Showing posts with label insyirah;. Show all posts
Showing posts with label insyirah;. Show all posts

Apr 2, 2013

Dating day

Assalamualaikum

Pja dapat idea dating day ni dari kak lia.. dia tak letak nama dating day pun.. pja je yang letak.. hikhikhik..
psssttt... seriusly, pja memang admire kemesraan keluarga kak lia.. antara anak-anak dia, antara suami isteri.. walaupun dia tak cerita detail pun kat pja, tapi dari cerita-cerita dalam blog dia yang sikit tu pun rase bahagia sangat.. orang kata, yang baik tak salah jadikan panduan kan..

Kita ni bila masing-masing bekerja sebenarnya masa untuk keluarga jadi kurang.. nak-nak kalau weekend pun ada tanggungjawab lain.. walaupun sebumbung masing-masing rasa jauh.. betul tak.. pagi bangun pergi kerja, balik dah lewat, dia dengan kerja dia, kita dengan kerja kita.. sampai masa tido.. kurang cakap, kurang gelak tawa.. seriusly, pja rindu sangat gelak tawa abang yang dulu.. yang gelak tu hanya untuk kita berdua.. (stop kejap, air mata tak boleh berhenti).. kalau dulu pja cakap kenapa la berjalan tak bawak anak sekali.. sekarang pja dah paham ape kepentingan menghabiskan masa berdua tanpa anak-anak sekali sekala..

Actually dating day ni dah 2 bulan tertangguh disebabkan hal-hal tak boleh elak.. Alhamdulillah semalam dapat juga pergi.. tak pergi jauh pun, setakat tengok wayang, main bowling walaupun asyik la masuk longkang.. gelak-gelak.. jalan berdua pimpin tangan.. sweet sangat ok.. Terima kasih abang... (ok.. air mata gedik seorang perempuan mengalir lagi...) petang tu baru amik insyirah awal dari rumah mama then kami pergi jalan-jalan kat taman tasik cyberjaya.. layan sikecil pulak..

Gambar ayah dengan ibu letak kecik cukup la.. hehe..
Siap buat tangan cam tu then cakap "hah.. hah.. tak tahu..."
Thanks kak lia juga.. walaupun kak lia tak suruh pun, tapi idea tu sangat bagus..

nota kecik : pergi tengok wayang cerita G.I. Joe.. boleh pulak layan sedangkan tak berapa minat.. pastu tengok ada the rock terus suke.. haha.. antara pelakon cerita aksi yang pja minat Dwyane Jonhsan & Vin Diesel.. 

Updated :  Pergi dating tu tak perlu selalu.. kalau ada masa sebulan sekali, klo tak de mase, 6 bulan sekali pun tak pe.. janji ada masa untuk bersama pasangan.. bukan lepas berjalan tak bawak anak.. cuma sekali sekala perlu bagi ruang privasi untuk hubungan suami isteri.. betul tak?

Feb 6, 2013

Suka Duka Breasfeed #11 - Rezeki Insyirah

Assalamualaikum..

Biler cerita pasal rezeki Insyirah, sedih sangat rasenye.. dah berbulan-bulan ibu kais pagi makan pagi.. sampai tahap dah usha-usha susu tepung yang bakal diberikan pada Insyirah.. biasanya ibu bekalkan 3oz x 5 botol dekat mama.. tapi kadang-kadang ibu skip jadi 4 botol je.. kesian Insyirah..

Macam-macam ibu cuba.. set shaklee tu pun pada mulanya serasi dengan ibu.. lama-lama tak de kesan apa-apa pun.. sedey sangat-sangat.. power pumping pun selalu je ibu buat dekat ofis.. 1-2 jam.. macam itu juga hasilnya.. kadang-kadang jadi feedup.. tapi bile tengok insyirah DF dengan ibu dengan penuh semangat dan dengan muka yang tersangat lazat.. ibu gagahkan juga..

Tapi lately ni ibu macam terkejut.. sebelum ni, 1 sesi pumping ibu cuma dapat 2.5-3 oz je..tapi sekarang ibu dapat 4-4.5 oz sekali pumping..

Hasil 3 kali pumping di ofis...

Ibu rase seronok sangat.. dah 2-3 hari jugak la ibu dapat hasil macam ni.. seminggu yang lepas dapat 3-3.5 oz tiap sesi pumping.. ibu pun tak tahu macam mana boleh berlaku.. yang pasti ibu tak perlu lagi skip sebotol susu insyirah untuk hantar ke rumah mama.. dan pagi tadi ibu dapat simpan spare 2.5 oz untuk kesekian kalinya after 4 month.. dalam tempoh tu, ibu langsung tak dapat buat stok... Syukran Jazillan Ya Allah...