Nov 28, 2012

Early Childhood #7 - Bercakap

Assalamualaikum..

Kajian menyatakan seorang kanak-kanak / bayi boleh mula menyebut perkataan mudah seperti mama, papa abah dengan jelas seawal 8 bulan - 1 tahun.. not bubbling ok.. kadang-kadang ada yang keliru.. hehe.. dan kanak-kanak usia 18 bulan sudah boleh membina sekurang-kurangnya dua patah perkataan..

Faktor terbesar untuk mencapai kebolehan bercakap seawal usia tersebut adalah inisiatif ibu bapa itu sendiri untuk menambah vocabulary anak dengan sering bercakap atau bernyanyi dengan anak-anak seawal usia baru lahir... Anak sepatutnya sudah mempunyai vocabulary sekurang-kurangnya 2500 perkataan pada usia 2 setengah tahun.

Pja amat percaya dan pegang pada teori ini dan ternyata hasilnya memang amat memberangsangkan.. takat sebut mama dan papa tu semua bayi boleh sebutkan sebab ia dua suku kata yang sama dan huruf vowel A.. antara lain, abah, ayah.. sebab word yang mudah-mudah.. comfirm ade bunyi..

Minggu lepas, masa pja main dengan insyirah, pja cakap "insyirah.. jangan-jangan".. di balas balik dengan intonasi suara yang sama.."ann-ann.." terkejut.. then semalam masa tukar diapers dia, cakap dengan dia "dah habis".. dia balas "esshhh..." see... dia dah mula keluarkan bunyi..

Perkataan yang berulang-ulang sangat membantu untuk kanak-kanak.. jangan bercakap dengan nada pelat seperti, nenen, cucu, poo poo, shi shi, bum bum etc.. tu semua hanya akan melambatkan development kanak-kanak or pelat.. dan rajin-rajin la bercakap dengan dia.. sian diorang.. diorang pun dah ada perasaan nak di layan tau..

Nov 26, 2012

Early Childhood #6 Kursus

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kursus yang pja hadir dah berakhir dengan jayanya.. cuma final exam belum jaya.. haha.. 6 dis 2012 nih.. Hope everything will be ok...

Diam tak diam cukup 16 hari dah.. after penat every weekend pergi taman rakan.. Insyirah kene tinggal.. semua rasa ada.. tapi Alhamdulillah.. ilmu yang dapat tu tersangat la berharga dan berguna.. kalau tak untuk anak-anak yang bakal pja jaga, ilmu tu juga sangat penting untuk anak-anak pja sendiri..

Alhamdulillah juga 20-22 November 2012 Allah izinkan pja untuk hadir ujian amali dekat 3 tempat.. Taska Permata Nasyrah, KPDNKK, Taska Sri Kandi Menara Usahawan dan Taska Vista Bandar Seri Putra.. 


Thanks sangat-sangat pada anak-anak teacher yang bagi kerjasama..
Hadi, Amsyar, Dhia, Sarah, Alya,Qaseh, adik rayyan, damia, aliff, Qistina, abang rayyan, akif, ayus, Alia... terima kasih tolong teacher ye sayang.. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi..


Tersangat la suka bila anak-anak ni minta nak main lagi.. seronok sangat katanye... walaupun ada agenda-agenda spontan yang mencemaskan tetapi dapat tolong teacher dapatkan markah bonus.. antaranya bila Dhia nak nangis tengok pewarna makanan kat tangan dia tak boleh hilang, bila alya dan qaseh berebut mainan, bila aliff tiba-tiba datang dan nak join aktiviti teacher walaupun sebenarnye aliff tak boleh masuk.... tu semua markah kalau dapat tangani situasi..

Tapi satu yang tersangat ketara.. pada bakal-bakal yang menduduki ujian amali KAAK, bahan yang menarik, warna-warni dan baru bagi kanak-kanak terSANGAT la membantu untuk kanak-kanak memberi kerjasama semasa aktiviti dijalankan.. 

Apa-apa pun kene study untuk paper final ni.. hehe.. good luck ye semua..

p/s : Ada cita-cita nak sedekahkan bahan perkembangan kognitif (replika haiwan dan makanan) serta DIY dapur dan periuk dekat mana-mana taska yang berminat.. sebab tak ada tempat nak letak buat masa sekarang..

Nov 21, 2012

Bahan ujian amali

Walaupun hasil tak sberapa kerja last minit pulak tu.. Tak sangka dapat pujian 'bahan superb'.. Haha... Kembang la sikit..
Dan bila bawak balik rumah, si anak dara ni jadi tukang patahkan haiwan ibu.. Waaaa.. Tak tido malam tu ibu buat..



Nov 16, 2012

Suka Duka Breastfeed #10 - EBM or FM

Assalamualaikum..

Dah lama pja tak buat blog walking.. dulu rajin.. sekarang macam tak cukup masa nak baca blog orang or join forum.. blog sendiri lagi la jarang update.. kalau kebetulan tu ada, feedback la sekejap..

Lately ni je macam sengaja membizikan diri untuk blog walking dan baca komen-komen dekat forum sebab banyak sangat ibu-ibu kian rancak bertekak pasal susu ibu dan susu formula.. just be a silent reader..

Pja tak nak complen apa-apa.. tak nak suarakan apa-apa.. cuma pja nak bagitau yang pja sedey bila kita ibu-ibu yang sepatutnya bersatu berkongsi idea untuk berikan anak-anak yang terbaik kondem antara satu sama lain.. ada yang sampai keluarkan kata-kata kesat.. what point? semua ni hanya kan menunujukkan kebodohan kita...

Bagi pja susu ibu ke, susu formula ke.. setiap ibu tu tetap berusaha beri yang terbaik untuk anak-anak dia.. fight for the best.. kalau tak tak de nya ibu-ibu berhabis duit beli pam mahal-mahal.. tak de nya ibu-ibu beli susu formula yang terbaik yang sesuai untuk anak-anak mereka.. Ingat!.. tu semua rezeki dari Allah.. kalau DIA nak tarik, sekelip mata pun DIA boleh tarik...

Yang fully BF jangan la terlalu taksub sampai kate susu lembu hanya untuk lembu, ada yang dengan nada bongkaknya kata dia berjaya fully anak dia sampai dua tahun dan ibu yang bagi FM ni tak berusaha la, apa la.. Anda tahu ke situasi mereka? jangan terus menilai.. 

Semua orang tahu susu ibu adalah susu terbaik.. tepuk dada tanya hati masing-masing..

Nov 9, 2012

Beli Rumah

Assalamualaikum..

Sape tak beli rumah dok non!!.. semua orang nak ade rumah sendiri... lately semua orang dok bising kata rumah sekarang mahal ya ampun.... ermmmm.. geget jari je la kami yang muda-muda baru nak hidup ni...

Before kawen kami husband n wife pernah juga bincang pasal perkara ni.. but en. suami tak nak beli rumah sampai pja dapat kerja tetap.. sebab dia nak rumah kami dekat dengan tempat kerja pja.. baik kan hubby ku.... :) sebab dia pikir pasal daku...

Disebabkan tu, kami sewa dulu dekat puchong.. dekat dengan tempat kerja pja waktu tu dekat cyberjaya.. 15minit je ikut jalan belakang... tapi after tu pindah putrajaya still dekat juga lagi..

But lately ni dia macam dah mula bersuara nak beli juga rumah.. but after bincang kami tak kisah rumah baru or second hand, but rumah tu klo boleh convenient la.. bermaksud dari aspek suasana orang-orang dekat kawasan tu, kewangan kami (jangan sampai bayar umah bulan-bulan sampai tak de duit spare langsung untuk masa akan datang) dekat dengan tempat kerja.. paling penting perkara bekaitan dengan pengasuh insyirah...

Setelah dok cari-cari.. pja rasa pja selesa sangat dengan rumah sewa sekarang.. means keadaan rumah sekarang.. kot kalau ade orang nak jual, nak je kami beli.. tapi kalau boleh nak tingkat 1.. macam groundfloor sekarang ni agak terganggu la sikit.. lagi satu faktor keselamatan kat tempat ni bagus.. pegawai keselamatan dia memang tip top.. you all bayangkan anak-anak kat sini bebas bermain.. kanak-kanak 3-5 tahun tak de hal nak pergi main dekat luar.. sebab sini dah jadi satu komuniti.. macam-macam aktiviti tiap weekend.. so semua parents kenal each other.. Kalau kene tinggal dek en. suami pun tak rase takut la..

Macam sekarang, pja kuar pukul 7.30 pg pun sempat lagi sampai ofis sebelum pukul 8 pg.. then balik pukul 5 ptg, 5.30 dah sampai rumah.. siap-siapkan barang nak masak sikit, baru ambil insyirah pukul 6 ptg.. after tu sambil-sambil suap insyirah dah boleh masak.. pukul 7 lebih dah boleh makan.. selesa kan.. tak de la balik rumah malam... badan yang tersedia penat ni bertambah penat...

So, korang yang dah kawen-kawen ni or merancang nak kawen, terutama yang ade anak, jangan la terburu-buru sangat nak beli rumah.. asal cantik, rase murah terus beli.. tapi bila kira-kira balik duit tol dan duit minyak pergi balik keje tu lagi mahal dari segalanya.. tu belum lagi faktor sampai rumah lewat.. takkan nak balik lewat sampai 9-10 malam.. kot ade anak, takkan nak biar anak sampai malam-malam dekat rumah pengasuh.. tu tak pikir panjang namanye..

Nov 5, 2012

Adanya Sijil KAAK


Assalamualaikum..

I came to see him for the office matter, but he has told me.

"I am really interested in your business, my elder brother and I never thought to invest in this business. I once asked my fiance to take care of this business but she has not convinced and need to learn more.
It's was very exciting!!...
If you are interested and having funding problems, You can come and see me any time and I am very keen to invest in your business....
Don't be shy, let me know anytime soon....."

He told me twice ok!!!

terkejut makkkk!!!

Dia yakin dengan saya sebab saya telah pergi KAAK walaupun saya belum habis KAAK!

** Saya masih lagi mencuba untuk mendapatkan dana sendiri dan bina bisnes saya sendiri dari hasil titik peluh saya.. terima kasih en...

Nov 1, 2012

Kesal

Assalamualaikum..

"Kesal Pada Diri Sendiri"

Sepanjang beberapa tahun pja kerja ni, termasuk la kerja praktikal ke or kerja sementara ke.. ini la tempatnya, posisinya, tahunnya yang rekod prestasi pja paling teruk... Ya Allah...

Dulu, macam mana tak sukenye pasal persekitaran kerja ke, tugasan kerja ke, kawan-kawan sekerja ke, pja masih mampu lagi nak adept.. but thiz time.. memang zero habis!! Lebih setengah tahun pja cuba untuk ikhlaskan diri.. tapi ternyata memang pja dah hilang.. zahir je yang datang kerja tiap-tiap hari.. tapi batinnya tiap-tiap hari tido dekat rumah...

Sampai tahap, pja buat tugasa itu ini, tapi buat sekadar siap.. bila ditanya semula banyak yang tak tahu.. kadang-kadang tu buat kerja main-main kot.. bos marah.. tapi macam dah tak da perasaan kene marah.. coz i know memang salah sendiri.. buat main-main sedangkan i can do better.. sebab tu lately ni gaji macam tak berkat.. 

25 tahun pja belajar, akhirnya disini pja tercampak.. selama 15 tahun pja buat sesuatu bukan atas kerelaan sendiri.. sekarang, ini yang pja perlu bayar.. sakitnya, hanya Allah yang tahu.. tapi demi keperluan hidup, terpaksa hadapi.. 

Pja Mohon Ya Allah, sekurang-kurangnya pada umur pja 30 tahun, pja dapat melalukan sesuatu, mencari sumber rezeki dari hati yang ikhlas dan dari keinginan diri pja sendiri.. harap sangat-sangat satu hari nanti impian pja akan termakbul juga.. permudahkan la Ya Allah..

Nota kechik jahat-jahat : Apa yang nak tu, susah sangat nak capai.. tapi apa yang tak nak tu, mak aaaiihhh, ada je jalannya... Hanya Allah yang tahu rahsianya.. semoga ada bahagia di kemudian hari...