Jun 25, 2010

SELAMATKAN PEMIKIRAN MANUSIA

Actually aku dapat post ni dari email group pakbelang.. aku tak tahu ape yang aku rase dengan kata-kata penulis ni.. marah pun de, setuju pun ade..

Posted on Monday, June 21 @ 16:00:00 PDT by tokdalang

Oleh Zin Mahmud

Apabila melihat slogan Selamatkan Bumi timbul tanda tanya, apakah bumi yang hendak diselamatkan, atau sebenarnya untuk menyelamatkan manusia itu sendiri?

Bumi adalah seketul batu yang mengelilingi matahari. Apa yang berlaku keatasnya hanyalah merupakan reaksi dan tindak balas fizik dan kimia hasil daripada keadaan matahari, dan kesemuanya mengikut hukum alam.



Tidak timbul bahawa bumi hendak diselamatkan atau tidak. Ia muncul daripada serpihan batu-batu daripada dentuman besar yang menjadikannya mengelilingi matahari.

Dengan mengikut hukum alam yang ditetapkan oleh Allah SWT, maka bumi berkembang dalam keadaan yang pelbagai. daripadanyalah timbul suasana yang boleh ada benda-benda hidup, organisma, tumbuhan dan haiwan, termasuk manusia.

Bumi bergolak dengan pelbagai peristiwa berlaku sepanjang hayatnya yang berjuta-juta tahun. Kalaulah apa yang disebutkan sebagai hayat itu adalah kemunculan planet bumi hinggalah ia berakhir nanti apabila musnah dijangka berlaku apabila matahari juga mengakhiri kewujudannya.

Tetapi apakah benar manusia boleh menyelamatkan bumi? Selamatkannya daripada apa? Buat masa ini isu bagi manusia ialah perubahan iklim. Manusia melihat bahawa bumi sedang sakit kerana perbuatan manusia melalui tamadun, pembangunan dan kemajuan sains serta teknologi.

Manusia gemar melihat benda-benda lain menurut pengalamannya sendiri. Mereka memandang seolah-olah bumi itu organisma hidup. Ia boleh sakit dan mengakhiri hayatnya. Tetapi bumi hanyalah batu yang berubah mengikut aksi dan reaksi yang dikenakan ke atasnya.

Memang ada teori atau konsep yang disebut sebagai Gaia, dicadang oleh James Lovelock bahawa bumi adalah organisma hidup. Bagaimana ia berfungsi memang kelihatan sebagai benda hidup. Iaitu dengan manusia tinggal di dalamnya.

Bagi mereka yang terlibat dengan gerakan alam sekitar, konsep bahawa bumi ini organisma hidup bukan saja menarik tetapi berguna dalam usaha memelihara persekitaran.

Tetapi kalau difahamkan bahawa sesuatu benda hidup mestilah makan dan membiak, maka bumi bukannya benda hidup. Ini kerana bumi tidak makan dan membiak.

Ditakrifkan

Namun jika ditakrifkan bahawa cahaya matahari itu adalah makanannya, dan pembiakan bumi itu berbentuk benda-benda hidup di dalamnya termasuk manusia, maka bumi wajar dianggap sebagai benda hidup.

Apabila disebut planet hidup dan planet mati, maka perbandingannya adalah antara bumi dan Marikh. Planet Marikh dianggap mati kerana tidak ada benda hidup di dalamnya. Ia dilihat kering kontang dan sebarang penemuan air akan menguja manusia.

Begitu juga bulan. Ia dilihat sebagai benda mati, yang kering kontang dan mengelilingi bumi.

Tetapi bumi dianggap hidup kerana di dalamnya ada benda hidup. Sedangkan benda-benda hidup ini muncul kerana keadaan planet bumi ini sendiri. Bukan saja apa yang berlaku dalam bumi yang menjadikannya hidup dalam erti kata menyebabkan munculnya kehidupan tetapi kesan daripada benda-benda luar yang dianggap tidak hidup. Tentunya kehidupan di bumi amat bergantung kepada matahari, bulan dan keseluruhan planet-planet di sistem suria.

Adakah matahari dan bulan itu benda hidup? Atau matahari hanyalah seperti dapur gas yang mengeluarkan tenaga untuk disimbahkan ke bumi. Sementara bulan, walaupun benda mati tetapi kesannya terhadap kehidupan di bumi adalah besar sangat.

Begitu juga di bumi. Banyak benda yang dianggap tidak hidup, termasuklah peralatan teknologi ciptaan manusia memberi pengaruh kepada kehidupan manusia.

Maknanya benda mati menyumbang kepada kehidupan. Sedangkan benda hidup pula boleh membawa kepada kematian atau kehancuran.

Umpamanya sesuatu pemangsa akan membunuh mangsanya. Ia mematikan. Tetapi daripada kematian mangsanya itu, ia menjadi makanan kepada pemangsa untuk terus hidup.

Apakah bulan dan Marikh yang tidak hidup itu adalah sebenarnya memberi kehidupan kepada bumi? Dan adakah matahari itu dianggap hidup kerana ia sedang aktif mengeluarkan tenaga, yang digunakan pula oleh bumi.

Di atas muka bumi pula, apabila tanah-tanah yang subur dengan memiliki tumbuh-tumbuhan yang segar dan menghijau, maka ia dianggap hidup. Sementara kawasan-kawasan yang kering kontang, sama ada di gurun padang pasir atau benua Antartika dianggap mati.

Tetapi tidakkah apa yang dianggap mati itu sebenarnya memberikan kehidupan kepada bahagian permukaan bumi yang lain?

Kini kawasan Artik sedang mencair kerana kepanasan global. Sementara lapisan ozon di atas Antartika semakin melebar. Perubahan iklim sedang berlaku.

Manusia berhimpun dan berfikir bagaimana hendak menyelamatkan bumi akibat perubahan iklim ini. Paling boleh mereka mungkin melewat-lewatkannya. Tetapi bumi tetap berubah. Cumanya, perbuatan manusia telah mempercepatkan perubahan itu kepada keadaan yang akhirnya memudaratkan kehidupan di muka bumi ini.

Apa yang hendak diselamatkan ialah kehidupan di muka bumi. Bukannya bumi yang hendak diselamatkan. Bumi tetap sepertinya dengan sebarang perubahan hanyalah mengikut hukum alam yang sedang berlaku.

Manusia juga adalah sebahagian daripada alam yang mengikut hukumnya tanpa terdaya untuk berubah.

Jelas bagi manusia, kehidupan amat berharga. Dengan adanya kehidupan di muka bumi, maka dapatlah muncul manusia yang mampu berfikir mengenai kewujudan alam ini.

Justeru, slogan Selamatkan Bumi itu hakikatnya bermaksud Selamatkan Manusia. Untuk apakah manusia ada di muka bumi? Untuk berfikir. Jadi ia sebenarnya Selamatkan Pemikiran Manusia. Tetapi untuk apa?U/M

p/s: pe lagi.. wahai org-org alam sekitar,sila la komen... hehe..

2 comments:

Anonymous said...

Menyelamatkan bumi bermaksud melindungi bumi dan isi kehidupannya dari suatu bencana atau perubahan yang melampau. sudah di ceritakan bahawa apabila manusia adam diciptakan, maka para syaitan pula berkata dan mempertikaikan kewujudan manusia.."untuk apa tuhan jadikan manusia sedangkan tuhan tahu anak adam akan melakukan kerosakan kepada dunia?...sesungguhnya setiap kejadian manusia itu tuhan maha mengetahuinya..
mmg sesuatu bencana itu adalah kehendak Allah s.w.t tetapi kita perlu ingat bahawa "pembalasan allah berlaku apabila berlakunya kemungkaran yang di lakukan oleh manusia". kita perlu fikir sbb apakah ais di kutub semakin cair? tentu disebabkan oleh pemanasan global dan jarak bumi dan matahari yg semakin hampir. tetapi sebab apakah berlakunya pemanasan global? jawapannya tentulah disebabkan oleh sifat rakus manusia melepaskan gas2 rumah hijau ke atmosfera sehingga menipiskan lapisan2 ozon yang menjadi pelindung kepada terinya matahari dan melakukan perubahan besar ketas muka bumi...mmg bumi semakin menuju kehujung usianya..tetapi manusia lah yang menjadi punca kerosakan keatas muka bumi ini..oleh itu manusia jugalah yang perlu bersama2 menyelamatkan bumi itu sendiri agar generasi akan datang masih boleh menikmati keselesaan kehidupan.

P . J . A . A . M . I . R said...

i like ur comment.. mmg btol.. kite memelihara dan memulihara kerosakan yang kita sendiri dah buat.. contohnya.. orang yang isap rokok tu dh melepaskan gas karbon monoksida yg beracun.. sebagai ganti, sepatutnye, mereka perlu menanam pokok untuk meneutralkan semula oksigen sebagai udara untuk kita bernafas..