Showing posts with label Ma L0ve. Show all posts
Showing posts with label Ma L0ve. Show all posts

Mar 20, 2015

Cili Merah Vs Cili Kering


Assalamualikum

Wahhh.. baru sempat berblog.. dah bersawang dah mak oiiii..


Sejak kebelakangan ni, En Suami selalu cakap;

"sambal mak (mak mertua) pakai cili apa??"
"sambal mak taruk apa?"
"sambal mak sedap la"
"buat la sambal macam mak..."

Dia tak tahu, 4 tahun yang lepas, resepi sambal ni la yang dibawa masuk dalam menu harian.. sebab resepi tu je yang Puan Opah ajar ibu dari kecil kan.. tapi tak dapat sambutan.. dia suka resepi sambal mak dia.. guna cili merah dan cili padi.. siap suruh beli cili merah dan belajar dari mak lagi..

Nampaknya sekarang dia dah mula terjatuh cinta versi Puan Opah.. pergi pasar siap tanya nak beli cili merah atau cili kering.. maka, buatkan la sambal ikan bilis guna cili kering.. dia tak tahu, permintaan sambal ikan bilis tinggi masa zaman anak dara dulu... kalau restoran no.18 taman sri gombak tu lagi tak payah cakap.. memang main order je demenye...


Hah.. hambik, makan sampai licin nasi bertambah-tambah.. tu la.. dulu jual mahal sama itu sambal cili kering... tapi masa mula-mula buat last week memang terkial-kial la kejap.. almaklum la dah lama tak buat.. keseimbangan rasa tu tak dapat adjust dengan betul..

En Suami yang kaki pedas ni, kalau tak ada sambal memang makan sikit je.. cuba tengok kalau sambal depan pinggan.. yuuuummmm, kita yang jilat jari.. sekarang anak dar tu pun sebijik macam ayah dia.. makan tak ada "dash" tak nak.. tapi Ibu memang tak bagi sangat diorang makan, nak jaga tahap kolestrol, jaga kesihatan.. mesti la sebab sayang deme ketat-ketat..


sambal in the making

Sambal ikan senangin siapppppp!!

Aug 11, 2014

Kisah Laki Bini

Assalamualikum..

Kisah Laki Bini part 715
---------------------------
Bini sedang ajar anak mengaji, tiba tiba baby meragam.
Tak nak susahkan bini, aku cuba pujuk baby, sekali bila semak punggung anak, berak rupanya, lampin dah bocor, aku pun sebagai bapa misali akhir zaman terus basuk berak anak, sila kagum dari jauh.
Oleh sebab seluar baby dah kotor, aku tukar seluar baru.
“Bang, kenapa pakaikan baby seluar siang, kan dah malam ni”
Tegur bini buat aku terfikir, Oh rupanya ada baju bahagian siang dan ada baju bahagian malam. Tapi sebab tak faham aku tanya balik:
“seluar malam yang mana satu?”
“tentulah seluar panjang, baru baby tak sejuk dan nyamuk tak gigit”
Ye tak ye jugak, akupun cari seluar panjang baby dan ganti dengan seluar tadi.
“abang, kenapa tukar seluar warna tak match dengan baju, kan baju tu ada sepasang?”
“yang kotornya seluar, buat apa nak tukar baju! Tukar seluar dah lah!”
Hujah aku dengan logik akal, bini aku diam jer, dan sambung ajar mengaji pada anak anak.
Lepas dah ajar anak yang lain mengaji, bini ambik baby untuk menyusu.
Akupun pergi keluar rumah untuk kunci pagar sebab dah malam, bila masuk rumah balik, aku tengok baju baby dah bertukar match dengan seluar tadi.
Woha!
Sensungguhnya, aku tak paham orang perempuan, tapi inilah kisah laki bini, adohai..

Copy paste from fb 
Hamka (Kereta Mayat)

Hahaha.. senyum simpul bila membacanya... Honestly, en.suami  sama macam lelaki-lelaki kat luar sana yang lebih suka anggap kerja rumah adalah tanggungjawab isteri.. 

Alhamdulillah, sepajang pja pantang ni, dia yang buat semua.. dari A sampai Z.. almaklum kami pantang sendiri di rumah sendiri.. kerja rumah dia buat, jaga budak-budak taska 5-6 org dia buat, masak lauk pantang dia buat.. dia sangat cekap ok.. syukur tak terkata, terharu sangat-sangat.. kalau dulu, jeles tengok orang ni dapat hadiah macam-macam dari suami dia, tengok suami orang tu belanja candle light dinner masa anniversary, suami si polan bawak dia pi melancong merata tempat, suami dia tu bagi mesej romantik-romantik gitu.. tapi masa pantang ni, semua jeles tu hilang begitu saje, sebab pja ada suami yang sangat membantu.. Itu pun dah cukup bermakna dan tak ternilai yang pja dapat.. hilang sakit bersalinkan anak.. sampai mak & mak mertua pun selalu cakap kat pja, "syukur la kau dapat suami yang rajin gitu.." hahaha.. abang jangan nak kembang sangat ok..opppsss.. terbocor rahsia pulak..

Tapi bab baju tu, pja memang tak kisah.. lantak la baju kakak insyirah kuning seluar biru ke.. janji dia pakai baju.. ayah dia dah tolong uruskan pun dah seribu rahmat..

*Entry khas buat sang suami..

May 16, 2014

3rd Anniversary

Assalamualaikum..

Ini cerita 13 Mei yang lepas.. our 3rd anniversary.. planning asal mak buyung ni kononnya mengidam nak bercuti ala-ala tempat tinggi, sejuk, nyaman & jauh dari kesibukan kota.. ala-ala romantik gitu.. tapi disebabkan cuti, masa dan beberapa faktor yang tak mengizinkan, redha je la dengan percutian balik hari ke bukit tinggi.. itu pun dah bersyukur sangat dari tak bercuti langsung..

Alhamdulillah, masuk tahun ke-3 dah usia perkahwinan kami.. pja sangat-sangat bersyukur dengan apa yang pja ada sekarang walaupun jobless.. haha.. ada suami yang bertanggungjawab & penyayang walaupun sedikit garang & tak romantik.. huhu.. ada anak yang bijak dan comel & semoga menjadi anak yang solehah yang mentaati Allah, Rasul, Agama, Ibu, Ayah.. dan adik baby yang bakal lahir tak lama lagi..

Berseri-seri tak muka kami.. huhu.. suka gambar nih..

Happy family.. adik baby disebalik maxi merah tu..
Tengah-tengah berjalan, boleh pulak si kecik ni melalak meragam.. pujuk-pujuk tak mahu.. lapar dan letih rupanya.. sebenarnya terlupa yang tak dia breakfast berat sebelum pergi tu.. masa kami breakfast tu dia tak mahu makan.. bila beli kentang tu, sebijik dia makan sorang.. itu je pun yang ada yang dia boleh makan.. Rancangan asal tak nak bawak dia sebenarnya.. haha.. tapi tiba-tiba kami kesian pulak nak tinggal..

Muka kelaparan

Dah kenyang la tu..

Thank you sayang...

Semoga kami terus tabah dan kuat dalam mengharungi hari-hari mendatang.. Ustaz kata 5 tahun pertama ni masih pengantin baru.. masih dalam mode berkenalan.. baik dan buruk.. masa ni la segala masam manis pahit maung bercampur baur dalam rumah tangga.. InsyaAllah, Allah sentiasa bersama hambaNya..

Apr 6, 2014

Dating With Adik Baby

Assalamualikum..

Selamat Pagi dan Selamat bercuti dihujung minggu.. hehe.. pagi-pagi lagi ibu dah bersemangat nak update pasal adik baby dalam blog yang macam dah tak berapa nak hidup ni kan.. dulu pantang ada masa terluang je, mesti bercerita panjang.. sekarang ni susah nak curi masa.. so, pagi ni sambil-sambil melayan kakak borak, sambil mendobi baju yang dah menggunung tu, nak relax-relax sambil update blog.. saja tak nak rushing sangat buat 'homework'.. tak nak letih.. hari ni hari rehat.. sebab hari sabtu hari berjalan.. haha..

Kalau ada yang perasan, 2 minggu lepas pja ada survey harga untuk buat scan detail 2D + 3D/4D.. actually pja memula tak terfikir pun nak scan.. bukan tak ada langsung.. tapi macam 50-50.. dengan masa dan kewangan.. plus en. suami pun tak ada bunyi, so, diamkan saja la.. lepas tu, ntah macam mana, en. suami yang bunyi pasal scan baby.. abang pada kawan dia ada buka klinik dekat kerling, servis utk detail ni RM100 je.. murah kan... tapi malangnya doktor laki.. pja kalau doktor laki je memang dah reject awal-awal since preggy insyirah dulu.. 1-segan, 2-memang tak redha mana-mana doktor laki yang cek perut ke, VE ke, tak suke.. eh, lari topik pulak..

Alang-alang menyeluk pekasam kan, biar sampai ke pangkal lengan.. so, terus la tambah asam dan garam.. hihi.. en. suami bagi green light suruh survey je, terus la jalankan misi.. Dulu buat dekat az-zahrah, tp az-zahrah office hour, terus reject.. sebelum tu eira ada bagi tau pasal scan malaysia.. dia kata detail scan RM150.. macam pelik jugak sebab murah sangat kan.. jumpa pulak ada klinik yang famous dalam blog-blog dekat puchong ni yang buat 3D/4D dengan harga RM80, ada owner blog tu siap blogwalking promote kata murah.. mostly pja call semua untuk kepastian kecuali scan malaysia tu.. dalam web memang dah jelas.. rupanya RM150 tu untuk detail 2D.. pja yang salah faham.. yang lain kat kerling tu memang RM100 pekej detail 2D + 3D/4D sebab kawasan luar bandar kot.. yang RM80 tu pulak hanya 3D/4D, tak termasuk detail, means tengok muka, pergerakan dengan jantina je tau, jangan keliru, beza tau.. ada juga makhluk yang cakap 3D/4D tu detail la, dah murah sangat la tu, nak murah camner lagi.. pja siap call front desk klinik tu, dia pun tak paham detail tu macam mana.. dia kata include.. bila tanye buar yang kire tulang, cek cecair otak sumer bagai tu.. tergagap-gagap tak tahu, "ye la kot" katenye..

Banyak jugak klinik yang pja tanya.. tapi hanya scan malaysia yang masa dia flexible dan harga berpatutan.. so, lastly kami decide pegi sana.. memula nak pergi yang dekat puchong jaya je, tapi ada yang kata kualiti gambar scan machine dia kurang, so, possibility nak nampak muka dengan jelas tu kurang plus perut pja ni kan tebal, memang susah nak nampak baby dengan jelas.. kalau yang jenis perut nipis tak ada masalaha kot rasanya.. machine yang bagus dekat ampang, shah alam dengan seri kembangan je, based on warning yang pja dapat mase booking tu la.. last-last buat dekat ampang.. dekat dengan gombak pun kalau nak balik rumah opah..

Adik baby yang sangat suka sorok muka dan terkangkang
Sepanjang scan, susah sangat nak tengok muka adik baby dengan jelas.. dia suka sorok muka.. haiihh, geram betol.. siap buat muka nak menangis.. so, sweet.. tapi masa nak tengok jantina, mak aihh, senang betul, kangkang tak mahu tutup-tutup.. ms jezzlyn siap suruh turunkan kaki, dia buat dekkk je.. kakak pulak dia yang terlebih excited.. bising & banyak cakap.. suka sangat dia dapat tengok baby.. sampai ms jezzlyn kate "kakak ni lucu la.. pandai dia cakap..".. nak tau jantina baby? cer tanya kakak.. dia tahu.. dari awal preggy pun, kalau tanye kakak, adik kakak baby boy ke girl? jawapan dia tetap sama tak pernah berubah.. dengan dia je pun yang adik suke borak.. sebab kakak rajin melayan..

Overall sangat puas hati, walaupun giliran untuk masuk scan tu macam terabur sikitkan, macam geram la gak.. tapi sebab dia pandai pujuk adik baby, semuanye jadi ok..

nota kechik comel-comel: konon sebelum masuk scan, makan coklat supaya adik baby aktif, tapi in the end kakak yang terlebih aktif.. haha.. adik banyak tidur je..

Mar 30, 2014

Tempah Jahit Baju Raya

Assalamualaikum..

Last year pegi vietnam.. gatal pulak pi borong baju cotton bebanyak walaupun dah tau awak tu dah jarang pakai baju kurung sejak keje sendiri ni.. rasakan.. mana nak hantar baju bebanyak tu.. tailor sumer dah lari.. kihkih..

Tapi tu bukan citer nak diceritakan, pja ada beli cotton sedondon konon nak pakai raya tahun ni sama-sama dengan kakak insyirah.. wahhhh... kakak dah.. dah tak boleh panggil insyirah.. nak dijadikan ceritanya, due pja 30 julai 2014.. dan satu dunia tahu raya puasa tahun ni akan jatuh pada 28 julai 2014.. of coz la time raya tu pja tengah sarat.. jadinya nafsu nak tempah baju raya tu pun jadi kelaut..

Nampak macam awal je dah nak tempah baju raya tu kan..kan.. tapi sebenarnye sekarang dah jamadil awal.. selalunya rejab orang dah tutup tempahan.. caya tak? caya tak? sila la percaya.. so, dari sekarang dah kene decide samada baju sedondon tu nak jahit baju ala2 preggy atau baju kurung nursing biasa je.. kalau buat baju preggy takutnye nanti sempat pakai pagi raya je.. sayang pulak tak dapat pakai kendian hari.. tunggu preggy third entah bila pulak.. kakak pun dah besar dah tak muat bajunya nanti.. kalau jahit baju biasa, alamatnya kalau tak bersalin lagi pagi raya tu, kene la cari baju lain sebagai pengganti.. duit lagi tu..

May 22, 2013

Anak Dara Kuat Meragam

Assalamualaikum..

Kalau setahun yang lepas, nak suruh menangis pun tak reti, tak bunyi.. sekarang ni, kalau nangis satu blok boleh dengar suara dia.. hai la anak..

Risik-risik dengan BS dia.. "akak, insyirah tak de meragam ke kat sini.. nak berkepit...??".. akak tu dengan muka pelik jawab.. "eh, tak de la.. ok je dia.. kalau akak masak ke, tak de pulak dia kacau.." garu pale aku dengar..

Sekarang rutin dia bangun pagi tengok pja tak de kat sebelah = meragam
balik rumah tak bawak kuar jalan = meragam
tak layan dia time tengak masak = meragam
lambat makan = meragam
lambat masuk tido = meragam

Last-last ibu yang nangis.... orang dok pikir ibu dera anak pulak kang.. 

Pagi tadi dia meragam gak.. dia buat hal, masa nak mandi tu dia nak susu.. susu kan la dulu.. dia dah tido tu, pja bangun la.. dia marah terus peluk tangan.. tunggu kejap, pja bangun balik, dia jerit terus baring sambil duduk, letak kepala atas perut.. try bangun lagi skali, dia jerit lagi sambil badan dia naik atas badan pja pulak.. gerak lagi skali, whole body dia naik atas perut.. 30 minit cam gitu.. dia tak tido sebenarnye.. haihhhhh...

Jan 30, 2012

Masa yang berlalu

Assalamualikum..

Sejak duduk berpantang rumah puan Opah nih, dah jarang dapat buka internet.. yelah, kat sini pakai broadband en. atuk.. tu je la seketul dan berebut pakai oleh 4-5 orang dalam rumah ni.. kebetulan pulak, adapter my baby blackie cedera.. kene ganti wayar adapter baru.. sedey..

Tik..tok..tik..tok.. kejap je masa berlalu kan.. Bila renung muka Insyirah, macam tak percaya je dah jadi ibu...

Zaman Tadika : 1990-1991
Zaman sekolah rendah tahun : 1992-1997
Zaman Sekolah menengah : 1998-2000
Zaman Sekolah Teknik : 2001-2002
Zaman poli : 2003-2006
Zaman Uthm : 2007-2010
Kenal En. Suami : 2003 (sekelas masa dekat poli)
Jatuh Hati : 1 Mac 2006
Bertunang : 27 November 2010
Nikah : 13 Mei 2011
Sah Preggy : 21 Jun 2011
Jadi IBU : 18 Januari 2012

Pernah sekali tu, pja boleh terkejut bila bangun pukul 4 pagi nak pi buang air kecil, terkejut tengok ada baby dekat sebelah pja.. hahaha.. ngokngek kan.. boleh miung jap pulak tu.. tibe-tibe tanye sendiri, anak siapa ni?

Sepanjang hidup kita, kita takkan pernah tahu apa yang bakal kita lalui.. sedar-sedar kita sudah lalui masa depan kita dan ianya terus berubah menjadi sejarah.. Setiap detik, setiap hari, pasti ada perubahan.. Perubahan serta pengalaman itu la menjadikan kita terus matang..

Bila kenang balik zaman-zaman dulu, masa kawan baik dengan en suami, tak terpikir pun akan kahwin dengan dia.. tapi sekarang, dah ada anak pun dengan dia.. huhu...

Jan 5, 2012

Love U Sayang..

Assalamualaikum..

Malam tadi giler panas.. tido sampai berpeluh-peluh.. bukan sikit-sikit.. basah dah macam mandi...

Pja kalo tak tahan panas sangat memang dok pakat ajak tido kat hall.. tapi ntah nape, malam tadi, dengan hall pun rase panas yang amat..

Tambah tak boleh tido sebab batuk-batuk yang sangat teruk.. sampai sakit perut asyik dok batuk.. perasaannye, Allah je la yang tahu..

Disebabkan batuk-batuk yang kronik tu, en. suami tido atas karpet je temankan pja if something happen.. sebab de sekali tu kecemasan la gak.. dia dari dok kat sofa terus lari kat pja..

Tiap kali terjaga, tengok dia tido atas tu, kesian sangat la plak tengok..

Nota Kechik minta sembuh : sampai hari ni kesihatan still di tahap yang tak baik.. nak pi klinik karang bazir bayar duit ubat, sedangkan ubat tak makan.. Dah sarat nih, riso nak makan ubat, takut efek baby..

Dec 14, 2011

Special Thanks

Assalamualaikum..

Special Thanks to my en. suami..

Semalam 1 hari en. suami layan kerenah pja.. huhu.. heaven sangat...

Starting malam sebelumnye tu.. en. suami tanye nak dia hantar pi appointment esoknye or nak pergi asing-asing, then trus pergi kerja.. haha.. pe lagi, merengek la nak dihantar..

So pagi-pagi tu en. suami hantar.. then dia tolong beraturkan untuk amik nombor giliran.. Semalam agak awal.. nombor giliran pja 5027.. Pastu pi makan sementara tunggu kul8.. Bila tiba giliran pja, macam-macam yang pja tanye kat nurse tu.. Siap dapat personal care dari nurse.. dia terangkan cara-cara breastfeed yang betul, cara perah guna tangan, pasal delivery kat hospital, persediaan, family planning.. wahhh.. VIP you.. nurse tu memang baik... Kerana kecekapan nurse-nurse kat sane juga, pukul 9.20 appointment pja dah settle.. awalkan?

Lepas tu pergi amik obimin kat farmasi dan terus balik.. sebelum balik opis, teman en. suami pergi pejabat pos dulu pi amik barang delivery.. On da way nak balik tu, en. suami tanye "nak abang hantar ke nak drive sendiri...?" Alang-alang tangan tengah sakitkan, terus la ngade-ngade nak abang hantar.. kihkihkih...

Sampai opis, en suami pun pergi kerja.. pja siap bagi duit kecik untuk tol rm3.. haha.. Petang tu dalam pukul6 lebih baru en. suami sampai... dan-dan ajak pi makan tutti frutti kat Neo Cyber.. tapi en. suami tanye "nak tutti Frutti ke nak Pizza??".. Bagai pucuk dicita.. "NAK DUA-DUA!!" Hahahahaha....

Lepak-lepak kat tutti frutti sampai dah nak maghrib.. then baru balik.. on da way tu kami singgah solat maghrib kat petronas jap.. then terus pi makan kat Pizza Hut Tasik Prima yang baru tu... of course makan Ultimate Cheezy 7... lame giler kot mengidam... hehe...

Makan sampai kembung nokkk... haha.. pastu dah tak larat nak abihkan air... Sorry la tak de gambar.. time tu dah tak heran gambar, dah tak heran muka dan baju selebet.. yang penting abih hati dapat makan pe yang nak.. suker bangatttttttt.....


Lepas makan baby pun trus kicking dengan kuat dan banyak-banyak kali.. suke la dia tuh.. :D


Balik tu, terus mandi, solat, iron baju.. then tido.... zzzzzzz..

Nota Kechik Anniversary : Baru teringat,, semalam 13 Disember 2011 genap usia perkahwinan kami 7 bulan.. Happy anniversery sayang.. semoga kita kuat dan tabah mengharungi kehidupan ini bersama.. InsyaAllah Allah kuatkan jodoh kita singgah ke Akhir hayat.. Semoga Allah eratkan lagi kasih sayang antara kita dan limpahkan lebih banyak kebahagiaan buat kita.. dan semoga anak yang bakal lahir ni menjadi cahaya buat kita.. Thanks a lot sayang.. love you so much.... 

Dec 12, 2011

Awal Perkenalan #Bahagian 2

Assalamualaikum..

Dulu mase kat poli, bebudak perempuan kelas pja memang agak kecoh ckit.. gurlz yang melayu de 10 org sumernye.. kelas kami memang tak ramai.. de dalam 20 lebih je.. budak laki 9 org, chinese gurlz 3 and indian gurl 1.. Dari awal kenal, kami kemana saja 10-10 mengekor.. kalo tak cukup, sah-sah asyik dok tanye..

Masa tu perhimpunan untuk polibriged.. cam tu eh eja dia.. dah lupa la... haha.. bebudak poli, tolong betulkan... that time memang tak ramai pakai handphone.. so, kami yang gurlz dok main miss call-miss call dengan guyz yang de phone.. tapi bebudak kelas je tau.. 

Oleh sebab pja ni lambat sikit nak rapat-rapat dengan lelaki, pja tak join, tapi muaz yang tolong miss call kan guna handphone pja.. Secara tak sengaja, nombor-nombor tu telah disavekan ke hp pja.. sepanjang dalam dewan tu kami maen la miss call tu.. The best part is, bebudak laki pun bagi feedback same.. kihkihkih...

Muaz time tu banyak miss call En suami yang time tu cume en kawan kelas.. but pja tak berapa suke nak kaco dia.. sebab kitorang tau dia dah de awek time tu.. sebab terkantoi dengan kitorang mase 1st time kuar pi pekan tanjong.. ape lagi jadi bahan gosip la.. tapi sebab nombor pja memang guyz tak tahu, diorang dok tanye-tanye jugak la sape punya nombor nih..

Since dari kisah tu, kami jadi kawan.. maen miss call-miss call, mesej-mesej.. hah, dulu kan de free call time untuk 3 second kan.. kitorang maen short call 3 second.. even nak cakap paper sanggup call banyak-banyak kali dalam mase 3 sencond untuk lengkapkan 1 ayat.. bestkan..

Selalunye just bercakap tentang pelajaran.. sebab tak nak la rapat sangat dengan pakwe orang kan.. lagi pun paper info pasal kelas yang dia dapat, en kawan kelas akan bagi tahu pja dulu.. Lagi satu, time tu dia suke panggil pja "Busuk".. hehe.. memula marah la gak.. pastu dah lali..

Kami kawan gitu-gitu je sampai la semester 2.. Gurlz kelas pja dapat gosip yang dia dah clash dengan ex-awek dia.. Si Shai la pi korek rahsia.. kebetulan pulak gurlz tu kawan pada kawan schoolmate pja..  kitorang kenal la.. dok satu blok pulak tu.. Time tu pja ngan shai pi public phone que nak tepon.. hp-hp jugak, kalo nak gayut tetap cari public phone.. kelas kan... 

Kebetulan jumpe that gurl kat sane.. ape lagi, shai mulakan la jarum dia.. cucuk punye cucuk, dapat la bahan gosip.. tapi ape gosipnya, biar kami-kami je la yang tahu.. tapi tengah-tengah gosip tu, tibe-tibe that gurl kate kat pja, "Dia baik la.. ape kate aku bagi dia kat ko fieza..." haha.. geli tali perut time tu.. dan-dan pja jawab.. "Eeeee.. tak nak la.. jadi kawan boleh la..." time tu cakap besar ok!

Sampai la masuk semester 3, akhirnya pja jadi kawan rapat dengan en. kawan kelas.. so, kami telah tukar status kepada en. kawan baik.. time tu dah berani nak jadi kawan baik sebab dah tau dia dah single that time..

Bersambung.....

Nota kechik sweet-sweet : Dari tiada ape-ape kaitan menjadi en. kawan kelas.. 
kemudian bertukar menjadi en. kawan baik.. 
Dalam diam, terjalin hubungan cinta... 
Dari en. cinta bertukar menjadi en. tunang.. 
dan kini menjadi en. Suami.. 
tak lama lagi status akan bertukar menjadi en. Ayah kepada anak ku...


Dec 3, 2011

Pureen Clearance Stock

Assalamualaikum..

Fuhhhh~~ Penat..

Pagi tadi pergi Pureen Clearance Stock ni dekat Summit PJ.. budget pagi-pagi tak de la ramai sangat orang.. tup-tup dari simpang nak masuk dah jammed teruk... Time tu dah down la..

Sampai sane, terpakse la parking jauh sikit.. jalan kaki sampai kat tempat tu.. nak masuk memang padat giler.. sesak sangat..

Nak tak nak terpakse lah amik je barang pe yang sempat capai.. ade jugak barang yang nak tapi tak de.. macam printed napkin, then 2-3 mende lain..

kalau baju tu lagi hebat.. diorang dok bantai amik banyak-banyak sampai berbakul-bakul.. sat gi duduk tepi pastu pilih balik baju yang nak.. yang tak nak diorang biar je kat tepi tu.. sat gi orang pureen datang kutip lempar balik dalam bakul.. harga pun dah jadi caca-merba.. sebab sumer dah bercampur-aduk..

Konon nak aim baju lubang-lubang je.. last-last banyak pulak baju yang tak berkenaan.. haha.. mana tak nya, baju dia rm1, rm3 pun de.. dah amik-amik tu, termasuk toiletries & barang grooming, last skali casher kate, RM348 bang... haha.. best tak? De campur dengan barang adik ipar pja skali la.. but barang dia tak banyak mana pun..

Ok.. pasni jangan bli baju dah k... cukup-cukup la.. cume nak cari romper selai dua je ni.. tapi tu boleh beli kat cyberjaya..

Sekarang dah penat.. mengantuk.. dan sakit pinggang.. baby pun lasak hari ni sebab shopping barang dia banyak sangat.. tandangan dia pun sampai senak perut pja.. perut ni bape kali kene langgar, tok sah citer la.. sampai en. suami terpakse tolak sorang brader tu sebab perut pja dah sakit tersepit kat rak.. ish..sih.. memang sakan...

Nov 9, 2011

Awal perkenalan

Assalamualaikum..

Tibe-tibe ala-ala gedik nak citer pasal kisah dolu-dolu kan..

Nak tahu macam mana pertama kali pja perasan tentang kewujudan mohamad nor a.k.a en. suami tercinta??

Rasenya pja tak pernah citer kat sesiapa pun.. sebab malu... dekat en. suami pun tak pernah citer.. Abang jangan gelak ok!! Pja citer ni pun sebab dah dua kali balik rumah MIL, en. suami pakai seluar kejadian & buat pja gelak sorang-sorang..

Masa tu minggu orentasi kat politeknik.. that time de member skola teknik bagitau yang dia ada kawan dekat poli yang sama.. dia suruh pja cari dalam masa seminggu.. klu dia cuma budak tu samada budak rawang , batangkali atau kkb.. pja pun tak tahu kenapa dia suh cari tapi bagi klu macam tu.. untuk 2-3 hari pertama tu memang tak dapat cari la.. sebab duduk kat dewan je kan.. mana nak campur budak-budak laki.. owhh.. lupe nak bagitau yang mangsa ni adalah laki..

Kalau tak silap dah hari last-last tu baru la dia bagitau yang nama budak tu shahrir.. tp tak bagi nama penuh.. Then masa hari terakhir orentasi tu, kami kene gotong-royong kat jabatan masing-masing.. so, tu je la masa yang tinggal untuk pja cari shahrir ni.. sepanjang gotong-royong panjang-panjangkan la leher kat budak laki.. udahnye dah macam budak gelenyar nak expose kat laki.. haha... naseb orang tak prasan ..

Tengah-tengah cari tu, kami pun di suruh masuk ke kelas baru kami yang sememangnya baru tu.. time tu duduk dekat meja hujung.. masa tu nak amik barang jatuh kat bawah, tunduk le bawah meja.. tibe-tibe nampak de sorang mamat ni pakai seluar track sekolah menengah teknik slim.. dalam kepala otak pikir teknik slim kat mana eh.. lupe nak tanye shahrir ni dulu skola mana? bangun je dari tunduk, tenung la muka mamat ni lelama.. nak kene ingat muka ni.. kot-kot nanti boleh tahu sape nama dia.. wah-wah.. time tu macam confident je.. nak sahut cabaran punye pasal kan.. otak pun dah tak dapat tapis maklumat dengan betul..

After bape minit tu, kami dibenarkan balik.. so dengan hampanye gagal la untuk kesan shahrir & gagal nak tahu nama mamat yang pja tenung ni.. shahrir tak tahu pasal cabaran ni tau.. haha..

Next weeknya kami dah start kelas.. time tu comfirm la lect suruh sebut nama sorang-sorang, asal, background skola & etc.. ala, macam tak biasa.. boring kan... tapi pja excited sebab nak tau nama budak sekolah teknik slim tu.. sorang-demi-sorang.. akhirnya dia perkenalkan diri...

"Nama saya Mohamad Nor bin Mas'ud.. asal dari kuala kubu baru.. dulu sekolah dekat teknik slim river... bla..bla..blaaa"

teetttttttttttttt... 
WRONG PERSON..... 
hahahahaha...

Sejak tu pja tak pandang dah muka dia.. sampai la terjadinya next kejadian........

bersambung.....

Nov 4, 2011

Tour D' Sabah

Assalamualaikum..

Isnin, 17 October 2011

Walaupun macam dah basi kan, tapi still nak cerita gak.. secara ringkas je la.. lagi pun pja dah janji nak cerita pasal trip tu kan..

Ok, 1 st day kami gerak dari KL pukul 9.30 am.. Sampai Kota Kinabalu pukul 12.15, terus check in hotel..

Dalam Cabin

KK dari awan

Posing jup

1st destination, Muzium Sabah.. (nak penuhkan aktiviti)

Tak tahu nama tempat, tapi lepak2 jup

Ayah yang suke memanjat

Fresh seafood dekat pasar malam belakang pasar filipina

Naseb tak order nasi gak, kalo tak mengah nak abihkan

perut tambah 1 inci kedepan

Untuk 1st day n, kemana-mana saje, kami jalan kaki atau naek cab je.. cab dia agak mahal coz kalo masuk town or kuar town je starting charge rm10.. padahal perjalanan rm 3 je.. means memang dekat.. saje tak sewa kete dari 1st day, konon nak jimat.. haha..

Oh ye.. sebenarnye ada video.. tapi sebab 1st tak de apa yang menarik, next entry la baru pja attach vblog ye.. tata...

Oct 31, 2011

Detailed Scan

Assalamualikum..

Memula dengar pasal detailed scan ni tak de la excited sangat nak buat.. sofar sepanjang preggy ni pun, baru 2 kali ibu dapat 'jumpe' baby..

1st time : mase baby 11 week.. sebab nak comfirm pregnancy
2nd time : nak fly ke KK..

Pja ada survey beberapa tempat.. harga dengan services la.. sofar pja dengar Vision College yang paling murah.. RM90... sebab ada office mate pernah pergi sane.. tapi rupa-rupanya Rm90 tu just untuk tengok pergerakan baby dan nak tahu jantina baby.. Kalo nak detailed scan kene bayar RM150.. Ramai orang keliru pasal tu..

Pergerakan baby just tengok baby bergerak je tau.. tapi detailed scan dia scan semua termasuk kira tulang baby, cecair dalam otak baby, buah pinggang dia, overall sumer la.. siap bagi report lagi..

Bila pikir-pikir balik, kalo nak buat detailed scan dekat vision student yang buat.. lepas tu tak de screen untuk ibu pulak tu, de untuk orang yang scan dan husband je.. No!! pja taknak missed moment untuk tengok baby.. tapi kalo tambah RM50 je lagi, dah le pakar yang buat.. boleh tengok pulak tu... ermmm.. amacam??

Tadi call klinik Pakar An-nur.. Terus dapat tarikh appoinment esok pukul 11.30 pagi.. InsyaAllah, esok boleh la tengok muka baby.. :D excited campur takut......

Oct 27, 2011

Set tilam kiut-kiut

Assalamualikum..


Comel tak? comel tak?

Ni first hadiah merangkap 1st barang baby yang pja ada.. Present by Ummi...

Baru last week pja tengok gambar baby iris yang kiut miut (baby faizah)... pastu pja ternampak baby iris tido atas tilam comel ni.. tetiba teringin nak cari sebab memang comel...

Last2 malam semalam opah kate ade hadiah untuk baby.. kami pergi la amik.. rupe-rupenye.. 

tadaaaaaaa......

Tilam idaman ku~~~~~

Pandai opah ngan ummi pilih... warna kesukaan ibu... aceceh... macam ibu pulak yang nak tido atas tilam nih...

tQ ummi... 
sebab belikan tilam ni untuk baby...

Nota kechik si ibu : alamatnye abih la anakku serba ungu nanti.. ibu dia obses sangat ngan ungu... hehe.. 

Aug 29, 2011

Raya Pertama

Assalamualaikum...

Dulu masa zaman-zaman bercinta... slalu cakap... "dapat raya sama-sama kan best...."

Hakikatnya sekarang.. berdebar ok!!

1st time beraya di tempat baru.. dengan keluarga baru.. status baru.. rutin baru.. semuanya baru... jauh dari kebiasaan..

Kalo dulu tiap kali shopping raya dekat jalan TAR.. sekarang shopping raya dekat PKNS Shah Alam..

Dulu tugasan tetap tukar langsir mak.. sekarang tak de langsir sendiri...

Dulu tak sabar nak balik kampung makan lemang jagung nenek.. sekarang raya umah mak mertua tanpa tahu juadah apa dipagi hari... nebes..nebes...

Kalo dulu 1 beg kecik dah cukup untuk baju sendiri.. sekarang kene de beg besar utk berdua...

Kalo dulu berhimpit naek kete balik kampung.. sekarang berdua 'setengah' balik rumah...

Kalo dulu dah hafal rutin setiap kali malam raya & pagi raya.. sekarang canggung tak tahu apa nak buat...

Pendek kata, walaupun tak banyak yang berubah, sedikit sebanyak mesti ada sikit perubahan dari rutin kebiasaan kita.. Walau apa pun.. ini la raya pertama bersama suami yang paling akan dikenang lebih-lebih lagi bila rumah banjir di pagi hari.. waaaaaaa.... sedey ok!!! bangun pagi nak sahur, turun je katil, kaki tercelup dalam air... hahaha.. ingatkan mimpi tidur dalam air...

Aug 6, 2011

Terima Kasih Suamiku..

Assalamualaikum..

Entry ni khas untuk en suami....

Sejak puasa ni kesihatan pja tak berapa baik.. semalam memang balik je kerja, muntah tak henti-henti.. konon nak tahan puasa...

Tapi Alhamdulillah Allah beri pja suami yang prihatin & caring...  balik ofia after pja call dia, terus dia pergi bazar, beli air, beli nasi untuk berbuka.. pja dah tak larat langsung.. dan macam tau-tau je pja suke bubur lambuk.. memang favorite pja tiap kali buka puasa ada soya gula merah & bubur lambuk..

Dia balik je, terus menangis.. ternyata pelukan seorang suami mampu mendamaikan hati seorang isteri.. touching ok.. rasa hilang semua sakit..

Hari ni pun macam tak berapa nak sihat lagi.. dia tolong basuh baju yang banyak tu... thanks sayang...

im the lucky person have u beside me...