Nov 26, 2012

Early Childhood #6 Kursus

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kursus yang pja hadir dah berakhir dengan jayanya.. cuma final exam belum jaya.. haha.. 6 dis 2012 nih.. Hope everything will be ok...

Diam tak diam cukup 16 hari dah.. after penat every weekend pergi taman rakan.. Insyirah kene tinggal.. semua rasa ada.. tapi Alhamdulillah.. ilmu yang dapat tu tersangat la berharga dan berguna.. kalau tak untuk anak-anak yang bakal pja jaga, ilmu tu juga sangat penting untuk anak-anak pja sendiri..

Alhamdulillah juga 20-22 November 2012 Allah izinkan pja untuk hadir ujian amali dekat 3 tempat.. Taska Permata Nasyrah, KPDNKK, Taska Sri Kandi Menara Usahawan dan Taska Vista Bandar Seri Putra.. 


Thanks sangat-sangat pada anak-anak teacher yang bagi kerjasama..
Hadi, Amsyar, Dhia, Sarah, Alya,Qaseh, adik rayyan, damia, aliff, Qistina, abang rayyan, akif, ayus, Alia... terima kasih tolong teacher ye sayang.. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi..


Tersangat la suka bila anak-anak ni minta nak main lagi.. seronok sangat katanye... walaupun ada agenda-agenda spontan yang mencemaskan tetapi dapat tolong teacher dapatkan markah bonus.. antaranya bila Dhia nak nangis tengok pewarna makanan kat tangan dia tak boleh hilang, bila alya dan qaseh berebut mainan, bila aliff tiba-tiba datang dan nak join aktiviti teacher walaupun sebenarnye aliff tak boleh masuk.... tu semua markah kalau dapat tangani situasi..

Tapi satu yang tersangat ketara.. pada bakal-bakal yang menduduki ujian amali KAAK, bahan yang menarik, warna-warni dan baru bagi kanak-kanak terSANGAT la membantu untuk kanak-kanak memberi kerjasama semasa aktiviti dijalankan.. 

Apa-apa pun kene study untuk paper final ni.. hehe.. good luck ye semua..

p/s : Ada cita-cita nak sedekahkan bahan perkembangan kognitif (replika haiwan dan makanan) serta DIY dapur dan periuk dekat mana-mana taska yang berminat.. sebab tak ada tempat nak letak buat masa sekarang..

No comments: