lame dah.. dari tahun lepas lagi.. pja baru nak start demam.. Ntah la sejak ada insyirah ni, kurang sikit nak cari hiburan..

Buat lately ni rase dah lame sangat menjauhi dunia sosial ni.. dan nampaknya nafsu hiburan dan semakin kehausan dan minta-minta dipenuhi semula.. Rindu nak gelak sakan time makan, bergosip sampai lupa nak basuh tangan.. rindu nak merempit tengah malam balik dari midnight makan roti canai dekat mamak.. rindu nak tengok WAYANG!!.. rindu macam-macam rindu.. dan the most is, pja dah kurang sense of humor sejak dah kurang masa nak bergelak-gelak dengan kawan untuk menghiburkan hati..

Last pja buat kerja gila kalau tak silap betul-betul sebelum kahwin.. naik genting kul 12 malam dengan ain, pinut, abg rizal, amar & awie, balik kul 4 pg... opppssss.. bocor sudah.. no couple2 okiesss.. just kami rakan sekerja.. that time pegi camping office (Golongan kuli terpilih) dekat kemensah.. tapi yang tak boleh tidor 6 orang ni je.. tu yang terlepas tu..

eehhhh.. ni dah lari tajuk dah ni.. so, untuk menghiburkan hati ini, sekarang ni addict tengok Running Man.. pja start dari awal.. episod mana yang tak de tu, tak pe la.. walaupun frust, takat yang de pja start follow.. yang terbaru pun episod 135 kan..kan.. banyak episod lagi pja nak bergelak2... oowwhhh.. i suke sangat aksi spontan Gary yang tak de perasaan tuh.. haha.. itu la peneman sekarang.. Stress kerja tengok running man.. rehat running man.. sebelum tido susukan insyirah running man.. hati tengah berduka lara running man juga.. haha.. memang ajaran sonsang kan.. Baca Al-Quran lagi padat pahala.. hehe..


Feb 22, 2013

Perempuan dan kaca mata hitam

Assalamualaikum..

Walawehhh.. tajuk entry ni semacam ni.. haha..

Sebenarnye baru last weekend perempuan dan kaca mata hitam dikutuk kaw kaw depan muka pja.. Sebelum ni ada dengar ceramah dari seorang ustaz ni.. serius tak ingat ustaz mana.. dia de kata la "tak paham kenapa orang perempuan suke pakai cermin mata hitam masa driving pagi-pagi".. then pernah juga kuar dari mulut-mulut langau..

Dan weekend tu sekali lagi pja dengar tapi betul-betul masuk telinga pja sebab dia bertanya dekat orang yang betul... then siap mention anti giler tengok.. siap penah de orang kuar perkataan geli menyampah..

Kalau ada mana-mana perempuan yang berkaca mata hitam diwaktu pagi tu, Wallau'alam la pja tak tahu sebab musabab dia pakai.. tapi jawapan dari mulut pja...

Pja pakai sebab pja ada masalah silau yang serius sampai tahap tengok skrin monitor pun boleh pening disebabkan cahaya dari skrin tu.. kalau siapa yang hadapi masalah yang sama, dia akan paham masalah pja..

Oleh sebab itu, masa kita driving pag-pagi pukul 7 tu matahari berada didepan, belakang, kiri atau kanan kita BUKAN diatas kepala kita.. bila kita tengok sesuatu direct kepada objek tersebut yang dibelakangnya adalah matahari, maka, secara automatik objek itu akan hilang dari pandangan dan gelap manakala yang timbul hanyalah terik cahaya matahari.. paham?

Kalau dah tengah memandu, of coz tak nampak kereta depan.. gelap je.. that's why jalan penyelesaiannya pakai cermin mana hitam yang boleh mengurangkan sedikit terik cahaya tersebut..

Kalau siapa yang geli menyampah tu, mana korang nak?
pakai cermin mata hitam + nak geli menyampah = bontot kereta korang selamat
atau
Tak pakai cermin mata hitam + suke sangat = Bonto kereta korang penyek

Hah.. senang citer camni la aku nampak kete depan.. kalau dah banyak-banyak kete camner ?
 
*Pics by Google
pilih la... pilihhhhhh...

Nota kechik kaca mata hitam : entry ni tiada unsur-unsur marah atau hangin ye.. cuma penat nak memperjelaskan berkali-kali.. kalau orang lain tu lantak dia le.. **dah tahap kene buat cermin mata.. tapi ntah bila la berkesempatan...

Oct 9, 2012

Produk kuruskan Badan

Assalamualaikum..

Sekarang ni banyak sangat dapat emel.. 
"minum la air banyak, baik untuk kesihatan.. pong pang..pong pang.." in the end jual produk...
"kene bersenam jaga kesihatan, jaga pemakanan.. pong pang..pong pang.." in the end jual produk juga..

Bosan ok!!!

Ni semuanya bisness semata-mata.. memang produk tu boleh menguruskan, tapi bersyarat!!
"You all kene ikut diet kami, kene ikut rutin kami dan paling penting beli produk kami...."

Sapa orang berbadan besar kat dunia ni yang tak teringin nak kurus? cer cakap? tak da punya la.. sekelumit pun sure ada punya.. tapi berbalik juga pada situasi.. kalau dah produk beratus-ratus nak kene habis sebulan, takkan nak pandang sebelah mata.. lain la kalau orang yang sanggup membeli tu samada dia memang tak ada tanggungan yang lebih penting atau memang duit dia dah berlebih-lebih sangat sampai tak tahu nak pergi ke mana.. 

So, sesiapa yang ejen tu, sila la paham keadaan keadaan pengguna.. tak payah nak paksa-paksa orang dok beli produk korang..

Andai kata 1 tin RM150 utk 2 minggu, sebulan dah RM300.. semata-mata nak kurus!! baik masuk dalam tabung pendidikan anak.. kurang-kurang dia boleh guna untuk dia belajar.. kot kalau kurus boleh ke pja tanggung belajar insyirah dengan kurus pja ni.. 

Pja yakin, ramai kat luar sana yang teringin nak minum-minum ni tapi keadaan kewangan tak cukup kan.. meh pja ajar cara yang senang dan jimat.. pja pun tengah buat.. 

1. Minum air dengan banyak.. (3-5 liter ikut berat badan)
2. Elakkan nasi atau makanan berat pada waktu malam
3. Makan malam sebelum jam 7 ptg.
4. Sarapan dengan minuman kesihatan buatan sendiri
5. Rajin-rajin la bersenam (tang ni mmg fail.. tapi sekarang pja banyakkan naik tangga je dalam ofis.. lepas tu rajin-rajinkan diri berjalan dalam ofis)

Bahan-bahan:

Susu Skim (boleh didapati di Mydin jenama Sunlac)
Epel Hijau
Batang saderi

Cara-cara :

Blender je semua baha-bahan tu tadi dan sedia untuk diminum

Tips* Lebih sedap diminum dengan air sejuk pada waktu sarapan dan waktu makan malam.. Kenyang tau..

Nota kechik  kurus molek: Pja dah start tak makan nasi pada waktu malam.. nasib en. suami pun nak join sama.. bleh sihat..

Aug 15, 2012

Bersusah-susah Dahulu

Assalamualaikum

Bila kita berkahwin, bermaksud kita akan mula hidup baru.. maksud baru tu, rutin harian baru, suasana baru, keluarga baru, tanggungjawab baru, cara uruskan kewangan pun baru, semua la baru.. cuma sikit je mende yang lama macam kerjaya, tanggujawab kita pada Allah, Tanggungjawab pada ibu bapa..

Orang selalu berlumba-lumba mencari duit untuk persiapan perkahwinan yang gah-gah belaka, baju berhelai-helai, fotoshoot berjam-jam, kenduri bermalam-malam, tapi segelintir sahaja yang ingat untuk mengumpul untuk hari-hari selepas perkahwinannya.. bahananya, selepas kahwin, gaji walau beribu-ribu masih tidak cukup.

Bagi pja, after perkahwinan tu, kalau tak mampu, cukup sekadar kita menyediakan perkara asas sahaja seperti tempat tido, dapur untuk masak, kawasan yang selesa untuk berehat. selebihnya, perlahan-lahan la mengumpul.. tak perlu terlalu tersedak untuk penuhkan rumah seperti orang yang dah berkahwin 5-10 tahun..

Pja tak malu nak berkongsi cerita yang rumah kami miliki tv selepas insyirah lahir.. sebelum ni, kami cuma tengok tv melalui laptop dan internet.. menghadap tonton.com atau life stream tv1 & tv 2.. dan da best thing is, pja masih belum ada almari sebab kami pilih membeli barang mengikut keperluan dan kewangan.. lagipun kami dah ada drawer 4 laci untuk simpan pakaian.

Yang lelaki, tanggungjawab mereka untuk menyediakan keperluan untuk keselesaan isteri dan anak-anak.. tetapi dalam masa yang sama, yang isteri tak perlu la merungut bila ada kekurangan.. isteri kene faham keadaan kewangan suami.. jika perlu, kongsi bersama.. baru apa yang dikehendaki dapat dimiliki.. tetapi jika suami yang mampu menyediakan semuanya untuk si isteri, itu bonus la untuk mereka, jangan la isteri-isteri lain turut mahukan seperti isteri yang bertuah tu.. kita kene ingat, rezeki masing-masing.. mungkin kita kurang dekat sini, tapi InsyaAllah, kita akan lebih pada yang lain.. pegang la pada janji Allah..

Ada sesetengah isteri tu, mungkin sebab dia tengok suami dia kerja dibandar dengan gaji berjumlah besar walaupun sebenarnye jumlah tersebut hanya cukup makan dengan taraf hidup dibandar yang serba serbi mahal kecik darah.. dia fikir duit tu hanya untuk dia dengan harapan selepas kahwin mereka akan hidup senang.. kak oi.. kalau lelaki kau kerja jadi CEO sekali pun, tiap-tiap hari kene tarah, botak juga..

Aug 13, 2012

Babysitter

Assalamualaikum..

Anyway pja tak de masalah dengan BS sekarang.. Alhamdulillah, akak tu jaga insyirah dengan baik.. akak tu pun memang baik.. tak banyak hal.. Nuzul Quran yang lepas, dia siap bawak insyirah pi jejalan lagi sebab ibu dengan ayah insyirah je yang tak cuti.. pja pun tak tahu yang budak lain semua cuti..

Tapi yang jadi masalah sekarang, mulai 1 september akan datang ni pja akan ada kursus selama 2 bulan berturut setiap sabtu dan ahad dari jam 9pg hingga 5 ptg.. perghhhh.. mental..mental...harus kamu kental...

So, adalah macam bermasalah untuk dihantar ke opah nye digombak sebab akan berpatah-patah balik.. infact pja akan drive kereta dan en. suami perlu naik motor ke kelas.. agak rumit la masalah tu..

Jadinya kami berfikir untuk mencari BS yang sudi menjaga insyirah pada setiap sabtu dan ahad untuk September dan Oktober ini sahaja.. ada yang mahu kah??? sila angkat tangan!! area puchong of coz... but area kajang di taman mesra tu pun ok...

Jun 1, 2012

Pernah Rasa?

Assalamualikum..

Pernah korang rasa???

Rasa tak pernah dihargai, tak da kata-kata atau bahasa tubuh menyatakan terima kasih... dah penat-penat buat, siap ngomel-ngomel itu salah, ini salah.. lagi pulak ade je mende nak jadi isu nak marah-marah...

Itu la makanan aku 2 tahun kebelakangan ni.. hari ni rasa "kenyang" sangat!

May 30, 2012

Japanese Cherry Blossom Set to Let Go

Assalamualaikum


JAPANESE CHEERY BLOSSOM SET

Saya nak Let go set ni.. Ada sesiapa yang berminat.. ??
Tak pernah pakai kecuali Bath & Shower Gel dan Body Butter (Pakai sekali dua) sebab tak boleh masuk dengan bau dia.. memuala macam suka, terikut orang.. pastu baru sekali dua pakai dah tak suka..


JAPANESE CHEERY BLOSSOM SET

Harga Asal RM259 (Set)
*Bath & Shower Gel RM45
Puree Body Lotion RM55
Eau De Toilette RM79
Body Mist RM45
*Body Butter RM65

Just jual dengan harga RM200 untuk set (Kalau nak lagi murah, PM ye..) 

Hagra Beli asing;
*Bath & Shower Gel RM30
Puree Body Lotion RM45
Eau De Toilette RM69
Body Mist RM35
*Body Butter RM50

Jumlah RM229 
FREE POSTAGE!!


 *Bath & Shower


 
Body Mist

Body Butter

Puree Body Lotion


Eau De Toilette

May 11, 2012

Jalan-Jalan

Assalamualaikum..

Perjalanan ke alamanda untuk mencari detergent Insyirah dan barang untuk projek insyirah menemukan pja pada orang-orang berikut;

1. Cik Engineer Zarith
- Lame tol tak jumpa dia.. siap borak pasal kerja kosong jap.. haha...

2. Di tegur oleh awie.. opismate lame bersama-sama:
- Kak Lia - kak lia comel la preggy.. huhu
- Ain - peace!!
- Kakak Kak lia - lepas diorang dah gerak, pja macam perasan pja salam dia tangan kiri.. eh?? tibe2 rase bersalah... nasib jumpe diorang balik dalam C4.. terus tanye balik akak tu... nasib dia kate tak.. hehe..

3. Haha.. yang ni kes terperangkap.. Datin halimah.. Bos QS opis lame..
- Pja jalan-jalan kat bahagian detergent.. pastu pusing sebelah tu bahagian air.. tibe-tibe macam cam je dia dari belakang.. tapi ragu-ragu gak.. last-last pusing part sebelah lagi.. last-last kat hujung kami bertemu juga... kahkahkah.. nak lari sangat kan.. hambik...'


Nota Kecik jalan-jalan : last-last tak dapat pe pun.. dapat pes asam pedas je.. kahkahkah...

Apr 23, 2012

Tak mampu berkata apa...

Assalamualaikum..

Pelik pada diri sendiri...

"Nape la susah sangat nak suarakan pendapat...."


Cerita 1:

Orang itu : mantapnye dia.. comel..
Pja : tu la... nak baby macam ni, bagi la susu ibu.. hehe.. [sambil tergelak-gelak].. baby minum susu ape?
Orang itu : campur... susu tak de..
Pja : tak try perah or makan paper ke?
Orang tu : bukan tak cube.. memang tak de.. sampai mengamuk-amuk dia..
Pja : oh.. ye ke.. sambil terseyum sambil sedih..

[Dalam hati meronta-ronta berkata"bagi la susu ibu.. cube la perah.. cube minum booster.. tak mungkin susu tak de dalam pantang ni... Allah lebih tahu ape yang dia bagi ke anak kita.. mesti ada susu.. jangan putus asa...]


Cerita 2:

Si Dia : Dia jemput kita pergi bertandang kenduri kawen anak dia.. tapi dia suruh bayar.. dah la mahal.. bla..bla.. bla...
Pja : ye la.. hehe.. [senyum dah macam kambing]

[Dalam hati kate... memang la kite kene bayar.. tak kan semua nak free... dia dah la nak kawen kan anak lagi, pe lagi.. takat bayar tambang je kot... bayar la sikit.. jalan jauh tu.. kalo jalan dekat tak pe la gak nak support.. kita masing-masing de pengalaman dengan kenduri.. family pja sendiri pun de pengalaman cam tu.. (-_-).... letih... pe kate, kira balik kos betul-betul.. compare sendiri, mahal or murah.. then bagi la jawapan nak pergi or tak.. abih citer..]


Cerita 3:

Si polan : Ajar anak tu macam tu.. buat macam ni.. jangan macam tu.. kene macam ni....... yada..yada...
Pja : ok.... [Senyum serabut]

[Dalam hati berkata-kata.. menjage anak, mendidik anak tu satu subjektif.. kalo betul cara kamu saje yang betul, orang laen salah, kenapa anak orang laen still boleh berjaya, boleh sihat membesar semua la.. kamu yakin anak kamu 100% perfect... owhhh.. so tipikal....]

1000 orang 1000 kerenah, 1000 peel, semua la seribu la... kadang-kadang hilang kata-kata untuk bersuara... 
kerana.. 
siapa la saya!!

Apr 13, 2012

kisah di jalan raye

Assalamualaikum..

Nak dengar citer kite tak?

1. Pagi tadikan, de satu teksi ni kan, dia bawak pelannnn... dia kan, dekat traffic light tu kan, dia bawak keje 30km/j je.. dah la duduk belakang dia, nak kejar traffic light, nasib kita sempat tau... pastu kan, bile dekat jalan besa kan, dah la dia kan, guna dua jalan untuk teksi dia yang kecik tu, pastu kan, dia bawak 40km/j je.. nak potong susah, kete kat sebelah kite laju-laju.. mesti orang yang naik teksi dia tu rugi kan..kan..kan..

2. Ade pajero tu kan.. dia nak potong motor tau.. pastu kan, dia terus je masuk.. ape lagi, kite hon la dia.. bahaya tau... 

3. Mase kite nak jalan kat belok tu kan.. de la kete inspira ni kan.. bawak kete konon-konon macam teror la.. laju giler sampai kite dah nak tak sempat masuk belok.. pastukan, de kete saga tu kan, belakang dia.. bawak laju jugak.. tapi sebab inspira tu kan macam eksyen kan.. saga tu potong dia.. pastukan diorang racing laju-laju.. tapi inspira kalah.. haha. padan muka dia.. pastu tersangkut belakang de kete pesona tu...

Apr 5, 2012

Jika kamu tidak berada ditempat yang kamu tengah berdiri sekarang;

Assalamualaikum..

Jika kamu tidak berada ditempat yang kamu tengah berdiri sekarang;

1. Apakah Pekerjaan kamu?
- Jadi Site engineer kat sanitary landfill kot.. bawah SWM sdn. Bhd.. memang cita-cita kot.. tapi pja lah manusia yg paling bodoh sebab tolak jawatan tu atas alasan tak nak pergi johor.. haha.. time tu pikir nak kawen


2. Apakah Telefon Bimbit kamu ?
- Of coz tengah melaram dengan Blackberry Torch 9810 idaman kalbu.. bbm...bbm...


3. Apakah Gadget kamu?
- ipad kot.. bawak pi meeting.. salin minit pakai ipad.. wahhh gitu.. lepas tengok jawatankuasa pemandu projek pja sekarang bawak ipad masuk meeting.. tapi dalam keadaan sekarang ni macam membazir je takat untuk pakai fb dan blog..


4. Apakah Kereta kamu?
- Vvooommm..vvoommm.. erkkk.. honda jazz satuuuuu!!!... dah macam order teh tarik dekat mamak..


5. Pakaian?
- Tempah baju dekat Kimiga, beli blouse dekat butik.. beli tudung dekat jalan TAR.. eh.. lupe lak, pjakan site ingineer.. beli baju online je la.. mane sempat.. pergi kerje pun tak yah cantik sangat.. nanti masuk landfill gak.. kahkahkah...


6. Kasut dan Handbag kamu?
- Pakai Hush Puppies Sport masuk landfill ok tak? heels simpan dalam honda jazz je.. pi landfill bawak backpack sudah.. 


8. Bagaimana kamu mahu habiskan masa kamu?
- Erm.. pi buat passport, tempah tiket dekat air asia banyak-banyak.. pe lagiiiiiiii.. fly la... kalo tak buzy la...


9. Rumah kamu?
- Tengah kumpul duit nak beli Semi D dekat Key All tempat kelahiran ku.. dekat selatan tu sewa bilik pun ok.. jimatttttt...


10. Keluarga kamu?
- Dah duduk selatan, mane nak kawen lagi.. kalo kawen pun weekend husband and wife... masih anak dara la.. kihkihkih...


11. Kawan-kawan kamu?
- Mat bangla tukang susun sampah.. eeeuuuwwwww....


12. Apa yang kamu sedang buat sekarang?
- Tengah meeting dengan client sambil pegang ipad nak salin note... tak pun tengah berdiri tengah landfill sambil mengarah kawan-kawanku susun sampah sambil pakai blackberry touch bbm kontraktor..


13. Berapa yang kamu akan bayar untuk mendapatkan semuanya diatas?
- I don't want to pay any cent to get all of that thing... walaupun se sen.. sebab, ape yang pja ada sekarang, en suami yang penyayang serta insyirah yang bijak jauh lebih mahal dan berharga dari apa saja yang diatas.. Mungkin ade sedikit pahit getir here and there.. tapi Alhamdulillah, segalanya boleh ditelan, dipenghujung, terasa manisnya..


Nota Kechik :

Mar 5, 2012

En. Katua

Assalamualaikum...

Haha.. entry berani mati... tapi ade aku kesah???

-40PL [hanya boleh ditonton oleh penonton dibawah usia 40tahun.. atas darinya dikhuatiri diserang sakit jantung]
Entry ini mungkin mengandungi unsur-unsur sakit hati, marah, menyampah dan menyeramkan..

Pja tak tahu la ape yang ada dalam pikiran sesetengah majikan yang langsung tidak peduli pasal pekerja mereka terutamanya yang kumpulan sokongan ni.. seolah-olah mereka ni kuli yang tak de perasaan.. mereka bukan hamba abdi.. pernah tak diorang pikir kalo kumpulan sokongan ni tak de? bukan haru-biru ke hidup diorang kat opis tu..

Pja tak khaskan entry ni pada individu.. tapi pada semua majikan dan bakal majikan..pja pun tak berani nak cakap sebenarnye sebab kot satu hari nanti kalo pja jadi majikan lagi teruk ke.. tapi semua ni boleh djadikan panduan buat kita semua termasuk diri pja sendiri..

Bayangkan satu organisasi tu, bila pekerja datang kerja je dengan perasaan malas, bosan, menyampah, benci dengan majikan.. dah tentu-tentu pekerja malas nak selesaikan tugasan yang diberi oleh majikan.. kalo siap pun, samada sambil lewa atau tiptop tapi pakej sekali dengan sebakul sumpah seranah, umpat keji dari pekerja.. Hasil kerja yang memberangsangkan tu memang la majikan boleh nampak dan boleh buat majikan tersenyum lebar.. tapi majikan tu nampak tak sumpah seranah yang telah menjadi doa dan boleh membuatkan majikan tu menangis air mata darah diakhirat kelak..??

Kalo pja dekat tempat pekerja tu pun sakit hati nak datang kerje.. nak buat itu tak boleh, nak buat ini kene jeling.. lepas tu tak puas hati tak nak tegur dari hati ke hati.. oppsss bukan tak nak tapi penakut.. lepas tak puas hati terus band pekerja tu.. bagi markah rendah la, buang pekerja la.. sangat tak profesional ok..

Tahukan wahai majikan-majikan semua bahawasanya pekerja adalah jentera dalam sesebuah organisasi.. 

Pekerja baik = organisasi baik = majikan yang berjaya memimpin
Pekerja hancur = organisasi teruk = majikan yang gagal memimpin

Ok.. done...

nota kechek lady bos : 40 tahun kebawah je tau yang boleh baca termasuk kanak-kanak.. sebab nak lentur buluh kene dari rebung.. boleh jadi pengajaran.. kalo dah tua, dah jadi buluh memang tak leh buat pe la.. haha... peace yo!

Feb 24, 2012

Lipan Kejadian

Assalamualaikum..


Korang ingat tak entry pja pasal jatuh bilik air tajuk gerun tu?

Ni la dia lipan kejadian tu.. pja jumpe dalam mesin basuh?

Aikk.. pe kaitan dengan mesin basuh ek??

Kan pja kate, tuala pja jatuh dulu atas lipan then pja jatuh atas tuala.. Myb mase pja jatuh atas tuala tu, pja dah terpenyekkan lipan ni dan melekat dekat tuala tapi tak perasan.. haha... 

Alih-alih dalam mesin basuh.. padan la lepas jatuh tu terus dah tak jumpe lipan ni.. takut-takut jugak la dia dah masuk kat tuttt.. haha...

Dec 28, 2011

Kita punya ke?

Assalamualikum...

Pernah ke kita terfikir?

Gaji / Pendapatan kita bukan 100% hak milik kita.. kadang-kadang ade tu yang 100% memang sah bukan milik mereka..

Bagi yang dah berkeluarga & ada anak, of course la kan.. Memang perlu spent beberapa peratus just untuk anak-anak... Ni memang pja dah terasa, fuhhhhhh... Means itu bukan rezeki kita la kan.. itu rezeki anak namanye..

Bila nak dapat gaji je,

Berangan nak pi bercuti dekat oversea.. alih-alih, kete berdentum...
terpaksa koban duit holiday bayar repair kete...

Berangan nak pi makan kat restoran mahal.. alh-alih sakit gigi...
terpakse guna duit nak pi makan, bayar duit klinik..

Sesetengah perkara kita tak tahu dan tak akan tahu sehingga lah tiba masa dan ketikanya...

Tapi bila datang waktu tu, redha je la~~~~ hehe...

Nota kechik bonus bulan 12 : Baru dapat bonus bulan ni.. ayah eksiden.. kete dia memang tak de mende.. tapi kete kelisa yang dia langgar abih kemek kat tepi.. tak kira sape yang salah, tapi kalo dah kuar simpang tu, orang yang kat simpang la jadi salah kan?? tak pasal-pasal duit bonus terbang untuk kete orang tu.. kalo ikut geram hati, pja angkat kaki je.. paisir giler tengok mak mertua, bapak mertua ngan bini pemandu yang tak reti nak berbahasa tu.. kot kite salah pun, tak payah la nak tuduh macam-macam.. dah bawak pi bengkel, bagi no phone, nak bayar sumer.. tapi buat muke gak.. still nak tuduh kononnye kami nak menipu...  belasah nak??

Dec 3, 2011

Mengapa Mudah menyatakan sayang??

Assalamualaikum..

Hari ni pja tak balik gombak.. sebab emak mertua ada dekat rumah...

Petang-petang ni, tak de kerja, dok terjah-terjah la blog orang... tengah borink kan.. terbaca la 1 blog tentang kisah cinta seorang lelaki nih walaupun penulis dia wanita.. pastu of course la berlarut-larut dengan blog-blog yang berkaitan kan... Dia dah berkahwin, tapi dia masih cari cinta dekat luar sana..

Persoalan yang pja nak tanye, kenapa seorang lelaki terlalu mudah menyatakan sayang dan kasih walaupun dia telah berpunya?? tak kira la dia sudah bertunang atau sudah berkahwin.. tak kira la pada kekasih lama, kawan, kenalan baru selagi penerima sayang itu seorang wanita.. tu belum lagi kes yang dengan senang hati keuar bersama, bergelak ketawa, bertepuk-tampar tanpa pengetahuan pasangan dia..

Ungkapan diucap tanpa rasa bersalah terhadap pasangannya.. kalo pja sendiri kene pun pja sedih sangat.. masih tak cukup ke sayang kita pada dia sanpai dia boleh ucap sayang pada orang laen? luluh hati ini ok... Hope en. suami tak macam tu...

Abang-abang, adik-adik lelaki diluar sana.. Ingat lah.. memang kami tahu kamu suka test market diluar sane.. tapi bukan dengan semudah ABC menyatakan sayang pada orang laen.. lebih-lebih lagi kepada kekasih lama.. kenapa kamu harus mencari mereka semula jika sudah pun ada kehidupan kau sendiri sekarang?

Nota kechik yang terusik : sedey baca nota penulis tu... tibe-tibe pja yang sebak!! terbayang jika terkena batang hidung sendiri...

Nov 19, 2011

Car xcident

Assalamualaikum..

Lokasi Kejadian : Jalan Kelang Lama
Kenderaan Terlibat : Myvi & Wira

Mase dekat traffik light pja cakp ngan en suami...

pja : Cer tengok kete depan tuh.. dia letak sign "if u can read this, i can hit my break & sue u".. Maksudnya dia tak nak orang benti dekat la kan..

En. suami : haah..

Pja : Abih tu, kalo orang belakang mata jelas boleh baca jauh, means tak releven la..

En. suami : entah nye..

Then sampai kat satu selekoh, tibe-tibe...

BUMMMM!!!

Rupe-rupe sebijik wira dah langgar bontot myvi yang de sign tadi tu..

Memula wira tu macam same-same nak ikut myvi tu benti.. rupe-rupenya wira tu larikan diri.. laju tuh.. kami pun tak sempat kejo.. tapi sempat tengok no plat kete tuh..

Cian gak la kami tengok myvi tu.. pastu teringat kat sign dia.. pja cakap kat en. suami...

"Pe lagi.. Sue la... haha"


Nota kechik laju-laju : teror tol wira tuh.. dalam keadaan sesak kat jalan kelang lame tu, dapat gak dia larikan diri.. haha.. en. suami kate myvi tu pun memang de salah gak.. tapi kalo dah wira tu belakang, bukan salah dia pun, dia tetap kene tangung.. sebab tu dia lari kot...

Nov 8, 2011

Double malu

Assalamualaikum..

Malu sebab dah dua kali pergi hero duit tak cukup... gelak kuat-kuat!!

Pja ni spesis yang tak suke pegang duit dalam tangan bebanyak.. plg tinggi pun dalam purse pja hanye terhad rm100 je.. memang dari waktu blaja lagi.. dengan harapan dapat berjimat.. memandangkan pja sangat suke shopping, kalo duit de banyak dalam tangan selalu tak beringat.. sebab tu jugak tahan diri dari pakai debit kad.. takut suke-suke ati je pakai kad biler tak cukup cash..

1st pja pergi hero, sambl amik barang kira-kira la jugak sikit.. samapi kat kaunter confident je duit cukup.. last-last short rm10.. rupe-rupenya pja dah bayar duit beteri dulu.. pastu lupa.. terpaksa buang 1 item..

2nd time pergi hero, kira-kira jugak, takut short macam yang lepas.. alih-alih short jugak rm6.. korek syling pun tak cukup.. orang dah ramai tunggu.. Ya Allah, malu giler.. terpaksa buang 1 item lagi skali... time tu memang dah rase tak nak tunjuk muka kat hero.. then tak puas hati, nape boleh tak cukup duit.. sampai rumah tengok balik resit. rupe-rupenya 1 item tu ada promosi, but orag kaunter tak tolak.. means sepatutnya rm6 tu cukup & berbaki lagi rm2.. cissssss...

Pasni jangan buat hal lagi ye....

Nota kechik kulit buaya: tibe-tibe terpikir untuk memikirkan semula kebaikan pakai debit kad.. haha..