Sep 18, 2012

Early Childhood #2 Perkembangan Awal

Assalamualaikum..

Nowdays kita sering digula-gulakan dengan sistem pembelajaran seperti "CepatLah Baca", "Bacalah Sayangku", "Bacalah Anakku".. Sehinggakan ibu bapa terbawa-bawa dengan sistem pendidikan untuk menjadikan anak-anak meraka cepat belajar seperti Qdees, Smart Reader and so on...

Tapi kita sebagai seorang Islam sering terlupa tentang hadis dan panduan Rasulullah S.A.W yang menyuruh agar memberikan perhatian dan kasih sayang terhadap kanak-kanak sehingga umur 7 Tahun.. Nabi Menyuruh kita memeluk anak, menjaga emosi mereka, bercakap dengan mereka, beri perhatian yang menyeluruh kepada mereka kerana dari umur itu lah anak-anak ini berkembang.

Bukan la bermaksud sistem perbelajaran yang sering diperkatakan oleh ibu bapa sekarang salah, tetapi sesetengah perkara akan membunuh curiosity anak-anak dalam proses pembelajaran secara natural mereka.. 

Contohnya: Kanak-kanak seawal 3 tahun di suruh duduk di kerusi meja sambil mencantum bintik-bintik menjadi huruf ABC dengan memek muka yang boring, tak suka, bosan.. sedangkan kita telah menidakkan fitrah kanak-kanak yang suka bermain dan mempelajari sesuatu dengan menggunakan imaginasi dunia mereka sendiri.. 

Suatu masa dahulu, kajian menunujukkan kanak-kanak lambat membaca.. kemudian, satu sistem pembelajaran cepat membaca telah diperkenalkan.. Kajian ke-2 telah dijalankan keatas kanak-kanak yang dapat membaca seawal 3 tahun dan keputusan menunujukkan kanak-kanak tersebut kurang minat membaca..

Yang mana lebih baik? CEPAT membaca tapi TAK MINAT membaca atau LAMBAT membaca tapi MINAT membaca?? 

Tak salah ajar anak membaca, tapi ada caranya.. dalam masa yang sama juga, kita perlu kenal anak-anak kita.. bukan semua kanak-kanak boleh membaca dengan cepat.. mereka ada tahap mereka sendiri.. Kanak-kanak dianugerahkan dengan Multiple Intelligence..

AWAS!! jangan sesekali membanding-bandingkan anak-anak kita dengan orang lain.. 

Ada kanak-kanak yang tidak perlu diajar seawal 2-3 tahun tetapi tetap dapat membaca seawal usia 2-3 tahun.. kerana mereka tergolong dalam kanak-kanak Word Smart.. Ada kanak-kanak yang Logical Smart, mereka bijak dalam problem solving.. ada juga Bodily/Kinesthetic Smart, mereka aktif bergerak.. ada jugak kanak-kanak yang Interpersonal Smart yang boleh memahami perasaan dan emosi orang keliling.. bermacam-macam.. pja akan terangkan kemudian dalam part 3 ok..

Sebenarnye kanak-kanak normal perlu diajar dengan 3 peringkat:

Pembelajaran secara Konkrit (0-4 tahun) :
Kanak-kanak diajar dengan objek-objek yang nyata aktiviti bermain pasir.. secara tak langsung kanak-kanak dapat belajar sukatan, ketumpatan dimana pasir bercampur air akan lebih berat.. berat atau ringan.. Tak Perlu Diajar.. mereka sendiri akan memberi jawapan sekiranya kita bertanya.. Pembelajaran ini lebih jelas kerana mereka sendiri dapat lihat, rasa, dengar, dan bau dengan deria yang ada.. dimana mereka LEARNING ON DOING..

Pembelajaran Secara Semi-Konkrit (5-7 tahun) :
Pembelajaran seperti gambar, flash card.. aktiviti meneka gambar dan sebagainya..

Pembelajaran Secara Abstrak (7 tahun Keatas) :
Ini la yang dikatakan Sistem pembelajaran membaca.. perkataan E.P.A.L adalah epal.. 

So, Pilihan ditangan kita, pada usia mereka 3 tahun, apa KEPERLUAN anak itu bukan KEHENDAK IBU BAPA tau samada;

Kita tunjuk perkataan E.P.A.L dan dia boleh sebut EPAL

atau

Kita tunjuk gambar epal dan dia boleh bagitau itu epal dan warna epal

atau

Kita tunjuk buah epal dan dia boleh bagitau itu epal, warna epel, bau epal, bentuk epal, rasa epal, berat epal, saiz epal dan sebagainya...

Ingat ni...

It's Take a Village to Raise a CHILD....

Bersambung.....

Sep 16, 2012

budak tak matang..

Assalamualaikum..

Pja ada terjumpa seseorang ni hari ni.. nak kata tak suka dengan dia, tak la juga, tapi pja cuma tak berapa selesa dengan dia.. but pja cube bersangka baik.. tegur semua orang dan senyum..

Orang tu senyum dan salam pja jugak, tpi pja tak berapa selasa dengan cara dia pandang pja atas bawah tu.. why? aku de salah dengan kau ke...

Pja tak tersangka pun akan jumpa dia kat situ.. then pja tak rasa ada problem pun dengan dia memandangkan kisah trajedi penyebab kepada budak ni macam tak suka pja tu dah lama berlaku.. pja rasa diorang yang terlibat pun tak tahu yang pja tahu tentang perkara tu..

Korang pernah rasa tak biler korang jumpe seseorang, korang tak de masalah pun dengan orang tu, tapi korang dapat rasa aura "tak suka" orang tu kat korang plus cara dia pandang, layan dan senyuman yang dibuat-buat tu? hah!! cam tu la pja rasa.. masalahnye dia layan, senyum dan sambut orang lain punyala mesra..

I dont care whoever you are, ko nak tak suka aku ke, itu ko punya pasal.. tapi apa yang pasti aku dipihak yang benar.. patutnye aku yang marah ko.. tu pun kira bersyukurla aku tak basuh ko..jangan nak childish sangat ok.. aku tak de masa nak layan.. ko yang tak dapat, ko nak buat muka nasi basi dengan aku lak...

Early Childhood #1 lack of knowledge

Assalamualaikum...

bercerita pasal ilmu keibubapaan ni, ramai yang rasa dia tahu semua.. tak kisah la dia da lama jadi ibu bapa mahupun yang baru..

tapi bak kata prof. dr. muhaya, kita derhaka dengan anak kita sebab kita kurang pengetahuan.. kita berhutang dengan anak kita..

Alhamdulillah, semalam pja menghadiri satu kursus ni, actually pja pergi atas tuntutan bisness... tapi dalam pada berbelah bahagi nak pergi tu, pja dapat ilmu parenting yang amat berharga..

Ok, sebenarnye banyak yang kita tak tahu dan kita tersilap.. kiranye mende-mende asas.. nanti pja cerita kemudiaan ye.. sharing is caring kan..

Sep 11, 2012

Ready For Tomorrow

Assalamualaikum..

Hye.. Esok Big day untuk pja.. bukan 'big day' kawen tau.. tapi ape yang pja rancangkan esok adalah penentu kepada masa depan pja... wahhhhhh.. gituuuu...

Esok pagi pja kene bangu seawal 5 pagi or lebih awal lagi.. prepared food & milk for insyirah.. siap sedia dari segi mental dan fizikal.. kasik comel-comel sikit, lawa-lawa sikit, wangi-wangi sikit... Nasib en. suami bermurah hati nak cuti dan temankan isteri dia yang comel nih.. haha..

Pukul 6 bagi dah kene hantar insyirah ke rumah mama dia.. walaupun sebenarnye hati tak rela nak tinggalkan  dia... then hantar emak ke Putajaya dan kami akan terus ke Kuala Lumpur... My Interview akan bermula jam 8 pagi.. berdebar-debar walaupun tak baca langsung pasal civil dan isu semasa...

After interview yang tak tahu habis pukul berapa tu, InsyaAllah, kami akan shoot ke Putajaya/ Shah Alam bergantung pada keadaan dan maklumat terkini untuk berurusan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk dapatkan resit sementara kemudiaan akan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk sahkan permohonan.. after tu akan ke Suruhanjaya Syarikat Semula untuk menyelesaikan Permohonan.. fuhhhhh.. banyak benda tu..

Lepas ni boleh la 100% tumpukan perhatian pada Licensing Agreement yang akan ditandatangani..

Wish me Luck ye kawan-kawan....

InsyaAllah, hope urusan kami berjalan dengan lancar.. Walaubagaimanapun, kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya.. InsyaAllah...

Sep 6, 2012

aksi gugurl

 Assalamualaikum..

Tengok la si gugurl ni beraksi.. amboii.. siap posing ok..

 Ala-ala peluk pokok..

Buat mimik mulut.. ayah sempat gak nak inter-frame..

Aceceh.. macam American next top model la pak.. haippp.. tak mo tau...

oppsss... silap gambar.. ni nak hantar ke orang lain sebenarnye..

Sep 5, 2012

Perempuan Curang

Assalmualaikum..

Sebenarnye topik ni dah basi pun.. dari mula keluar hari tu pja nak bincang sikit pasal ni, tapi tak menyempat-nyempat dek bebanan kerja yang banyak.. but now, try jugak curik masa yang sesuai..

Korang ingat tak pasal artikel wanita di Malaysia merupakan ranking ke-3 paling ramai curang..
-firstly, siapa sample "wanita-wanita malaysia" tu yang diorang buat survey?
-Survey ni menampakkan seolah-olah wanita malaysia yang curang.. lelaki tak de...

Rentetan dari tu, HotFM buat Hot Chat bersama AM Krew.. 
-HOT jugak la pagi tu.. ramai wanita-wanita tak puas hati, tak kurang juga dengan yang sokong.. tapi tak kalah juga dengan yang mempertahankan diri..
-Contohnye ada seorang ahkak ni tanya.. "kalau kita chatting dekat FB, Twitter, emel berkongsi cerita, luahkan masalah, tukar pendapat tu kira curang ke? tak la.. saya rasa tak.."
pendapat pja : wak lu.... soalan ko pun dah menampakkan kebodohan ko.. kalo dah sampai luah perasaan, kongsi cerita bagai dalam masa yang sama dok sorok-sorok dari laki ko yang lurus tu compem la ko curang, even sekadar dalam internet.

Then pja dapat pulak emel dari Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) pasal ada seorang brother ni cerita yang isteri dia kantoi dengan dia curang dengan lelaki lain siap tido bersama lagi...
-speechless la kalau dah curang sampai ke tempat tido..
-Ada juga yang balas, kata dia alami cerita yang sama cuma pelaku dia si suami.

Sekarang pja tak nak cerita pasal orang-orang curang ni.. Tepuk dada tanya iman la.. sebenarnya lelaki atau wanita sama je.. sebab pelaku-pelaku yang dihighlightkan sekarang adalah wanita.. disebalik wanita dan isteri orang yang curang tu kita tahu dia lelaki cuma tak tahu dia adalah bujang atau laki orang.. takkan pokok bergoyang kalau tak de angin..  kalau laki orang means dia pun curang dekat isteri dia la kan..kan..kan.. 

Pja cuma nak tanye 2 soalan la...
1) Apa perasaan korang terhadap pasangan korang masa korang beramah mesra bersama orang lain yang opposite jantina tu eh? waktu korang panggil dia sayang ke, darling ke, intan payung ke.. bersayang-sayang la, peluk cium la.. sweet dream la..tak de rase bersalah eh? dah tak de sayang eh?
-ntah-ntah dekat suami / isteri tak pernah pun panggil sayang, darling bagai tu...
-Mungkin korang nak bergurau-gurau antara kawan-kawan.. but, korang tak pikir ke kalau orang lain terbaca, ape pandangan diorang?? 
-Kadang-kadang bermula dari satu gurauan, tapi tak mustahil satu hari nanti bertukar jadi perasaan.. sebab antara adam dan hawa tetap ada syaitan walaupun dalam internet.. Syaitan sekarang pun pakai internet ok!!.. kalau tak takkan banyak kes cerai-berai, maksiat dan segalanya berpunca dari internet..

2) Cuba korang vise versa, suami/isteri korang pulak yang jadi macam korang, ape perasaan korang?? terasa tak? sakit hati tak? kecewa tak?
-Ya Allah, tak tahu la kalau korang ni memang tak kisah dan tak de paper perasaan.. memang hati batu...

Pokok pangkalnya bermula dari agama.. kalau kuat tiang rumah tu, InsyaAllah kuat la rumah tu.. Kalau kacau sikit je tiang tu dah bergoyang, alamatnya roboh la menyembah bumi..

Diorang ni kurang dapat perhatian.. Si pasangan sila la beri perhatian lebih ye... untuk peringatan semua termasuk diri ini yang serba kekurangan ini...

tQ..