Aug 17, 2010

Education

Assalamualaikum...

Errkkk.. rase cam tajuk ni dah penah keluar la... tapi tak pe la.. kite repeat balik tapi dengan jalan cerita yang berlainan.. pja nak cerita tentang satu kisah ni.. kisah benar.. bukan berniat nak buka pekuk sesiape.. tapi sekadar untuk berkongsi.. yang baik jadikan tauladan.. yang buruk jadikan sempadan.. tapi untuk menjaga nama baik keluarga tu, pja akan hiddenkan nama la...

Bismillahirrahmanirahim..

Bermula daripada sepasang suami isteri, y bernama atuk dan nenek tua.. mereka mempunyai 3 org anak along, angah dan acik.. tapi ketika along berumur 32 tahun, nenek tua telah meninggal dunia dan atuk telah berkahwin dengan nenek muda setahun kemudiannya.. hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama acu..

Semasa acu berumur 9 tahun, atuk telah meninggal dunia.. dengan rasa tanggungjawab, along telah menggalas tanggungjawab untuk menyekolahkan acu.. pada mulanya angah juga turut membantu.. tetapi apabila adik2-beradik nenek muda mengambil kesempatan atas kesenangan yang diberikan oleh anak2 tiri nenek muda kepada nenek muda.. walhal pada mula perkahwinan atuk dan nenek muda telah dikritik oleh adik beradiknya kecuali adik bongsu nenek muda..
seberapa banyak pun duit yang diberi along dan angah, nenek muda tetap menghadapi masalah kewangan. walaupun dia tidak mengadu pada along, tetapi along telah mendapat tahu kisah sebenar dari orang-orang yang boleh dipercayai.. disebabkan itu, angah sudah tidak mahu menyara nenek muda atas alasan tidak mahu adik-beradik nenek muda mengambil kesempatan diatas kebaikan nenek muda.. akan tetapi angah akan membantu dari segi lain..

Setiap bulan along menghantar duit kepada nenek muda dengan harapan acu belajar rajin-rajin dan menjadi orang yang berguna.. memandangkan anak-anak along kesemuanya berjaya, harapan along juga agar acu juga turut berjaya.. malangnya, kehidupan acu banyak dipengaruhi oleh keluarga kakak sulung nenek muda, nek long.. nek long terlalu memanjakan acu.. apa yang acu nak, semua dia berikan.. sehinggakan acu selalu bentak2 kepada ibunya, nenek muda untuk mendapatkan apa yang dia mahukan walaupun dia tahu yang nenek muda tidak berkemampuan.. walaupun baru sekolah menengah rendah, acu telah dibenarkan memandu kereta oleh nek long walaupun dimarahi oleh nenek muda.. along dan angah juga turun memarahi acu, tetapi telah di pertahankan oleh nek long.. nenek muda berasa kecil hati dengan nek long.. malangnya nenek muda yang dimarahi oleh nek long bila nenek muda tidak dapat memberi apa yang acu minta..

Acu sudah mula menjadi liar.. tidak mahu bersekolah.. ponteng.. melawan.. melepak sehingga larut malam.. bila nenek muda memarahi acu, acu akan lari pergi ke rumah nek long.. walaupun along telah berkali2 menegur perbuatan acu, acu hanya ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. segala perbuatan salah laku acu di pertahankan oleh nek long..

Pada awal tahun ini, acu telah dimasuk kan ke sekolah asrama vokasional oleh along, memandangkan acu tidak dapat membawa jurusan yang lebih berat.. dengan harapan acu akan menjadi lebih baik tanpa dipengaruhi oleh anasir2 luar.. pada setengah tahun pertama, Alhamdulillah acu menjadi lebih baik.. tetapi pada akhir2 ini, acu sudah mula membuat perangai semula.. acu ponteng sekolah.. sedangkan nenek muda telah menghantar acu sehingga menaiki keretapi.. malangnya pihak sekolah mengatakan acu tidak ada disekolah.. hilang entah kemana.. bila acu pulang kerumah, dia membawa keluar kereta nenek muda dan pulang hingga awal pagi.. acu mula merokok dan berkawan dengan rakan-rakan yang sosial bercampur lelaki dan perempuan dan sebuah rumah.. acu mula menipu nenek muda untuk mendapatkan duit.. pernah sekali acu meminta duit untuk membeli kasut berharga rm250.. sedangkan harga kasut yang dibeli cuma dalam rm 80 sahaja..

Disebabkan perangai acu yang semakin menjadi2, nenek muda mula sakit2 dan pitam.. nenek muda selalu rebah di dalam bilik air.. nenek muda tak lalu makan.. nenek mula selalu menangis dan kemurungan.. hanya along tempat nenek mula mengadu nasib.. semasa along dan nenek muda sibuk mencari acu, rupa2nya acu telah seminggu berada di rumah nek long.. nenek muda berkecil hati dengan tindakan nek long yang membiarkan acu tidak kesekolah.. apabila kekecohan ini telah berlaku, along mula lebih tegas.. along telah menghubungi semua pihak.. mula la pelbagai cerita yang berlainan versi keluar dari mulut masing-masing.. ingin menyelamatkan diri mungkin.. along telah nekad.. andai acu masih tidak mahu bersekolah, along akan memutuskan pembiayaan persekolahan acu.. dalam masa yang sama, along memujuk supaya acu menghabiskan baki persekolahan yang hanya tinggal setahun lebih ini..

Rupa2nya perkara ini tidak habis di situ.. nek long telah memarahi nenek muda dengan mengatakan nenek muda telah memaksa acu belajar sedangkan acu sudah tidak mahu belajar.. kecil hati nenek muda dengan tindakan nek long itu.. suami along telah menegur tindakan nek long.. [suami along yang membantu acu untuk dimasukkan ke sekolah asrama].. suami along mengatakan memang sepatutnya acu dipaksa untuk bersekolah sebab memang ini waktunya dia untuk bersekolah.. bukan untuk melepak2.. untuk jadikan acu orang yang guna.. bukan untuk orang lain.. tapi masa depan diri acu sendiri.. along juga pernah mencabar nek long dengan mengatakan adakah nek long mampu menyara seumur hidup acu jika nek long terus membiarkan acu tidak bersekolah..

Namun.. kisah ini masih tergantung.. nenek muda masih sakit2 di rumah.. acu masih dengan kedegilannya.. nek long masih dengan pegangannya untuk membiarkan acu buat sesuka hati acu.. [nek long memang bukan seorang yang mementingkan pelajaran, buktinya kesemua anak nek long tidak habis belajar].. along masih lagi mencari jalan untuk menjarakkan acu daripada nek long...

P/s: pja akan cuba sambung cerita ini dari masa ke semasa.. semoga pengakhiran cerita ini berakhir dengan sesuatu yang baik....

No comments: