Aug 31, 2010

Saya++Hantu++Tudung


Assalamualaikum...

Eeh... lame sangat rasenye tak updated blog neyh... tazkirah pagi pun dah lame skip... betol la kate Kak Ina, biler kita sebuk dengan duniawi, trus lupa tentang akhirat.. MasyaAllah.. lekanya...

Lately ni selalu sebuk.. pagi2 datang wat keje dulu ckit.. konon lepas tu baru nak update tazkirah.. last2 mesti kecundang sebab perkara lain.. last week termasuk semalam tiga kali berturut2 kene pergi site secara tibe2.. pagi2 bos masuk je terus cakap...
"fiza, ready, jap lagi kite pergi Karak..."
or
"fiza... pukul 9 nanti kite pergi Langat"

giler kate tak nak?... boleh je cakap "saya malas la bos..." tapi lepas tu mesti kene syarah kot.. haha.. yang paling penting, pja la orang yang paling rugi memandangkan pja pendatang baru... time ni la nak cedok ilmu dan belajar...!!

Sejak puasa dan masuk kerja ni... penat sangat rasenye.. [eh, bukan ke tajuk post pasal tudung...???? hehe... jap ye, mukaddimah panjang sikit] hari cuti weekend ++ cuti umum je mesti cbuk dengan hal lain.. dah tak de mase peribadi... comfirm cuti tu terisi dengan kebuzyan membuat kuih untuk customer... sebab tu customer pja tak ramai dan terhad.. mase terlalu suntuk.. malam2 dah tak boleh nak bakar kuih.. sebab Afkar ngan abah dia nak tdo kat bawah tu.. nanti ganggu.. sebab tu weekend je buzy buat kuih kat hall rumah.. satu taman bau cookies pja.. semestinya tergoda.. haha...

cuti umum plak selalunye terisi dengan hal lain.. contohnye pergi renew kad CIDB... [Excited siot.. tibe2 status engineer memandangkan pja belum jadi engineer.. hahaha]

kepada kawan2 yang dah jadi engineer tu.. janganlah gelakkan.. saya tahu saya "batak" ckit.. haha...

oh ya.. berbalik pada citer tudung tadi...

maksud tajuk post tadi ialah SAYA HANTU TUDUNG... huhu..

pja baru sedar yang pja ni sekarang hantu tudung... macam yang pja cakap tadi, sekarang pja dah tak de mase peribadi.. oleh sebab tu, after pukul sebelas tadi baru ada mase nak basuh tudung yang dah membukit tu.. konon nak iron baju.. cari2 tudung yang sesuai dengan baju tak jumpe... rupe2nye berlonggok dalam bakul baju nak basuh... uurrggghhh... penatnye.. pergi la basuh semua tudung2 tu.. mak aih... ingatkan sikit.. rupe2nye ntah berapa minggu tak basuh tudung... buat kesekian kalinya baru pja tahu yang tudung pja dah melambak dan paling bagusnya, banyak lagi tudung baru yang belom pakai.. haha.. belom pakai tu sebab tak de baju yang sesuai.. nasib baik beli baju raye hari tu boleh matchkan dengan tudung / shawl yang baru2 tu... rupe2nye pja telah shopping tudung dan shawl tanpa batas... [padan le duit tibe2 abih.. aceceh.. alasan.... sebenarnye duit abih kat barang afkar (T_T)... konon kedekut nak beli barang sendiri.. tapi bile pikir budak kecik tu, laju je duit ni mengalir]

kesimpulannye... NAK SHOPPING TUDUNG LAGI!!!! huhu...

Aug 24, 2010

Tazkirah Pagi #4

Ganjaran Puasa Ramadhan

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam
digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh
ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana
ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan
syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan
mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan
semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa)
kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”

Riwayat Bukhari & Muslim


Pengajaran Hadis:

i) Puasa merupakan perkara ‘dharuriah’ dalam agama di mana sesiapa yang
mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang
meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.

ii) Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada
perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan).
Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi
lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan
sepanjang Ramadhan berlangsung.

iii) Bulan Ramadhan dikenali juga sebagai bulan prestasi, di mana Allah
memberikan kesempatan kepada orang-orang yang beriman untuk
memperbaiki darjatnya di sisi Allah S.W.T bahkan di bulan ini semua aktiviti
yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadah kepada Allah S.W.T.

iv) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai
sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan
dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan
puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w.

v) Ramadhan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah
seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah
benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh
sepanjang Ramadhan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan permohonan,
munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah S.W.T.

Aug 23, 2010

Tazkirah Pagi #3

Assalamualaikum...


tazkirah pagi ni berbentuk artikel.. act tbe2 pja tertarik dengan artikel ni y pja dapat dari facebook.. so, pja rase ada baiknya pja kongsikan dengan yang lain... kepada tuan punya artikel, pja minta izin publish ye..


SATU MUHASABAH ; Kenapa Yahudi Bijak

by Danish Irfan on Saturday, August 14, 2010 at 2:42pm

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

pameran seni di spanyol
dgn berani mmenzahirkan penghinaan
tanda bukti islam makin lemah.
xkira pucuk pimpinan hingga ke bwahan

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon

Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

Aug 22, 2010

Kisah SaBtu

Assalamualaikum...

Kisah sabtu pja pada hari ini bermula daripada selasa lepas, yang mana pja ada dapat terima call dari sebuah consultant. dorang panggil pja untuk sesi temuduga sebagai Civil dan Structure Engineer.. oleh sebab dekat Kettha tu pja kontrak je, so, pja still looking for kerja tetap.. that's why pja kate ok untuk sesi interview tu walaupun rase berat hati sangat.. but pja ignore rase tak sedap hati tu..

Sampai la hati sabtu ni, dengan semua document dan salinan tak settle lagi.. pagi after sahur pja tak terus wat.. main2 dulu.. ntah la.. rase malas sangat2 nak pegi.. so, persediaan pun main2 la.. yang boleh fotostat, dah wat la.. tapi yang tang kene print sumer sangkut.. contohnye keputusan penuh degree (audit pengijazahan) tak leh print.. alasan, cara nak masuk smap online dah berubah.. so, tepakse la request password kat pihak IT uthm.. yang result penuh tu terpakse pakai yang mase status aktif [y spare dah terguna mase interview mengejut bulan lepas]..

Tapi tak rase risau pun... pas2 tu gerak, hati rase tak best.. driving sendiri pagi tu.. masuk je sprint, sesat barat.. masuk damansara utama.. nasib dapat tembus balik ke arah kelana jaya.. masuk taman pulak, sesat lagi.. masuk SS 2 la, SS 1 la.. SS 5 la.. rase ssh sgt.. slalu pakai map or signboard senang je.. tak pernah sesat macam tu skali.. but, last2 jumpe gak jalan..

Sampai je kawasan kedai tu, hati rase tak sedap sgt2.. tak nampak de kawasan melayu.. sumer chinese n india.. kedai makan pun.. christian punye bangunan depan tu.. sebelah tu pub plak.. ntah la.. memang cam tak best.. tapi still cari company tu.. dekat sepuluh kali ulang alik jalan tu.. but still tak jumpe.. signboard company pun tak de.. mak aiihh. pelik sungguh..

Lagi pja pelik, company tu 21A, yang pja jumpe cume 20, sebelah dia 22 trus.. camner tuh..10 kali pja tengok, siap tengok dekat2 takut tersalah tengok, still same.. then call la my super hero En. bakal suami.. dia soh cari lagi, soh call.. tapi cakap ngan dia rase tak sedap hati.. bincang punye bincang, dia soh balik je.. pja ikut je la cakap en. bakal suami tu.. mesti orang tanye nape tak call company tu kan... jawapannya.. Allah beratkan ati pja untu call.. sikit pun tak rase riso biler balik tu.. tak riso pun kalo kne blacklist kat jobstreet if x pi interview kite yang dah kate ok..

On da way balik, pja cume pikir, nape tempat tu takde.. fikir punye fikir, berat hati kate.. "mungkin Allah tutup pandangan aku dari compay tu.. mungkin ada hikmah atau ade mende yang Allah nak lindung" Alhamdulillah kalo ade mende disebalik kejadian ni..

Tibe-tibe mende ni buatkan pja rase rendah diri sangat kepada Allah yang Esa.. manisnya bila kita letakkan 100% penggantungan pada yang Esa kan.. dah lame sangat pja tak rasa kemanisan tu.. pja bukan nak kata pja baik.. sape yang kat luar tu rapat ngan pja, kenal baik buruk pja.. pja ni dah terlalu jauh menyimpang.. pepatah kate "Sejauh mana pun bangau tu terbang, akhirnya balik juga ke belakang kerbau".. pja rase dah tiba masenya pja terbang balik ke belakang kerbau..

Sejak dua menjak ni, macam-macam berlaku dalam kehidupan pja.. I mean dalam aspek kerohanian.. pja slalu doa, agar pja diberikan rezeki yang halal, pekerjaan yang terbaik untuk pja, bukan maksud ade company bagi gaji yang tak halal.. tapi maksud pja, biler pja kerja pja boleh jage hubungan pja dengan Yang Esa.. pengalaman pja involed dengan swasta banyak ajar pja.. rata-rata kebanyakan owner company is Chinese.. kadang-kadang diorang tak faham tentang Islam.. ada yang tak bagi solat kejap masa kerja.. ada yang dia bagi solat, tapi biler masuk bab kerja luar, susah nak solat.. kalo hilang pi solat, bos bising.. bab makan pja comfirm susah nak jaga.. kadang-kadang diorang ingat, bile beli ayam yang sembelih, tak masak khinzir dah halal..

[pja penah dapat ayat ni "u all jangan risau, kita dah tutup restoran ni dari pagi khas untuk u all, dah cuci sumer kuali untuk malay makan, beli ayam sembelih punya.. jangan risau, halal punya..." dalam hati kate, pinggan mangkuk, cawan tu sumer yang sme untuk serve u punya arak and Khinzir, u punya kuali pun belum samak.. luar kedai besar-besaran pampang jenama arak, kawasan kedai sumer cina, anjing berkeliaran.. masalah pulak dalam kedai u all bela anjing tapi dah sorok dalam sangkar, but I ternampak juga.. tu yang wat tak halal sayang.. ] kita tak boleh salahkan dorang.. sebab dorang tak faham agama kita.. kita pun ada tak faham agama diorang.. so, pucuk pangkalnya, kita sendiri yang perlu jaga..

Tu belum kita dok semeja dengan mereka yang minum arak.. sape kite yang hanya 'semut' untuk menegur.. bukan permanent worker plak tu.. pja ni dah la dah memang terpesong.. kalau pja tak jage, bertmbah-tambah la terpesong.. that's why la kalau boleh pja tak nak involed dalam company chinese.. kalo cari building construction malay, bukan tak de, tapi bape kerat la sangat.. sedangkan yang nak compete masuk situ beratu, beribu.. dan.. melayu sekarang pun belum tentu tak de masalah ni juga.. dan belum tentu kita boleh dapat tempat kerja yang perfect..

Walaupun pja sementara kat Gov ni, pja rase bersyukur sangat.. masalah makan, solat, dapat jage.. lagi best sejak ramadhan ni ade tadarus, tazkirah, tahlil.. pagi2 de mase nak bace ma'thurat, Al-Quran.. pja pun dah kurang pakai baju sluar terutamanya baju2 yang mak bising untuk dipakai.. pergi keje balik keje mak n ayah anta n amik.. weekday dengan mak, weekend en bakal suami belajar, dah susah nak jumpe, kurang maksiat.. citer pasal en bakal suami ni, ni pun pja try nak selesaikan masalah dengan cepat iaitu KAWEN!.. [Couple itu haram] Iman pja bukan yang tinggi melangit tu.. iman pja cuma senipis kulit bawang... dan pja tak mampu lepaskan seorang yang pja nampak kebertanggungjawaban dia dengan Allah, agama, family dan pelbagai sudut.. sebab tu.. kami perlu kurang jumpa dan cepat2 kawen.. ok? [family pja memang dah betul2 bising soh kawen]..

Dulu, mase zaman sekolah, dah beratus2 mak abihkan tiap bulan untuk masukkan pja kat sekolah agama swasta.. bukan nak buka pekung dada sendiri.. tapi sekarang baru pja terasa ruginya membazirkan masa dengan kelalaian sendiri.. berapa banyak ilmu yang pada dapat dari mu'allim, mu'allimah ajar, berapa banyak kitab yang dah dibincangkan dalam usrah, berapa banyak hadis yang pja dah hafal, berapa banyak juzuk Quran yang pja hafal, berapa banyak perkataan arab yang pja kuasai... tapi kini........, lidah jadi keras, kelu.... semua hilang begitu sahaja.. Astaghfirullahal'azim... TAKZIAH PJA.. kamu sangat mensia2kan apa yang kamu dapat... dan sekarang kamu kene bermula dari 0.... [perasaan pja : menyesal yang tak sudah, rasa berdosa sangat2]

nota kecik : hari minggu tak de tazkirah pagi.. so, anggap je la ini tazkirah pendek sebagai pengajaran baut semua... pja bersyukur sekarang pja mula dapat semula kemanisan, ketenangan hati yang sangat pja rindui.. pja ingat pja dah takkan dapat merasainya langsung.. 1 langkah kita mendekati-Nya 1000 langkah Dia mendekati kita.. 1 langkah kita menjauhi-Nya, 1000 langkah Dia menjauh kita..

Wallahua'lam...

Aug 20, 2010

Tazkirah Pagi #2

Assalamualaikum...


Ibrahim bin Adham berkata, " Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuatkan saya takut kepada Allah S.W.T.

Lalu meraka berkata, " Kami wasitkan kepada kamu 7 perkara iaitu:

  • Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
  • Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmah darinya
  • Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
  • Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat husnul khatimahnya.
  • Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
  • Orang yang memilih berkawang dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
  • Orang yang mencari keredhaan manusia jangalah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

Wallahu'alam...

"Demi Masa, Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian, KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh, Dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada kesabaran." [Al 'Asr]

Aug 18, 2010

Tazkirah Pagi #1

Assalamualaikum..

Setiap hari pja sampai awal kat ofis.. kalo ayah hantar, sebelum pukul 7 dah sampai.. kalo drive sendiri saje2 lewat pun sebelum kul 7.30 am sure dh sampai gak.. awal kan??

Biler sampai je ofis mesti tido... konon nak ganti tido le tu.. tapi fikir2 balik, tak elok pun tdo lepas subuh.. lagi plak nanti tak fresh.. so, pja fikir2 balik, lebih baik kita isi masa pagi kita dengan sebarang pengisian.. memandangkan pja masuk kul 8...

ok.. ok tak kalo pja wat tazkirah pendek pagi2 ni.. sekurang-kurangnye, kite dapat memperingati antara satu sama lain... tak semestinye tentang agama.. boleh jugak kite kongsi tentang moral dan peradaban.. tol tak?

so, Rasenye tazkirah pja pagi ni pasal

TUDUNG SANGGUL TINGGI

Hadis : Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).

Jawapan dari Ustaz Nor Amin, (dari blog Ustaz Nor Amin)


Ingatan kepada semua, wanita yang tidak menutup aurat adalam dosa dan haram perbuatan tersebut. Wanita yang bersanggul tinggi yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram sepertimana dinyatakan oleh hadis yang pertama di atas. Masalah ini beza dengan wanita yang bertudung, tetapi mempunyai sanggul tinggi di dalam tudungnya.

Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.

Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.

Jika dilihat dari trend orang sekarang ini berfesion seperti sanggul tinggi dan fesion tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesion tersebut. Pendapat saya, jika fesion tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram.

p/s : Ustaz, saya minta izin untuk berkongsi ilmu dengan semua...

Aug 17, 2010

Education

Assalamualaikum...

Errkkk.. rase cam tajuk ni dah penah keluar la... tapi tak pe la.. kite repeat balik tapi dengan jalan cerita yang berlainan.. pja nak cerita tentang satu kisah ni.. kisah benar.. bukan berniat nak buka pekuk sesiape.. tapi sekadar untuk berkongsi.. yang baik jadikan tauladan.. yang buruk jadikan sempadan.. tapi untuk menjaga nama baik keluarga tu, pja akan hiddenkan nama la...

Bismillahirrahmanirahim..

Bermula daripada sepasang suami isteri, y bernama atuk dan nenek tua.. mereka mempunyai 3 org anak along, angah dan acik.. tapi ketika along berumur 32 tahun, nenek tua telah meninggal dunia dan atuk telah berkahwin dengan nenek muda setahun kemudiannya.. hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama acu..

Semasa acu berumur 9 tahun, atuk telah meninggal dunia.. dengan rasa tanggungjawab, along telah menggalas tanggungjawab untuk menyekolahkan acu.. pada mulanya angah juga turut membantu.. tetapi apabila adik2-beradik nenek muda mengambil kesempatan atas kesenangan yang diberikan oleh anak2 tiri nenek muda kepada nenek muda.. walhal pada mula perkahwinan atuk dan nenek muda telah dikritik oleh adik beradiknya kecuali adik bongsu nenek muda..
seberapa banyak pun duit yang diberi along dan angah, nenek muda tetap menghadapi masalah kewangan. walaupun dia tidak mengadu pada along, tetapi along telah mendapat tahu kisah sebenar dari orang-orang yang boleh dipercayai.. disebabkan itu, angah sudah tidak mahu menyara nenek muda atas alasan tidak mahu adik-beradik nenek muda mengambil kesempatan diatas kebaikan nenek muda.. akan tetapi angah akan membantu dari segi lain..

Setiap bulan along menghantar duit kepada nenek muda dengan harapan acu belajar rajin-rajin dan menjadi orang yang berguna.. memandangkan anak-anak along kesemuanya berjaya, harapan along juga agar acu juga turut berjaya.. malangnya, kehidupan acu banyak dipengaruhi oleh keluarga kakak sulung nenek muda, nek long.. nek long terlalu memanjakan acu.. apa yang acu nak, semua dia berikan.. sehinggakan acu selalu bentak2 kepada ibunya, nenek muda untuk mendapatkan apa yang dia mahukan walaupun dia tahu yang nenek muda tidak berkemampuan.. walaupun baru sekolah menengah rendah, acu telah dibenarkan memandu kereta oleh nek long walaupun dimarahi oleh nenek muda.. along dan angah juga turun memarahi acu, tetapi telah di pertahankan oleh nek long.. nenek muda berasa kecil hati dengan nek long.. malangnya nenek muda yang dimarahi oleh nek long bila nenek muda tidak dapat memberi apa yang acu minta..

Acu sudah mula menjadi liar.. tidak mahu bersekolah.. ponteng.. melawan.. melepak sehingga larut malam.. bila nenek muda memarahi acu, acu akan lari pergi ke rumah nek long.. walaupun along telah berkali2 menegur perbuatan acu, acu hanya ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. segala perbuatan salah laku acu di pertahankan oleh nek long..

Pada awal tahun ini, acu telah dimasuk kan ke sekolah asrama vokasional oleh along, memandangkan acu tidak dapat membawa jurusan yang lebih berat.. dengan harapan acu akan menjadi lebih baik tanpa dipengaruhi oleh anasir2 luar.. pada setengah tahun pertama, Alhamdulillah acu menjadi lebih baik.. tetapi pada akhir2 ini, acu sudah mula membuat perangai semula.. acu ponteng sekolah.. sedangkan nenek muda telah menghantar acu sehingga menaiki keretapi.. malangnya pihak sekolah mengatakan acu tidak ada disekolah.. hilang entah kemana.. bila acu pulang kerumah, dia membawa keluar kereta nenek muda dan pulang hingga awal pagi.. acu mula merokok dan berkawan dengan rakan-rakan yang sosial bercampur lelaki dan perempuan dan sebuah rumah.. acu mula menipu nenek muda untuk mendapatkan duit.. pernah sekali acu meminta duit untuk membeli kasut berharga rm250.. sedangkan harga kasut yang dibeli cuma dalam rm 80 sahaja..

Disebabkan perangai acu yang semakin menjadi2, nenek muda mula sakit2 dan pitam.. nenek muda selalu rebah di dalam bilik air.. nenek muda tak lalu makan.. nenek mula selalu menangis dan kemurungan.. hanya along tempat nenek mula mengadu nasib.. semasa along dan nenek muda sibuk mencari acu, rupa2nya acu telah seminggu berada di rumah nek long.. nenek muda berkecil hati dengan tindakan nek long yang membiarkan acu tidak kesekolah.. apabila kekecohan ini telah berlaku, along mula lebih tegas.. along telah menghubungi semua pihak.. mula la pelbagai cerita yang berlainan versi keluar dari mulut masing-masing.. ingin menyelamatkan diri mungkin.. along telah nekad.. andai acu masih tidak mahu bersekolah, along akan memutuskan pembiayaan persekolahan acu.. dalam masa yang sama, along memujuk supaya acu menghabiskan baki persekolahan yang hanya tinggal setahun lebih ini..

Rupa2nya perkara ini tidak habis di situ.. nek long telah memarahi nenek muda dengan mengatakan nenek muda telah memaksa acu belajar sedangkan acu sudah tidak mahu belajar.. kecil hati nenek muda dengan tindakan nek long itu.. suami along telah menegur tindakan nek long.. [suami along yang membantu acu untuk dimasukkan ke sekolah asrama].. suami along mengatakan memang sepatutnya acu dipaksa untuk bersekolah sebab memang ini waktunya dia untuk bersekolah.. bukan untuk melepak2.. untuk jadikan acu orang yang guna.. bukan untuk orang lain.. tapi masa depan diri acu sendiri.. along juga pernah mencabar nek long dengan mengatakan adakah nek long mampu menyara seumur hidup acu jika nek long terus membiarkan acu tidak bersekolah..

Namun.. kisah ini masih tergantung.. nenek muda masih sakit2 di rumah.. acu masih dengan kedegilannya.. nek long masih dengan pegangannya untuk membiarkan acu buat sesuka hati acu.. [nek long memang bukan seorang yang mementingkan pelajaran, buktinya kesemua anak nek long tidak habis belajar].. along masih lagi mencari jalan untuk menjarakkan acu daripada nek long...

P/s: pja akan cuba sambung cerita ini dari masa ke semasa.. semoga pengakhiran cerita ini berakhir dengan sesuatu yang baik....

Aug 13, 2010

update

Assalamualaikum..

Rase nak update blog ni... tapi asyik tak de mase.. biler mengadap pc, idea tak de la plak..
sekarang ni pja ader rutin baru.. tiap2 hari balik rumah, dah tak leka dengan lappy dah.. leka melayan afkar plak.. tu dia belom pandai respon lagi.. nanti kalo dia dah pandai, mesti lagi best...

Balik rumah penat + penat driving tempuh jammed... tapi biler sampai jer rumah, dengar suare afkar + tengok telatah dia.. sweeetttttttt... seronok sangat... hilang penat... itu baru anak sedara.. kalo anak sendiri mesti rase lagi seronok.. kan..kan..kan...

Tibe2 rase cam nak pergi bercuti satu family... arrgghhh rindu nye... dah lame tak vacation same2... whatever pun kene tunggu kak na habis pantang dulu...

Sekarang aku dalam proses untuk membiasekan diri aku dengan rutin hidup yang baru.. bukan cikit yang berubah.. banyak sangat.. then banyak mende lagi yang aku rase susah.. contohnye kene drive sorg2 ke cyberjaya... penat....

‎(╥_╥)


teeeettttttttttttt...
sekarang dh 12.45 noon...
time to bad....
until 2.15 pm..
ddaaaaaaaaaa
krrrooohhhhhhhhhh.......

Aug 11, 2010

Adab Pergaulan..

Assalamualaikum...

1st of all.. pja nak mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa kepada semua umat Islam...

Im sorry.. sekarang ni dah jarang update my blog ni.. malas nak updat kat ofis.. tapi asal balik rumah jew, panggilan katil lebih hebat dari panggilan laptop.. hehe... nak wat camner.. tiap2 hari travel...

tajuk hari ni nampak cam agak islamic sikit kan... Act pja bukan nak berceramah.. tapi de sikit la nak kongsikan..

so, pja nak tanye, ape yang U all rase biler pasangan U all bertepuk tampar dengan kawan-kawan yang lain jantina.. or kongsi makan sepinggan dan secawan.. or tumpang kereta, berdua pulak tu.. or... macam-macam lagi la...

kalo sesape yang kate..
" ala, kawan jew.. nak heran pe..." itu pja rase jawapan orang yang rase diri dia open minded..
"jantan/betina mane yang dengan awak tu?" itu jawapan orang yang cemburu buta..
"jaga la adab dan sopan.. kita orang melayu... ada adat" itu jawapan orang yang berpegang pada adat dan kesopanan melayu...

tapi kata-kata seseorang yang menjaga adab-adab pergaulan antara muslim adalah.. "haram.. "

sebenarnye pja pun bukan la baik sangat pun.. sape yang kenal pja, korang tau la pja camner kan.. but, camner pun, pja susah nak rapat dengan laki.. amik mase ckit.. bukan ckit la, sbnrnye byk...

Tapi lately ni, ramai yang pesan dekat pja untuk cari kerja yang kurang melibatkan lelaki, kurang fitnah.. ??? [berfikir sejenak].. memula tu agak marah la juga dengan email tu... mane taknye.. kita dah masuk bidang Engineering.. mcm mane2 nak batas2kan pergaulan.. tapi, biler pikir balik, kenapa harus marah.. betul ape yang dia cakap...

Pja ada kenal dengan sepasang suami isteri ini... si suami sangat jaga pergaulan dia.. oleh itu dia juga amat menjaga pergaulan si isteri.. jika isteri hendak pergi mane2 same ade seorang atau dengan driver, dia lebih sanggup hantar dan ambil.. jika ada yang ajak berkongsi makanan, dia akan menolak dengan penuh berhemah.. macam mana dia menjaga isteri dia dari pandangan mata lelaki lain, macam itu juga la dia jaga pandangan mata dia terhadap wanita lain.. Indahnya....

Pja ingat lagi, dulu mase kat sekolah, pergaulan antara perempuan dan lelaki amat terbatas.. masuk kelas pun banin (lelaki) ikut laluan sebelah dalam dan ada pintunye sendiri.. banat (perempuan) ikut laluan sebelah luar juga ada pintunye sendiri.. dalam kelas of course meja kami terpisah jauh.. persatuan pun ikut jantina.. tapi sejak dah berada dalam dunia yang lebih mencabar ni, dah tak dapat mengelak pulak rasenye.. tapi.. selagi pja mampu jage, pja akan cube jage..

Actually mende ni semua adalah tuntutan.. mende ni juga bukan pemikiran konservetif.. tapi disebabkan kita yang beragama islam ini sudah jauh dari persimpangan yang sebenar, kita juga telah terlalu membuka minda kita untuk menerima budaya bangsa lain.. akhirnya kita menggadaikan pegangan kita...

so.. kat sini pja nak kongsikan sesuatu yang di post kan olah Zahra dari http://robbanimuslimah.blogspot.com/2009/01/adab-pergaulan-antara-ikhwan-wa-akhwat_27.html

Bismillah,
Pada Zaman Modern ini muda-mudi muslim begitu ambisius berkenan kepada hal-hal yang berbau adat modernitas, sayangnya mereka meniru akan modernitas kepada dunia barat yang menganut kepada ajaran Non Wahyu, mereka hanya menganut kepada hawa nafsu belaka, prilaku akan dunia barat penuh dengan kemaksiatan, dari memakai pakaiannya saja penuh dengan popularitas aurat bahkan mereka tidak malu kalau mereka pelukan - pelukan dengan bukan muhrimnya di jalan-jalan atau di media-media yang bersifat umum dan menurut mereka melakukan seperti itu sudah menjadi hal kebiasaan bahkan yang parahnya lagi mereka sering melakukan lebih dari itu. Aunubillahimindzalik.

Selaku manusia yang beriman kepada wahyu Allah dan sabda Nabi Muhammad saw, HARAM untuk mengikuti adat perilaku yang menyimpang dan melanggar Undang-undang Allah Swt, Oleh karena itu maka ada aturan-aturan yang harus dilaksanakan oleh muslim-muslimah akan aturan yang berkenan tentang pergaulan antara muslim dan muslimah. diantaranya :


1. A. PERGAULAN ANTARA IKHWAN - AKHWAN (LAWAN JENIS)

Di bawah ini diuraikan beberapa aturan Islam berkaitan dengan masalah pergaulan IKHWAN - AKHWAT, antara lain :

1. Menjaga Pandangan
QS. An-Nur : 30-31

“Tidaklah seorang Muslim sedang melihat keindahan wanita kemudian ia menundukkan pandangannya, kecuali Allah akan menggantinya dengan ibadah yang ia dapatkan kemanisannya.” (HR. Ahmad)

“Semua mata pada hari kiamat akan menangis, kecuali mata yang menundukkan atas apa yang diharamkan oleh Allah, mata yang terjaga di jalan Allah dan mata yang menangis karena takut kepada Allah.” (HR. Ibnu Abi Dunya)

2. Menutup Aurat secara Sempurna
QS. Al-Ahzab : 59, QS.An- Nur : 31

“Hai Asma, sesungguhnya perempuan itu apabila telah sampai umur/dewasa, maka tidak patut menampakkan sesuatu dari dirinya melainkan ini dan ini. Rasulullah berkata sambil menunjukkan kepada muka dan telapak tangan hingga peregelangannya sendiri.” (HR. Abu Dawud dan Aisyah)

”Dari Abu sa’id RA bahwasanya Rasulullah SAW bersabda : “Seorang laki-laki tidak boleh melihat aurat sesama lelaki, begitu pula seorang perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan. Seorang laki-laki tidak boleh bersentuhan kulit sesama lelaki dalam satu selimut, begitu pula seorang perempuan tidak boleh bersentuhan kulit dengan sesama perempuan dalam satu selimut.” (HR. Muslim dikutip Imam Nawawi dalam Tarjamah Riyadhush Shalihin)

3. Bagi wanita diperintahkan untuk tidak berlembut-lembut suara dihadapan laki-laki bukan mahram. (QS. Al-Ahzab : 32)

4. Dilarang bagi wanita bepergian sendirian tanpa mahramnya sejauh perjalanan satu hari.

“ Dari Abu Hurairah RA, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : Tidak halal bagi seorang perempuan yang beriman kepada Allah dan hari akhir untuk bepergian yang memakan waktu sehari semalam kecuali bersama mahramnya.” (HR. Bukhari Muslim dikutip Imam Nawawi dalam Tarjamah Riyadush Shalihin)

5. Dilarang “berkhalwat” (berdua-duaan antara pria dan wanita)

“Dari Ibnu Abbas RA bahwasanya Rasulullah SAW bersabda : “janganlah sekali-kali salah seorang diantara kalian bersunyi-sunyi dengan perempuan, kecuali disertai muhrimnya.” (HR. Bukhari Muslim dikutip Imam Nawawi dalam Tarjamah Riyadush Shalihin)

6. Laki-laki dilarang berhias menyerupai perempuan, juga sebaliknya.

“Dari Ibnu Abbas RA, ia berkata : “Rasulullah SAW mwlaknat kaum laki-laki yang suka menyerupai kaum wanita dan melaknat kaum wanita yang suka menyerupai kaum laki-laki.” (HR. Bukhari dikutip Imam Nawawi dalam Tarjamah Riyadush Shalihin)

1. B. KEHARAMAN KAUM LELAKI MEMANDANG WANITA YANG BUKAN MUHRIMNYA

Dalam fasal ini dijelaskan tentang diharamkannya kaum lelaki memandang kaum wanita yang bukan muhrimnya. Begitu pula sebaliknya, yakni keharaman kaum wanita memperhatikan kaum lelaki yang bukan muhrimnya.

Tersebut dalam firman Allah dalam surat Al ahzab, :

“Apa bila kamu meminta sesuatu kepada mereka maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan bagi hati mereka”.

Dalam surat An Nuur ayat 30 di jelaskan:

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman :”Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu lebih suci begi mereka”; Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka perbuat”.

Rasulullah S.A.W bersabda: ”Pandangan mata itu merupakan panah beracun dari panah Iblis. Barang siapa meninggalkannya karena takut Allah S.W.T, maka Allah memberinya keimanan yang mana ia akan memperoleh kemanisannya didalam hati”.

Nabi Isa as bersabda: “Takutlah kamu. peliharalah dirimu dari memperhatikan. Karena sesungguhnya memperhatikan itu menumbuhkan syahwat di dalam hati. Dan cukuplah syahwat itu menjadi fitnah”.

Sa’ad bin jubair mengatakan hanyalah fitnah yang menimpa Nabi Daud As adalah di sebabkan pandangan beliau. Nabi Daud bersabda kepada putera beliau Nabi Sulaiman As, lebih baik berjalanlah di belakang macan dan Harimau, janganlah berjalan di belakang perempuan.

Mujahid mengatakan, apabila seorang perempuan mengahadap ke muka maka Iblis duduk di bagian kepalanya. Lalu Iblis memperindah diri perempuan itu yang di peruntukkan bagi orang yang memperhatikannya. Kalau seorang perempuan berbalik menghadap kebelakang maka Iblis duduk di pantatnya. Lalu Iblis memperindah perempuan itu yang di peruntukkan bagi orang yang memperhatikannya.

Seorang bertanya kepada Nabi Isa As, Apa permulaan yang menyebabkan orang berzina?. Beliau bersabda :Yaitu akibat memperhatikan perempuan dan memperhatikan dirinya.

Al Fudhail mengatakan, Iblis berkata bahwa pandangan yang di lepaskan pada suatu perkara yang tidak halal itu adalah merupakan panahku yang sudah tua dan busurku yang tak pernah luput jika aku pergunakan.

Tersebut dalam sya’ir:

Segala sesuatu yang baru terjadi

Permulaannya dari pandangan

Nyala api yang besar

Permulaannya dari pelatuk yang kecil

Orang yang mempermainkan mata

Sangat di khawatirkan akibatnya

Berapa banyak pandangan

Yang masuk dan bekerja dalam hati

Bagaikan anak panah yang dilepas busur dan tali

Orang yang memperhatikan

Perkara yang membahayakan

Akan menyenangkan orang yang mempunyai kekhawatiran

Tetapi kalau akhirnya mencelakakan

Itu tidak membahayakan

Ummu salamah Ra mengatakan bahwa Ibnu Ummi maktum meminta izin kepada Rasulullah S.A.W. Saat itu aku dam maimunah Ra duduk bersama, maka Rasulullah bersabda: ”Bertakbirlah kalian “. Kami menimpali:” Bukankah dia orang buta yang tidak dapat memandang kami?”. Rasulullah bersabda:” Apa kalian tidak dapat melihatnya juga ?”.

Rasulullah S.A.W mengingatkan : “Allah melaknat orang yang dipandang dan orang yang dipandangi (membalas pandangan).

Bagi perempuan yang beriman pada Allah, tidak dibenarkan memperlihatkan diri pada setiap orang asing, karena yang tidak terikat oleh pernikahan atau muhrim karena nasab atau sesusuan. Demikian pula orang lelaki tidak dibenarkan memperhatikan kaum wanita, sebaliknya kaum wanita balas memperhatikan pandangannya.

Sebagaimana kaum lelaki menundukkan pandangannya kepada kaum wanita, maka menjadi kewajiban pula kaum wanita menundukkan pandangan mata terhadap kaum lelaki. Pendapat itu sebagaimana di tekankan oleh Ibnu Hajar dalam kitab AZ ZAWAJIR.

Tidak pula diperbolehkan lelaki bermusafahah (bersalaman) dengan perempuan yang bukan muhrim. Larangan ini berlaku juga pada perbuatan saling memberikan. Sebab itu perkara yang di haramkan memandangnya diharamkan pula memegangnya. Mengingat dengan cara memegangnya itu ia dapat merasakan kelezatan. Hal ini didasarkan pada dalil bahwa, kalau orang berpuasa lalu berpegangan dengan lawan jenisnya yang menyebabkan inzal (keluar mani), maka puasanya batal. Tetapi kalau keluarnya mani disebabkan oleh pandangan, puasanya tidak batal. Demikian menurut penjelasan kitab An Nihayah.

Diriwayatkan oleh Thabrani di dalam kitab Al Kabir dari mu’qal bin Yasar bahwa, salah seorang di antaramu yang di lukai kepalanya oleh jarum, itu lebih baik dari pada memegang perempuan yang tidak dihalalkan untuknya.

Rasulullah S.A.W memperingatkan : “Takutlah kalian terhadap fitnah dunia dan fitnah kaum wanita. Sebab permulaan fitnah yang menimpa bani isra-il itu adalah kaum wanita”.

Rasulullah S.A.W bersabda: “Dan setelah masaku tidak ada fitnah yang lebih membahayakan terhadap kaum lelaki ketimbang fitnah akibat perempuan”.

1. C. LARANGAN BERDUAAN DI TEMPAT YANG SUNYI

Tersebut dalam riwayat bahwa Rasulullah S.A.W bersabda : ”Takutlah kamu dari menyepi (berduaan) dengan perempuan. Demi Dzat yang diriku berada dalam kekuasaanNYA, tidaklah orang lelaki yang menyepi bersama dengan orang perempuan (yakni berpacaran), kecuali syetan menyusup di antara mereka berdua. Sungguh seorang yang berdesak desakkan dengan babi yang berlepotan lumpur itu jauh lebih baik dari pada berdesak desakkan (bersenggolan) dengan pundak perempuan yang tidak halal baginya”.

Rasulullah S.A.W bersabda:
”Orang perempuan itu merupakan jerat-jeratnya syethan (yakni perangkapnya), dan kalaulah bukan karena syahwat, tentu kaum wanita tidak akan menguasai (menundukkan) kaum lelaki”. (al hadits)

Ada pepatah mengatakan Apabila kelamin lelaki bangkit maka hilanglah sepertiga akalnya”.

Mudah-mudahan Allah senantiasa membimbing kita kepada ridhanya selalu, serta menjauhkan dari bentuk dan prilaku kejahiliyahan modernitas yang hanya akan membawa kepada kedurhakaan kepada Allah Azza wa Jalla. Wallahua'lam Bisshowab

Same-same la kita renung2kan... Thanks kepada pemilik blog Robbani...