HIDUP INI TAK SEMUDAH YANG DISANGKA. NAMUN,SEBAGAI KHALIFAH-NYA SEGALA UJIAN HARUS DI HARUNGI JUA. WARNAILAH KEHIDUPAN INI DENGAN KEGEMBIRAAN DAN KETENANGAN HATI
Jan 31, 2010
Personaliti Anak Ke-2
hari ni, aku tibe-tibe aku terase nak tulis entry yang bertajuk sindrom anak kedua nih.. aku tahu, ramai dah talk pasal tajuk ni.. even dalam blog ataupun dalam mana-mana forum.. tapi entah la, aku terasa macam nak kaitkan ape yang aku baca dengan kisah hidup aku sebagai anak ke-2.. then aku rase entry kali ni comfirm berjela-jela.. terpulang la korang nak baca sampai abih or tak... hehe
aku rase mungkin entry aku kali ni mungkin akan menarik perhatian parents yang mempunyai masalah sindrom anak ke-2.. mungkin juga kaum keluarga yang mempunyai masalah dengan anak ke-2.. mungkin juga dapat tarik perhatian anak ke-2 tu sendiri.. dan yang terakhir mungkin akan menarik perhatian para kekasih yang mempunyai pasangan anak ke-2..
ok, berbalik pada apa yang aku dapat based on yang info yang aku dah baca.. anak kedua ni degil, fleksibel, berdikari, unik, memeningkn kepala org tua, suke memberontak, baran, then yang paling worst sekali boros.. haha.. semua negatif kan... teruk sangat ke anak ke-2 ni?
aku anak ke-2 dari empat orang adik-beradik.. aku de kakak, aku of course la pompuan kan.. bawah aku 2 orang adik lelaki.. dari kecik aku agak slow banding adik beradik aku yang lain.. aku agak selalu dibuli oleh adik bawah aku.. aku ade terbaca, anak kedua akan suke buli adik dibawah dia.. tapi kenyataan tu macam terbalik pulak.. kakak aku pandai.. always straight A.. AKU?? selalu top 10 dari BELAKANG.. haha.. report kad aku selalu merah.. mak ngan ayah bukan jenis manjakan anak-anak dengan cara melayan saje semua kehendak anak.. tetapi, mak ngan ayah ajar kami untuk berusaha dapatkan apa yang kami mahu.. so, disebabkan kakak selalu berjaya, dia always dapat hadiah macam-macam dari mak ngan ayah..
aku seorang pelajar yang agak slow.. kiranya kalo ke utara dari KL, orang dah sampai perlis, aku baru terkedek-kedek nak habiskn perak.. mungkin kesan semasa aku dilahirkan.. pasal apa, rasanya tak perlulah aku cerita, coz akan keluar topik nanti.. hehe.. klo nak tau juga, nanti tanye la kat aku sendiri....
bile kakak seorang yang pandai dan mak ngan ayah pulak jadikan dia anak harapan, aku mula rase tersisih.. ditambah pula mereka lebih manjakan adik-adik.. dengan alasan mereka masih kecik.. kalo semua orang kene belajar basuh pinggan sendiri, mak tak marah adik-adik, tapi mak akan kate, "diorang kecik lagi, lelaki.. biasa la.. basuh pinggan kan keje orang pompuan.." aku betol-betol tak dapat terima alasan tu.. aku juga tak mampu bersuara, aku tak mampu beri idea.. bagi diorang idea aku kurang bagus.. sejak tu aku tak sabar nak besar dan nak hidup diluar, jauh dari keluarga... paling aku tak boleh lupa, aku la anak yang paling nakal.. aku penah kene tampar sampai pecah bibir sebab tipu ayah.. aku penah kene sebat dengan tali pingang sebab bawak adik keluar main dan balik mase maghrib.. ayah penah tak cakap ngan aku selama smiggu sbb aku pergi KL tanpa pengetahuan dia.. korang bayangkan, aku tak penah pergi KL seorang diri, tp mase tu aku berani bawak kawan aku naik bas untuk pergi KL... tapi kami selamat balik.. kalo aku gaduh ngan adik aku, aku juga yang kene.. alasan, aku lebih besar..kirenya aku rase aku la juara rotan dalam rumah tu.. bukan tu saje, mase tu mak suke banding-bandingkan aku dengan anak kawan dia..
bagi pucuk dicita ulam mendatang, aku dapat masuk asrama mase since form 1 lagi.. mase tu, aku terlalu gembira.. aku tak sebumbung dengan adik-adik aku.. but, tak sangka, makin lama aku semakin tertekan sbb sekolah tu de "double standard" aku mula rindu nak balik.. mase cuti sekolah after form 3.. aku dah mula hilang tujuan.. aku tak nak masuk sekolah tu lagi.. dalam mase yang sama ayah pakse aku masuk teknik.. aku menangis-nangis tak nak masuk.. even ayah masukkan kat teknik yang paling dekat dengan umah, aku still tak boleh dok umah, even merayu-rayu untuk dok umah, ayah tetap pakse dok asrama.. ayah terlalu harapkan aku ikut jejak dia untuk masuk aliran teknik after kakak tak nak masuk aliran teknik.. in fact, ayah rase aku lebih layak amik aliran tu banding agama atau sains bio..
dua tahun dekat sane... pelajaran aku jauh lebih baik banding dulu.. aku mula seronok.. walaupun keputusan aku bukan la ditahap yang membanggakan.. tapi bagi tahap orang yang otak dia slow macam aku ni, tu satu yang membanggakan.. yang paling penting, aku berterima kasih sangat dekat ayah..
semase cuti SPM, skali lagi aku rse tertekan dengan keadaan rumah.. aku sudah pandai keluar rumah dengan kawan-kawan.. aku rimas duduk rumah menghadap adik aku.. aku rimas bila kakak aku selalu membebel dekat aku.. aku rimas bila semua orang menuding jari dekat aku.. skali lagi juaga aku berazam utuk pergi jauh dari rumah.. ditakdirkan aku dapat sambung diploma dekat perak.. aku terus gerak.. aku tak pandang belakang langsung.. aku rase matlamat aku semakin tercapai.. aku hendak duduk jauh dari keluarga..
3 tahu aku dekat sana, membuatkan diri aku semakin neutral.. aku mula terima keluarga aku seadanya.. cuti 6 bulan membuatkan aku mula nak menjadi diri aku kembali..aku rase rendah diri bile setiap kali jumpe saudara mara, balik-balik citer pasal kakak aku yang dah jadi doktor gigi tu.. pasal adik aku yang dah masuk UKM amik akauntan tu.. dan pasal adik aku yang tahfiz tu.. aku???? apa la yang nak dibanggakan kalo setakat masuk poli..tapi diorang tak sedar ke selama ni aku la yang ikut rentak diorang.. ayah harap kakak masuk aliran teknik.. tapi dia taknak, ayah lepaskan.. ayah soh adik pi USM, adik taknak ayah lepaskan juga.. adik yang bongsu ayah ikut kehendak dia.. tapi aku???? ape yang aku dapat selepas aku ikut cakap diorang.. adik pun dah mula rase dia lebih bagus dari aku.. dia dah mula hilang hormat dengan aku..
mase tu naluri remaja aku ditahap kemuncak.. aku tak lagi berkongsi cerita dengan keluarga.. bagi aku kawan tempat terbaik untuk mengadu.. aku mula cari kekasih untuk berkongsi segalanya.. aku kene kuatkan semangat untuk berdiri atas kaki sendiri.. aku kene berdikari.. tak de sape yang boleh tolong kalo bukan diri aku sendiri.. sebenarnye mase tu aku dah bosan untuk belajar memandangkan aku tak la sepandai mana.. tapi sebab iri hati dengan adik beradik.. hanya diorang yang ditonjolkan, aku mula kehadapan setapak lagi dengan sambung belajar dalam peringkat degree pula..
disebabkan diarang pandang rendah dekat aku, aku jadi kuat.. sebab diorang rase diorang hebat, aku jadi bersemangat.. biar pun berjuta-juta titis air mata yang keluar, aku tetap akan simpan dan takkan sesekali tunjukkan kelemahan aku.. aku benci bile orang kesian dekat aku.. aku benci orang bersimpati dengan aku.. aku benci orang terasa beban disebabkan aku.. sebab tu juga aku rimas berkawan dengan orang yang suke menagih simpati mencerita kan segala kesusahan dan kelemahan mereka yang tak seberapa tu..
sekarang.......................
aku berjaya dapatkan segulung ijazah even blom konvo..
ayah mula harapkan aku sejak kakak aku berkahwin dan duduk jauh dari keluarga di terengganu..
ayah mula jadikan aku anak harapan setelah anak lelaki sulung dia mula sedikit demi sedikit mengguris hati dia..
emak mula cari aku atas segala hal..
mereka mula letak harapan atas bahu aku setelah setelah sekian lama aku harapkan apa yang aku yang dapat sekarang...
paling penting, aku selalu menangis ++ bersyukur ++ gembira dengan apa yang aku ada sekarang.. tanpea pengalaman ni semua, aku tak kan berada pada tahap ni..
aku sangat gembira........
bila ayah kata:
"nanti ko beli la tanah, buat rumah.. nanti boleh jadikan rumah tu tempat berkumpul.."
mak kata:
"kalo ko beli rumah siapkan sebuah bilik untuk mak duduk.. dekat bawah, senang mak nak bergerak n selesa"
korang tak rase ke, tu satu perhargaan untuk aku...?????
InsyaAllah aku berazam untuk realisasikan impian diorang... hanya untuk Mak ngan Ayah aku yang dah bawa aku kedunia ni...
anak ke-2 bukan la seburuk yang disangka.. mungkin sikap suka memendam rase yang membuatkan kami sukar untuk ditafsirkan.. kami rase seperti tiada tempat untuk meluahkan rase yang terbuku dalam hati kami.. sebab tu kami lebih selesa menyelesaikan segalanya dengan cara kami sendiri.. kami perlu berdikari
kami tidak baran.. tetapi kami perlu tegas supaya kamu semua tidak nampak kelemahan kami.. kami ego, supaya kamu juga sedar adanya kami disini dan akan rase terhina jika kamu memandang rendah pada kami..
kami boros??? kenapa anak-anak manja tu boleh dapat tanpa diminta tapi kami perlu meminta.. akhirnya kami dilebelkan sebagai boros...
kami dipandang negatif, tetapi ingatlah semua.. negetif itu la yang mempositifkan kami...
p/s: apa yang ditulis hanya lah dapi pandangan mata dipenulis.. sekiranya ada salah dan terkasar bahasa, harap dapat menegur dan penulis akan cuba untuk berbaiki diri.. penulis juga antara yang mengalami masalah sindrom anak ke-2, tetapi bukan disebabkan oleh kehamilan yang tidak disengajakan.. kerana kehadiran penulis amat dialu-alukan dalam keluarga kerana jarak umur antara penulis dgn kakak jauh beza.. mungkin penulis mengalami masalah ini kerana mempunyai masalah rendah diri yang teruk dan suka memendam rase.. eksklusif dari penulis kerana berjaya meluahkan rasa hatinya...
Jan 28, 2010
dont ask me that stupid question anymore!!!
Jan 27, 2010
CI Seminar
lame sangat dah rasenye tak update blog aku ni.. quite bz la.. weekend hari tu pun tak ade mase untuk diri sendiri.. mesti korang rindu nak bace post aku (ntah-ntah aku sorang je yang bace.. hehe).. ermmm.. act topic hari ni macam biase la.. about environmental.. aku cm xcited jew bile bercerite pasal topic ni..
aku baru je balik dari MLHG / DANIDA Dissemination Seminar on Community Initiatives: Public Involvement for Improved Solid Waste Management.. dengar name pun dah panjang.. aku malas nak terangkan panjang-panjang pasal seminar ni untuk ape.. so, if korang nak tau, just email kat aku la.. nanti aku bagi private talk.. ape yang aku nak cerite kat sini pasal pe yang aku dapat sepanjang proses seminar ni..
1st of all.. aku rase terkilan la sangat-sangat.. coz aku tak dapat dengar workshop-workshop yang ade.. coz aku kene jage kaunter kat luar.. (pe boleh buat.. kite student praktikal jew) aik.. sedey je bunyi.. hehe.. yela, bukan senang nak dapat peluang macam ni.. betol tak??.. tapi tak pe.. sekurang-kurangnya aku dapat tengok bahan-bahan dekat booth yang ade.. jap.. de lagi 1 yang aku sedey.. aku tak dapat beg laptop yang kiut tu.. sebab dah habis.. dah la aku mmg nak sangat beg laptop untuk kemudahan aku pi keje.. (org-org JPSPN la ni.. sepatutnya diorg tak dapat coz diorg pun secretariat gak.. ni tak, sampai driver-driver pun sapu jugak.. dia ingat aku tak nampak dia CURIK tu.. oppsss close ok.. tolong jangan record.. diorg masuk seminar tu bukan bawak beg masuk dalam n tengok material yang ade dalam beg tu pun.. smate-mate nak beg).. ok la close dat story..
sambung balik pasal story sebenar.. aku sebenarnye cam bengong jew.. coz aku terlupa yang aku bawak camera.. sepanjang tu aku tak bawak turun camera aku tu.. arghhh bengang sesangat.. banyak benda yang aku nak story guna gambar.. ok.. tak pe la.. ape yang ade je la..
korang ingat tak ECO ENZYME yang aku cerite dulu.. sekarang i have 1.. hehe.. original dari Majlis Perbandaran Subang jaya (thanks a lot to MPSJ)
best kan.. aku dapat penerangan personal dari orang yang buat mende ni..macam xcited je nak try.. mende ni free tau.. tapi aku lupe la nak tanye, diorang edarkan kat orang awam or jual..
2nd things yang aku dapat bawak balik n dapat bincang sendiri dan kongsi pengalaman dari orang yang buat : BAJA COMPOST.. yang ni la yang paling suke.. tengok mesin dia.. but tak la dapat usha yang dalam dia.. cantik je hasil dia.. tak macam kitorang buat dulu.. siap de cacing la.. de cendawan la.. haha.. dengan bau semerbak nye.. giler la.. tapi yang ni.. ade dua hasil dari sumber yang berlainan.. sisa makanan dengan sisa kebun.. warna yang dihasilkan pun lain.. sisa makanan warna coklat.. tapi sisa kebun warna hitam.. eh.. ni free tau.. you all boleh dapatkan dari Majlis Perbandaran Subang Jaya.. (thanks to MPSJ too) but.. diorang dalam usaha nak try komersial kan produk ni.. but then, kita pun boleh try buat sendiri ikut cara yang dia ajar la..
ni la baja yang dibuat hasil dari kompost sisa makanan
ni pula baja yang dibuat hasil dari kompos sisa kebun
selain dari tu, tak ade produk yang dihasilkan.. just diorang buat kita semula bahan.. but banyak juga yang aku dapat bertukar-tukar pendapat dengan participants..
pengalaman yang menggembirakan aku (selain dari tentang solid waste):
1. berkenalan dengan kanak rebina.. huhu..
de sorang indian gurl, named Nirosha.. she so cute.. dia datang je dekat aku, dia kate :
"auntie... tali saya putus.."
haha... aiyaa.. nirosha.. not auntie la.. but kakak..
second gurl.. named Pang pau Nee.. bangsa cina pula.. sepanjang mase teman aku kat kaunter.. dia bercakap.. bercakap.. dan terus bercakap.. last-last kawan dia semua datang kat kaunter nak borak dengan aku.. Ms Chen dengan Ms Chang gelak je tengok aku.. aku dah macam nanny.. haha..
2. jumpe Saiful Apek!!
konon suruh orang lain mintak tanda tangan apek.. last2 aku yang hulur kertas nak suruh apek sign.. haha.. klo korg nak tgk gambar.. tgk kat facebook coming soon ok.. then tak tinggal jugak bergambar dengan apek.. mckey arrange supaya kitorang dapat bergambar dengan apek.. winkkk.. berlari-lari aku dah macam kanak-kanak rebina..
3. mende yang paling best.... get closed with others..
aku susah nak rapat dengan orang.. tersangat la amik mase.. tapi, dengan adanye program ni, serta-merta aku rase rapat dengan diorang.. to Mr. Soon, Dr. Theng (uncle), Ms. Chen, Ms. Chang, Nanie, Tung Yan and Amy.. nice to knowing you guys.. thanks sebab bagi peluang dekat I untuk praktikal dekat Eco.. saya akan berusaha bagi yang terbaik..
penatnye... aku dah ngantok.. esok nak bangun awal..
Jan 16, 2010
Eco Enzyme
ok, aku briefing sikit sebelum aku teruskan pasal eco enzyme ni.. act dulu aku memeng penah tengok dalam berita kat TV.. aku agak berminat jugak la masa tu.. tapi, tinggal camtu je mase tu.. tp.. sejak aku praktikal dekat Eco-Ideal ni.. aku macam teruja pulak biler aku tengok pamplet yang diorg wat.. ermmm.. aku start dari mula la.. pada tahun 2007, satu akta berkenaan dengan sisa pepejal telah diperkenalkan.. iaitu Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.. memandangkan kat negara kita ni tiada sebarang akta mengenai pelupusan sisa pepejal in fact dalam Akta Kualiti Alam 1974 pun tak de ceritakan pasal isu ini.. (sesiapa yang belajar pasal alam sekitar mungkin faham tentang akta ini).. so, akta ni di wujudkan bagi menangani isu-isu ni la.. dan agak baru serta belum dapat perhatian dari orang ramai.. (even aku ni student envi pun baru je tengok isi kandungan akta ni semalam).. apa yang aku tahu, akta ni akan dikuatkuasakan bermula tahun 2009.. so, sejak 2007, kerajaan khususnya JABATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL NEGARA (JPSPN) dengan bantuan DANISH INTERNATIONAL DEVELOPMENT ASSISTANCE (DANIDA) telah mengetengahkan akta ini kepada orang awam.. ECO-IDEAL CONSULTING sebagai consultantnye.. diorang ni wujudkan 1 projek yang dinamakan COMMUNITY INITIATIVE PROJECT melalui PBT.. so, diorg berhubung dengan orang awam dengan menjemput majlis2 yang berminat untuk turut serta dalam program tu.. kalo tak silap aku, projek Ec0 Enzyme ni bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (aku nak link kan website sbnrnye.. tp tadi tak dapat masuk coz undermaintainance).. so.. aku harap, kita dapat buat same2.. aku dalam usaha kumpul sisa makanan lebih sikit nak wat mende ni.. so, aku akan sentise update pasal ni.. ok?
Eco Enzyme is a complex solution produced by fermentation of fresh kitchen waste (fruit and vegetables dregs), sugar (brown sugar, jaggery or molasses sugar) and water. it is dark brown and has a strong sweet sour fermented scent. Eco Enzyme is a multipurpose liquid and its applications cover household, algriculture, animal husbandry etc.
Eco Enzyne is developed by Dr. Rosukan frim Thailad. She has been actively involved in enzyme research for morethan 30 years and she encourage people to make eco enzyme at home to ease global warming.
Senang je kan?? jom kita try..
:: BENEFITS ::
so, sekarang korang boleh tahu pe yang boleh kita buat biler enzyme kita dah berjaya.. Good luck!!
:: PESANAN ::
1. Do not use glass or metal containers that cannot expand.
2. Garbage for making enzyme does not include paper, plastic metal or glass materials.
3. Avoid oily cooked foor, fish or meat residues (can be used as garde compst material). To make a fresh smelling enzyme, add orange/ lemon peel or pandan leave ect.
4. The ideal colour if eco enzyme is dark brown. if it turned black, add same amount of sugar to start fermentation process again.
5. It may have a white, blackor brown layer on top of the enzyme, ignore it. if you encounter flies and worm inthe container, leave it and the chemical reaction of enzyme will dissolve them naturally.
6. Make full use of eco enzyme residue:
a) reuse fir next production by adding fresh garbage
b) use as fertiliser by draying in residue, blend it an bury in the ground.
c) Grind the residue, pour into toilet bowl, add some brown sugar and flush to help purify sewage.
7. If you have not gathered enugh kitchen waste, you may fill up the container gradually. the 3 month fermentation period start from the day you place your last batch of kitchen waste.
8. the longer it takes, the better it gest. harvested eco enzyme will never expired. do not store in the refrigerator.
9. If every huosehold utilised their garbage to produce eco enzyme, it can stop kitchen waste from polluting our land and meanwhile ease global warming. you can help change the climate.
p/s: jom try.. kite tengok sape yang teror.. hehe
Jan 12, 2010
apa yang kamu rasa??
Jan 10, 2010
LIST OF ENVIRONMENTAL THEMED CELEBRATION
Jan 9, 2010
PLANNING
"nape sibuk2 cari mende2 kaitan untuk kawen ni?"
so... jawapan aku...
saje.. saje nak tengok awal2.. nanti kalo last minit.. tak de la terkejut.. hehe
p/s: doakan la jodoh aku dan si dia dipercepatkan.. [family dah bising]
Jan 4, 2010
skola AGAMA Vs BIASA
apa yang aku nak tulis kat sini hanyalah pandangan aku saje.. if aku salah, sila betol kan...
pe yang aku nampak n aku terfikir, sudah masanya sekarang skola2 AGAMA mula melakukan anjakan utk lebih kehadapan.. bukan la aku kate skola agama ni mundur.. tak sumer.. tapi segelintirnye.. ok la, straight to da point.. maksud aku anjakan dari segi akademik.. aku faham, agama membataskan pergaulan antara laki dan perempuan, tp bukan ke kelonggaran diberikan dari sesetengah keadaan seperti belajar? ok fine pisahkan 1 side laki n satu side pompuan, de gak skolah yang pisahkan kelas trus.. (kalo skola tahfiz tu, aku tak amik pusing la.. sebab mmg perlu pun keadaan tu).. masalahnya kokurikulim pun dipisahkan pergaulan.. dlm 1 prsatuan de 2 organisasi.. laki 1, perempuan 1.. Assalamualaikum... kalo cam tu, baik pisahkan skola trus.. tak de la susah payah cam tu..
tak salah mase aktiviti luar kelas ni, diberi peluang utk diorg bercampur.. bukan untuk bercinta, or beramah mesra, tp utk bertukartukar pendapat.. pernah baca tak buku Mars Vs Venus.. penah tengok tak men brains Vs women.. cantiknya ciptaan Allah tu, kenapa kita tak nampak.. mungkin, kalo lelaki dan perempuan diberi peluang utk duduk dalam 1 kumpulan, rasenye lebih banyak yang boleh kite kongsikan.. org kate otak lelaki straight, otak perempuan ni bengkang-bengkok.. mungkin lelaki boleh bagi point, dan perempuan2 ni boleh kembangkan dia.. org kate juga otak laki kreatif, daya imaginasi tinggi, tapi perempuan kecik ckit ruang imaginasi dia.. mungkin org perempuan boleh bg idea, dan laki2 ni boleh merealisasikan menggunakan imaginasi mereka menjadikan ia lebih gempak.. tak cantik ke semua tu??
mereka2 ni tak sedar ke biler perempuan dan laki dipisahkan secara zahir tp hakikatnya keinginan mengatasi segala2nya.. ibarat mereka dipisahkan dengan hanya sekeping cermin, walaupun tidak dapat bersentuh, hati2, tetap dapat berkata2, mata tetap dapat menjeling, senyuman tetap dapat diukir.. buktinya, biler2 pelajar2 skolah agama ni abis skolah, bukan semua masih terus dalam aliran agama, ramai yang mencapah dari bidang asal.. waktu tu mereka akan keluar berjumpa dengan ramai org, dirong gak dapat bergaul.. masa tu, macam2 boleh berlaku.. kalo betol caranya, kenapa masih banayk kes2 khalwat dari kalangan ustaz dan ustazah.. kenapa yang di tangkap basah mereka2 yang pernah ada pendidikan agama y baik.. kenapa mereka2 yang ni jugak hangat bercinta, berpegang tangan, berpeluk sakan tanpa segan silu..
ketepikan soal tu, kite pandang para pendidik dan pelajar2 plak.. dari pengalaman sendiri, aku penah skola agama swasta.. skola berbayar, murid tak ramai, takat berapa kerat.. tp kenapa ustaz-ustazahnye tak cukup masa nak beri perhatian secara individu pd murid2..pikir la.. murid x ramai.. bayar mahal plak tu.. tp diorg.. scr kasar la aku ibaratkan " lantak ko la nak pandai ke idak.. ko nak pandai, ko blaja, kalo ko tak nak pandai, sike ati la, janji aku dapat gaji " tp beza bila aku masuk skola biase.. skola yang bayar yuran tahunan takat bape puluh hnggit tu, ditambah pulak ngan pelajar yang ramai.. (you all tau la camner skola biase kan..) dulu aku.. sumpah la aku kate.. aku mmg bodoh tahap cipan.. math moden tu pun boleh fail.. bangang giler.. tp, disebab kan sorg cikgu ni la.. (10 kredit to cikgu zila.. sampai mati pun aku tak lupe dia) dia still sempat bagi ajar personal kat aku.. siap de mase nak semak latihan math aku tiap2 ari.. dlm mase 6 bulan, aku amik exam, aku dh dapat A.. Add math lps lepas la gak C or D, aku x ingat.. how come? nape diorg boleh.. tp tenaga pengajar skola agama tak boleh??
citer plak pasal student.. nape kena wujudnye masalah "double standard".. aku sedar.. skola aku dulu tu skola berbayar, so.. swasta la katakan.. ramai parents diorg yang studies kat overseas.. in fact dorg sendiri pun ramai yang lahir kat sana.. diorg mewah.. nak dibandingkan ngan family aku.. aku kira bersyukur la.. walaupun tak semewah dirog.. makan n pakai aku kira cukup la.. [bab makan tu terlebih cukup kot.. tu y saiz terlebih cukup.. hehe].. ayah aku bikan jenis yang manjakan anak2 ngan duit.. if you want it, usaha.. but bukan la sgala benda aku kene usaha sendiri.. contohnya, untuk kemudahan pembelajaran, dia bagi la anak2 dia sorg satu laptop.. tp kalo untuk memudahkan anak dia dengan bagi sorg sebijik kete.. never.. ko nak, ko blaja dulu pandai2.. then cari keje.. baru ko beloh dapat kete.. tapi pakai duit ko la.. blaja ayah boleh tanggung.. tu la ayah aku.. itu cara dia didik akan.. terbukti cara dia mmg berkesan.. coz kami adik beradik sekurg2nya sumer dah de degree.. Alhamdulillah.. ok, balik pada citer asal.. oleh sbb hidup aku kat skola tu tak semewah diorg.. diorg pandang andeh kat aku.. sgala mende diorg pandang aku sebelah mata.. macam aku bodoh sgale-galenya.. aku cam kecewa sangat.. ok, aku ngaku, memang aku ni de penyakit 'lemah otak'.. but lemah otak aku tu bukannya menyusahkan diorg sampai aku kene dipandang rendah.. siapa diorg nak menghukum manusia?? penah 1 mase tu.. de sorg pengawas.. dia la cam baik cikit ngan aku.. [lupe nak bagi tau.. act, bukan semua yang berperangai cam tu.. segelintir je.. yang mane2 rase dirog tu terlebih bagus].. mayb dia nak bagi aku peluang.. dia tibe2 nak bagi aku jadi ketua kebersihan surau.. just pastikan surau kitorg tu bersih tiap kali pas solat n pastikan petugas2 melakukan tugas.... tu je pun.. tibe2 de la sorg student ni [dia ni la yang paling anti ngan aku.. prasan bagus terlebih la.. dia salu rase dia lebih baik dari aku.. kebetulan kitorg 1 dorm.. dia slalu rase dia lebih kaya dr aku walaupun dia hanye slalu berbangga ngan volvo buruk dia tu.. dia slalu dia lebih pandai dr aku even dia cume dapat markah lebih 1 or 2 point dari aku.. dia slalu rase dia lagi cantik dari aku walaupun dia same besar ngan aku n same gelap ngan aku.. penah skali org kate idung dia besar.. dia blh kate kat org tu idung fiza la besar.. memang nyampah giler la].. dia blh kate kat pengawas yang nak bagi aku tugas ni.. "boleh ke fiza tu wat keja.. cam tak caye je dia boleh wat.." helooooo... aku tak hadap pun nak jawatan tu ok.. aku lagi suke tak de keje yang perlu dibuat.. then selain tu banyak lagi kes2 aku ngan orang lain.. sumpah, kat skolah tu memang aku kawan ngan bebudak yang nakal2 je.. sebab diorg je yang paham pe yang aku rase.. you all skola agama tau.. patut lebih faham tentang adap sesama orang sekeliling.. adab sesama kawan.. adab sesama orang islam.. you all blaja kitab tauhid, kitab fiqh.. kitab akhlaq.. dalam bahasa arab lagi.. you all de pengisian usrah.. ceramah tu.. ceramah ni.. tp pe yang you all dapat dari tu sumer?? kena de rase dengki n iri hati ngan kawan? pandang rendah ngan kawan2? ngumpat, mengata.. wake up la.. patutnye you all lagi tau adab..
but different bile aku masuk skola kerajaan.. the students are so nice.. diorg baik sesangat.. maksud aku nakal2 diorg, diorg tak de penyakit 'PHD' macam budak2 skola agama ni yang suke mengata belakang orang.. diorg jaga relationship diorg.. even aku dok dorm ngan budak yang agak giler2 cikit.. tp aku tak penah terase hati even sekelumit rase pun.. memang memula aku tak de kawan.. tapi lepas tu, diorg ok ngan aku walaupun memula tu aku cam de kejutan budaya cikit.. diorg letak kepercayaan kat kawan2 diorg even diorg baru kenal.. aku rase cam diorg yang blaja adab2 tu sumer walaupun zahirnya diorg tak penah blaja pun.. then berkait ngan citer math memula tadi, dalam pada cikgu aku bagi private tutor kat aku, dia gak lantik sorg private tutor untuk aku balaja kat hostel.. act dia lantik nani.. but tibe2 si eira (my best frend) bria2 nak ajar aku.. so, eira ni la yang rajin ajar aku sampai aku lh wat calculation congak.. punya la semangat setia kawan diorg ni.. kalo de wat mende blakang cikgu pun, sumer cover baik punya.. tak de tali barut pun.. [act de gak sebenarnye sorg dua.. tapi tak jadi kudis pun]..
entah.. act bukan aku kate sumer skola agama buruk n skola biase baik.. tp cuba kite fikir apa yang akan jadi kalo kita gabungkan elemen2 yang baik tu jadi satu? tak ke akan jadi satu mende yang indah.. kite blaja kat skola agama.. terapkan ilmu2 agama.. bagi peluang pada pelajar untuk bersosial dari segi yang baik, disamping tu kawal diorg.. [pe guna tiap persatuan or kelab cikgu jadi guru pembimbing tp tak pantau langsung kegiatan pelajar setiap kali waktu persatuan.. yang cikgu2 ni tau dok dalam ofis, wat keje lain, xtau kegiatan student].. supaya diorg tak de kejutan budaya kelak.. cikgu2 pun bagi 100% kepada pelajar.. bantu pelajar2 yang lemah.. singkir sikap penyakit PHD tu dalam diri pelajar2.. tanamkan dirog semangat setiakawan.. mesti skola tu nanti dihormati ramai..
aku tau, bukan senang nak mendidik.. aku pun penah ade pengalaman dalam mendidik walaupun sementara.. tapi, melalui pengalaman aku yang cikit tu la dan dicampur2 ngan pengalaman kawan2 dan adik beradik aku tu yang menjadikan aku untuk fikir tentang masalah ini.. jangan la lahirkan lagi ramai pelajar sekolah agama yang macam aku ni.. maksud aku, aku dah tak berapa nak percaya dengan diorg2 yang berbackground cam ni [tengok org jugak la.. kalo diorg mmg ilmuan agama, kenapa tidak untuk mempercaya diorg, maksud tak percaya tu pada sesetengah org yang aku tak selesa].. udahnya aku lebih selasa menjadi org 'biase'.. mungkin org2 y rapat ngan aku faham pe maksud aku..
p/s: jika ada pembaca yang terlibat dalam entry ni, saya minta maaf dengan kata2 saya.. ini hanyalah luahan yang terbuku dihati.. if de yang rase tak puas hati, boleh la kita berbinang secara rasional..