Showing posts with label cenderamata perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label cenderamata perkahwinan. Show all posts

Mar 2, 2012

Sambung Tugas

Assalamualaikum..

Lagi 2 minggu je nak naek kerja dah.. Minggu depan minggu last untuk recover kesihatan.. minggu lagi satu dah start semula tugas-tugas seorang isteri lepas lama bercuti.. kepas tu naek kerja.. then sambung balik tugas sebagai wedding planner..

Minggu balik puchong tu mungkin tak la terlalu mendadak mula kerja kot.. sebab mak mertua ada nanti.. boleh la pja try sesuaikan keadaan supaya bila dah naek kerja nanti tak terlalu kelam kabut.. 

Tapi hujung bulan ni dah kene start buat goodies untuk wedding hafiz.. then baru pikir pasal decoration hantaran dia.. buat masa ni nak pergi cari dulang hantaran dulu.. hari tu ada dah yang berkenan.. tapi handbeg pengantin perempuan dengan grooming set dia besar sangat.. tak sesuai la plak..lagi satu pja pikir kek dia nak konsep de standcake.. so, dulang kene lebar dan tak terlalu ringan untuk tampung standcake..

Mungkin after naek ni pja akan sibuk sampai bulan 6.. hujung bulan 5 kenduri dekat jeli, bulan 6 kat sini, then minggu seterusnya dekat kedah pulak.. wahh.. berjalan je insyirah.. Ade dengar-dengar dekat kedah tu nak naek bas.. tap kami tak la kot.. kesian dekat insyirah nanti.. lagipun tak larat nak pangku je.. patah tangan nanti.. kene bawak car seat jugak tu..

Nota kechek tugas-tugas : Dah lame cuti, lupa pulak nak sambung deal tentang baju budak tu.. nanti la, dah naek nanti...

Dec 5, 2011

Filsuf - Hitam Manis

Assalamualaikum..



Tengah tension-tension cari idea untuk door gift majlis kenduri kahwin adik pja, layan lagu ni jap...

Idea pja kali ni asyik kene rejek je.. tension seh...

Ayah dok suruh buat doorgift macam kenduri pja dulu.. tapi mana sempat.. nak pikir family lagi.. nak pikir persiapan baby yang nak lahir ni lagi.. pening.. Belum lagi kene pikir pasal hantaran...

haiyakkk......

*sorry, lagu ni tak sediakan lirik.. sebab pja pun still tak jumpe lirik dia lagi.. anyway... enjoy!!

Update :

Lirik Lagu: Hitam Manis - Filsuf 

[Narrator]
Ini bukan lagu cinta
Lagu ini aku tujukkan khas untuk orang-orang yang seperti aku
kamu tahu siapa kamu
Tak perlu lagi risau tak perlulah lagu malu-malu
Dengarkan lagu ini...semoga terhibur!!

Korus:
Hitam manis hitam manis
Yang hitam manis
Pandang tak jemu pandang tak jemu
Yang hitam manis pandang tak jemu

Tak perlu lebih gula
Tak perlu lagi perisa untuk menambahkan rasa
Semulajadi sejak dari mula
Ramai yang tergoda,ada yang jatuh cinta
Ada juga yang jadi cemburu buta hanya kerana warna
Ada yang kata unik ada juga yang kritik
Walaupun sudah terbukti secara saintifik
Lihat saja statistik
Hitam itu menawan hitam itu klasik
Tak perlu jadi the 'Bomb' hitam itu menarik
Tak usah main tali hulur tarik hulur tarik bisik-bisik membisik
Katakan saja di depan mata
Kenapa mesti malu kenapa ragu-ragu
Katakan saja setuju
Aku mahu kalau kau mahu
Tapi kalau kau tak mahu aku pun tak akan merasa sedih tan pilu
Kerna ku tahu..Aku

[Ulang korus]

Sepuluh budak hitam main di tepi jalan satu kena langgar tinggal
(Sembilan)
Sembilan budak hitam main di dalam hutan satu sesat jalan tinggallah
(Lapan)
Lapan budah hitam mainlah kejar-kejar satu jatuh tersungkur tinggallah
(Tujuh)
Tujuh budak hitam mainlah selam-selam satu lemas dalam kolam tinggallah
(Enam)
Enam budak hitam main di tepi paya satu jatuh dalam paya tinggallah
( Lima )
Lima budak hitam mainlah lompat-lompat satu tak sempat lompat tinggallah
(Empat)
Empat budak hitam mainlah kira-kira satu tak tahu kira tinggallah (Tiga)
Tiga budak hitam ingin jadi rappers melayu dua tak cukup hitam tinggallah
(Satu)
Salah...habis Tu? Tinggal aku....

[Ulang korus]

Jangan sekali kau hina manusia seperti ku
Biarlah buruk di mata orang asal tidak di mata kamu
Jangan di paksa jangan memaksa
Lain mulut lain kata lain rasa lain bicara
Tak perlu saing bersaing tak perlu juga banding membanding
Ini pilihan masing-masing
Walupun rambut sama hitam hati tetap lain-lain


Untuk kami-kami yang diselalu dikatakan hitam ni de lagu ni.. korang hado??? haha....

Jun 3, 2011

Orkid Kita

Assalamualaikum..

Disini pja nak umumkan yang pja dalam proses buat bisnes kecil-kecilan.. Kongsi dengan Netty as share partner.. Kami namakan Syarikat blog kami Orkid Kita.. 

Buat permulaan ni kami jual perfume, pakaian bayi & menerima tempahan cenderahati untuk sebarang majlis..

So, pja harap, korang sumer rajin-rajinkan la diri jenguk-jenguk blog kami ye..

InsyaAllah, kami berikan anda perkhidmatan yang terbaik & berpatutan..

May 18, 2011

Cerita dah kawen #1 -Goodies-

Assalamualaikum..

first review pja untuk kenduri kawen ni pasal DIY paper beg pja..

Actually pja tak banyak gambar.. tak sempat pun nak amik gambar mende2 yang pja dah buat tu.. kalo ada ni pun, godek2 kat fb orang jew..

ok, paper beg ni pja buat sendiri dari tag, lukis, reben semuanya..
paper beg tu pja beli dekat kedai borong je, lukisan tu pja lukis sendiri, then gunting reben, tag terima kasih pun pja buat sendiri...

walaupun tak cantik sangat, tapi sangat puas hati sebab buat sendiri!! less cost!!

so, sape yang b2b tu, tak de idea nak buat paper beg ni, boleh la wat..
kalo nak pja buatkan pun boleh, just email k...
pja sedia terima tempahan...

nota kechik : pja kan buat bizness ni secara serius.. so any b2b y berminat, boleh email pja ke mrshillview@gmail.com, buat permulaan, pja akan bagi harga promosi sebagai costumer terawal..