Sep 6, 2013

Early Childhood #8 - Tunjuk yang baik sahaja

Assalamualaikum..

Dah tahu, tapi kadang-kadang tu buat juga.. bukan lupa, bukan tak ingat.. tapi buat-buat tak paham... Allah..

Nasib pja walaupun baru ada dua anak di taska, tapi dua-dua kuat nangis. yang sorang tu datang taska nangis, balik nangis.. mak ayah orang lain datang pun dia yang nangis.. tengah-tengah main nangis.. tengah tido pun boleh nangis.. tapi dia senang nak handle.. peluk je abih la nangis dia tu..

Masalah yang dekat lagi sorang ni.. memang macam ahmad albab dah.. kalau minggu yang dia terlebih sikit tu, muke dah pja dah ala-ala syawal dah.. hahaha.. "dia diam itu dia tidurla umar muallim..." Kita ni tetap manusia.. kalau dari pagi nangis, sampai ke petang.. tidur pun paling lama 30 minit.. ok.. time out!!! memang pja lari kejap ke bilik mana-mana yang boleh kedap dari dengar tangisan dia.. karang tak pasal-pasal jadi macam kes dalam video youtube.. Nauzubillah.. lagi satu dia pantang tegur tau.. kalau kite tegur dia "jangan nangis" lagi dia menjerit macam kene cubit..

Kadang-kadang terlepas juga cakap kat dia.. "adoiii.. nape la asyik nangis ni.. tak larat la ibu..." atau.."Allah.. ape yang tak kene lagi ni sayang..tak penat ke nangis..." Ingat.. "adoiii" tu mengeluh tau..

Tadi tengah solat zohor, tibe-tibe dia menangis lagi.. dan dan insyirah ambil botol susu baby terus cakap "adooooooii.. susu..susu..." sambil berlari suap susu kat baby.. terus tak khusyuk solat.. nak nagis pun ada, nak gelak pun ada... dia dah copy apa yang pja cakp.. sangat tak baik ok..

No comments: