Jan 31, 2010

Personaliti Anak Ke-2

Salam...
hari ni, aku tibe-tibe aku terase nak tulis entry yang bertajuk sindrom anak kedua nih.. aku tahu, ramai dah talk pasal tajuk ni.. even dalam blog ataupun dalam mana-mana forum.. tapi entah la, aku terasa macam nak kaitkan ape yang aku baca dengan kisah hidup aku sebagai anak ke-2.. then aku rase entry kali ni comfirm berjela-jela.. terpulang la korang nak baca sampai abih or tak... hehe

aku rase mungkin entry aku kali ni mungkin akan menarik perhatian parents yang mempunyai masalah sindrom anak ke-2.. mungkin juga kaum keluarga yang mempunyai masalah dengan anak ke-2.. mungkin juga dapat tarik perhatian anak ke-2 tu sendiri.. dan yang terakhir mungkin akan menarik perhatian para kekasih yang mempunyai pasangan anak ke-2..

ok, berbalik pada apa yang aku dapat based on yang info yang aku dah baca.. anak kedua ni degil, fleksibel, berdikari, unik, memeningkn kepala org tua, suke memberontak, baran, then yang paling worst sekali boros.. haha.. semua negatif kan... teruk sangat ke anak ke-2 ni?

aku anak ke-2 dari empat orang adik-beradik.. aku de kakak, aku of course la pompuan kan.. bawah aku 2 orang adik lelaki.. dari kecik aku agak slow banding adik beradik aku yang lain.. aku agak selalu dibuli oleh adik bawah aku.. aku ade terbaca, anak kedua akan suke buli adik dibawah dia.. tapi kenyataan tu macam terbalik pulak.. kakak aku pandai.. always straight A.. AKU?? selalu top 10 dari BELAKANG.. haha.. report kad aku selalu merah.. mak ngan ayah bukan jenis manjakan anak-anak dengan cara melayan saje semua kehendak anak.. tetapi, mak ngan ayah ajar kami untuk berusaha dapatkan apa yang kami mahu.. so, disebabkan kakak selalu berjaya, dia always dapat hadiah macam-macam dari mak ngan ayah..

aku seorang pelajar yang agak slow.. kiranya kalo ke utara dari KL, orang dah sampai perlis, aku baru terkedek-kedek nak habiskn perak.. mungkin kesan semasa aku dilahirkan.. pasal apa, rasanya tak perlulah aku cerita, coz akan keluar topik nanti.. hehe.. klo nak tau juga, nanti tanye la kat aku sendiri....

bile kakak seorang yang pandai dan mak ngan ayah pulak jadikan dia anak harapan, aku mula rase tersisih.. ditambah pula mereka lebih manjakan adik-adik.. dengan alasan mereka masih kecik.. kalo semua orang kene belajar basuh pinggan sendiri, mak tak marah adik-adik, tapi mak akan kate, "diorang kecik lagi, lelaki.. biasa la.. basuh pinggan kan keje orang pompuan.." aku betol-betol tak dapat terima alasan tu.. aku juga tak mampu bersuara, aku tak mampu beri idea.. bagi diorang idea aku kurang bagus.. sejak tu aku tak sabar nak besar dan nak hidup diluar, jauh dari keluarga... paling aku tak boleh lupa, aku la anak yang paling nakal.. aku penah kene tampar sampai pecah bibir sebab tipu ayah.. aku penah kene sebat dengan tali pingang sebab bawak adik keluar main dan balik mase maghrib.. ayah penah tak cakap ngan aku selama smiggu sbb aku pergi KL tanpa pengetahuan dia.. korang bayangkan, aku tak penah pergi KL seorang diri, tp mase tu aku berani bawak kawan aku naik bas untuk pergi KL... tapi kami selamat balik.. kalo aku gaduh ngan adik aku, aku juga yang kene.. alasan, aku lebih besar..kirenya aku rase aku la juara rotan dalam rumah tu.. bukan tu saje, mase tu mak suke banding-bandingkan aku dengan anak kawan dia..

bagi pucuk dicita ulam mendatang, aku dapat masuk asrama mase since form 1 lagi.. mase tu, aku terlalu gembira.. aku tak sebumbung dengan adik-adik aku.. but, tak sangka, makin lama aku semakin tertekan sbb sekolah tu de "double standard" aku mula rindu nak balik.. mase cuti sekolah after form 3.. aku dah mula hilang tujuan.. aku tak nak masuk sekolah tu lagi.. dalam mase yang sama ayah pakse aku masuk teknik.. aku menangis-nangis tak nak masuk.. even ayah masukkan kat teknik yang paling dekat dengan umah, aku still tak boleh dok umah, even merayu-rayu untuk dok umah, ayah tetap pakse dok asrama.. ayah terlalu harapkan aku ikut jejak dia untuk masuk aliran teknik after kakak tak nak masuk aliran teknik.. in fact, ayah rase aku lebih layak amik aliran tu banding agama atau sains bio..

dua tahun dekat sane... pelajaran aku jauh lebih baik banding dulu.. aku mula seronok.. walaupun keputusan aku bukan la ditahap yang membanggakan.. tapi bagi tahap orang yang otak dia slow macam aku ni, tu satu yang membanggakan.. yang paling penting, aku berterima kasih sangat dekat ayah..

semase cuti SPM, skali lagi aku rse tertekan dengan keadaan rumah.. aku sudah pandai keluar rumah dengan kawan-kawan.. aku rimas duduk rumah menghadap adik aku.. aku rimas bila kakak aku selalu membebel dekat aku.. aku rimas bila semua orang menuding jari dekat aku.. skali lagi juaga aku berazam utuk pergi jauh dari rumah.. ditakdirkan aku dapat sambung diploma dekat perak.. aku terus gerak.. aku tak pandang belakang langsung.. aku rase matlamat aku semakin tercapai.. aku hendak duduk jauh dari keluarga..

3 tahu aku dekat sana, membuatkan diri aku semakin neutral.. aku mula terima keluarga aku seadanya.. cuti 6 bulan membuatkan aku mula nak menjadi diri aku kembali..aku rase rendah diri bile setiap kali jumpe saudara mara, balik-balik citer pasal kakak aku yang dah jadi doktor gigi tu.. pasal adik aku yang dah masuk UKM amik akauntan tu.. dan pasal adik aku yang tahfiz tu.. aku???? apa la yang nak dibanggakan kalo setakat masuk poli..tapi diorang tak sedar ke selama ni aku la yang ikut rentak diorang.. ayah harap kakak masuk aliran teknik.. tapi dia taknak, ayah lepaskan.. ayah soh adik pi USM, adik taknak ayah lepaskan juga.. adik yang bongsu ayah ikut kehendak dia.. tapi aku???? ape yang aku dapat selepas aku ikut cakap diorang.. adik pun dah mula rase dia lebih bagus dari aku.. dia dah mula hilang hormat dengan aku..

mase tu naluri remaja aku ditahap kemuncak.. aku tak lagi berkongsi cerita dengan keluarga.. bagi aku kawan tempat terbaik untuk mengadu.. aku mula cari kekasih untuk berkongsi segalanya.. aku kene kuatkan semangat untuk berdiri atas kaki sendiri.. aku kene berdikari.. tak de sape yang boleh tolong kalo bukan diri aku sendiri.. sebenarnye mase tu aku dah bosan untuk belajar memandangkan aku tak la sepandai mana.. tapi sebab iri hati dengan adik beradik.. hanya diorang yang ditonjolkan, aku mula kehadapan setapak lagi dengan sambung belajar dalam peringkat degree pula..

disebabkan diarang pandang rendah dekat aku, aku jadi kuat.. sebab diorang rase diorang hebat, aku jadi bersemangat.. biar pun berjuta-juta titis air mata yang keluar, aku tetap akan simpan dan takkan sesekali tunjukkan kelemahan aku.. aku benci bile orang kesian dekat aku.. aku benci orang bersimpati dengan aku.. aku benci orang terasa beban disebabkan aku.. sebab tu juga aku rimas berkawan dengan orang yang suke menagih simpati mencerita kan segala kesusahan dan kelemahan mereka yang tak seberapa tu..

sekarang.......................
aku berjaya dapatkan segulung ijazah even blom konvo..
ayah mula harapkan aku sejak kakak aku berkahwin dan duduk jauh dari keluarga di terengganu..
ayah mula jadikan aku anak harapan setelah anak lelaki sulung dia mula sedikit demi sedikit mengguris hati dia..
emak mula cari aku atas segala hal..
mereka mula letak harapan atas bahu aku setelah setelah sekian lama aku harapkan apa yang aku yang dapat sekarang...
paling penting, aku selalu menangis ++ bersyukur ++ gembira dengan apa yang aku ada sekarang.. tanpea pengalaman ni semua, aku tak kan berada pada tahap ni..

aku sangat gembira........
bila ayah kata:
"nanti ko beli la tanah, buat rumah.. nanti boleh jadikan rumah tu tempat berkumpul.."
mak kata:
"kalo ko beli rumah siapkan sebuah bilik untuk mak duduk.. dekat bawah, senang mak nak bergerak n selesa"

korang tak rase ke, tu satu perhargaan untuk aku...?????
InsyaAllah aku berazam untuk realisasikan impian diorang... hanya untuk Mak ngan Ayah aku yang dah bawa aku kedunia ni...

anak ke-2 bukan la seburuk yang disangka.. mungkin sikap suka memendam rase yang membuatkan kami sukar untuk ditafsirkan.. kami rase seperti tiada tempat untuk meluahkan rase yang terbuku dalam hati kami.. sebab tu kami lebih selesa menyelesaikan segalanya dengan cara kami sendiri.. kami perlu berdikari
kami tidak baran.. tetapi kami perlu tegas supaya kamu semua tidak nampak kelemahan kami.. kami ego, supaya kamu juga sedar adanya kami disini dan akan rase terhina jika kamu memandang rendah pada kami..
kami boros??? kenapa anak-anak manja tu boleh dapat tanpa diminta tapi kami perlu meminta.. akhirnya kami dilebelkan sebagai boros...
kami dipandang negatif, tetapi ingatlah semua.. negetif itu la yang mempositifkan kami...

p/s: apa yang ditulis hanya lah dapi pandangan mata dipenulis.. sekiranya ada salah dan terkasar bahasa, harap dapat menegur dan penulis akan cuba untuk berbaiki diri.. penulis juga antara yang mengalami masalah sindrom anak ke-2, tetapi bukan disebabkan oleh kehamilan yang tidak disengajakan.. kerana kehadiran penulis amat dialu-alukan dalam keluarga kerana jarak umur antara penulis dgn kakak jauh beza.. mungkin penulis mengalami masalah ini kerana mempunyai masalah rendah diri yang teruk dan suka memendam rase.. eksklusif dari penulis kerana berjaya meluahkan rasa hatinya...

13 comments:

Anonymous said...

saya setuju.. kita selalu memendam rasa..
kita bukan baran.. tp kita tegas sbb xbg org pijak kepla n..
kiata ade prinsip...

Anonymous said...

setuju jgk..sbg anak kedua, sensitif dan suka memendam rasa..suka selesaikan masalah sendiri..

Anonymous said...

Aku pun anak ke-2...stuju..aku memang selalu disisihkan dari kecil lagi...dan yang paling aku tak dapat lupakan bila ayah aku say somthing yang tak dapat aku lupan sampai ari ni..aku tak sangka dia boleh cakap macam tu...terkedu aku dengar..walaubagaimanapun sekarang aku belajar tuk jadi lebih positif n berlapang dada...aper pun aku still hormatkan dorang as my parents..dan yang paling aku geram..aku yang dipandang hina sejak dari kecil..kini aku lah yang menanggung keluarga aku...bukan nak bangga..tapi aku kesal kenapa anak2 yang dorang lebih sayang..lepaskan tangan??? seolah2 aku nie anak sulong lelaki dala keluarga...!!!!!!! sekarang aku berdoa supaya aku cepat bertemu jodoh..supaya aku ader tempat nak berkasih syang...im so sad till todayy...tapi aku terima ketentuan ilahi aku sebagai anak ke2..dan aku bersyukur terhadap rezeki melimpah ruah yang Allah kurniakan pada ku..alhamdulillah

Anonymous said...

Aku anak kedua,ak baran,n xsuka duk ngan famili.tapi bila dah masuk u, ak sedar kepentingan famli n start ambil berat kt dorang. Tp berbding penulis,ak anak yg paling berjaya dr segi akademik,tp ak byk sift negtif yg menenggelakm sume kjayaan ak. How sad. Kesannya ttap sama. Ak juga terperangkap dlm sindrom ank kedua dlm famili ak. Tp pada kwn2 ak soang yg mampu myerikan suasana,ak sgt hargai kwn ak, n disyangi kwn2. Tp ak gak ego, n suka menang kecuali dipujuk ngan lembut. Cite penulis ni mmg antara cntoh cerita anak kedua dlm hidup sehari2,didikla anak2 ngn baik..jgn bezakn mereka..

P . J . A . A . M . I . R said...

Thank... to all of u.. kite berkongsi perasaan yang sama.. tapi, walau apa pun yang terjadi, mereka tetap keluarga kita y patut kita dahulukan.. pja bersyurkur jadi anak kedua, sebab anak kedua tu yang kuatkan pja selama ini.. good luck to all of u guyz!! semoga perjalanan hidup kita akan sentiasa dirahmati..

justme said...

bt0i2 aku rasa bnda yg sama!!!!

Anonymous said...

kebanyakan cerita ni ada serupa dgn apa yang saya lalui..:)

Anonymous said...

membuatkan saya menangis,bagaikan luahan hati sendiri yg terpendam. thanks, artikel yg tak disengajakn ni dah beri semangat pada sya :')

Anonymous said...

membuatkan saya menangis,bagaikan luahan hati sendiri yg terpendam. thanks, artikel yg tak disengajakn ni dah beri semangat pada sya :')

erica said...

setuju gan penulis...kekdg terasa pengorbanan kita,anak kedua ini tak dihargai langsung!!Yg paling menyakitkan hati,mereka dengki dgn apa yg kita ada dan cuba mendptkan sesuatu yg lbh baik drp kita!!!bg saya pula,kakak saya mmg pendengki no.1 sejak dr kecil lg sampai sekarg.Memandangkan saya sudah berkahwin,dgn anak2 sy sekali dia dengki.sanggup berhabis du8 dgn anak2 saudara yg len sdgkan anak sy diberi benda murah2!!!Bknlah sy hadap sgt dgn du8 dia tp berpada2 la pedajal org!!!kalu time nak minta tolong,pandai pula hipokrit puji anak2 saya...tapi sy bersyukur krn ada 1 kelebihan saya yg dia tiada iaitu..keluarga bahagia!!Dia tidak berkahwin wp usia sudah 40'an...

Unknown said...

Saya anak ke-2. atas saya lelaki sulong. bawah sumer pompuan. saya rasa saya menepati syndrome anak ke-2 tuh. Memberontak, independant, straight to the point. Dan saya rasa anak ke-2 saya jugak berperangai seperti saya. Cuma tlebih advance kerana alatan2x canggih yg sedia ada skrg..mungkin inilah perasaan mak ayah saya masa saya berperangai begitu. Atau balasan Allah mungkin kerana kenakalan saya dahulu.

Anonymous said...

Ank kedua mmg independent..itu saya xnafikan...saya mmg ank kdua...gemar mmendam rasa,independent...lbih rapat dgn kwan2 berbandibg ngn family...mgkn dh lme duduk brasingn ngn family..tp now,saya dh kmbli kpda kluarga sjk dpt transfer keje dekat dgn rumah.dlu,swaktu di asrama,saya prnah ikt prut sbab xde duit nk bli mknn ktika wktu rehat..saya telefon mk saya bgtw nk blik umh ujung bulan..dia tnye ade duit x?saya kate ade rm10..sdgkn saya hnya ade rm2.50 dan duit tu ckup ntuk tmbang bus nk blik cti hjung bln..saye xmahu dwrg susah ati...saya nk dwrg tumpukan prhtian pd kakak n adik2 saya yg lain.now,saya dh bkrja..saya cube ntuk pnuhi ape yg fmly saya mahu...itu mgkn smgt yg dtnjukkan oleh ank no2..;-)

Anonymous said...

SAYA AMIRA.SAYA ANK KE 2 JUGAK.ATAS SY ABG N YG KE 3 ADIK.SELALU JGK KNE MARAH.TAPI X BERANI MELAWAN CUMA PANDAI MEMBENRONTAK N MERAJUK.LAU KERJA SY CEPAT TANGKAP.SUKA WT BISNESS DR SEKOLAH.ANAK KE DUA MEMANG SPECIAL.DEGIL PON YEE.
LAU NK TAU ANK KE 2 NI PALING RAMAI YG BERJAYA.