Oct 31, 2012

Yeay Yeay!.. mama balik!!

Assalamualaikum...

Bestkan kalau kita balik kerja dengar anak-anak jerit-jerit cam tu.. haihhh.. tak sabar nak dengar insyirah jerit.. haha

Mama??? tibe-tibe! Haha...

Sejak anak-anak babysitter kak ros tu dah berani dengan "mama Syeghah", rajin bebenor jerit cam tu.. kecoh.. tapi ibu sukeeeee... :)

Abang-abang dengan kakak insyirah panggi dia 'syeghah' or 'syeyah'... sweet kan... kalau terserempak dekat tangga sempat diorang panggil pja.. "mama syeghah!!" hehe

Kalau masa tu Insyirah ada sekali, sempat capai kaki or tangan insyirah nak diciumnya... lepas tu jalan-jalan dekat area rumah, de je yang panggil "syeyah!!" famous amos tol anak aku nih.. haih....

Tu yang best duduk dalam satu komuniti yang mesra.. kalau ibu bapa tak kenal antara satu sama lain, anak-anak la yang akan 'kenalkan' kita..

Nota kechik biskut coklat : dekat kawasan rumah pja ni anak-anak memang berkeliaran... Alhamdulillah kawasan ni memang selamat.. kot kalau yang kecik-kecik 4-5 tahun tu main sorang-sorang pun, banyak mata-mata ibu bapa yang lain tolong tengok-tengok kan...


Oct 30, 2012

Hokey Pokey - Sing It! (Teaching Tips)

Assalamualaikum..

Tiba-tiba teringat aktiviti semalam... that time ibu tengah sidai kain.. ayah letak insyirah dalam high chair menghadap ibu.. ibu ape lagi, berborak & menyanyi la dengan insyirah sambil sidai kain tu.... memula nyanyi lagu labah-labah.. dia gelak-gelak.. seronok ok..

Lepas tu ibu nyanyi lagu hokey pokey sambil menari.. mengekek-ngekek dia gelak.. macam seronok sangat la.. sambil sidai baju sambil nyanyi dan menari okeeyyy!! ulang banyak kali pulak tu.. mengah-mengah ibu dibuatnye... lagi seronok bila tengok dia sangat happy dan excited... siap jadikan kain baju tu sebangai pompom..

Nanti kalau ada masa ibu upload video ye.. yang semalam tak boleh buat video.. almaklum la pakai baju tido.. hikhikhik...

Mommies try la.. just learn from thiz video... tak rugi tau.. 


Jangan malu-malu menari depan anak.. tapi malu la menari depan lelaki lain.. hahaha.. 

Oct 29, 2012

Holiday - Swimming

Assalamualaikum...

Tak nak cerita panjang.. tengok la gambar ni.. Peristiwa pada 28 Oktober 2012, Melaka.
 Cepat la ayah... Insyirah nak mandi ni... (6.40am)

Cepat..cepat..cepat...

Seronok sangat sampai nak pegang pelampung sendiri..

Dalam pada takut tu.. muka tetap maintain cool..

sampai terpusing-pusing pelampung dia..

Dah mula nak buat aksi...

Aceceh.. dah seronok dah tu...

Tada.... aksi bebas...

Dah la yah.. insyirah dah penat..

Nota kechik dalam air : Ada video sebenarnye.. tapi tak dapat transfer lagi.. nanti updated ye..

Oct 28, 2012

Holiday

Created with Photoshake for Android

Ade orang tu bangun pukul 7 sebab nak pergi mandi dekat pool..


Oct 22, 2012

Early Childhood#5 Siapa kata kanak-kanak tak ada perasaan?

Assalamualaikum..

Siapa kata kanak-kanak tak ada perasaan? Hye.. kanak-kanak ada perasaan tau.. hangin betul pja kalau tengok orang layan kanak-kanak macam tak tahu apa-apa.. dia lagi bijak dari kau sebenarnye tau tak..

Haha.. tibe-tibe masuk entry dah hangin-hangin... ok, cool down...

Sebenarnye pja sedih sangat bila insyirah dah pandai merajuk... See.. bayi 9 bulan pun dah pandai merajuk, terasa, sebagainye.. semua gara-gara ibu jarang dengan insyirah selama 3 minggu berturut-turut.. ok.. air mata nak bergenang sekarang..

Memula 1st week dia ok je.. senyum-senyum.. seronok-seronok.. masuk minggu ke-dua dia panaskan enjin mengada-ngada dia.. lagi pun ayah ada.. dia cool down sikit.. masuk je minggu ke 3 ni, dia mula tak nak salam ibu, bebel kat ibu, ibu panggil tak pandang.. ibu amik dari mama dia tak nak, tak layan ibu.. bukan nak nangis dah sekarang ni.. rasa nak melalak je terus dah hah..

Kenapa dia jadi macam tu?
"Sebab selalunya insyirah rasa ibu bagi perhatian penuh dekat insyirah.. sabtu dan ahad ibu de main sama-sama.. tapi sekarang ibu dah macam tak layan insyirah.. balik kerja lambat.. kat rumah pun dah tak layan insyirah, sibuk masak & buat kerja je.. lepas tu sabtu ahad hari cuti pun ibu tak de.. tinggalkan pulak dengan opah.. ibu balik, main kejap je lepas tido.. insyirah nak main dengan ibu...."

Itu la perasaan dia sebenarnya.. sedih tau.. nak-nak ibu pergi belajar pasal ilmu childhood, pastu balik rumah anak ibu jauhkan diri dari ibu... sedih yang tak terkata... bila ibu borak-borak tanya kenapa insyirah tak nak kawan dengan ibu? walaupun dia tak dapat sebut dengan perkataan, but bubling dia ada intonasi marah, tak suka, sedih, kecewa bila ibu tak beri perhatian yang cukup..

Tiba-tiba terpikir pasal kanak-kanak yang ibu bapa tak hiraukan mereka.. sedihnya... ini ke yang korang kata kanak-kanak tak paham apa-apa.. orang suka marah kata.."kau budak lagi, kau tahu apa????" Ya Allah.. jahilnya...

Nota kechik : Teringat peristiwa sorang maksu yang muda belia ni marah-marah anak buah dia menjerit-jerit dari tingkat bawah samapai ke atas boleh dengar.. yang mak dia pulak boleh biar je tercongok dalam rumah.. meremang.. rasa nak tampar je mulut mak su dia tu.. pujuk baik-baik tak boleh ke???

Senyum sampai ke telinga

Assalamualaikum..

Semalam dua kali tersenyum sampai ke telinga atas jasa pemberian 2 orang lelaki yang terpenting dalam hidup pja... 

1. Pja buka peti ais semalam, pja berjaya kumpulkan balik susu insyirah sebanyak 9 botol dalam masa dua hari atas pemberian duit oleh en. suami untuk membeli set 3m Shaklee..

Alhamdulillah kerana Allah mengizinkan shaklee jadi penyebab untuk susu pja bertambah.. Syukran Ya Allah.. sedangkan baru jumaat lepas, pja menangis bila tengok peti ais kosong bila nak bekalkan susu pada insyirah..


Sebelum ni pja pernah dah try shaklee.. memang serasi dengan pja, but pja try untuk supply and demand dan seboleh-boleh tak nak bergantung pada produk..


But now, terpaksa juga amik balik sebab dah tak ada susu langsung dalam simpanan.. Alhamdulillah dengan izin Allah, bila pja makan shaklee ni, pja akan rasa lebih bertenaga dan tenang even tengah buzy.. that's why pja dapat pam dengan tenang dan hasilkan susu.. walaupun hasil tak double.. dapat menyimpan walaupun 1 hari sebotol pun jadi la.. kan..kan..


2. Pja balik dari kelas semalam, ayah bagi paper beg berisi Smartphone Samsung... free ok... bukan claim balik..

My lovely sony memang sakit-sakit dah lame.. one of the button pun memang dah lumpuh sebenarnye.. dan dah berapa kali nak tukar, but tak menyempat-nyempat.. 

So, cadangnye end of thiz year kan dapat bonus.. nak tangkap la Samsung SII ke.. or Samsung Note.. tapi Allah nak pja simpan duit pja tu untuk sesuatu yang lebih penting mungkin... Allah gerakkan la hati ayah untuk bagi pja Samsung Galaxy Ace Plus.. ok la dari kene keluar 1-2 k duit sendiri kan.. Ayah beli phone tu kembar 3.. asalnya just nak beli untuk haziq.. but kata mak, tiba-tiba dia tambah lagi 2, satu untuk mak dan satu untuk pja.. 

A million thank you for both of you en. suami tercinta dan ayah tersayang... Terima kasih daun keladi... esok-esok minta lagi.. haha.. just kidding ok...

Oct 17, 2012

Early Childhood #4 Main Peranan

Assalamualaikum..

Untuk topic early childhood ni sebenarnye pja dah hutang korang lebih dari 3 topik.. yang hari tu pun tak habis lagi.. sedangkan kursus pja dah 4 hari berlalu.. ada lagi 13 hari.. waaaaa... berusaha!!

Cerita pasal main peranan ni, bukan tentang kita ni kene main peranan.. tapi tentang salah satu aktiviti kanak-kanak yang sangat bagus untuk develop perkembangan bahasa terutamanya, sosio-emosi dan kognitif..

Dulu pja tengok kitchen toy, mashing machine toy, and etc semua tu.. pja pikir macam nonsense je beli.. dah la mahal.. main kejap je dah membazir..

 
Kitchen toy
Laundry toy

Doctor toy


Tapi sebenarnye, mahal-mahal dia, hasilnye lebih mahal tau.. bukan suruh main saja-saja... tapi untuk perkembangan yang pja sebut diatas tadi... kita main la dengan dia.. tukar peranan.. dia jadi doktor, kita jadi pesakit, dia jadi emak, kita jadi anak.. secara tak langsung kita dapat kawal topik perbualan.. try ok!..

Oppss.. jangan lupa, kalau nak beli mainan kanak-kanak pastikan de logo MC tau!.. jangan beri sebarangan.. kalau kita bagi juga maksudnya kita dedahkan bahaya pada anak kita..



Oct 15, 2012

Buku dan Voucher buku...

Assalamualikum..

Buku??
wahh.. my feberet... mase zaman dolu-dolu ececeh.. macam la dah tue sangat.. haha.. tersangat suka la beli buku.. anytype of book.. kalau zaman blaja dulu, tak suka fotostat-fotostat ni.. tak de feel... haha.. tapi bengapnye camtu gak...

Since pja tengah aktif in early childhood ni, banyak yang syorkan tajuk-tajuk buku yang bagus.. antaranya buku Tarbiyyatul Aulad, Penjagaan kanak-kanak, and etc... sangat banyak dan harga nya pun.... ermmmm. menjilat jari.. tapi tak semua la nak beli.. tengok yang agak-agak membantu je la..

After beberapa calculation, rasanya pja perlukan 5 buah buku dengan kos hampir rm400.. mak aaaaiihhhh... mana nak cekau duit...

Tiba-tiba tingggggggg!!!! idea pun datang.. hold dulu la buku-buku ni... nak tunggu voucher my husband....!!!
kihkihkih... dapat RM250... lebihnya boleh topup...

Mende ni akan jadi sumber rezeki kami suatu hari ni.. so dia kene bagikan.. kene support juga... haippppp!! kalau tak bagi, nanti rotan karang... hehe...

Oct 9, 2012

Produk kuruskan Badan

Assalamualaikum..

Sekarang ni banyak sangat dapat emel.. 
"minum la air banyak, baik untuk kesihatan.. pong pang..pong pang.." in the end jual produk...
"kene bersenam jaga kesihatan, jaga pemakanan.. pong pang..pong pang.." in the end jual produk juga..

Bosan ok!!!

Ni semuanya bisness semata-mata.. memang produk tu boleh menguruskan, tapi bersyarat!!
"You all kene ikut diet kami, kene ikut rutin kami dan paling penting beli produk kami...."

Sapa orang berbadan besar kat dunia ni yang tak teringin nak kurus? cer cakap? tak da punya la.. sekelumit pun sure ada punya.. tapi berbalik juga pada situasi.. kalau dah produk beratus-ratus nak kene habis sebulan, takkan nak pandang sebelah mata.. lain la kalau orang yang sanggup membeli tu samada dia memang tak ada tanggungan yang lebih penting atau memang duit dia dah berlebih-lebih sangat sampai tak tahu nak pergi ke mana.. 

So, sesiapa yang ejen tu, sila la paham keadaan keadaan pengguna.. tak payah nak paksa-paksa orang dok beli produk korang..

Andai kata 1 tin RM150 utk 2 minggu, sebulan dah RM300.. semata-mata nak kurus!! baik masuk dalam tabung pendidikan anak.. kurang-kurang dia boleh guna untuk dia belajar.. kot kalau kurus boleh ke pja tanggung belajar insyirah dengan kurus pja ni.. 

Pja yakin, ramai kat luar sana yang teringin nak minum-minum ni tapi keadaan kewangan tak cukup kan.. meh pja ajar cara yang senang dan jimat.. pja pun tengah buat.. 

1. Minum air dengan banyak.. (3-5 liter ikut berat badan)
2. Elakkan nasi atau makanan berat pada waktu malam
3. Makan malam sebelum jam 7 ptg.
4. Sarapan dengan minuman kesihatan buatan sendiri
5. Rajin-rajin la bersenam (tang ni mmg fail.. tapi sekarang pja banyakkan naik tangga je dalam ofis.. lepas tu rajin-rajinkan diri berjalan dalam ofis)

Bahan-bahan:

Susu Skim (boleh didapati di Mydin jenama Sunlac)
Epel Hijau
Batang saderi

Cara-cara :

Blender je semua baha-bahan tu tadi dan sedia untuk diminum

Tips* Lebih sedap diminum dengan air sejuk pada waktu sarapan dan waktu makan malam.. Kenyang tau..

Nota kechik  kurus molek: Pja dah start tak makan nasi pada waktu malam.. nasib en. suami pun nak join sama.. bleh sihat..

Oct 4, 2012

Ikan Puyu

Assalamualaikum..

Mode : orang bandar kagum tengok ikan puyu

Ada sebuah kisah.. terjadi selepas sepasang puyu dipisahkan dari rumah mereka... si jantan kekal di rumah penuh batuan warna-warni manakala si betina di pindahkan  ke dalam rumah yang mempunyai tangga, pokok serta jambatan bersama-sama sang kura-kura...

Setelah beberapa jam dipisahkan, kelihatan seperti sang kura-kura yang lebih besar dari si betina mahu menerkamnya.. berlari-lari ketakutan lah si betina tersebut.. Dek kerana terlalu mencintai si betina, maka si jantan pun melompat-lompat dengan harapan agar pintu rumahnya terbuka untuk pergi menyelamatkan si betina..

Malangnya, apabila si jantan berjaya meloloskan diri dari pintu tersebut, si jantan terdampar di atas lantai dan hanya dapat merenung dari jauh si betina yang ketakutan dikejar sang kura-kura..

Tiba-tiba datang seorang wanita muda.. si jantan cuma menjerit meminta bantuan, malangnya wanita muda itu takut dan terus keluar.. sejam kemudian datang pula wanita tua.. lalu wanita tersebut mengangkat si jantan masuk semula kedalam rumah puyu.. Akhirnya usaha si jantan menemui jalan buntu untuk menyelamatkan si betina..

Dengan kagumnya wanita muda ini berkata... 
"Eh.. ikan tu hidup lagi eh.. tadi tolak-tolak dia ingatkan dah mati.. tak gerak-gerak pun.."
Lalu wanita tua itu berkata..
"Ikan puyu boleh idup lama la..."

wahhhhh.. kagumnya... orang tak pernah tengok ikan puyu since 0-26 tahun la katakan...  haha...

Nota kechik bedtime story: Dah macam cerita kanak-kanak la pulak... 

Oct 3, 2012

Solid Food #2 tekstur



Assalamualaikum..

Bercakap pasal tekstur makanan ni, setiap ibu-ibu ade cara masing-masing.. tak kira la nak blender ke, nak tapis ke, nak lenyek ke, nak tumbuk ke, nak cincang sekali pun.. tak de masalah pun.. janji makanan tu sesuai dengan umur anak, berkhasiat dan dia suka nak makan.

Ada yang bertanya, tak susah ke nak lenyek-lenyek atas tapis tu?
Jawapannye : TAK...

Percaya la.. untuk anak.. kalau bende susah sikit pun kita tak kan rasa susah... pja tak pernah rasa susah sebab bila lenyek kat tapis tu je dia akan makan banyak.. seolah-olah dia kata "sedapppp la ibu..."

Macam yang pja mention sebelum ni dalam entri Early Childhood.. pja lebih suka ikut KEPERLUAN INSYIRAH banding keperluan pja sendiri.. sebab tu dalam bab tekstur makanan ni, pja suke follow kehendak Insyirah..

Masa mula-mula introduce solid food memang pja blender.. sampai halus.. after few weeks dia dah refuse.. kalau suap tu, tak sampai 1/3 sudu yang masuk dalam mulut dia.. sikit sangat kan.. then pja blende kasar sikit.. itu pun tak lama.. lepas tu dia buat balik perangai tak nak makan dia tu.. sampai la ade yang cadangkan guna tapis.. then dia makan sangat banyak.. suke sangat tengok dia makan.. sampai tido-tido.

Makan bubur sampai tertido.. penat sangat tu.. yang nampak mulut dia je tu, belum tangok tangan dia yang berlumur dengan nasi..

Same as kepekatan bubur yang pja buat.. memula macam air yougurt, lepas tu macam yougurt.. sekarang ni pekat lagi sikit.. ikut kehendak dia la.. ala, kita sebenarnya boleh tahu, dari cara dia makan.. kalau dia makan banyak, laju je, means dia suka la.. kalau tiap kali makan main-main, juih-juih balik, siap menyembur tu maksudnya dia tak suka la.. tapi dalam masa yang sama still kawal pemakanan dia apa yang boleh dan tak boleh..

Lagi satu.. pja lagi suka masak bubur tu malam-malam.. campak-campak je semua bahan dalam slow cooker.. then bangun pagi lenyek jap, terus siap.. kiranya hantar nasi dengan BS tu panas-panas lagi... sedap wooo.. tak payah mama dia susah payah nak panaskan lagi.. macam pja yang tak suke makan makanan sejuk beku, insyirah pun tak suke.. nanti dia buat muka seolah-olah kata "eeuuwww.. tak sedap la ibu..." dalam masa yang sama, bagi yang fresh... terus makan laju-laju seolah-olah kata "haaaa.. ni la baru sedap bu..."

Nota Kechik jauh dimata : pja suke sangat tekstur kalau lenyek kat tapis.. sebab sangat-sangat different banding lenyek biasa atau blender.. dia seolah-olah pejal.. ada buti-butir halus.. bila masuk mulut kita rasa biji-biji halus dalam mulut tapi lembut.. agak-agak boleh bayang tak? tapi kalau nak lebih paham.. cer try test.. sure tak menyesal.. I selalu amik sikit bubur anak I.. tambah garam sikit, tambah pepper sikit.. memang nikmat... 

Oct 1, 2012

Early Childhood #3 Maid, Pengasuh atau Taska?

Assalamualaikum..

Nowdays sering kita di hidangkan dengan kes bayi tersedak susu dekat taska la, penderaan dekat taska dan macam-macam lagi sehinggakan ibu bapa semua fobia dengan taska... termasukla pja juga.. risau nak hantar insyirah ke taska... Udahnye hantar ke pengasuh.. nasib dapat mama yang baik..

Ada yang berduit sikit tu, maid la jadi pilihan hati.. tak risau anak dekat rumah je.. sambil-sambil jaga anak, boleh suruh kemas rumah sekali... ye dak...

Tapi sebenarnye taska adalah tempat terbaik untuk ibu yang bekerja hantar anak dia.. kenapa ye??

Anak-anak ni sebenarnya akan lebih rapat dengan orang yang mengasuh dia banding orang yang melahirkan.. kerana secara puratanya 12 jam masa mereka dihabiskan bersama orang yang menjaga dia..

Contohnya, kita kira sama sama based on rutin harian pja, korang boleh kira rutin harian korang sendiri.....
hantar anak ke pengasuh (7am-6pm)             = 11 jam
masak (6.30pm-7.30pm)                               = 1 jam
Mandi  (siap pakai baju semua)                     = 20 min
Solat (y dekat rumah, subuh, maghrib, isyak) = 30 min (10min x 1kali)
Siapkan makan insyirah (bubuR)                   = 30 min
Tido (10pm - 5am)                                       = 7 jam
kemas rumah, sidai kain pe semua                 = 1-2 jam

Rutin harian saja dah habis 20 jam.. kita ada 24 jam je.. belum masuk berak kencing lagi.. buat hal kita lagi.. totally masa kualiti kita bersama anak-anak ada lebih kurang 2jam plusminus je tau sebenarnye..

Anak-anak 0-3 tahun akan absorb segala perihal termasuk la perbuatan, pertuturan, bahasa, aktiviti, emosi, tindakan, perilaku dsb macam sponge serap air.. dan seterusnya akan membentuk satu attitude berdasarkan pendedahan tersebut.. walaupun kita nampak kanak-kanak macam tak tahu apa-apa, tapi otak dia dah berfungsi 80% dari otak orang dewasa tau.. jangan la pandang enteng perkara ini.

Berapa ramai anak-anak yang kita dengar malam-malam minta tido bawah ketiak maid dari ibu dia sendiri?
Berapa ramai kanak-kanak yang kita tengok boleh fasih berbahasa asing banding bahasa ibunda dia sendiri?
Berapa ramai kanak-kanak yang kita lihat pandai bergaul dan berkawan?
Berapa ramai kanak-kanak yang bijak menguruskan diri seawal 3 tahun?
Berapa ramai kanak-kanak yang attitude dia berjaya dilatih seawal 2-5 tahun?

Pilihan di tangan kamo, kamo dan kamoo semua.. kita sebagai ibu bapa perlu bijak memilih apakah keperluan ANAK, bukan keperluan KITA sendiri..Kepada ibu bapa yang bekerja, mungkin kita tiada pilihan untuk menjaga sendiri anak-anak kita walaupun kita tahu bahawa itu pilihan yang terbaik..