Mar 29, 2013

Remaja Sekarang

Assalamualaikum..

Haisshhh.. takut tengok remaja sekarang.. nak-nak cuti sekolah sekarang ni.. keluar dengan kawan-kawan dengan macam-macam perangai dan macam-macam penampilan...

Ya Allah, jauhilah semua tu dari anak-anak aku.. takut sangat rasanya... hah, pja ada satu story... act kejadian ni dah 2-3 minggu jugak la berlalu.. pja tau sebab sepanjang jalan pja belakang diorang..

3 orang budak laki pakai baju melayu sekolah merayau-rayau time orang solat jumaat.. keje diorang dok citer pasal figure perempuan yang lalu depan diorang.. siap tegur-tegur macam nak mengorat lagi.. then dia dok try sorang perempuan ni.. of coz la tak layan sebab pangkat kakak diorang kot.. bila tak dilayan, boleh plak salah sorang tu jerit "dah la kaki macam tiang, jalan terkangkang pulak tu... " kurang ajarnya.. perempuan tu marah, terus dia pusing masuk bilik air...

Haih... donia...donia...

Mar 28, 2013

Jodoh yang Panjang

Assalamualaikum..

Pheewww.. selagi pja kerja kat sini, selagi tu jodoh pja panjang dengan all the boses tempat praktikal dulu..

Tiap-tiap tahun masa IGEM memang dah comfirm jumpa coz bertugas dekat sane.. siap larikan diri tak nak terserempak.. then last year terjumpa sebab tolong settlekan documentation untuk disubmit as salah sebuah projek yang tercalon dalam Asean Energy Award.. paper Bukit Tagar (Eco-Ideal as Consultant) naik.. and luckily diorang menang kalau tak silap bawah ketagori On-grid Renewable Energy. dapat 2nd Runner-up.. hebatkan.. walaupn citer dah basi kan.. act pja punya report masa practical dulu pasal bende yang sama.. but that time, diorg belum lagi jual tenaga yang diorang hasilkan tu.. diorang just bakar dekat flare tower.. landfill pun baru complete dekat pre-phase dan 1st phase on going about 30-40%..

Then tadi jumpa lagi.. memang lalu depan-depan. twice... tapi selamat dapat palingkan muka...

Pja bukan tak nak jumpa diorang, tapi ada words diorang yang samapi sekarang terngiang-ngiang dalam pale pja yang buat pja tak boleh lupe diorang.. :) dan... ilmu yang diorang bagi pun pja takkan lupakan..

Mar 27, 2013

Pulangkan~~~

Assalamualaikum..

Haih.. aku naik geram tol.. abis semua pendrive aku sejak duduk kat opis nih... hangin..

Setahu aku la, semua pegawai dibekalkan pendrive 8G dan pegawai kanan dibekalkan pendrive 8G gak plus external hard disk 160G lagi.. dah la dapat free kan...

Tapi setiap kali meeting ke, jumpe client ke, or buat ape-apae la mesti tanye.. "pendrive de???" memula dulu baik hati la bagi.. pastu hilang la, tak pulang la.. minta balik kate nanti bagi la.. wehhh.. aku beli sendiri tau semua pendrive aku tuh.. 

Terkini tinggal bape ketul je pendrive aku.. de satu pendrive ni hadiah dari SNUI (kontraktor kt PPAMPS).. sayang giler kot.. sebab dia cute nampak kejepunan nye.. dalam tu semua backup document untuk bisnes TASKA aku.. dengan dokumen yang aku dapat masa KAAK dulu.. memula tak nak bagi.. tapi terpaksa sebab pegawai tu nak bawak dokumen untuk bentang ke Kabinet.. punnnnnhilang..nak nangis aku...

Dah la pegawai, gaji ribu-riban, berganda dari gaji aku, tak boleh pi beli sendiri ke???? yang free tu mana pergi..????

Sekarang memang tak la.. kalau diorang tanya lagi, mampus aku jawab "TAK DE.. SEMUA DAH HILANGGGGG" kedekut kan......tapi pendrive hilang boleh ganti.. dokumen hilang memang tak dapat balik.. Minta maap bebanyak la ye.. 

*Dokumen berguna untuk rujukan aku kat PPAMPS tu semua dah hilang..... (T_T)

Mar 26, 2013

Cowgirl

Assalamualaikum..

Comelkan patung tuh.. Actually hari tu blikan untuk sicomel Alysa sempena bufday dia yang pertama..

Pja pilih patung ni bukan saje.. Tapi sebab dia train 5 motor halus kanak-kanak..hah.. Tu la untungnya belajar pasal perkembangan kanak-kanak.. Sampai beli hadiah pun beli yang education.. Dia ajar pakai belt, tie, button, zip kasut & padankn velcro pada kasut.. Bagus kan..

Masa beli tu pergi sorang-sorang.. Then tu je la seketul yang tinggal.. Tak terpikir pulak nak beli dekat insyirah.. Tapi balik tu, terus dia hangkut kulu kelo cowgirl tu.. Nasib dalam plastik lagi.. Bila nak simpan bantai melalak.. Kesian la pulak..

Day after day try cari.. Memang tak jumpa langsung.. Dekat kedai yang pja beli pun tak ada.. Mungkin tak ada rezeki untuk insyirah that time..

But, tadi pergi pick up cheque dekat maybank.. Then singgah manjaku untuk beli showel gel insyirah coz stock dekat rumah mama dia dah habis.. Alih-alih jumpe cowgirl ni tinggal satu gak.. Pe lagi, trus la grab..

Ibu pulak yang beria-ia suka.. Hehe..

Mar 19, 2013

Kembar Sepasang

Assalamualaikum..

Sepatutnya entry ni taip semalam.. tapi sebab de citer lain nak cerita semalam, jadinya hari ni buat entry basi la..

Kisahnya 2 malam lepas, pja mimpi..... haha.. walaupun orang kata mimpi tu mainan tido, mainan syaitan, pja tetap nak cerita.. sebab mimpi pja ni kadang-kadang dejavu..

Waktu tu serasanya memang rumah sendiri walaupun view dia lain dari rumah sekarang.. pja pangku sorang budak dan sorang budak lagi baring depan pja.. yeay!! dapat anak kembar!!.. kembar lelaki.. haha.. exited giler.. pastu insyirah datang seperti seorang kakak yang penyayang.. haha.. best giler time tu rasenye..

Bangun je tido terus "amin" minta direalisasikan.. sebenarnye pja mengidam kembar sepasang.. nak sangat-sangat.. memang dari sebelum mengandung insyirah dulu.. lagi pun family belah ayah memang berderet kembar.. kembar 3 pun ada.. bestkan.. adik-adik(arwah meninggal masa kecil) ayah pun kembar.. Hussin dan Hassan namanya..

Orang kata, selalunya kalau mak ayah kita ada kembar, kita tak ada kembar, InsyaAllah baka kembar tu akan turun ke anak.. Lagi satu juga, dia akan kuat turun pada anak cucu perempuan iaitu anak kepada anak lelaki si ibu.. paham tak? haha.. pja pun pening.. dia cross.. means, dalam situasi pja sekarang, opah ada anak kembar, ayah (Anak opah) akan bawa baka then kebarangkalian untuk dapat anak kembar adalah tinggi pada anak-anak perempuan ayah iaitu pja dan kakna.. lebih kurang macam tu la.. sepatutnya mak pun boleh dapat anak kembar, tapi sebab mak tak dapat, so, kemungkinan untuk kami-kami ni dapat jadi tinggi..haha.. agak-agak paham tak?... tapi Wallahu'alam.. ni pja de baca-baca dalam internet la.. tapi sejauh mana sahihnya pendapat ni, pja pun tak pasti.. 

Korang pun amin kan tauuuuuu.. hehe.. tq awal-awal...

Mar 18, 2013

Cikgu Cikgi

Assalamualaikum..

Tahun 2013 adalah tahun yang slow untuk sharing-sharing dalam blog... hhmmmmm.. bukan malas, tapi tak ada masa.. tahun 2012 dan 2013 juga adalah tahu yang paling stress sepanjang pja hidup.. nasib baik la dua tahun ni di hiasi dengan gelak tawa si kecil yang adorable my little princess tu kan..

Dikala stress dah tahap melepasi hidung.. sure sesak nafas... tak tahu macam mana nak legakan.. tak ada kawan.. tak ada gelak tawa.. tak ada kehidupan sosial.. semua tak ada.. semua jadi boring.. seboring- boringnya..

Tapi sejak seminggu lepas, pja dah jumpa cinta hati pja yang tiba-tiba dapat buat pja menghela nafas yang panjang... lega selega-leganya.. kalau uol'z rasa hiruk pikuk anak-anak tu annoying atau gelak tangis anak-anak tu bising, pja rasa bunyi-bunyi tu semuanya terapi... so far la.. haha..

Kalau Ainan kata dah 150 juta kali orang tanya dia soalan yang sama, pja pulak dah 150 juta kali orang cakap mende yang sama.. bila orang tanya pja tanye kerja apa, mesti diorang kata "oooo... ingatkan CIKGU.." semalam pun ayat yang sama keluar.. then pja tanya, "ada muka cikgu ke??" jawapannya.. "Ya!"..

(T_T) memang pja dilahirkan untuk jadi cikgu kot.. bukan engineer.. pja pernah cakap dengan ayah mase ayah suruh pja pergi maktab dulu.. pja prefer jadi cikgu sekolah rendah then cikgu sekolah menengah.. Mungkin sebab tu juga, jiwa pja lebih kepada kanak-kanak.. (^_^)

Mar 7, 2013

Hutang Puitang

Assalamualaikum..

Berat mata memandang.. berat lagi bahu memikul... hhhhmmmmmmmmmmmm.. panjjjjjjjaanngggg keluhan kali ini...

Sebenarnya pja rasa serba salah sangat-sangat.. serba salah tu menebal setebal kulit buaya kot.. rasenye lebih... geram, marah, bengang pun bercampur baur... Meh pja citer;

Watak A : Peminjam
Watak B : Si pinjam nama kepada Peminjam
Watak C : Penjamin
Watak D : Kakak kepada Si pinjam nama kepada Peminjam

A pinjam bank dengan alasan kononya nak berniaga, pinjaman dibuat atas nama B sebab A tidak bekerja. Dengan alasan cinta sampai mati, pinjaman dibuat atas nama B. B minta tolong D jadi penjamin. tapi D tak nak. kemudian dia mintak tolong C.. sebab B dah merayu-rayu, dengan kasihan C tolong. Lepas dapat duit, A berjoli sakan dengan duit tersebut tak kisah anak bini dirumah. After few years, A dan B langsung tak bayar hutang dan menyebabkan C dikejar pihak bank. malangnya C di isytihar muflis. D bising-bising pada B suruh selesaikan masalah. B kata dia dah selesaikan. Dengan cerita kononya dah selesai tu, C cuba bina kerjaya dan kewangan untuk masa depan. alih-alih selepas 5 tahun, dapat cerita tergempar yang rupa-rupanya kes dengan bank tu masih tergantung tanpa sebarang tindakan. lebih malang lagi bila bank cakap C bakal di isytihar muflis kali kedua. bila hubungi B, tak angkat call. bila suruh bayar dengan tidak bersalah kata "tak ada duit". D dengan rasa bersalah bakal terpaksa menanggung hutang B kerana rasa bersalah pada C. 

Agak-agak paham tak?? tapi apa kaitan dengan pja?? Pja turut rasa bersalah dan rase serba salah.. Marah  dan sumpah seranah yang menebal pada A & B rasa sakit bila tak dapat luahkan pada diorang. sebab masalah ni bakal menganggu masa depan yang pja bakal bina sebagai kerjaya... Damn!!! Bank pun BONGOK! kenapa tak isytihar muflis dekat B sedangkan B masih duduk di rumah yang sama dengan tempat kerja yang sama. tak de masalah pun nak cari B.. memang prosedur bank macam harammm macam tu eh?

nota kechik amarah : dalam kepala ni dok terbayang si A yg sedang bersenang lenang tanpa rasa bersalah atas onar yang dia buat lebih 10 tahun ni dan tinggalkan macam tu je macam tak de apa yang berlaku.. rasa nak tumbuh je muka dia kasih pecah!

Mar 6, 2013

Demam Running Man

Assalamualaikum..

Kalau orang lain dah deman lame dah.. dari tahun lepas lagi.. pja baru nak start demam.. Ntah la sejak ada insyirah ni, kurang sikit nak cari hiburan..

Buat lately ni rase dah lame sangat menjauhi dunia sosial ni.. dan nampaknya nafsu hiburan dan semakin kehausan dan minta-minta dipenuhi semula.. Rindu nak gelak sakan time makan, bergosip sampai lupa nak basuh tangan.. rindu nak merempit tengah malam balik dari midnight makan roti canai dekat mamak.. rindu nak tengok WAYANG!!.. rindu macam-macam rindu.. dan the most is, pja dah kurang sense of humor sejak dah kurang masa nak bergelak-gelak dengan kawan untuk menghiburkan hati..

Last pja buat kerja gila kalau tak silap betul-betul sebelum kahwin.. naik genting kul 12 malam dengan ain, pinut, abg rizal, amar & awie, balik kul 4 pg... opppssss.. bocor sudah.. no couple2 okiesss.. just kami rakan sekerja.. that time pegi camping office (Golongan kuli terpilih) dekat kemensah.. tapi yang tak boleh tidor 6 orang ni je.. tu yang terlepas tu..

eehhhh.. ni dah lari tajuk dah ni.. so, untuk menghiburkan hati ini, sekarang ni addict tengok Running Man.. pja start dari awal.. episod mana yang tak de tu, tak pe la.. walaupun frust, takat yang de pja start follow.. yang terbaru pun episod 135 kan..kan.. banyak episod lagi pja nak bergelak2... oowwhhh.. i suke sangat aksi spontan Gary yang tak de perasaan tuh.. haha.. itu la peneman sekarang.. Stress kerja tengok running man.. rehat running man.. sebelum tido susukan insyirah running man.. hati tengah berduka lara running man juga.. haha.. memang ajaran sonsang kan.. Baca Al-Quran lagi padat pahala.. hehe..