~~fikirkan sejenak~~
situasi 1 :
kamu tengah duduk dalam kenderaan awam.. then datang seseorang yang lebih memerlukan tempat duduk tersebut. kamu bangun dan cuba berikan tempat duduk tersebut kepada dia. tp, dengan senyuman dia kata,
"eh, xpe..xpe.. dekat je.. tak payah.. awak duduk je.. terima kasih.."
tapi selepas tu. ramai orang lihat kat kamu dengan pandangan yang sinis..
apa yang kamu rasa?
situasi 2 :
kamu duduk dalam kenderaan awam, ada orang yang lebih memerlukan tempat duduk kamu.. tapi kamu mengantuk sangat2 ketika itu..
apa yang kamu rasa?
situasi 3 :
kamu berhimpit2 dalam kenderaan awam, dalam keadaan yang sesak tu ada orang yang ambil kesempatan menggeselkan badan dia dekat kamu..
apa yang kamu rasa?
situasi 4 :
kamu penat-penat beratur, tapi tibe2 ade orang potong barisan kamu tanpa berasa bersalah dengan muka tag terlebih slumber..
apa yang kamu rasa?
situasi 5 :
kamu naik train dari hentian gombak.. tapi, bila kamu naik tempat duduk semuanya telah dipenuhi oleh penumpang2 yang naik dari taman melati (mereka2 ini sanggup berpatah balik semata2 hendak duduk) dengan muka yang sinis.. dan ada juga yang sedang buat2 tido..
apa yang kamu rasa?
situasi 6 :
[bertukar situasi dengan situasi 5] kamu pula jadi penumpang2 dari taman melati.. kamu sanggup keluar awal semata ingin naik train ke gombak dengan harapan dapat tempat duduk.. tp samapi di gombak, operator kata
"train ini tidak digunakan untuk perkhidmatan buat ketika ini"
anda terpaksa turun sedangkan di platform sebelah, penumpang2 lain sedang beratur dengan barisan yang sangat panjang.. akhirnya kamu tidak dapat menaiki train seterusnya.. malah kamu terpaksa mengambil train selepasnya..
apa yang kamu rasa?
situasi 7 :
kamu dah mengantok.. tapi tetap kene update blog kamu.. esok pagi-pagi nak pi keje.. dekat ofis kamu tak boleh bukak internet..
apa yang kamu rasa?
p/s : situasi 7 adalah hanya untuk penulis.. hehe..
No comments:
Post a Comment