Jun 28, 2013

Last Day

Assalamualaikum..

Hari ni last day pja berkhidmat di KeTTHA.. 3 tahun disini, terlalu banyak suka duka, jerih perit.. Tapi, pengalaman itu la yang telah mematangkan pja, buat pja terus berfikir untuk menghadapi perjalanan hidup ini.. Dari zaman anak dara, bersuka ria, berkahwin, sampai la insyirah dah berumur 1 tahun 5 bulan.. terlalu berharga rasanya..

Keputusan yang pja buat ni bukan satu keputusan yang mudah.. sudah setahun lebih.. setiap hari pja berdoa agar Allah beri pja kekuatan dan tunjukkan jalan yang terbaik untuk pja.. Walaupun ragu-ragu, Alhamdulillah, pja dapat rasakan kekuatan itu ada dalam diri pja walaupun masa depan masih samar-samar.. Alhamdulillah juga, Allah telah kurniakan pja suami dan anak yang sangat menyokong pja.. mereka la semangat pja..

Kenangan 

Buibye semua...

Jun 25, 2013

3 Tahun sudah

Assalamualaikum..

Minggu ni datang kerja dengan kepala yang bebal.. haha.. dah tak boleh pikir.. bos pun dah tak bagi kerja.. tinggal nak kemas kini file-file yang ada dan kemas barang.. rasa macam nak bersara la pulak kan..

Fikir-fikir balik, kerja 3 tahun for nothing.. setahun setengah yang awal tu, adalah pengalaman handle kerja-kerja pembinaan terowong.. baki setahun setangah lagi tu, cuma duduk depan pc timba pengalaman yang tak laku dekat resume seorang jurutera awam pun.. epf pun tak de, haih.. tapi yang bagusnya kat sini belajar to liaise dengan orang.. belajar management.. so, mulai bulan depan mula dari zero.. dalam satu dunia yang lain pula.. jauh dari dunia korporate.. dan produk pja adalah lebih mencabar sebab ia akan menguji kredibiliti seorang ibu, pengasuh dan pendidik..

Insyirah pun macam tahu-tahu je lepas ni dia fully dengan ibu.. pagi tadi first time dia nangis tak nak pergi rumah mama.. bijak sangat itu anak..

ok... nak sambung kemas.. daaaa...

Jun 14, 2013

Review : Homoepathy & Akupuntur

Assalamualikum..

Sejak bawak mak pergi berubat kencing manis guna rawatan alternatif dengan Tn. Hj. Nazril, dan perkembangannye pulak sangat la positif, tergerak hati untuk avoid ubatan moden ni.. Seriusly, mak dah tak makan ubat darah tinggi dan cair darah.. ubat kencing manis pulak dia skip.. tapi bacaan kencing manis dia dah tak lebih dari 5 even selepas makan.. Alhamdulillah..

Yang pja nak sangat berubat ni pja punya migrain.. Nak dijadikan penyebab, dah seminggu pja batuk berkahak.. tak pergi klinik langsung.. cuma makan madu & habbatussauda'.. padahal dulu pja la penunggu setia depan pintu klinik azlini.. hehe..

Tadi tergerak hati nak berubat secara homoepathy.. Pergi la klinik Dr. Nik Omar dekat Bangi.. Asalnya nak amik ubat untuk batuk je.. alang-alang sampai try la tanya pasal sakit belakang dan migrain.. then dia suggest buat akupuntur.. tak lama pun 1/2 jam je.. untuk lancarkan perjalanan darah.. Alhamdulillah kurang sikit rasa stress dekat bahu tu after treatment.. so far ok la.. kalau buat selalu insyaAllah  kot.. 

Pja bukan tak percaya ubat moden.. tapi dari muda pja asyik telan caffox, cafergot.. dah macam drug addict dah.. bila layan sakit je, nak dadah.. ubat tu memang dadah pun kan.. lepas tu tak baik-baik pun.. cuma realise kan sakit tu je kan.. so, hope fully kaedah lain ni serasi dengan pja.. kita hanya berusaha, Allah yang menentukan.. nti pja updated pasal ubat batuk tu pulak ye.. oh ye.. dia ada buat bekam juga, ingat nanti nak try jugak..

Mahal sikit, tapi banding dengan dadah dan kimia yang bahaya tu masuk badan, side efek lain datang lagi banyak duit terbang..
Terfikir nak bagi nafas baru dekat blog ni.. tapi memikirkan kalau dah start buat asyik nak ngadap je, terus tak jadi.. tunggu la dah relax sikit nanti..






Aku dan pejabat

Assalamualaikum..

Pja rasa pja tak normal.. boleh tak? hahaha.. tak tahu kenapa sepanjang duduk dekat ofis sekarang ni, boleh kira dengan jari berapa kali pja keluar makan, keluar shopping or keluar pergi mana-mana la dengan diorang.. kecuali dengan orang dari jabatan lain.. kawan-kawan yang pja lebih selesa semuanya dari bahagian lain.. 

Dulu masa ada hana, wan & azreen, diorang la kawan pja.. gerak dengan diorang.. makan dengan diorang.. sekarang ni bila latihan SL1M dah tamat, sendirian berhad je.. bukan tak nak berkawan.. tapi terasa macam ada sesuatu yang menghalang untuk pja rapat dengan diorang.. bukan maksud tak boleh borak gelak tawa bagai.. pernah je.. lepak-lepak sambil sembang kat depan.. pergi family day join group.. semua tak ada masalah.. tapi untuk jadi close macam dengan netty, neli, kak lia, dan kawan-kawan lain sampai boleh pergi vacation sama-sama tu macam susah.. even masa practical dulu pun tak pernah ada masalah..

Jangan terkejut.. tak ada seorang pun antara diorang yang pja add atau approve sebagai kawan facebook, tweeter, instagram and whatsoever tu.. nombor telefon yang ada pun bos dan kerani bahagian pja je, dengan sorang pegawai PRE.. tu pun sebab kene pergi meeting sisipan akhbar sama-sama.. seriously... Kehidupan pja pun diorang banyak tak tahu..

Semalam ada seorang akak ni, tibe-tibe dia datang cerita dekat pja masalah dia.. dengar je la.. kesian.. "tapi kak, apa yang akak dan kawan-kawan akak yang lain kene tu, saya dah kene kak.. sebab tu saya jauhkan diri..." sambil senyum.. mungkin tu salah satu faktor pja ambil keputusan untuk "buat hal sendiri..." after azreen dan hana dapat kerja lain, wan pulak berhenti dan bersalin bulan dua lepas.. memang pja "lone ranger.." 

Jun 12, 2013

No.. No... No...

Assalamualaikum

Kita parents ni suka sangat cakap "No.. no... no.. " pada anak kita kan.. dah tahu tapi buat juga.. sambil pandang muka dalam cermin... (T_T)...

Masa hadir kelas.. perkara yang sama juga yang dibangkitkan.. 1 sebab kita TAK PERCAYA anak dan ke-2 sebab kita MALAS.. Dushhhh.. sekali lagi rasa ditumbuk...

Hehe.. dah kene tumbuk pun, buatttt juagak.. dari awal memang ada perkara yang pja bagi dan tak bagi.. contohnya; pja memang tak bagi insyirah masuk dapur.. semua no.. no.. no.. siap pasang pagar.. melalak la dia disebalik pagar tu minta masuk.. lagi satu lipat kain.. memang lipat masa dia tidur.. sebab kita rasa dia hanya nak 'tambahkan' kerja kita.. betul tak mommies??

Sebenarnya takkkk.. dia nak tolong.. but dia masih lagi develop skill dia.. kalau kita tak bagi dia cuba macam mana dia nak boleh buat.. fikir logik la.. dan, kita tak sedar, sebenarnya kadang-kadang lagi memudahkan kerja kita..

Contoh: kalau pja tinggal berdua dengan dia, then masuk dapur.. dia yang dekat hall tu melalak-lalak minta dukung, minta susu, minta layan.. dari 30 minit masak jadi 1jam 30 minit.. tapi bila kita bagi dia aktiviti bawah kawalan kita.. 30 minit dah siap masak.. kan... 

Tapi tak semua la kita boleh bagi.. ada yang memang akan bahayakan diri dia, kita halang dengan bagitau sebab jangan NO... je memanjang.. tu yang dia buat lagi.. kalau dia nak buat sesuatu yang perlu kawalan, kita tengok dan beri tunjuk ajak.. anak pun pandai, kita pun senang hati..

Thanks a lot pada kawan dalam group whatsapp Hot Mommies.. you all memang banyak membantu dalam ilmu parenting ni..

Nota Kecik tumbuk-tumbuk : Seronok sangat insyirah dapat tumbuk beras.. serius memang dia yang buat sendiri.. halus jugak la hasil dia.. insyirah pandai, ibu pun seronok.. hehe..
Sempat masuk mulut jugak tu.. nasib la beras..

Close up

Gigih menumbuk

Hasilnya.. ok la tu untuk kanak-kanak 1 tahun 5 bulan kan..

Semoga Selamat - Atok & Opah

Assalamualaikum..

Diam tak diam, esok dah 13 Jun.. InsyaAllah esok en. atok & pn. opah bakal terbang untuk mengerjakan umrah sampai 24 jun 2013... waaaaaa... sedey bangat lo ditinggalin..

Mungkin sebab pja antara yang paling selalu dok ikut je belakang opah & atok, jadi bila diorang berjalan tinggalkan pja tu sedey la pulak.. pastu kalau diorang jalan tinggalkan pja then bawak pulak orang lain, jeles la plak... hahaha.. gedik kan...

Atokk, Opahh... nanti insyirah rinduuuu... haha.. saje je guna nama insyirah kan...

En. atok & Pn Opah pergi umrah bawak haziq, nenek dan mak long.. murah rezeki diorang.. Alhamdulillah.. semoga rezeki kami pula akan datang menyusul.. semoga semua selamat pergi dan selamat pulang.. semoga Allah permudahkan urusan Ibadah kalian..

Jun 5, 2013

Diketepikan

Assalamualaikum..

Again... dalam kementerian yang sama, post yang sama cuma jabatan yang berbeza.. 

Kadang-kadang bila kita dalam situasi yang tak selamat, ada baiknya kita berpura-pura untuk selamatkan diri.. dan dah dua kali pja gagal berpura-pura dan pja memang comfirm tak selamat.. hahaha.. 

Kali ni kontrak disambung, tapi dari sektor pja dia akan interview pegawai-pegawai kontrak ni untuk tentukan sapa 2 orang pegawai yang akan ditukarkan kepada Contract Of Service.. kononnya macam save sikit la sebab kontrak dibuat 2 tahun dan akan mengisi kekosongan jawatan.. if yang tak selamat tu, sambung kontrak lama je sampai hujung tahun.. tu pun kalau ada duit.. Malangnya, pja sorang je pegawai yang tak dipanggil interview.. boleh pulak kan... 

Kalau sepanjang 2012 pja boleh senyum.. gelak ketawa.. buat kerja macam orang workaholic la.. sebelah mata pun diorang tak kisah.. memang fake habis la.. ibarat kata "i looooovveeeeeeee thiz jobvery the much la!!!" tapi tahun 2013 ni memang fake tu dah kelaut.. memang pja tunjuk yang pja dah tak boleh go on dengan kerja ni.. waktu tu baru bos kata.. " napa awak macam ni? sedangkan prestasi awak dah bagus dah sebelum ni.. awak cepat belajar.. dah banyak awak boleh handle.." something like that la.. jawapan pja.. senyum je la..

Masa 1st time diketepikan sebelum ni, masa kontrak pja tak disambung, pja menangis dari pagi sampai ke petang.. mungkin sebab hormon terlebih.. preggy dah trimester pulak tu kan.. tapi kali ni pja tak rasa apa.. infact rasa lega sangat macam seolah-olah satu hilang satu beban dibahu pja.. walaupun pja tahu beban yang akan datang akan lebih berat.. i'm positive.. InsyaAllah Allah akan permudahkan segalanya.. 

Pja : Cik, PRE ada interview eh?
pegawai : haah, awak nak pergi ke interview tu?.. dengan muka serba salah
pja : tak la.. saya saja je tanya.. senyum & terus jalan

Kawan : Fieza, betul ke awak tak nak pergi?
Pja : Betul.. malas la.. lagipun bukan diorang panggil interview pun..
Kawan : Comfirm nih?
Pja : 100% Comfirm..

Ya Allah.. nak nangis rasa.. mana ntah dapat kekuatan ni.. walaupun sebenar-benarnya pja nampak masa depan pja masih lagi samar.. Alhamdulillah Allah bagi pja kekuatan yang luar biasa.. dan Ketenangan tu, hanya Allah dan Pja je yang tahu..

Jun 2, 2013

Insyirah

Assalamualikum..

Ni entry yang tak berapa mesra alam sebab through app dalam smartphone yang jugak tak berapa mesra alam.. hehe..

Ok, sekarang tengah konflik samada nak buat kenduri house warming pada next weeknd or tak.. sebab atok request if nak buat dia nak tumpang join kenduri doa selamat diorang nak pi umrah..

Tapi bukan tu yang pja nak cerita.. pja nak share rasa sedih bila sesetengah orang tu bila pja cakap nak buka taska je, diorang kata...
"kalau buka taska barang mainan nanti semua kene simpan.. kalau tak sepah-sepah nanti MALAS nak kemas"..
"nanti kalau buka taska, ajar ngaji dengan abc je cukup.."
"nanti kalau buka taska suruh je diorang tido lama-lama, senang".. n bla..bla..bla..

Sebenarnya masih ramai yang tak paham apa yang sepatutnya taska buat untuk development kanak-kanak.. pja tak salahkan diorang.. sebab nowdays pengusaha sendiri pun ada yang tak paham sampai aktiviti taska tu pun hanya tido dan diberi nasi bungkus..

So, kita yang paham ni la yang kene terangkn pada diorang kan.. kan..

Personally, pja rase pja dah rugi 14bulan yang sepatutnya insyirah boleh belajar lebih lagi dari apa yang dia dah belajar. whateverpun, pja tetap terima kasih dengan mama insyirah yang sabar layan kerenah anak bertuah yang banyak hal ni..

nota kechik: lepas ni boleh la fulltime anak-anak depan mata.. senang hati...