Nowdays sering kita di hidangkan dengan kes bayi tersedak susu dekat taska la, penderaan dekat taska dan macam-macam lagi sehinggakan ibu bapa semua fobia dengan taska... termasukla pja juga.. risau nak hantar insyirah ke taska... Udahnye hantar ke pengasuh.. nasib dapat mama yang baik..
Ada yang berduit sikit tu, maid la jadi pilihan hati.. tak risau anak dekat rumah je.. sambil-sambil jaga anak, boleh suruh kemas rumah sekali... ye dak...
Tapi sebenarnye taska adalah tempat terbaik untuk ibu yang bekerja hantar anak dia.. kenapa ye??
Anak-anak ni sebenarnya akan lebih rapat dengan orang yang mengasuh dia banding orang yang melahirkan.. kerana secara puratanya 12 jam masa mereka dihabiskan bersama orang yang menjaga dia..
Contohnya,
hantar anak ke pengasuh (7am-6pm) = 11 jam
masak (6.30pm-7.30pm) = 1 jam
Mandi (siap pakai baju semua) = 20 min
Solat (y dekat rumah, subuh, maghrib, isyak) = 30 min (10min x 1kali)
Siapkan makan insyirah (bubuR) = 30 min
Tido (10pm - 5am) = 7 jam
kemas rumah, sidai kain pe semua = 1-2 jam
Rutin harian saja dah habis 20 jam.. kita ada 24 jam je.. belum masuk berak kencing lagi.. buat hal kita lagi.. totally masa kualiti kita bersama anak-anak ada lebih kurang 2jam plusminus je tau sebenarnye..
Anak-anak 0-3 tahun akan absorb segala perihal termasuk la perbuatan, pertuturan, bahasa, aktiviti, emosi, tindakan, perilaku dsb macam sponge serap air.. dan seterusnya akan membentuk satu attitude berdasarkan pendedahan tersebut.. walaupun kita nampak kanak-kanak macam tak tahu apa-apa, tapi otak dia dah berfungsi 80% dari otak orang dewasa tau.. jangan la pandang enteng perkara ini.
Berapa ramai anak-anak yang kita dengar malam-malam minta tido bawah ketiak maid dari ibu dia sendiri?
Berapa ramai kanak-kanak yang kita tengok boleh fasih berbahasa asing banding bahasa ibunda dia sendiri?
Berapa ramai kanak-kanak yang kita lihat pandai bergaul dan berkawan?
Berapa ramai kanak-kanak yang bijak menguruskan diri seawal 3 tahun?
Berapa ramai kanak-kanak yang attitude dia berjaya dilatih seawal 2-5 tahun?
Pilihan di tangan kamo, kamo dan kamoo semua.. kita sebagai ibu bapa perlu bijak memilih apakah keperluan ANAK, bukan keperluan KITA sendiri..Kepada ibu bapa yang bekerja, mungkin kita tiada pilihan untuk menjaga sendiri anak-anak kita walaupun kita tahu bahawa itu pilihan yang terbaik..
1 comment:
betul tuh...aku setuju...sebab tuh, bile aku balik umah, no more maid...dan lebih membanggakan...kalau aku ada kat umah, alysa akan merengek2 nak aku pegang dari bibik yang jaga...wahh, terharu ko tau tak sebab alysa bijak memilih...hahaha :)
Post a Comment