Showing posts with label keje. Show all posts
Showing posts with label keje. Show all posts

Oct 22, 2013

Pengalaman Kerja

Assalamualaikum...

Dah la lame tak update blog, tibe-tibe pulak nak share pengalaman kerja kan.. haha.. motif?? ntah.. pja pun tak paham...

Pengalaman kerja pja tak la menarik pun.. ramai yang hebat-hebat diluar sana yang boleh bangga dengan kerjaya sendiri.. kadang-kadang jeles tengok orang yang dapat kerja yang diorang nak.. honestly.. after 26 years ni, lepas dah pegang degree yang masih dok peram tak digunakan lagi tu, pja cuma impikan kerja sebagai enviromental engineer.. atau jadi kuli kepada iwk.. atau dok korek sampah kerja dengan solid waste management.. tapi.. 3 tahun berusaha, doa dan tawakal, Allah masih belum makbulkan apa yang yang pja usahakan. Mungkin Allah nak bagi yang lebih baik kot...

Kerja yang pja maksudkan termasukla kerja-kerja ngokngek yang pernah pja buat.. hehe.. janji setiap kerja tu comfirm ade pendapatan..

1. Sepanjang hidup pja, first time pja kerja BUAT MEE KUNING.. time tu lepas SPM sementara tunggu result & sambung belajar.. Bangun pukul 3.30 pagi buat mee 2-3 kg tepung sehari.. boleh dapat dekat 6-10 kg mee sehari.. then mak tolong jual.. dapat la sikit..

2. Training dekat Kotraktor.. Latihan Industri masa Diploma.. masa tu rate alaun paling tinggi RM500.. bos boleh tanye, cukup ke RM500 tu?? haha.. gelak besar pja.. masuk contract department, buat kerja-kerja QS.. best.. banyak belajar.. bos percaya.. masa raya cina dapat angpau beratus-ratus dari staff.. balik kadang-kadang lambat.. tapi tak de hal sebab rumah sekentut je.. kalau balik maghrib, sementara ayah nak balik surau boleh amik..

3. Habis diploma tak tau nak buat mende, interview ade, tapi tak berjaya, nak sambung pun universiti tak panggil lagi, udahnye kerja jadi CIKGU SEMENTARA dekat sekolah agama.. mengajar budak darjah 2 (guru kelas dia bersalin).. sekolah ni swasta.. ustaz/ustazah tak ramai.. so, darjah 2 ada 5 subjek, makanya semua subjek la pja mengajar.. pekse pun, semua subjek la pja tanda.. best tak?

4. Bulan 11 ofcoz sekolah tutup kan.. maka jobless la semula.. cari main-main.. saja tinggal nama & contact no dekat music valley dekat giant batu caves.. tak sangka pulak boleh dapat.. mak kata elok la tu.. "dari ustazah, jadi jurujual cd plak.." haha.. tak pe la.. pengalaman kan.. tapi sebulan je.. tak sempat isi borang epf pun.. tapi gaji masyukkkk.. basic rm800 je.. alaun + komisyen dekat 2k lebih.. bulan tu terlebih rajin pulak kan cari komisyen.. Benti sebab tak nak kerja masa raya haji.. bagi alasan dapat sambung belajar.. tapi memang betul pun, a week after tu uthm panggil lapor diri..

5. Training dekat Environmental Consultant.. yang ni kerja paling enjoy.. bos asyik belanja makan.. kerja buat event, buat buku, pergi site dekat bukit tagar.. Happy giler nak mampus kot dapat masuk Landfill Bukit Tagar tu.. macam bengong kan.. Orang lain tak kisah langsung pun.. Cuma kekangan diaaaaa.. tak pe la.. biar simpan sendiri..

6. Habis training, belajar pun habis la.. mula la cari kerja.. makanya buat la cookies.. dapat la sikit.. start tu yang buat kuih raya tu... income sedap tu. tapi penat pun sedap la..

7. Dah tak de kerja sangat, ibu eira offer jadi cikgu sementara dekat sekolah dia.. adalah kerja 3 hari, lepas tu dapat offer jadi pegawai kentrak dekat KeTTHA.. tapi kerja ni paling horror sekali.. berkejaran dengan anak murid cina sebab dia tak buat kerja.. takot pun ade woooo..

8. Sebagai PRE dekat KeTTHA.. memula dihantar ke Projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor.. masuk unit Terowong.. Bos ok.. kerja pun ok.. Selalu masuk terowong.. macam family officemate kat sini.. cumenya selalu 'terkena' dengan J48.. budak kontrak kene kick beramai2 pun sebab dia.. nasib ada J54 yang membantu menyelamatkan keadaan, kami ditukarkan ke Kementerian..

9. Tukar ke Sektor Tenaga sebagai PRE juga.. kalau sebelum ni bantu kerja-kerja jurutera, kali ni kerja Pegawai Tadbir Diplomatik pulak.. tapi sejak duduk sini la yang buat pja fikir untuk mengubah nasib sendiri.. ok.. masa ni la yang rasa pja takkan kemana kalau terus kerja sebagai pegawai kontrak.. dalam masa yang sama mula cari kerja lain.. mula-mula tak ada masalah, lama-lama pja kene cover 3 bos dalam 1 masa.. yang sini marah, yang sana bising.. tension.. kadang-kadang kene balik lambat sebab KSU / Menteri nak buat meeting after office hour.. kerja dengan dokumen.. bidang tak de basic langsung.. setiap hari stress.. migrain pun asyik menyerang.. after setahun 6bln, dengan berat hati, takut semakin parah, pja angkat kaki buat bisness sendiri..

10. Kerja sindiri buka TASKA.. TASKA CAHAYA IMTIYAZ yang berdaftar dengan SSM dibawah nama pja sendiri dan dalam proses mendapatkan sijil kelulusan dari JKM pula.. diam tak diam dah 4 bulan.. suka duka.. akhirnya ke sini rezeki pja.. InsyaAllah.. mungkin ini yang terbaik... sakarang baru ada 3 orang anak.. nanti bertambah-tambah lagi anak kat sini.. InsyaAllah.. doakan ye kawan-kawan.. ohye.. since 6 bulan pertama pja dekat Sektor Tenaga pja dah buat persiapan, research, study, attend kursus 3 bulan untuk bukak taska ni sebagai persediaan.. sebab tu after setahun setengah baru pja berhenti sebab nak operasi taska dengan kudrat sendiri..

Nota Kecik Cari Duit: baru last week cerita dekat insyirah.. sebab tengok orang pergi kerja ramai-ramai naik train.. ibu penah jalan kaki pergi kerja, pernah naik bas, pernah naik train, atok hantar, after kawen, kene marah dengan ayah suh belajar bawak kereta manual.. sekarang paling best, tak yah naik apa-apa, dah sampai tempat kerja.. hehe...

Jan 22, 2013

Decision Making

Assalamualaikum..

Setiap hari kita kena buat keputusan.. nak mandi dulu atau nak siapkan baju anak dulu, nak ikut jalan dekat tapi jem atau nak ikut jalan jauh tapi clear.. nak makan nasi or nak makan mee tangahari nanti, nak balik rumah terus or nak singgah mana-mana dulu, nak masak apa untuk dinner, nak buat apa lepas ni... semua itu perlukan keputusan..

Keputusan ciput macam tu mungkin mudah.. yang beratnya bila keputusan yang perlu kita pilih itu akan melibatkan kehidupan kita yang akan datang.. melibatkan kewangan yang beribu riban, melibatkan risiko yang BESAR, melibatkan macam-macam la...

Takut?? yes! pja seorang yang penakut nak buat keputusan.. bertambah dengan low self esteem, perkara ni pja perlu hadap untuk meningkatkan keyakinan diri untuk menghadapi risiko yang lebih besar pada masa akan datang.. bagus juga.. pja belajar untuk membuat keputusan.. walaupun tak yakin dengan diri.. lemah longlai mengharapkan keputusan orang lain..

Perlahan-lahan memujuk diri sendiri supaya yakin dengan diri.. siapa yang akan bantu kalau bukan diri sendiri.. Trust your self pja!! ya.. Strategi itu penting.. memandangkan keputusan berat iut sudah dibuat.. pja perlu kuat melai hari ini.. kerja kuat!! Ya Allah.. permudahkanlah segala urusan aku... semoga aku tabah menghadapinya...

Nov 26, 2012

Early Childhood #6 Kursus

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kursus yang pja hadir dah berakhir dengan jayanya.. cuma final exam belum jaya.. haha.. 6 dis 2012 nih.. Hope everything will be ok...

Diam tak diam cukup 16 hari dah.. after penat every weekend pergi taman rakan.. Insyirah kene tinggal.. semua rasa ada.. tapi Alhamdulillah.. ilmu yang dapat tu tersangat la berharga dan berguna.. kalau tak untuk anak-anak yang bakal pja jaga, ilmu tu juga sangat penting untuk anak-anak pja sendiri..

Alhamdulillah juga 20-22 November 2012 Allah izinkan pja untuk hadir ujian amali dekat 3 tempat.. Taska Permata Nasyrah, KPDNKK, Taska Sri Kandi Menara Usahawan dan Taska Vista Bandar Seri Putra.. 


Thanks sangat-sangat pada anak-anak teacher yang bagi kerjasama..
Hadi, Amsyar, Dhia, Sarah, Alya,Qaseh, adik rayyan, damia, aliff, Qistina, abang rayyan, akif, ayus, Alia... terima kasih tolong teacher ye sayang.. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi..


Tersangat la suka bila anak-anak ni minta nak main lagi.. seronok sangat katanye... walaupun ada agenda-agenda spontan yang mencemaskan tetapi dapat tolong teacher dapatkan markah bonus.. antaranya bila Dhia nak nangis tengok pewarna makanan kat tangan dia tak boleh hilang, bila alya dan qaseh berebut mainan, bila aliff tiba-tiba datang dan nak join aktiviti teacher walaupun sebenarnye aliff tak boleh masuk.... tu semua markah kalau dapat tangani situasi..

Tapi satu yang tersangat ketara.. pada bakal-bakal yang menduduki ujian amali KAAK, bahan yang menarik, warna-warni dan baru bagi kanak-kanak terSANGAT la membantu untuk kanak-kanak memberi kerjasama semasa aktiviti dijalankan.. 

Apa-apa pun kene study untuk paper final ni.. hehe.. good luck ye semua..

p/s : Ada cita-cita nak sedekahkan bahan perkembangan kognitif (replika haiwan dan makanan) serta DIY dapur dan periuk dekat mana-mana taska yang berminat.. sebab tak ada tempat nak letak buat masa sekarang..

Apr 12, 2012

Hari Huduh

Assalamualaikum..

Hari ni Big Day untuk KeTTHA.. tp sampai jam 9.30 pg ni pun, keadaan pameran still kelam kabut.. cuak tul..

Hari ni semua orang WAJIB wearing a Batik.. tapi sebab semua batik-batik ku belum dihantar dry clean.. terpakse la pakai baju kebaya batik yang satu-satunya masih selamat untuk dipakai..

Tapi dengan keadaan perut yang masih membuncit selepas 3 bulan melahirkan anak, sangat HUDUH ok.. haha.. walaupun badan pja ni agak berisi, tapi sebelum ni pakai baju ni tak de la huduh sangat.. tapi hari ni, nak pandang cermin pun macam tak sanggup.. kihkihkih..

Plus kene pakai kasut bertutup.. kasut bertutup yang elok dipakai buat mase ni pulak cuma de sepasang tapi bertumit 2 inci selepas 11 bulan semua kasut-kasut dan heels yang ada cuma terperuk dalam almari kasut, siap boleh tiup habuk macam tiup debunga tuh.. sakit kaki nok.. walaupun baru setengah jam pakai heels.. nasib pakai bengkung untuk support tulang belakang..

Ok.. daaaaa.. nak pi sambung jalan-jalan wat keje...