Jul 25, 2011

Anak

Assalamualaikum..

Isu ni pja tengok antara isu yang paling hangat diperkatakan dalam konteks keibubapaan... ibu bapa xspecially ibu bapa yang baru pegang title ni selalu risau nak cari tempat/orang untuk jaga anak diorang.. lebih-lebih lagi dalam usia baby tu 2/3 bulan.. 

Macam kesian kan kecik-kecik kita terpaksa tinggalkan diorang dekat orang.. mesti risau yang teramat-amat.. dan pja pun akan melalui perkara yang sama suatu hari nanti.. macam nak nangis je rasa.. but we have too.. tak sampai petang pun lagi mesti rindu tu berkobar-kobar agaknya..

Kadang-kadang terpikir, apa perasaan ibu bapa yang sanggup tinggalkan anak jauh-jauh dengan orang biar pun ibu bapa sendiri.. kalau tinggalkan dalam tempoh bekerja, tu boleh consider la. tp kalau tinggalkan seminggu, sebulan or bertahun-tahun, Disaat sikecil tu perlukan dakapan ibu semasa tidur, dia hanya dapat pelukan dari seorang nenek.. disaat sikecil tu perlukan susu dari badan ibunya sendiri, dia hanya dapat susu dari puting botol.. disaat sikecil perlukan ciuman dan belaian manja ibu, dia hanya dapat pujukan dari orang laen.. sedey ok.... 

Sebab tu, pja doa sangat-sangat supaya Allah kuatkan semangat pja, permudahkan pja untuk jaga anak ni.. susah macam mana pun, biar la dia membesar depan mata pja sendiri.. tak nak suatu hari nanti, bila dia dah besar dia akan salahkan kita dengan perkara yang dulu kita anggap remeh.. jangan suatu hari nanti, baru kita nak menyesal bila dia lebih sayangkan orang yang jaga dia dari kita sendiri... sebab mereka membesar dengan air tangan orang lain, bukan air tangan kita!

Kadang-kadang kita rasa perkara ni remeh, tapi kita tak sedar kesannya yang besar dimasa akan datang.. 

Ibu bapa kalian, anak itu suatu anugerah tidak terhingga.. dia juga satu ujian kepada kita.. hadapi la ujian itu seredha-redhanya.. jangan sesekali putus asa.. InsyaAllah, Allah akan membalasnya dengan kemanisan disuatu hari kelak..

Nota kechik yang ditinggalkan: koleksi ikan-ikan kat rumah ni dah bertambah.. ikan laga dah ada dua ekor.. baru-baru ni beli ikan betina.. namanya Nala.. sebab kawang dengan simba.. then semalam dapat ikan dari sg. buloh & "beli" dekat tasik puteri.. banyak giler dapat.. dari sekecik2 sampai yang bunting.. tapi disebabkan perjalanan yang jauh dari sg. buloh-bndr tasek puteri-kkb-gombak-puchong.. akhirnya sampai puchong je, ikan2 yang dapat dari sg. buloh sumer mati.. tinggal la ikan-ikan guppy liar yang kental.. memula yag dari BTS tu warna dia itam, gelap2, tak cantik.. tapi bile dah masuk balang proper, diorang dah jadi cantik la.. huhu.. suke2..

1 comment:

lia said...

semoga kita dapat bg yg super terbaekkkkk utk anak kita, amin....