Showing posts with label 'I'kiddo's. Show all posts
Showing posts with label 'I'kiddo's. Show all posts

Sep 12, 2014

Diapers lagi #5 Back to Nature

Assalamualaikum

Kalau throwback balik entry pja pasal cloth diapers ni, memang tak banyak.. sebenarnya tak berapa berjaya pun nak pakaikan insyirah fully cloth diapers.. banyak sangat halangan.. plus masa tu masih berkerja & babysitter dia pun macam rasa susah.. lama-lama balik pada lampin pakai buang.. mujur dia free diaper awal.. alhamdulillah bawak berjalan dan tidur malam dah tak payah pakai diaper lagi.. dia boleh bangun kejut ibu beritahu nak kencing..

So, dari 2-3 last weeks, sejak encik suami nak boikot huggies, ibu yang sedih.. sebab huggies je dalam hati ibu dan mampu milik.. kedua-dua anakanda elergi dengan kebanyakan jenama.. terlewat sikit tukar dah merah-merah.. insyirah dulu siap melalak-lalak sakit.. so, ibu amik keputusan untuk kembali kepada yang mesra alam..

Previous koleksi ada 12 keping je.. banyak jenama, coz pja tak suka beli sekali banyak satu-satu jenis tu, sebab takut tak sesuai.. ada terkena 1-2 jenama yang tak sesuai dengan insyirah.. so, irsyad pakai balik je la kan.. dekat seminggu try n error.. asyik la bocor.. dia ni memang heavy wetter.. sampai kena pakai insert berlapis-lapis.. haha.. bulky giler.. buruk.. keputusannya kena la cari bamboo insert or mana-mana yang boleh serap dengan lebih baik.

Sudahnya terpaksa tambah koleksi.. 12 keping tak cukup nak rotate 3 hari.. alhamdulillah rezeki buat part time, dapat cover untuk tambah koleksi irsyad.. dapat lagi 6 keping + 10 keping liner. dapat pulak free gift key chain CD yang sangat comel ni.. ibu yang terlebih suka..

Washable Liner

Siap Ada Insert

Comel je..
Penangan berCD ni, pja pun dah beralih pada cloth Pad.. tapi baru try snowdrop pantyliner.. sebab baru lepas pantang kan.. nifas dah lama habis nak try pad.. siap join kutu nak beli starter package.. ada few jenama nak try juga macam bamboolite, mama patch, little 'N' Handmade.. slow-slow.. siap ajak adik ipar join..

Sebenarnya bagus kita beralih cloth pad ni.. sedikit sebanyak boleh bantu cegah masalah dalaman wanita seperti cyst, fibroid, kanser rahim & etc.. testimonial pja sendiri, keputihan dapat diatasi sejak tukar pada cloth pad ni.. Tak salah nak cuba.. selain jimat dapat sihat juga..

Masa mula-mula nak beli memang rasa mahal, tapi bila dah lama tak beli yang pakai buang ni, baru terasa jimatnya tu..

nota kechik : ibu hutang irsyad entry pasal kelahiran irsyad.. InsyaAllah malam karang ibu start karang dan boleh publish ye sayang..

Jun 23, 2014

Persediaan Bersalin

Assalamualikum..

Alhamdulillah, lagi dua hari kandungan pja masuk usia 35 minggu.. cepat sangat rasanya masa berlalu.. pejam celik dah nak sampai masa bersalin..

Rasa bersalah sangat dengan adik baby kali ni.. tak macam insyirah dulu, tiap-tiap hari ada masa nak borak, berbual, main dengan dia dalam perut.. persediaan pun awal.. ikut sejarah dia dulu, sekarang ni dah demam, dah masuk hospital dah pun.. ketuban dah pecah, tengah tunggu bukaan.. rabu cukup 35 minggu insyirah pun lahir... emergency masuk hospital pun tak risau sebab barang semua dah siap tinggal ambil je..

Adik baby kali ni, semalam ibu baru siapkan beg nak pi hospital.. pagi semalam juga la baru pergi cari mandian, pampers new born semua.. lewat kan.. itu pun ada barang yang masih belum complete.. beg ibu pun tak siap packing lagi.. barang untuk berpantang pun tak beli lagi.. order dah, bayar belum..

Kalau ikutkan memang lambat lagi la nak packing.. tapi sebab dari jumaat lepas pja demam, pastu memang trauma demam hujung pregnancy ni kan.. plus braxton hicks asyik mengganggu gugat fikiran, sakit macam period pun kerap terasa.. kerisauan tu semakin menggunung la.. tiap-tiap hari doa supaya kalau adik baby nak keluar pun, biar la hari weekend, so, ibu tak ada masalah nak pikir pasal anak-anak yang lain.. then kalau boleh tak nak keluar sekarang.. after 38 minggu ok la...

Kesian adik baby.. kali ni ibu serabut sangat.. macam-macam dalam kepala otak ibu ni.. sampai keperluan adik baby un tertangguh-tangguh.. bukan ibu sengaja.. tapi ibu betul-betul stress lately nih.. dengan abang-abang & kakak-kakak demam tak sihat, dengan ibu tak dapat pekerja.. maafkan ibu ye adik baby..

May 16, 2014

3rd Anniversary

Assalamualaikum..

Ini cerita 13 Mei yang lepas.. our 3rd anniversary.. planning asal mak buyung ni kononnya mengidam nak bercuti ala-ala tempat tinggi, sejuk, nyaman & jauh dari kesibukan kota.. ala-ala romantik gitu.. tapi disebabkan cuti, masa dan beberapa faktor yang tak mengizinkan, redha je la dengan percutian balik hari ke bukit tinggi.. itu pun dah bersyukur sangat dari tak bercuti langsung..

Alhamdulillah, masuk tahun ke-3 dah usia perkahwinan kami.. pja sangat-sangat bersyukur dengan apa yang pja ada sekarang walaupun jobless.. haha.. ada suami yang bertanggungjawab & penyayang walaupun sedikit garang & tak romantik.. huhu.. ada anak yang bijak dan comel & semoga menjadi anak yang solehah yang mentaati Allah, Rasul, Agama, Ibu, Ayah.. dan adik baby yang bakal lahir tak lama lagi..

Berseri-seri tak muka kami.. huhu.. suka gambar nih..

Happy family.. adik baby disebalik maxi merah tu..
Tengah-tengah berjalan, boleh pulak si kecik ni melalak meragam.. pujuk-pujuk tak mahu.. lapar dan letih rupanya.. sebenarnya terlupa yang tak dia breakfast berat sebelum pergi tu.. masa kami breakfast tu dia tak mahu makan.. bila beli kentang tu, sebijik dia makan sorang.. itu je pun yang ada yang dia boleh makan.. Rancangan asal tak nak bawak dia sebenarnya.. haha.. tapi tiba-tiba kami kesian pulak nak tinggal..

Muka kelaparan

Dah kenyang la tu..

Thank you sayang...

Semoga kami terus tabah dan kuat dalam mengharungi hari-hari mendatang.. Ustaz kata 5 tahun pertama ni masih pengantin baru.. masih dalam mode berkenalan.. baik dan buruk.. masa ni la segala masam manis pahit maung bercampur baur dalam rumah tangga.. InsyaAllah, Allah sentiasa bersama hambaNya..

Apr 6, 2014

Dating With Adik Baby

Assalamualikum..

Selamat Pagi dan Selamat bercuti dihujung minggu.. hehe.. pagi-pagi lagi ibu dah bersemangat nak update pasal adik baby dalam blog yang macam dah tak berapa nak hidup ni kan.. dulu pantang ada masa terluang je, mesti bercerita panjang.. sekarang ni susah nak curi masa.. so, pagi ni sambil-sambil melayan kakak borak, sambil mendobi baju yang dah menggunung tu, nak relax-relax sambil update blog.. saja tak nak rushing sangat buat 'homework'.. tak nak letih.. hari ni hari rehat.. sebab hari sabtu hari berjalan.. haha..

Kalau ada yang perasan, 2 minggu lepas pja ada survey harga untuk buat scan detail 2D + 3D/4D.. actually pja memula tak terfikir pun nak scan.. bukan tak ada langsung.. tapi macam 50-50.. dengan masa dan kewangan.. plus en. suami pun tak ada bunyi, so, diamkan saja la.. lepas tu, ntah macam mana, en. suami yang bunyi pasal scan baby.. abang pada kawan dia ada buka klinik dekat kerling, servis utk detail ni RM100 je.. murah kan... tapi malangnya doktor laki.. pja kalau doktor laki je memang dah reject awal-awal since preggy insyirah dulu.. 1-segan, 2-memang tak redha mana-mana doktor laki yang cek perut ke, VE ke, tak suke.. eh, lari topik pulak..

Alang-alang menyeluk pekasam kan, biar sampai ke pangkal lengan.. so, terus la tambah asam dan garam.. hihi.. en. suami bagi green light suruh survey je, terus la jalankan misi.. Dulu buat dekat az-zahrah, tp az-zahrah office hour, terus reject.. sebelum tu eira ada bagi tau pasal scan malaysia.. dia kata detail scan RM150.. macam pelik jugak sebab murah sangat kan.. jumpa pulak ada klinik yang famous dalam blog-blog dekat puchong ni yang buat 3D/4D dengan harga RM80, ada owner blog tu siap blogwalking promote kata murah.. mostly pja call semua untuk kepastian kecuali scan malaysia tu.. dalam web memang dah jelas.. rupanya RM150 tu untuk detail 2D.. pja yang salah faham.. yang lain kat kerling tu memang RM100 pekej detail 2D + 3D/4D sebab kawasan luar bandar kot.. yang RM80 tu pulak hanya 3D/4D, tak termasuk detail, means tengok muka, pergerakan dengan jantina je tau, jangan keliru, beza tau.. ada juga makhluk yang cakap 3D/4D tu detail la, dah murah sangat la tu, nak murah camner lagi.. pja siap call front desk klinik tu, dia pun tak paham detail tu macam mana.. dia kata include.. bila tanye buar yang kire tulang, cek cecair otak sumer bagai tu.. tergagap-gagap tak tahu, "ye la kot" katenye..

Banyak jugak klinik yang pja tanya.. tapi hanya scan malaysia yang masa dia flexible dan harga berpatutan.. so, lastly kami decide pegi sana.. memula nak pergi yang dekat puchong jaya je, tapi ada yang kata kualiti gambar scan machine dia kurang, so, possibility nak nampak muka dengan jelas tu kurang plus perut pja ni kan tebal, memang susah nak nampak baby dengan jelas.. kalau yang jenis perut nipis tak ada masalaha kot rasanya.. machine yang bagus dekat ampang, shah alam dengan seri kembangan je, based on warning yang pja dapat mase booking tu la.. last-last buat dekat ampang.. dekat dengan gombak pun kalau nak balik rumah opah..

Adik baby yang sangat suka sorok muka dan terkangkang
Sepanjang scan, susah sangat nak tengok muka adik baby dengan jelas.. dia suka sorok muka.. haiihh, geram betol.. siap buat muka nak menangis.. so, sweet.. tapi masa nak tengok jantina, mak aihh, senang betul, kangkang tak mahu tutup-tutup.. ms jezzlyn siap suruh turunkan kaki, dia buat dekkk je.. kakak pulak dia yang terlebih excited.. bising & banyak cakap.. suka sangat dia dapat tengok baby.. sampai ms jezzlyn kate "kakak ni lucu la.. pandai dia cakap..".. nak tau jantina baby? cer tanya kakak.. dia tahu.. dari awal preggy pun, kalau tanye kakak, adik kakak baby boy ke girl? jawapan dia tetap sama tak pernah berubah.. dengan dia je pun yang adik suke borak.. sebab kakak rajin melayan..

Overall sangat puas hati, walaupun giliran untuk masuk scan tu macam terabur sikitkan, macam geram la gak.. tapi sebab dia pandai pujuk adik baby, semuanye jadi ok..

nota kechik comel-comel: konon sebelum masuk scan, makan coklat supaya adik baby aktif, tapi in the end kakak yang terlebih aktif.. haha.. adik banyak tidur je..