Assalamualikum...
Pja bukan nak bagi tips sangat pun.. cuma tadi dalam slot dilema wanita ada cerita pasal wanita yang berbadan besar.. last sekali macam biasa la ada terselit tips dari Datuk Dr. Fadzilah Kamsah..
Qoute dia "anak-anak kita ni 'besar' dan 'sihat' disebabkan oleh ibu bapa yang penyayang.." huraian dia lagi lebih kurang macam kita hidangkan anak-anak dengan makanan macam-macam.. pelbagai jenis, sihat atau tak sehingga anak ni lemah pada makanan..
Pja pernah juga dapat tips dari trainer pemakanan untuk anak-anak yang mengatakan jangan paksa anak makan.. beri makanan yang sihat sahaja.. maksud jangan "paksa" anak makan ni contohnya if dia dah tak nak lagi, jangan dipaksa.. sebab kalau sumbat juga dalam perut yang kecik tu, alamatnya tumbesaran perut dia akan luar biasa.. ibarat stokin kecik yang di sumbat dengan kaki besar.. lama-lama longar la dia kan.. kalau dia tak nak makan nasi, cari alternatif lain yang boleh membekalkan nutrian yang diperlukan tadi.. contoh kalau dia tak nak nasi, boleh bagi homemade kentang goreng kan.. karbo jugak.. kita kene kreatif..
Tiba-tiba juga terus teringat pasal kisah pja mase kecik-kecik dulu.. kakna pernah citer.. dulu cik normah (mak angkat yang bela pja dulu) selalu sumbat-sumbat nasi dalam mulut pja sampai pja muntah-muntah.. dia suruh jugak makan banyak-banayk sebab katanya pja kurus sangat macam budak tak cukup makan... Borak-borak dengan mak after training.. mak ia kan.. dia kaa sampai kembung-kembung pipi dengan hidung pja kemam nasi..
Kesimpulannya.. badan pja besar dah susah nak turun sebab kasih sayang cik normah yang terlalu banyyaakkkkkkkk... hahaha mak gelak guling-guling....
No comments:
Post a Comment