Assalamualaikum..
Sekarang ni banyak sangat dapat emel..
"minum la air banyak, baik untuk kesihatan.. pong pang..pong pang.." in the end jual produk...
"kene bersenam jaga kesihatan, jaga pemakanan.. pong pang..pong pang.." in the end jual produk juga..
Bosan ok!!!
Ni semuanya bisness semata-mata.. memang produk tu boleh menguruskan, tapi bersyarat!!
"You all kene ikut diet kami, kene ikut rutin kami dan paling penting beli produk kami...."
Sapa orang berbadan besar kat dunia ni yang tak teringin nak kurus? cer cakap? tak da punya la.. sekelumit pun sure ada punya.. tapi berbalik juga pada situasi.. kalau dah produk beratus-ratus nak kene habis sebulan, takkan nak pandang sebelah mata.. lain la kalau orang yang sanggup membeli tu samada dia memang tak ada tanggungan yang lebih penting atau memang duit dia dah berlebih-lebih sangat sampai tak tahu nak pergi ke mana..
So, sesiapa yang ejen tu, sila la paham keadaan keadaan pengguna.. tak payah nak paksa-paksa orang dok beli produk korang..
Andai kata 1 tin RM150 utk 2 minggu, sebulan dah RM300.. semata-mata nak kurus!! baik masuk dalam tabung pendidikan anak.. kurang-kurang dia boleh guna untuk dia belajar.. kot kalau kurus boleh ke pja tanggung belajar insyirah dengan kurus pja ni..
Pja yakin, ramai kat luar sana yang teringin nak minum-minum ni tapi keadaan kewangan tak cukup kan.. meh pja ajar cara yang senang dan jimat.. pja pun tengah buat..
1. Minum air dengan banyak.. (3-5 liter ikut berat badan)
2. Elakkan nasi atau makanan berat pada waktu malam
3. Makan malam sebelum jam 7 ptg.
4. Sarapan dengan minuman kesihatan buatan sendiri
5. Rajin-rajin la bersenam (tang ni mmg fail.. tapi sekarang pja banyakkan naik tangga je dalam ofis.. lepas tu rajin-rajinkan diri berjalan dalam ofis)
Bahan-bahan:
Susu Skim (boleh didapati di Mydin jenama Sunlac)
Epel Hijau
Batang saderi
Cara-cara :
Blender je semua baha-bahan tu tadi dan sedia untuk diminum
Tips* Lebih sedap diminum dengan air sejuk pada waktu sarapan dan waktu makan malam.. Kenyang tau..
Nota kechik kurus molek: Pja dah start tak makan nasi pada waktu malam.. nasib en. suami pun nak join sama.. bleh sihat..
1 comment:
terbaiklah post ni... saya suka membacanya dan ia berguna kepada si pembaca..teruskan usaha anda ^.^
Kuruskan Badan Sambil Makan McD
Post a Comment