Assalamualaikum...
Sebenarnya pja tak terfikir langsung yang pja akan preggy seawal ni. or erti kata laen bunting pelamin.. Sejak sebelum kahwin, even nak set tarikh apa-apa pun pja tak pernah terfikir yang pja akan pergi tempat tu dalam keadaan pregnant.
Pja tak mengharap rezeki tu tiba awal atas beberapa faktor dan pja tak terfikir pun tentang peluang untuk ada anak. Itu semua rahsia yang perlu disimpul kemas dalam genggaman kami..
Tapi, sejak minggu ketiga usia perkahwinan kami, pja dah mula rasa laen pada tubuh badan sendiri.. mungkin sebab pja jenis yang peka dengan keadaan tubuh badan sendiri. Sebelum 3 bulan berkahwin, pja memang rajin pakai korset. walaupun korset tu gagal turunkan berat badan pja, tapi sekurang-kurangnya korset tu dapat bantu hilangkan segala gelebeh-gelebeh yang ada.. haha... Selepas tiga minggu tu, pja dah mula rasa tak selesa nak pakai korset.. lebih-lebih lagi korset yang bertulang.. perut dan abdomen akan rase sakit & kejang sangat.. Tapi tak tahu la berkaitan or tidak.. tapi serius memang dah tak boleh pakai..
Sampai la pja delay period selama 12 hari.. pja ajak en suami beli pregnancy test kit.. kami pun pergi la beli.. that time memang merah dua-dua line.. tapi still kabur.. then 2 hari lepas tu kami pergi checkup dekat klinik.. terus-terus naik 2 bar.. rasenye pja punya pregnancy test kit yang jenis murah kot.. haha...
Nota Kechik terkini : biler perut kenyang, mata pun mengantuk la....