Sep 11, 2012

Ready For Tomorrow

Assalamualaikum..

Hye.. Esok Big day untuk pja.. bukan 'big day' kawen tau.. tapi ape yang pja rancangkan esok adalah penentu kepada masa depan pja... wahhhhhh.. gituuuu...

Esok pagi pja kene bangu seawal 5 pagi or lebih awal lagi.. prepared food & milk for insyirah.. siap sedia dari segi mental dan fizikal.. kasik comel-comel sikit, lawa-lawa sikit, wangi-wangi sikit... Nasib en. suami bermurah hati nak cuti dan temankan isteri dia yang comel nih.. haha..

Pukul 6 bagi dah kene hantar insyirah ke rumah mama dia.. walaupun sebenarnye hati tak rela nak tinggalkan  dia... then hantar emak ke Putajaya dan kami akan terus ke Kuala Lumpur... My Interview akan bermula jam 8 pagi.. berdebar-debar walaupun tak baca langsung pasal civil dan isu semasa...

After interview yang tak tahu habis pukul berapa tu, InsyaAllah, kami akan shoot ke Putajaya/ Shah Alam bergantung pada keadaan dan maklumat terkini untuk berurusan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk dapatkan resit sementara kemudiaan akan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk sahkan permohonan.. after tu akan ke Suruhanjaya Syarikat Semula untuk menyelesaikan Permohonan.. fuhhhhh.. banyak benda tu..

Lepas ni boleh la 100% tumpukan perhatian pada Licensing Agreement yang akan ditandatangani..

Wish me Luck ye kawan-kawan....

InsyaAllah, hope urusan kami berjalan dengan lancar.. Walaubagaimanapun, kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya.. InsyaAllah...

1 comment:

saleha said...

Good luck pija, all the best...