Assalmualaikum..
Sebenarnye topik ni dah basi pun.. dari mula keluar hari tu pja nak bincang sikit pasal ni, tapi tak menyempat-nyempat dek bebanan kerja yang banyak.. but now, try jugak curik masa yang sesuai..
Korang ingat tak pasal artikel wanita di Malaysia merupakan ranking ke-3 paling ramai curang..
-firstly, siapa sample "wanita-wanita malaysia" tu yang diorang buat survey?
-Survey ni menampakkan seolah-olah wanita malaysia yang curang.. lelaki tak de...
Rentetan dari tu, HotFM buat Hot Chat bersama AM Krew..
-HOT jugak la pagi tu.. ramai wanita-wanita tak puas hati, tak kurang juga dengan yang sokong.. tapi tak kalah juga dengan yang mempertahankan diri..
-Contohnye ada seorang ahkak ni tanya.. "kalau kita chatting dekat FB, Twitter, emel berkongsi cerita, luahkan masalah, tukar pendapat tu kira curang ke? tak la.. saya rasa tak.."
pendapat pja : wak lu.... soalan ko pun dah menampakkan kebodohan ko.. kalo dah sampai luah perasaan, kongsi cerita bagai dalam masa yang sama dok sorok-sorok dari laki ko yang lurus tu compem la ko curang, even sekadar dalam internet.
Then pja dapat pulak emel dari Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) pasal ada seorang brother ni cerita yang isteri dia kantoi dengan dia curang dengan lelaki lain siap tido bersama lagi...
-speechless la kalau dah curang sampai ke tempat tido..
-Ada juga yang balas, kata dia alami cerita yang sama cuma pelaku dia si suami.
Sekarang pja tak nak cerita pasal orang-orang curang ni.. Tepuk dada tanya iman la.. sebenarnya lelaki atau wanita sama je.. sebab pelaku-pelaku yang dihighlightkan sekarang adalah wanita.. disebalik wanita dan isteri orang yang curang tu kita tahu dia lelaki cuma tak tahu dia adalah bujang atau laki orang.. takkan pokok bergoyang kalau tak de angin.. kalau laki orang means dia pun curang dekat isteri dia la kan..kan..kan..
Pja cuma nak tanye 2 soalan la...
1) Apa perasaan korang terhadap pasangan korang masa korang beramah mesra bersama orang lain yang opposite jantina tu eh? waktu korang panggil dia sayang ke, darling ke, intan payung ke.. bersayang-sayang la, peluk cium la.. sweet dream la..tak de rase bersalah eh? dah tak de sayang eh?
-ntah-ntah dekat suami / isteri tak pernah pun panggil sayang, darling bagai tu...
-Mungkin korang nak bergurau-gurau antara kawan-kawan.. but, korang tak pikir ke kalau orang lain terbaca, ape pandangan diorang??
-Kadang-kadang bermula dari satu gurauan, tapi tak mustahil satu hari nanti bertukar jadi perasaan.. sebab antara adam dan hawa tetap ada syaitan walaupun dalam internet.. Syaitan sekarang pun pakai internet ok!!.. kalau tak takkan banyak kes cerai-berai, maksiat dan segalanya berpunca dari internet..
2) Cuba korang vise versa, suami/isteri korang pulak yang jadi macam korang, ape perasaan korang?? terasa tak? sakit hati tak? kecewa tak?
-Ya Allah, tak tahu la kalau korang ni memang tak kisah dan tak de paper perasaan.. memang hati batu...
Pokok pangkalnya bermula dari agama.. kalau kuat tiang rumah tu, InsyaAllah kuat la rumah tu.. Kalau kacau sikit je tiang tu dah bergoyang, alamatnya roboh la menyembah bumi..
Diorang ni kurang dapat perhatian.. Si pasangan sila la beri perhatian lebih ye... untuk peringatan semua termasuk diri ini yang serba kekurangan ini...
tQ..
No comments:
Post a Comment