Assalamualaikum..
Nowdays kita sering digula-gulakan dengan sistem pembelajaran seperti "CepatLah Baca", "Bacalah Sayangku", "Bacalah Anakku".. Sehinggakan ibu bapa terbawa-bawa dengan sistem pendidikan untuk menjadikan anak-anak meraka cepat belajar seperti Qdees, Smart Reader and so on...
Tapi kita sebagai seorang Islam sering terlupa tentang hadis dan panduan Rasulullah S.A.W yang menyuruh agar memberikan perhatian dan kasih sayang terhadap kanak-kanak sehingga umur 7 Tahun.. Nabi Menyuruh kita memeluk anak, menjaga emosi mereka, bercakap dengan mereka, beri perhatian yang menyeluruh kepada mereka kerana dari umur itu lah anak-anak ini berkembang.
Bukan la bermaksud sistem perbelajaran yang sering diperkatakan oleh ibu bapa sekarang salah, tetapi sesetengah perkara akan membunuh curiosity anak-anak dalam proses pembelajaran secara natural mereka..
Contohnya: Kanak-kanak seawal 3 tahun di suruh duduk di kerusi meja sambil mencantum bintik-bintik menjadi huruf ABC dengan memek muka yang boring, tak suka, bosan.. sedangkan kita telah menidakkan fitrah kanak-kanak yang suka bermain dan mempelajari sesuatu dengan menggunakan imaginasi dunia mereka sendiri..
Suatu masa dahulu, kajian menunujukkan kanak-kanak lambat membaca.. kemudian, satu sistem pembelajaran cepat membaca telah diperkenalkan.. Kajian ke-2 telah dijalankan keatas kanak-kanak yang dapat membaca seawal 3 tahun dan keputusan menunujukkan kanak-kanak tersebut kurang minat membaca..
Yang mana lebih baik? CEPAT membaca tapi TAK MINAT membaca atau LAMBAT membaca tapi MINAT membaca??
Tak salah ajar anak membaca, tapi ada caranya.. dalam masa yang sama juga, kita perlu kenal anak-anak kita.. bukan semua kanak-kanak boleh membaca dengan cepat.. mereka ada tahap mereka sendiri.. Kanak-kanak dianugerahkan dengan Multiple Intelligence..
AWAS!! jangan sesekali membanding-bandingkan anak-anak kita dengan orang lain..
Ada kanak-kanak yang tidak perlu diajar seawal 2-3 tahun tetapi tetap dapat membaca seawal usia 2-3 tahun.. kerana mereka tergolong dalam kanak-kanak Word Smart.. Ada kanak-kanak yang Logical Smart, mereka bijak dalam problem solving.. ada juga Bodily/Kinesthetic Smart, mereka aktif bergerak.. ada jugak kanak-kanak yang Interpersonal Smart yang boleh memahami perasaan dan emosi orang keliling.. bermacam-macam.. pja akan terangkan kemudian dalam part 3 ok..
Sebenarnye kanak-kanak normal perlu diajar dengan 3 peringkat:
Pembelajaran secara Konkrit (0-4 tahun) :
Kanak-kanak diajar dengan objek-objek yang nyata aktiviti bermain pasir.. secara tak langsung kanak-kanak dapat belajar sukatan, ketumpatan dimana pasir bercampur air akan lebih berat.. berat atau ringan.. Tak Perlu Diajar.. mereka sendiri akan memberi jawapan sekiranya kita bertanya.. Pembelajaran ini lebih jelas kerana mereka sendiri dapat lihat, rasa, dengar, dan bau dengan deria yang ada.. dimana mereka LEARNING ON DOING..
Pembelajaran Secara Semi-Konkrit (5-7 tahun) :
Pembelajaran seperti gambar, flash card.. aktiviti meneka gambar dan sebagainya..
Pembelajaran Secara Abstrak (7 tahun Keatas) :
Ini la yang dikatakan Sistem pembelajaran membaca.. perkataan E.P.A.L adalah epal..
So, Pilihan ditangan kita, pada usia mereka 3 tahun, apa KEPERLUAN anak itu
Kita tunjuk perkataan E.P.A.L dan dia boleh sebut EPAL
atau
Kita tunjuk gambar epal dan dia boleh bagitau itu epal dan warna epal
atau
Kita tunjuk buah epal dan dia boleh bagitau itu epal, warna epel, bau epal, bentuk epal, rasa epal, berat epal, saiz epal dan sebagainya...
Ingat ni...
It's Take a Village to Raise a CHILD....
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment