May 28, 2010

KASTA Vs Saudara

kasta??

dah lama tak dengar words kasta ni kan.. orang sekarang akan sebut pangkat.. but why aku sebut kasta.. sebab orang-orang ni kadang-kadang tak de la pangkat sangat pun, tapi sebab lifestyle dorang seperti orang-orang berpangkat ni, kire kasta tinggi gak la.. lagipun orang-orang yang dia follow tu pun saudara-mara..

ermm.. camner nak start eh..

Ni boleh dikatakan kisah kenalan aku la.. aku sengaja ketengahkan kisah ni sebab aku nak berkongsi pendapat aku tentang citer ni supaya jadi pengajaran dekat semua, dan diri aku sendiri..

ada sepasang suami isteri ni.. si suami mempunyai kaum keluarga yg mempunyai semangat kekeluargaan yg amat tinggi.. kenduri berjemput dirumah, yg muda melawat yg tua, yg tua mendoakan yg muda diatas segala keperihatinan yg muda, sering bekerjasama dalam segala hal.. pendek kata keluarga suami ni seronok la.. ibarat kata orang..'yg berat sama dipikul, yg ringan sama dijinjing'..

berbeza dengan keluarga si isteri.. yg tiada pangkat dipandang entang.. yg berpangkat berhidung tinggi.. jika berlanggar bahu pun, belum tentu kenal satu sama lain.. jasa orang tua dilupakan.. harta benda dimegahkan..(ecehh.. cam puisi le plak..) jika susah baru mengaku saudara.. jika senang, sebelah mata pun tak pandang.. sedih... sedih sangat mengenangkan keluarga si isteri.. lebih-lebih lagi si isteri termasuk dalam golongan kaum keluarga kurang berpangkat..

namun, yang di bawah tak sentiasa di bawah.. mereka tetap akan naik juga.. sudah ditakdirkan anak2 kpd kaum keluarga yang dipandang rendah semuanya telah berjaya.. sama naiknya dengan keluarga berhidung tinggi.. maka, si hidung tinggi mula mendiamkan diri.. mula malu sendiri bila yg dipandang rendah berbuat baik kepada si hidung tinggi.. bila yg di sangka tiada duit, rupanya tidak la sesengkek mana.. bila susah, yg hina itulah kamu cari... bila sakit, yg menyampanh itu juga yg datang kepada kamu.. kerana kamu tetap sebuah keluarga..

ingatlah kamu wahai kaum keluarga.. sebongkak mana pun kamu.. darah yg mengalir dalam badan kita tetap dari rumpun yang sama.. berubahlah.. kerana, kita tetap sebuah keluarga..

p/s: aku tringat kat sorg sedara aku.. lebih tepat lagi mak sedara aku yg dulu dari kecik slalu maen same-same.. kakak aku pun slalu maen ngan kakak dia.. ikut balik kampung.. tido rumah dorg.. but then dh besar2 ni, kitorg kecik ati sgt2 biler kitorg je terhegeh2 nak berbaik dengan dorg.. jumpa dekat umah hanya berlanggar bahu je.. kalo fb tu tok sah citer la, approve pun tak.. kakak dia kawen pun x personaly jemput kakak aku.. pdhal dulu kamceng giler..

No comments: