Assalamualaikum..
Tak pernah-pernah pja start post pja dengan memberi salam kan.. tak pe, mulai hari ni, pja akan mulakan tiap post pja dengan memberi salam..
Jap.. jap.. korang jangan konfius plak dengan blog ni.. [aceceh.. macam le ada follower].. idak le, biler korang tengok nama blog ni dah tukar.. background pun dah tukar.. mesti cam keliru cikit kan... i'm still PJA the writer of this blog.. cume appearance blog ni jew yang dah cam berubah ckit..
Then.. starting from now, pja rase nak tukar kata ganti nama juga.. kalo guna saya, cam kekok plak.. kalo guna aku cam kasar, nanti tak sampai apa yang nak disampaikan.. so, lepas dah pikir-pikir, decide nak guna pja..
Actually 'pja' ni panggilan untuk keluarga je.. kawan-kawan sumer panggil fieza.. sebab pja rase cam kami ade dua personaliti yang berlainan..
fieza~~ seorang yang tak mudah mengalah.. selalu rasa diri dia betol.. sebab dia tak nak dipandang sebagai seorang yang loser.. fieza juga seorang yang kasar biler bercakap, tak fikir perasaan orang lain, berdikari..
pja~~ seorang yang manja.. of course korang kata manja ke?? perangai pja ni hanya akan wujud dirumah je.. sebab tu kawan-kawan tak kan pernah sedar.. perasaan rendah diri pja ni terlalu tebal sebab adik beradik dia jauh lebih bagus dari dia.. pja mudah menangis.. pja sensitif..
Tapi after lepas poli, tetiba ramai pulak kawan-kawan yang panggil pja, then sebab tu lama-kelamaan, pja dah dapat jadikan dua personaliti tu menjadi satu.. ternyata sekarang pja dah tak kekok untuk dipanggil pja.. cume, kalo dengan orang yang baru kenal, pja akan introducekan diri dengan nama fieza, but after dia dah rapat dengan pja, baru pja akan ubah nama..
Eh.. ni dah lari tajuk..
ALWANI INSYIRAH.. mesti korang tanye kenapa pja tukar nama blog ni kepada alwani insyirah kan?.. sebenarnye proses memilih name ni memang la tersangat susah.. macam nak beri nama pada anak plak.. tapi kalo difikir balik, nama itu adalah kekuatan kepada sesuatu itu.. betul tak.. sebab tu, orang dulu-dulu kata "nama memilih tuan".. biler nama tu tak sesuai, nama itu akan menjadi beban kepada pemilik..
Nama asal blog ni sebenarnye Hussy gurl.. cam biase, orang kita akan lebih suka memilih nama inggeris banding melayu nye.. jarang kita tengok blog berbahasa malaysia letak nama melayu.. dan jarang jugak kita tengok blog berbahasa melayu menggunakan bahasa arab.. Hussy gurl tu diremove bukan la sebab guna word english, tapi sebab ramai yang telah salah faham dengan nama blog ni.. ada yang menyangka, maksud hussy = pelacur.. kenapa cam tu? pja dah terangkan dalam entry yang lepas.. so, korang boleh la cek balik.. kemudian, pja tukar pada PJABORINK.. sebab tu url blog ni.. time tukar tu tak dapat fikir nama yang lebih baik..
Then since 2-3 minggu lepas, terfikir nak tukar nama blog.. cari punya cari, pikir punya pikir, terfikir la nama ni.. tapi kenapa ALWANI INSYIRAH?
Pada asalnya nak tulis dalam huruf jawi, baru la nampak kekuatan yang sebenarnye.. tapi tak dapat la plak.. tapi tak pe, pja aka tetap usahakan..
Alwani = warna-warni
Insyirah = kegembiraan/ketenangan hati..
Asalnya pja pilih insyirah sebab pja suka sangat dengan nama tu.. satu hari nanti, pja nak letak nama anak pja dengan nama tu.. tapi biler pja tengok maksudnya, pja jadi jatuh hati.. 'ketenangan hati'... dah lama sangat pja tak dapat merasakan ketenangan dalam hati ini.. tapi disebabkan pelbagai dugaan yang pja hadapi lately ni, pja sedar ada sesuatu yang lebih baik yang telah mengajar pja sebenarnye.. ada hikmah yang lebih manis yang pja perolehi.. yang paling penting, walaupun pja masih diuji, kini pja dapat kembali merasai ketenangan hati yang saban tahun pja rindui.. Syukran Jazilan Ya Allah.. menitis air mata ini bile pja dapat merasakan kembali ketenangan yang tiada tandingannya ini..
Proses pemilihan alwani tu yang sebenarnye sangat susah.. pada mulanya ada terfikir nak guna Annur insyirah = cahaya kegembiraan
ainul insyirah = mata kegembiraan..
tapi macam tak kena dengan method blog ni.. setelah buat pertimbangan, alwani lebih tepat...
Warna-warni kegembiraan yang pja paham, [camner nak terangkan ye.. rase sangat complicated].. camni la.. kita gembira atas pelbagai hal, palbagai anugerah, pelbagai situasi.. tapi pernah kah kita merasai betapa nikmatnye sebuah kegembiraan itu setelah sekian lama kita mendambarkannya.. pernahkan kita menitiskan air mata kegembiraan sebagai penghargaan diatas kesukaran kita untuk mendapatkan kegembiraan itu.. yang paling penting, pernahkah kita bersyukur kepada Yang Hak diatas kegembiraan yang diberikan oleh-Nya itu.. itu la yang pja maksudkan.. kegembiraan dari pelbagai sudut.. dari mula kita menginginkan, memperolehi sehinggalah bagaimana kita mengekspresikan kegembiraan tersebut..
Oleh kerana blog ni sudah menjadi blog yang lebih kepada peribadi.. luahan rasa pja sendiri, dan memandangkan juga blog ini akan terus menceritakan perihal perjalanan hidup pja, hidup orang keliling pja.. pja rasa tak salah untuk kita berkongsi kegembiraan ini bersama-sama.. yang baik kita sama-sama kongsikan.. yang buruk pula kita jadikan sempadan dan pengajaran.. semoga nama baru ini menjadi kekuatan kepada blog ini..
Berkenaan dengan background pulak.. sampai hari ini, pja belum dapat background yang betul2 memuaskan hati pja.. sebab tu dia jadi messy cikit.. tapi tak pe.. pja akan try ubah dari mase ke semasa.. kalo sama je pown, tak best gak kan.. kita perlukan sesuatu yang baru mengikut peredaran masa..
No comments:
Post a Comment