May 28, 2010

KASTA Vs Saudara

kasta??

dah lama tak dengar words kasta ni kan.. orang sekarang akan sebut pangkat.. but why aku sebut kasta.. sebab orang-orang ni kadang-kadang tak de la pangkat sangat pun, tapi sebab lifestyle dorang seperti orang-orang berpangkat ni, kire kasta tinggi gak la.. lagipun orang-orang yang dia follow tu pun saudara-mara..

ermm.. camner nak start eh..

Ni boleh dikatakan kisah kenalan aku la.. aku sengaja ketengahkan kisah ni sebab aku nak berkongsi pendapat aku tentang citer ni supaya jadi pengajaran dekat semua, dan diri aku sendiri..

ada sepasang suami isteri ni.. si suami mempunyai kaum keluarga yg mempunyai semangat kekeluargaan yg amat tinggi.. kenduri berjemput dirumah, yg muda melawat yg tua, yg tua mendoakan yg muda diatas segala keperihatinan yg muda, sering bekerjasama dalam segala hal.. pendek kata keluarga suami ni seronok la.. ibarat kata orang..'yg berat sama dipikul, yg ringan sama dijinjing'..

berbeza dengan keluarga si isteri.. yg tiada pangkat dipandang entang.. yg berpangkat berhidung tinggi.. jika berlanggar bahu pun, belum tentu kenal satu sama lain.. jasa orang tua dilupakan.. harta benda dimegahkan..(ecehh.. cam puisi le plak..) jika susah baru mengaku saudara.. jika senang, sebelah mata pun tak pandang.. sedih... sedih sangat mengenangkan keluarga si isteri.. lebih-lebih lagi si isteri termasuk dalam golongan kaum keluarga kurang berpangkat..

namun, yang di bawah tak sentiasa di bawah.. mereka tetap akan naik juga.. sudah ditakdirkan anak2 kpd kaum keluarga yang dipandang rendah semuanya telah berjaya.. sama naiknya dengan keluarga berhidung tinggi.. maka, si hidung tinggi mula mendiamkan diri.. mula malu sendiri bila yg dipandang rendah berbuat baik kepada si hidung tinggi.. bila yg di sangka tiada duit, rupanya tidak la sesengkek mana.. bila susah, yg hina itulah kamu cari... bila sakit, yg menyampanh itu juga yg datang kepada kamu.. kerana kamu tetap sebuah keluarga..

ingatlah kamu wahai kaum keluarga.. sebongkak mana pun kamu.. darah yg mengalir dalam badan kita tetap dari rumpun yang sama.. berubahlah.. kerana, kita tetap sebuah keluarga..

p/s: aku tringat kat sorg sedara aku.. lebih tepat lagi mak sedara aku yg dulu dari kecik slalu maen same-same.. kakak aku pun slalu maen ngan kakak dia.. ikut balik kampung.. tido rumah dorg.. but then dh besar2 ni, kitorg kecik ati sgt2 biler kitorg je terhegeh2 nak berbaik dengan dorg.. jumpa dekat umah hanya berlanggar bahu je.. kalo fb tu tok sah citer la, approve pun tak.. kakak dia kawen pun x personaly jemput kakak aku.. pdhal dulu kamceng giler..

May 23, 2010

Jumaat Nan Syahdu

Dulu..
aku mesti tertunggu-tunggu kehadiran hari jumaat..
jumaat yang tenang..
jumaat yang segar..
jumaat yang damai..
jumaat yang indah..
jumaat yang nyaman hingga ke petang..
tanpa panas dan hujan lebat..
segala-galanya ada pada jumaat..

tapi sekarang..
aku dah tak pernah jumpa jumaat tu..
aku rindu jumaat tu..
aku rindukan ketenangan dihari jumaat..
aku rindu kesegaran dihari jumaat..

p/s: tbe2 ridu itu datang kerana aku terasa kedinginan dipagi sabtu lepas.. menyebabkan pegalaman lalu terasa segar diingatan

May 20, 2010

ketak ketuk bunyi keyboard

kalo tidak diketuk, idak le dia bunyi..
sudah tentu aku tengah tak de idea langsung nak tulis ape.. hanya berharap kepada jari... bila jari mula mendapat isyarat yang terlintas dengan tibe-tibe dari otak.. jari akan terus menjalankan tugasnya dengan sekelip mata.. begitu la otak dan anggota bekerja..
rutin aku kini hanya dirumah dan dunia ku hanya terhad dalam kotak batu ini sahaja.. tiada lebih tiada kurang.. setiap orang dalam kotak batu ini sudah memula kan langkah seterusnya dalam kehidupan mereka.. hafiz sudah mengorak langkah dalam dunia pekerjaan, haziq akan mulakan satu sesi baru dalam hidupnya iaitu zaman universiti, angah akan pulang ke pangkuan keluarga dan memulakan tugas baru yang berkait dengan kelulusannya.. tapi aku? masih ditakuk lama..
InsyaAllah, Rezki itu akan sampai jua suatu hari nanti.. jangan lah kamu bimbang...
Aku tidak bimbang.. tapiiiii...... tak perlulah aku berkongsi...... cukup la setakat ini...
kepada en chenta.. saya memohon maaf.. kerna kamu selalu menjadi tempat aku melepaskan segala kekusutan yang bertambah kusut dalam otak aku ini..hanya kamu yang memahami diri ni.. terima kasih yang tak terhingga buat muuuu....

May 16, 2010

cerita

bila tengah rajin nak menulis, tak de la pulak idea ni nak datang.. bila tengah malas.. mencurah-curah dia datang.. tapi memang dah lame rasenye tak update blog nih...

hari kamis lepas, aku bawak emak aku pi klinik.. oleh kerana dia banyak sangat MC dia dengan doc swasta, dia minta aku hantar pi klinik kerajaan.. pergi semua klinik.. mak aaihh.. memang ramai giler.. klinik kerajaan gombak tu sampai kat luar diorang duduk.. last-last pi KLINIK KERAJAAN SENTUL.. memulanye semua berjalan lancar.. tapi mase amik tekanan darah kat STAFF NURSE tu, de ke patut dia tengking mak aku!! tak reti cakap bebaik ke?? pastu bile tak de orang boleh plak dia bergelak ketawa ngan kawan-kawan dia yang laen.. tu satu hal.. satu lagi, DOKTOR kat dalam bilik tu.. LELAKI!! bangsa ape tak yah cakap la.. sendiri mau ingat.. de ke patut dia tengking bile mak aku minta cuti sakit.. mak aku tak boleh bangun.. dalam kul 10 baru dia bgn.. after that baru bawak dia pi klinik.. DOC tu boleh tengking tanye naper tak masuk ofis dulu kul 7 tu.. pastu baru datang.. ni dah tengahari.. tak boleh bagi MC.. what the hell it is? tak de CIVIC MINDED ker?? dah tentu-tentu dia kate tak boleh bangun, nak datang kul 7 camner... masuk ofis plak tu.. HELLOOO! dia kerja kat putrajaya la.. kalo takat nak datang sane 30 minit then pi klinik, baru boleh amik MC n balik rumah.. tak menyekse pesakit kerr? dah la putarjaya ngan gombak tu jauh.. korang bayangkan. 1 bilik de 2-3 doc, dan tiap sorang de sorang staff nurse, ngan pesakit.. korang bayangkan, mase dia tengking tu, satu bilik pandang mak aku.. yang wat aku sedih tu, mengalir air mate mak aku mase amik ubat.. memang DOKTOR dan STAFF NURSE sekarang ramai yang tak de kebolehan PSIKOLOGI.. tengking pesakit sesuka hati.. jangan disebabkan kerenah pesakit A yang menjengkelkan, pesakit B yang dimarah.. aku paham penatnye karier diorag tu.. tapi pe perasan doktor dan staff nurse sumer, kalo u all tengah sakit, u all ditengking-tengking cam tak de perasaan??

then esoknya aku bawak pulak mak aku pi Pusat Perubatan Universiti Malaya.. sebab dia ada appointment untuk amik darah, check up rutin dia untuk monitor kencing manis.. sebab dia tak puas hati dengan cara DOC semalam tu punya keje.. dia wat checkup balik dengan doc kat PPUM tu.. u know what.. punya la doc tu tak check btol2, rupe2 mak aku tak sehat sebab darah tinggi pulak.. bayangkan kalo mak aku tak chek semula, mesti sampai sekarang tak tau kehadiran high blood presure tu.. naseb baek peringkat mild.. da best things is doc tu tersangat la lembut percakapannye.. hah.. cam tu la patutnya.. cakap baik2.. orang kalo tak de darah tinggi pun boleh dapat daranh tinggi kalo asyik kene tengking.. kejadian tengking-menengking pesakit ni bukan skali dua depan mate aku.. dah banyak kali..sedih.. u all pakai tag senyum warna kuning tu kat dada.. tapi u all tak senyum pun.. baik buang je tag tu dalam tong sampah..

hmm... aku takut aku plak yang de high blood pressure nanti.. haha.. well, semalam, ilang sumer stress aku.. aku ngan BFF aku muaz n zeema pi karnival kerjaya.. no comment.. tp yang bestnye bercerita tak henti.. lepak kat kyros kebab lebih sejam, tapi just bli air sorang secawan.. haha.. best giler la.. zeema siap borong tudung.. well... aku sangat sangat sangat enjoyed..





May 7, 2010

perjalanan tanpa arah tuju

selepas pulang dari mengambil borang permohonan kerja di LUAS, Shah Alam.. aku mula dengan hobi lama ku.. hobi yang dah lama aku tinggalkan.. kini, ia datang kembali... iaitu hobi berjalan tanpa arah.. destinasi terbaru ku :


KLCC


yeah... aku berjalan dan terus berjalan dan terus berjalan didalam shopping mall tu.. sehinggalah kaki aku membawa ke dalam Kinokuniya..


aim : sebuah novel baru


aku terus berlegar-legar didalam kinokuniya tu.. pusing-pusing, selak buku dan letak, selak, letak, selak letak.. agak-agak aku macam dicurigai oleh mereka, aku terus ambil sebuah buku dan terus bayar.. semasa aku keluar, baru aku tengok buku apa yang aku beli... tAAdAA.. ni le hasilnya...


May 4, 2010

EMOSI-OTAK-TINDAKAN

EMOSI mula menunjukkan keadaan yang tidak stabil.. walaupun OTAK cuba memujuk sang EMOSI dan bertindak menyelesaikan kerumitan EMOSI.. namun, tetap gagal.. EMOSI tetap dengan pendiriannya..

bila OTAK dan EMOSI tidak seiring dan sekata, TINDAKAN mula sumbang dan hanya menambahkan kerumitan KEADAAN...

OTAK mula ligat berfikir.. mencuba untuk mendekatkan EMOSI kepada SANG PENCIPTA.. Ya!!.. itulah yang terbaik untuk EMOSI.. mengharapkan ketenangan buat EMOSI..

May 3, 2010

~babies~

weekend ni buat aku lebih teruja menunggu kehadiran orang baru dalam family kami..


diz present are for lil new born babies.. two baby boys..

diz present also.. not for my niece/nephew ok..


tada.. ni la isi present tu tiap satu.. comel kan baju ni.. warne pun sweet jer..
last sunday kitorang pi cari baju baby buat julung2 kalinye.. waaaaahhh.. teruja seh.. tak tau nak pilih mane.. sumer kiut.. dah le tak tau laki or perempuan.. lagi la cam sumer baju nak amik.. hehe.. tapi, atas nasihat mak, beli la yg selesa dan mudah untuk sikecil tuh nanti.. but, da best thing is.. umi dia pun berkenan kat baju yang diatas tu.. last2 umi dia bli untuk dia spasang siap ngan cap.. soooo cute..
ececeh.. cam anak aku la plak.. nati cuti skolah, abah dia balik, lagi la diorang shopping sakan..