sebenarnye entry kali ni terlalu peribadi untuk dijadikan topik yang dijaja.. but.. walaubagaimanapun, aku tetap perlu meluahkan..
sesungguhnya terlalu sukar untuk membuat pilihan, lebih-lebih lagi jika keputusan yang diambil akan memakan diri sendiri.. bukan semua yang kita mahu kita akan dapat.. tetapi... ingat la bahawa apa yang Allah berikan, itu la yang terbaik untuk kita dan ada hikmah disebaliknya..
apakah kriteria dalam kita membuat sesuatu keputusan? DIRI kita sendiri yang perlu diberi keutamaan atau pandangan ORANG LAIN terhadap diri kita? bagai ditelan mati emak, diluah mati bapak...
semua boleh kate utamakan kan diri sendiri.. tapi belakangnya, tetap ada mulut-mulut busuk yang mengata.. kita boleh menyenangkan pihak yang lagi satu, tetapi ketika saat kita jatuh terduduk, adakah si mulut-mulut busuk itu akan memapah kita?? tidak sama sekali.. meranalah kamu seorang diri disudut itu kerana terlalu ingin menjaga hati mereka..
kadang-kadang kita tak sedar, didepan kita adalah yang terbaik untuk kita.. tapi kadang-kadang kita rase itu yang terbaik untuk kita.. sedangkan yang terbaik itu masih diluar sane...
hidup ibarat perjudian.. kita perlu berani menanggung risiko atas apa sekalipun jalan yang kita pilih.. tapi, jangan lupa, kadangkala keajaiban itu boleh datang pada bila-bila masa sahaja..
minta la bantuan dari Yang Esa.. itu la sebaik-baik jalan... kerana.. hanya DIA lah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita..
No comments:
Post a Comment