Apr 17, 2014

Urut Ibu Hamil

Assalamualikum..

Alhamdulillah, pagi ni rasa lebih fresh banding hari-hari sebelumnya.. sepanjang preggy ni la.. yang paling best malam tadi dapat tidur lena walaupun 4 jam je, tidur yang kualiti.. tak ada sakit-sakit pinggul.. sebab apa?? sebab malam tadi dah dapat pergi mengurut!! yeay!! tq so much my lovely hubby.. sebab belanja mengurut siap tolong hantar, melayan kerenah anak dara nak tidur & melepak entah kat mana-mana sementara tunggu isteri kamoo yang banyak kerenah nih.. huhu.. love you so much...

Sebelum ni pja memang mencari tukang urut / mak bidan untuk mengurut lepas bersalin.. masa bersalin kakak insyirah dulu memang mengurut, tapi tak la beria sangat sebab csec kan.. lepas tu mak cik yang mengurut tu pulak sebenarnye tak ada pengalaman sangat pun.. belajar sengkak dari buku je katanya.. after habis pantang tu, semua urat-urat pun tersimpul  la balik.. haha.. bila pregnant kali ni yang terasa benar rasanya..

Cari punya cari, dipendekkan cerita, baru la pja tahu yang sebenarnya ada bidan mengurut ibu hamil.. apa lagi, hati terus la berbunga riang.. pucuk dicita ulam mendatang kan.. ada la 2-3 yang pja jumpa, tapi setelah dipertimbangkan & yang paling senang berurusan dengan maksu, pja pun buat keputusan untuk berurut dengan dia.. mana pja dapat nombor dia?? dari seorang kenalan, lepas tu, terbaca dekat beberapa blog yang mak su ni bagus.. terus la nak urut..

Mak su ni duduk dekat kota kemuning.. mengurut dekat rumah dia.. nak dia datang rumah pun boleh kot.. sebab dia memang mengurut orang lepas bersalin juga.. malam tadi pja pergi, mak su tak sihat, tapi anak dia ganti.. anak dia pun dah boleh mengurut.. katanya ilmu dia turun dekat anak dia tu.. panggil cik nah.. tapi dia ni mengurut campur urutan tradisional & cara moden ni.. sebab dia memang ambil sijil SKM dan pernah kerja dekat spa..

Mengurut ibu mengandung ni terhad sikit.. takat kaki, belakang badan sikit, kepala, tu je la.. mana nak sentuh sangat bahagian perut kan.. tapi sempat juga la mengadu pasal kesakian pinggul kanan yang teramat sangat tu & sejarah jatuh masa anak dara.. rasa sangat miracle bila masa memula baring tu sakit sangat pinggang & pinggul.. tu memang biasa.. malam je memang tak boleh baring terlentang langsung.. after dia selesai urut kaki kanan, terus tak rasa sakit dah.. angkat kaki pun laju je.. macam teruja.. rupa-rupanya dia kata kalau sakit macam ni, kedudukan bayi tak betul.. dia berat sebelah kanan.. urat pinggul tu memang dah tak berapa betul sebab after jatuh dulu tak mengurut, tambah dengan baby lagi, lagi la sakit.. so, dia betulkan kedudukan baby dengan urut kat tapak kaki dan betis je.. owwhhh.. camtu rupanya.. 

Alhamdulillah.. semuanya dah selesai.. dia suruh datang sekali lagi bila kandungan dah 8bulan nak masuk 9 bulan nanti.. dia akan bantu supaya dapat bersalin normal..cerita la juga pasal sebelum ni csec.. dia kata jangan risau.. InsyaAllah nanti mudah je nak bersalin.. hopefully... InsyaAllah.. InsyaAllah.. InsyaAllah.. tibe-tibe rasa macam nak mengurut lepas bersalin dengan dia.. masa kat gombak maybe dengan orang lain..bila balik puchong nak mengurut dengan dia sekali dengan urut penutup..

nota kechik sakit tuttt: cik nak & mak su pesan, badan nak pakai lama, jaga badan, jatuh sikit-sikit tu memang doktor kata tak ada apa, tapi bila tak mengurut, ni la jadinya.. dengan faktor kerja yang lasak lagi tu.. tahan la.. haha.. baik maksu!! saya yang menurut perintah.. cik nah siap bagi tips-tips jaga badan maintain sampai tua lagi tu.. maksu dengan cik nah macam adik beradik!!

*padan la mak & mak cik-mak cik sebelah famlily en.suami nampak macam kuat-kuat je walaupun dah berumur.. sebab diorang memang amalkan urut-mengurut nih..

10 comments:

Anonymous said...

Salam...boleh dapatkan nombor hp Makcik Su ni? Tq.

Anonymous said...

Salam...boleh dapatkan nombor hp Makcik Su ni? Tq.

Anis said...

Salam.bole bg contact no maksu? Email saya eris710@gmail.com

Anonymous said...

salam kak, boleh dapat kan no macik su ni ? camenizyan@gmail.com.
tq kak :)

Anonymous said...

Bleh email ke sy no phn makcik su ni?
Tq.. mimienazllyakma@gmail.com

P . J . A . A . M . I . R said...

maaf sgt-sgt.. ramai rupanya pm by email pd sy nak minta no phone mak su ni..
atas sebab-sebab tak boleh elak, sy mmg dah lama abaikan blog ni sejak lepas bersalan 7bln yg lps.. email pun sy mmg tak alert sbb email google ni mmg create khas utk fb & android shj..
so, sesiap yg nak no phone maksu ni, plz call/sms/wassap/telegram 0126823875 ye..
maaf atas segala kesulitan..
tq.

Elly Khalid said...

waaahhh,,,,bestnya dapat ngurut...sy pun tgh hamil nih...
baru nak msuk 5 bulan, kandungan ke4...adoii..mmg lenguh2 btol urat semua,,,hiihih...
best je dgr cite u..rasa nk pgl tukang urut sekarang...hahahah

Elly Khalid said...

waaahhh..bestnya dpt ngurut...rasa mcm nk pgl tukang urut je skg...hhehe...sy tgh hamil 5 bulan...lenguh2 sengal dahhh nih...alahaiii...

P . J . A . A . M . I . R said...

Maaf sgt2.. blog ni dah bersarang.. hampir setahun lbh.. act no yg sy bg tu bkn no mak su ye.. tu no sy.. ramai yg call/wassap dok panggil sy maksu.. hahaha..
Ni no maksu kota kemuning 0123688704
Maaf sgt2 ye..
Owh ye, blessed beauty confinement pun sgt puas hati..sy berpantang dgn bbc 0162778421 pn mira.. sy letak ni since de juga yg tanya psl pakej lepas bersalin..

P . J . A . A . M . I . R said...

Maaf sgt2.. blog ni dah bersarang.. hampir setahun lbh.. act no yg sy bg tu bkn no mak su ye.. tu no sy.. ramai yg call/wassap dok panggil sy maksu.. hahaha..
Ni no maksu kota kemuning 0123688704
Maaf sgt2 ye..
Owh ye, blessed beauty confinement pun sgt puas hati..sy berpantang dgn bbc 0162778421 pn mira.. sy letak ni since de juga yg tanya psl pakej lepas bersalin..