Aug 24, 2010

Tazkirah Pagi #4

Ganjaran Puasa Ramadhan

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam
digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh
ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana
ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan
syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan
mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan
semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa)
kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”

Riwayat Bukhari & Muslim


Pengajaran Hadis:

i) Puasa merupakan perkara ‘dharuriah’ dalam agama di mana sesiapa yang
mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang
meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.

ii) Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada
perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan).
Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi
lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan
sepanjang Ramadhan berlangsung.

iii) Bulan Ramadhan dikenali juga sebagai bulan prestasi, di mana Allah
memberikan kesempatan kepada orang-orang yang beriman untuk
memperbaiki darjatnya di sisi Allah S.W.T bahkan di bulan ini semua aktiviti
yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadah kepada Allah S.W.T.

iv) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai
sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan
dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan
puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w.

v) Ramadhan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah
seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah
benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh
sepanjang Ramadhan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan permohonan,
munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah S.W.T.

No comments: