Berat mata memandang.. berat lagi bahu memikul... hhhhmmmmmmmmmmmm.. panjjjjjjjaanngggg keluhan kali ini...
Sebenarnya pja rasa serba salah sangat-sangat.. serba salah tu menebal setebal kulit buaya kot.. rasenye lebih... geram, marah, bengang pun bercampur baur... Meh pja citer;
Watak A : Peminjam
Watak B : Si pinjam nama kepada Peminjam
Watak C : Penjamin
Watak D : Kakak kepada Si pinjam nama kepada Peminjam
A pinjam bank dengan alasan kononya nak berniaga, pinjaman dibuat atas nama B sebab A tidak bekerja. Dengan alasan cinta sampai mati, pinjaman dibuat atas nama B. B minta tolong D jadi penjamin. tapi D tak nak. kemudian dia mintak tolong C.. sebab B dah merayu-rayu, dengan kasihan C tolong. Lepas dapat duit, A berjoli sakan dengan duit tersebut tak kisah anak bini dirumah. After few years, A dan B langsung tak bayar hutang dan menyebabkan C dikejar pihak bank. malangnya C di isytihar muflis. D bising-bising pada B suruh selesaikan masalah. B kata dia dah selesaikan. Dengan cerita kononya dah selesai tu, C cuba bina kerjaya dan kewangan untuk masa depan. alih-alih selepas 5 tahun, dapat cerita tergempar yang rupa-rupanya kes dengan bank tu masih tergantung tanpa sebarang tindakan. lebih malang lagi bila bank cakap C bakal di isytihar muflis kali kedua. bila hubungi B, tak angkat call. bila suruh bayar dengan tidak bersalah kata "tak ada duit". D dengan rasa bersalah bakal terpaksa menanggung hutang B kerana rasa bersalah pada C.
Agak-agak paham tak?? tapi apa kaitan dengan pja?? Pja turut rasa bersalah dan rase serba salah.. Marah dan sumpah seranah yang menebal pada A & B rasa sakit bila tak dapat luahkan pada diorang. sebab masalah ni bakal menganggu masa depan yang pja bakal bina sebagai kerjaya... Damn!!! Bank pun BONGOK! kenapa tak isytihar muflis dekat B sedangkan B masih duduk di rumah yang sama dengan tempat kerja yang sama. tak de masalah pun nak cari B.. memang prosedur bank macam harammm macam tu eh?
nota kechik amarah : dalam kepala ni dok terbayang si A yg sedang bersenang lenang tanpa rasa bersalah atas onar yang dia buat lebih 10 tahun ni dan tinggalkan macam tu je macam tak de apa yang berlaku.. rasa nak tumbuh je muka dia kasih pecah!
No comments:
Post a Comment