Jun 30, 2010

PRINCESS HOUR

sejak dok rumah jadi suri rumah penuh masa ni,
selain wat kerja rumah, dan bertenet,
aku suke tengok tv..
siap hafal intisari rancangan lagi..
huhu..

act..
cerita indonesia adalah citer yang paling aku tak suke tengok sekarang..
nak-nak yang bab tahyul-tahyul tu..

tapi..
semenjak seminggu dua ni,
ada satu citer indonesia ni berjaya menarik minat aku..
insiden tu terjadi biler aku tengak tukar channel..
then aku tengok plot citer tu macam aku penah tengok..
bukan cikit..
banyak..
aku tak kata la exectly same..
de yang dia ubah..
tapi mirip-mirip la..

pikir punye pikir..
aku teringat satu plot citer korea nih..
dan aku wat kesimpulan.........

BENCI BILANG CINTA = PRINCESS HOUR

Jun 28, 2010

KEBOLEHAN

"kenape ko tak jadi Interior Designer eh?"

lately ni de la beberapa orang tanye kat aku, termasuk la mak aku..
acehceh.. mak cam tak tau je naper aku tak jadi interior designer..

sebenarnye, aku tengah mengemas bilik aku yang kini hanya dihuni oleh aku sorang je...
tanpe berkongsi..
so,
sekarang ni bilik tu dalam proses susunatur semula..
menjadikan ruang peribadi yang selesa dan tenang...

tp,
sebenarnye banyak halangan dalam proses dekorasi semula tu..
sebab.......

  1. aku tak boleh tukar katil tu.. [aku adalah salah seorang yang sedar akan banyaknye waste di negara Malaysia ni.. oleh tu... aku kene kurangkan sisa.. WASTE MINIMIZATION].. katil tu elok lagi tanpa bunyik kriuk..kriuk.. me sedap..
  2. cermin soleh sedia ade tu adalah MASTERPIECE ayah aku mase dia mengajar dekat SMV Setapak dulu.. so, aku just boleh sembur cat semula je.. [ sekarang ni, aku lagi tinggi dari cermin tuh.. huhu.. cermin tu lahir mase aku 5 tahun, ikut ketinggian kakak aku]
  3. aku tak boleh cat.. sebab aku nak renovate bilik tu dalam mase bape bulan ni.. alang2 nak renovate cat skali la mase tu..
  4. aku tak de budget untuk menukar ganti perabot seperti rak buku dan meja study..
  5. almari aku adalah BUILD IN CABINET
  6. selepas ditolak build in cabinet aku tu, keluasan bilik aku tu cume 9x10 ft jer..
so,
pe yang aku boleh buat hanye memberi sentuhan baru pada semua perabot2 tu dan mengitar semula barang2 yang ada untuk menjadi penyelamat dan mencantikkan keadaan..

____________________________________________________________________

ok..
berbalik pada pertanyaan yang memula tadi..

sebenarnye..
aku tak penah sedar pun aku de kebolehan untuk menyusun atur rumah ni..
sebab aku kurang suka mengemas..
tapi aku suka buat dekorasi..
dengan syarat pe yang aku buat, takde bantahan oleh orang dalam rumah..
means, kalo aku kata, aku dah tak nak mende ni ada, ia patut dibuang, kene terus buang..
tak nak de alasan.. ala.. sayang la.. pe la..
perlu diingatkan mengemas dan menghias adalah dua perkara yang berbeza tau..
bukan maksud aku kurang suka mengemas, aku tak mengemas langsung...
kemas juga, dah nama pun tanggungjawab..

so,
kenapa aku kata aku tak sedar pun aku de kebolehan asas dalam menghias tetapi masih perlu di asah dengan lebih tajam lagi?..
sebab dari kecik aku tak de langsung kuasa untuk itu..
kuasa penuh atas tangan kakak aku..
memang tak de peluang langsung..
sebab tu aku tak penah pun terpikir aku boleh jadi interior designer..
but,
after aku masuk asrama..
aku boleh create ruang aku sendiri..
after dok umah sewa aku boleh susunatur barang dalam bilik aku..
[nasib aku dapat kawan2 yang tak kisah bile aku bg idea.. dorang ikut je la plak..]
tapi name pun umah sewa mase belajar,, tak la cantik mane pun, tapi selesa..
[ Thanks to hazliza n faezah, roomate mase dekat behrang, dan Muaz n liza, roomate mase kt tmn u ]

nak tau satu story tak..
dulu kecik2 aku suke lukis satu pelan lantai susunatur rumah idaman aku..
[kecik2 dulu tak reti nak melakar lukisan 3d]..
siap tunjuk kat kawan2 tuh..
konon nye tu rumah ayah aku..
haha.. penipu beso...
ala.. name pun kanak2 kan..
kawan aku dulu pun 2x5 jer.. huhu..

dari kecik jugak aku dah pandai pakai autocad.. waktu tu aku darjah 2 ke 3.. tak brape ingat..
[seyes tak tipu.. de gambar jadi bukti pun]
waktu tu autocad mase tu bukan cam sekarang.. dia de board ngan mouse dia sendiri..
aku dapat pendedahan ni dari kecik sebab mak aku pelukis pelan..
dia suke bawak aku pi ofis dia..
ayah aku pun pemeriksa paper lukisan kejuruteraan SPMV..
tapi dalam banyak, lukisan, aku paling suke pelan lantai rumah jew.. huhu~~

aku lagi suke tengok majalah about interior cam anjung seri, impiana, laman..
tengok rancangan interior gak.. home deko, deko eric, da letest 2 hati 1 jiwa..
kalo nak dibandingkan dengan megastructure ke..

ada sesetengah orang mempunyai hobi atau kebolehan,
tapi dia tak jadikan pun mende tu sebagai kerjaya dia..
dah de sesetengah lagi pula, kebolehan dan hobi mereka itu la yang menjadikan sumber rezki mereka..

dan aku, orang yang pertama..
aku suke sangat mende-mende yang melibatkan daya kreativiti ni..
de la ckit pengalaman mase kawen kakak aku dulu..
aku suke rumah konsep modern.. nak-nak dapat sentuhan perabot IKEA..
or modern contemporary pun suke..
banding english consept or bali..
[aku penah tgk org apply konsep bali dalam umah.. pandangan aku, messy]
kalo laman rumah cantik la..
aku suke abstract banding bunga2 penuh..
aku tak suke padat, tapi aku suke simple but nice..

p/s: aku dah de pelan lakaran untuk bilik aku selepas di renovate dan lakaran untuk bilik pengantin aku.. mak aku suke sangat.. dia kate sgt praktikal bagi bilik yang kecik macam bilik aku tu.. lakaran bilik after renovate tu aku boleh publish, tapi bilik pengantin tu tak boleh la.. private...

Jun 25, 2010

SELAMATKAN PEMIKIRAN MANUSIA

Actually aku dapat post ni dari email group pakbelang.. aku tak tahu ape yang aku rase dengan kata-kata penulis ni.. marah pun de, setuju pun ade..

Posted on Monday, June 21 @ 16:00:00 PDT by tokdalang

Oleh Zin Mahmud

Apabila melihat slogan Selamatkan Bumi timbul tanda tanya, apakah bumi yang hendak diselamatkan, atau sebenarnya untuk menyelamatkan manusia itu sendiri?

Bumi adalah seketul batu yang mengelilingi matahari. Apa yang berlaku keatasnya hanyalah merupakan reaksi dan tindak balas fizik dan kimia hasil daripada keadaan matahari, dan kesemuanya mengikut hukum alam.



Tidak timbul bahawa bumi hendak diselamatkan atau tidak. Ia muncul daripada serpihan batu-batu daripada dentuman besar yang menjadikannya mengelilingi matahari.

Dengan mengikut hukum alam yang ditetapkan oleh Allah SWT, maka bumi berkembang dalam keadaan yang pelbagai. daripadanyalah timbul suasana yang boleh ada benda-benda hidup, organisma, tumbuhan dan haiwan, termasuk manusia.

Bumi bergolak dengan pelbagai peristiwa berlaku sepanjang hayatnya yang berjuta-juta tahun. Kalaulah apa yang disebutkan sebagai hayat itu adalah kemunculan planet bumi hinggalah ia berakhir nanti apabila musnah dijangka berlaku apabila matahari juga mengakhiri kewujudannya.

Tetapi apakah benar manusia boleh menyelamatkan bumi? Selamatkannya daripada apa? Buat masa ini isu bagi manusia ialah perubahan iklim. Manusia melihat bahawa bumi sedang sakit kerana perbuatan manusia melalui tamadun, pembangunan dan kemajuan sains serta teknologi.

Manusia gemar melihat benda-benda lain menurut pengalamannya sendiri. Mereka memandang seolah-olah bumi itu organisma hidup. Ia boleh sakit dan mengakhiri hayatnya. Tetapi bumi hanyalah batu yang berubah mengikut aksi dan reaksi yang dikenakan ke atasnya.

Memang ada teori atau konsep yang disebut sebagai Gaia, dicadang oleh James Lovelock bahawa bumi adalah organisma hidup. Bagaimana ia berfungsi memang kelihatan sebagai benda hidup. Iaitu dengan manusia tinggal di dalamnya.

Bagi mereka yang terlibat dengan gerakan alam sekitar, konsep bahawa bumi ini organisma hidup bukan saja menarik tetapi berguna dalam usaha memelihara persekitaran.

Tetapi kalau difahamkan bahawa sesuatu benda hidup mestilah makan dan membiak, maka bumi bukannya benda hidup. Ini kerana bumi tidak makan dan membiak.

Ditakrifkan

Namun jika ditakrifkan bahawa cahaya matahari itu adalah makanannya, dan pembiakan bumi itu berbentuk benda-benda hidup di dalamnya termasuk manusia, maka bumi wajar dianggap sebagai benda hidup.

Apabila disebut planet hidup dan planet mati, maka perbandingannya adalah antara bumi dan Marikh. Planet Marikh dianggap mati kerana tidak ada benda hidup di dalamnya. Ia dilihat kering kontang dan sebarang penemuan air akan menguja manusia.

Begitu juga bulan. Ia dilihat sebagai benda mati, yang kering kontang dan mengelilingi bumi.

Tetapi bumi dianggap hidup kerana di dalamnya ada benda hidup. Sedangkan benda-benda hidup ini muncul kerana keadaan planet bumi ini sendiri. Bukan saja apa yang berlaku dalam bumi yang menjadikannya hidup dalam erti kata menyebabkan munculnya kehidupan tetapi kesan daripada benda-benda luar yang dianggap tidak hidup. Tentunya kehidupan di bumi amat bergantung kepada matahari, bulan dan keseluruhan planet-planet di sistem suria.

Adakah matahari dan bulan itu benda hidup? Atau matahari hanyalah seperti dapur gas yang mengeluarkan tenaga untuk disimbahkan ke bumi. Sementara bulan, walaupun benda mati tetapi kesannya terhadap kehidupan di bumi adalah besar sangat.

Begitu juga di bumi. Banyak benda yang dianggap tidak hidup, termasuklah peralatan teknologi ciptaan manusia memberi pengaruh kepada kehidupan manusia.

Maknanya benda mati menyumbang kepada kehidupan. Sedangkan benda hidup pula boleh membawa kepada kematian atau kehancuran.

Umpamanya sesuatu pemangsa akan membunuh mangsanya. Ia mematikan. Tetapi daripada kematian mangsanya itu, ia menjadi makanan kepada pemangsa untuk terus hidup.

Apakah bulan dan Marikh yang tidak hidup itu adalah sebenarnya memberi kehidupan kepada bumi? Dan adakah matahari itu dianggap hidup kerana ia sedang aktif mengeluarkan tenaga, yang digunakan pula oleh bumi.

Di atas muka bumi pula, apabila tanah-tanah yang subur dengan memiliki tumbuh-tumbuhan yang segar dan menghijau, maka ia dianggap hidup. Sementara kawasan-kawasan yang kering kontang, sama ada di gurun padang pasir atau benua Antartika dianggap mati.

Tetapi tidakkah apa yang dianggap mati itu sebenarnya memberikan kehidupan kepada bahagian permukaan bumi yang lain?

Kini kawasan Artik sedang mencair kerana kepanasan global. Sementara lapisan ozon di atas Antartika semakin melebar. Perubahan iklim sedang berlaku.

Manusia berhimpun dan berfikir bagaimana hendak menyelamatkan bumi akibat perubahan iklim ini. Paling boleh mereka mungkin melewat-lewatkannya. Tetapi bumi tetap berubah. Cumanya, perbuatan manusia telah mempercepatkan perubahan itu kepada keadaan yang akhirnya memudaratkan kehidupan di muka bumi ini.

Apa yang hendak diselamatkan ialah kehidupan di muka bumi. Bukannya bumi yang hendak diselamatkan. Bumi tetap sepertinya dengan sebarang perubahan hanyalah mengikut hukum alam yang sedang berlaku.

Manusia juga adalah sebahagian daripada alam yang mengikut hukumnya tanpa terdaya untuk berubah.

Jelas bagi manusia, kehidupan amat berharga. Dengan adanya kehidupan di muka bumi, maka dapatlah muncul manusia yang mampu berfikir mengenai kewujudan alam ini.

Justeru, slogan Selamatkan Bumi itu hakikatnya bermaksud Selamatkan Manusia. Untuk apakah manusia ada di muka bumi? Untuk berfikir. Jadi ia sebenarnya Selamatkan Pemikiran Manusia. Tetapi untuk apa?U/M

p/s: pe lagi.. wahai org-org alam sekitar,sila la komen... hehe..

Jun 24, 2010

keterlupaan

lately ni macam-macam yang berlaku dalam hidup aku.. lebih banyak duka dari suke..
sampai aku lupe pasal kehadiran blog aku ni...
ntah berape lame aku tak update..

cerita aku hutang pun sampai sekarang tak updated.. yang pasti, aku masih lagi menjadi anak emak n ayah yang masih terconggok dalam rumah..
rutin aku hanya menjage rumah, kemas rumah dan menjaga makan pakai keluarga aku..

aku hampir putus asa.. tp kalau aku putus asa bermaksud aku gagal..
aku cuba untuk mencari satu sinar buat hidupku..
aku yakin..
tersangat yakin..
suatu hari nanti..
ia tetap kan datang kepadaku...

InsyaAllah..

Ya Allah, aku amat berharap yang Engkau mendengar setiap rintihanku dimalam hari..

Jun 7, 2010

musim kawen datang lagi...

2-3 minggu lepas dan yang akan datang nih lebat ngan jemputan kawen.. siang malam.. sehari sampai 2-3 buah rumah.. haih... bestnye tengok dorang.. sonok.. siap komen pelamin, warna tema, hantaran sumer la.. bukan kritik tau.. tapi lebi kepada mencedok idea..

aku terfikir....

biler la aku leh start wat hantaran aku..
biler la aku leh start wat door gift aku..
biler la aku leh start jahit baju nikah aku..
biler la aku leh start planning warna tema aku..
biler la..
biler la...

tahun depan dah 5 tahun kitorng couple.. means, 7 tahun dah kenal + kawan.. Hah???!!... lame giler... tak leh jadik.. tahun depan gak paling lambat kawen.. ok dear?? 1 mac 2010 kite nikah.. no excuse.. haha...

Jun 6, 2010

campur baur = yUUkksss

campur baur tu adalah satu perasaan biler kite makan nasi yang campur dengan macam-macam bahan yang menyebabkan rase masam+manis+pahit+masin+lemak bekrim+kelat+pedas+tawar dan segala-galanya dalam satu suapan.. akhirnye = uweekkk.. muntah keluar balik...

semalam.. 5 jun 2010.. setelah lame aku tak dapat jumpe orang yang aku sayang.. semalam la saat yang di tunggu sekian lama.. atas alasan pergi jemputan kawan dia kawen.. ok.. im going.. yela.. dah lame nantikan saat nak kenal kawan2 dia.. yang penting jumpa dia.. dengan syarat [sambil mnyelam minum air] temankan aku pi low yat sebab aku nak cari barang urgent.. lagipun aku tak suke pi sane sorang2 + takut + malas nak rempuh monorail + segalanye la.. then aku nak gi bersuke ria sebab aku perlukan ketenangan atas kecelaruan hidup aku selama berminggu-minggu nih.. aku nak tgk SHREK 3D

fine..

dia janji semua tu akan dia penuhi..

last2 pe yang terjadi.. dia amik aku, pi kenduri kat selayang.. then 1 lebih gerak pi kenduri kat Finas.. officemate dia.. lepak2 ngan kawan dia, dah take a pic, balik.. alih2 dia kate kawan dia ajak pi maen bowling.. memula aku tak rase pe la.. no hal la.. kawan2 dia pun sporting jew.. dia kate sejam ok la.. last2 sampai wangsa walk, tukar rancangan tengok wayang.. citer Marmaduke.. nak jage hati orang punye pasal kan.. tak kan aku nak kate tak boleh.. nanti, name dia gak buruk sebab awek tak boleh campur ngan orang.. besides tempat pun cam asing2.. layang je la.. then kuar dah petang.. Shrek 3D aku memang dah melayang la.. nak patah ke Low yat cari barang aku dah tak sempat.. dia plak nak kejar pi utm after maghrib.. pusing tempat tu pun tak de.. hati aku dah berbuku je la time tu.. sedapkan ati cari plak kat JJ wangsa maju.. memang comfirm tak de..

memula tu aku tak rase pe sangat.. biler sumer dah takde, dia pun asyik ulang2 kate ngantok.. menguap pun dah bape puluh kali.. hati aku dah bengkak je..alasan??? aku TAK NAK pi LOW YAT SORANG2!!!.. dia dah janji sumer boleh settle.. tp??? bahagian aku langsung tak settle...

dowh.. ati aku bengkak je.. aku tak salahkan pun kawan2 dia.. akak ngan abg2 tu pun mmg la sporting.. baik jew.. tp aku bengkak tang aku punye hal tak settle.. last2 idup aku yang penuh celaru ni makin celaru.. errgghh.. nampaknye kene la gak aku rempuh Low Yat tu sorang2.. mende nak pakai cepat.. biler camni, makin kusut pale aku..

betol la orang kate.. "jangan terlalu harapkan orang"

Jun 4, 2010

malas untuk berkata

haha..
tajuk tak sesuai dengan topic yang dibicangkan..
ade aku kesah??

sebenarnye banyak yang aku nak citer.. tp sbb aku blom jumpe bahan y aku nak attachkan..
tu yang tak tertulis2 tu..

1) psl gambar2 lame yang aku baru terjumpe..
2) pasal BOFA set turun temurun dari ayah aku...
3) MotherCare product.. focus pd baju...
4) Inner Ayunar yang selesa dipakai..

tp.. nanti la.. sebab semuanye perlukan gambar.. sejak kamera aku atau lebih tepat lagi kamera y kakak aku bg guna sepanjang aku belajar yang mana kamera itu diberi oleh ayah aku kini di tanga ayah aku semula selepas kamera CANON mahal dia tu hilang.. dowwhh.. susah aku nak pakai kamera skrg.. so, aku bercita2 untuk beli kamera nikon yang de lens pnjg.. yang untuk amature punya.. InsyaAllah.. kalo de rezki..

eh, dah lari tajuk..

sebelum aku tutup citer ni, aku nak story 1 citer..

last week, aku pergi pwtc ngan kezens aku.. then terserempak 1 train dengan 2 org minah ni.. i think they are indonesian.. but bukan yang datang permit kerja or PATI ni tau.. they looks educated.. tak pun diorg pelancong.. but i dont thinks so.. coz dorg cam familiar dgn keadaan sekeliling.

aku cakap diorg indonesia coz sleng dorg.. then cara pemakaian dorg.. 1 of them pakai tudung gaya2 org sane.. lagi pun no wonder if dorg students.. coz area gombak, setia wangsa, taman keramat and wangsa maju tu mmg ramai foreigner a.k.a students.. yela.. nama pun dekat ngan UIA and BMI..

but, pe yang menarik minat untuk aku bercerita, budak dorg ni, sorang pakai tudung, bj ok la.. but pakai leggings.. yang sorg lg baju mmg sleveless, patern cleopatra.. baju paras peha tanpa seluar.. gaya ala2 diva.. aku ngan kezen aku y sorg ni duduk bertentangan ngan dia.. sebelah kitorg de mamat ni, rasenye dia org rapid.. tp sbb dia pakai jaket, ko org ramai x perasan dia org rapid..

org rapid ni memula cam nak tido.. alih2 biler budak dua org ni masuk je, mate dia x lari lgsg dari pandang dorg.. dalam fikiran aku la.. antara dua sebab je mamat ni pndg dorg..

1) minah ni duduk dh le silang kaki.. nampak spender plak tu.. (aku gelak kan dia.. sebab dlm diva dia tuh.. tapak kasut dh macam mulut buaya.. haha)
2) makan jambu, meleleh-leleh. (semua org tau dlm train x blh makan.. agak2 la pun klo nak mkn pun)

so, samade lelaki ni nampak spender dia, atau marah dorg mkn..

then dengan tibe2 mereka pn berkata..

minah tudung : weh, laki ni pandang sama aku atau sama kamu?

minah diva : enggak tau.. tapi sama kita

minah tudung : aku benci.. aku enggak suka

minah diva : biar.. dia juga yang tambah dosa.. jom...

mereke terus bangun and pergi ke gerabak depan..

kitorg pun ternganga dengan tindakan dorg.. then kitorg pn tgelak sebab....

1) minah tudung tu plak yg mcm over seolh2 mamat tu pandang dia..
2) yes, mmg mamat tu y tambah dosa sbb pndg dia.. tp dia tu dosa dua kali ganda.. dosa dedahkan aurat dia ngan dosa bg org tgk aurat dia..
3) minah diva tu makan jambu lap kat kaki.. kahkahakah..