Jul 14, 2011

Naluri yang mendesak

Assalamualaikum..

Hari yang mendung.. walaubagaimanapun kita tetap perlu teruskan tugas-tugas harian kita kan..

Seperti yang pja pernah cerita sebelum ini, pja lebih suke buat apa-apa ikut naluri.. betul, bukan semua naluri itu baik.. kadang-kadang kita keliru antara bisikan syaitan & naluri sendiri.. Tapi sebagai tuan empunya diri, kita sepatutnya dapat bezakan antara bisikan dan naluri... Hanya kita yang memahami diri kita..

Pja tak la terlalu bergantung pada naluri.. tapi bila naluri itu datang & memaksa & menggerakkan tubuh pja untuk berbuat sesuatu, pja akan buat.. sebab selalunya mesti ada sesuatu disebaliknya samada perkara baik yang akan diterima atau perkara buruk yang perlu pja berhati-hati...

Pja tak kata ini 6 sense yang dianggap kelebihan dari Allah.. Sebaliknya naluri ada dalam setiap diri manusia itu sendiri cuma yang membezakan samada manusia itu menggunakan ia sebaik mungkin atau hanya membiarkan naluri itu terus tidur..

Pja minta maaf jika naluri pja menganggu kehidupan sesiapa.. pja tak minta untuk dapat perasaan macam ni, pja tak niat nak masuk campur hidup sesiapa.. tp, selagi kamu bernama keluarga pja, pasangan pja, kawan baik pja.. hati kamu semua akan dihubungi dengan hati pja.. kerana itu, naluri pja akan kuat pada kamu.. macam mana susah kamu nak sorok sesuatu dari pja, selagi pja sayang kamu, Allah tetap akan tunjukkan  jalan untuk pja tahu semua yang kamu sorok itu.. sebab waktu tu, Allah la yang menggerakkan hati pja untuk berbuat sesuatu.. 

No comments: