Jun 28, 2010

KEBOLEHAN

"kenape ko tak jadi Interior Designer eh?"

lately ni de la beberapa orang tanye kat aku, termasuk la mak aku..
acehceh.. mak cam tak tau je naper aku tak jadi interior designer..

sebenarnye, aku tengah mengemas bilik aku yang kini hanya dihuni oleh aku sorang je...
tanpe berkongsi..
so,
sekarang ni bilik tu dalam proses susunatur semula..
menjadikan ruang peribadi yang selesa dan tenang...

tp,
sebenarnye banyak halangan dalam proses dekorasi semula tu..
sebab.......

  1. aku tak boleh tukar katil tu.. [aku adalah salah seorang yang sedar akan banyaknye waste di negara Malaysia ni.. oleh tu... aku kene kurangkan sisa.. WASTE MINIMIZATION].. katil tu elok lagi tanpa bunyik kriuk..kriuk.. me sedap..
  2. cermin soleh sedia ade tu adalah MASTERPIECE ayah aku mase dia mengajar dekat SMV Setapak dulu.. so, aku just boleh sembur cat semula je.. [ sekarang ni, aku lagi tinggi dari cermin tuh.. huhu.. cermin tu lahir mase aku 5 tahun, ikut ketinggian kakak aku]
  3. aku tak boleh cat.. sebab aku nak renovate bilik tu dalam mase bape bulan ni.. alang2 nak renovate cat skali la mase tu..
  4. aku tak de budget untuk menukar ganti perabot seperti rak buku dan meja study..
  5. almari aku adalah BUILD IN CABINET
  6. selepas ditolak build in cabinet aku tu, keluasan bilik aku tu cume 9x10 ft jer..
so,
pe yang aku boleh buat hanye memberi sentuhan baru pada semua perabot2 tu dan mengitar semula barang2 yang ada untuk menjadi penyelamat dan mencantikkan keadaan..

____________________________________________________________________

ok..
berbalik pada pertanyaan yang memula tadi..

sebenarnye..
aku tak penah sedar pun aku de kebolehan untuk menyusun atur rumah ni..
sebab aku kurang suka mengemas..
tapi aku suka buat dekorasi..
dengan syarat pe yang aku buat, takde bantahan oleh orang dalam rumah..
means, kalo aku kata, aku dah tak nak mende ni ada, ia patut dibuang, kene terus buang..
tak nak de alasan.. ala.. sayang la.. pe la..
perlu diingatkan mengemas dan menghias adalah dua perkara yang berbeza tau..
bukan maksud aku kurang suka mengemas, aku tak mengemas langsung...
kemas juga, dah nama pun tanggungjawab..

so,
kenapa aku kata aku tak sedar pun aku de kebolehan asas dalam menghias tetapi masih perlu di asah dengan lebih tajam lagi?..
sebab dari kecik aku tak de langsung kuasa untuk itu..
kuasa penuh atas tangan kakak aku..
memang tak de peluang langsung..
sebab tu aku tak penah pun terpikir aku boleh jadi interior designer..
but,
after aku masuk asrama..
aku boleh create ruang aku sendiri..
after dok umah sewa aku boleh susunatur barang dalam bilik aku..
[nasib aku dapat kawan2 yang tak kisah bile aku bg idea.. dorang ikut je la plak..]
tapi name pun umah sewa mase belajar,, tak la cantik mane pun, tapi selesa..
[ Thanks to hazliza n faezah, roomate mase dekat behrang, dan Muaz n liza, roomate mase kt tmn u ]

nak tau satu story tak..
dulu kecik2 aku suke lukis satu pelan lantai susunatur rumah idaman aku..
[kecik2 dulu tak reti nak melakar lukisan 3d]..
siap tunjuk kat kawan2 tuh..
konon nye tu rumah ayah aku..
haha.. penipu beso...
ala.. name pun kanak2 kan..
kawan aku dulu pun 2x5 jer.. huhu..

dari kecik jugak aku dah pandai pakai autocad.. waktu tu aku darjah 2 ke 3.. tak brape ingat..
[seyes tak tipu.. de gambar jadi bukti pun]
waktu tu autocad mase tu bukan cam sekarang.. dia de board ngan mouse dia sendiri..
aku dapat pendedahan ni dari kecik sebab mak aku pelukis pelan..
dia suke bawak aku pi ofis dia..
ayah aku pun pemeriksa paper lukisan kejuruteraan SPMV..
tapi dalam banyak, lukisan, aku paling suke pelan lantai rumah jew.. huhu~~

aku lagi suke tengok majalah about interior cam anjung seri, impiana, laman..
tengok rancangan interior gak.. home deko, deko eric, da letest 2 hati 1 jiwa..
kalo nak dibandingkan dengan megastructure ke..

ada sesetengah orang mempunyai hobi atau kebolehan,
tapi dia tak jadikan pun mende tu sebagai kerjaya dia..
dah de sesetengah lagi pula, kebolehan dan hobi mereka itu la yang menjadikan sumber rezki mereka..

dan aku, orang yang pertama..
aku suke sangat mende-mende yang melibatkan daya kreativiti ni..
de la ckit pengalaman mase kawen kakak aku dulu..
aku suke rumah konsep modern.. nak-nak dapat sentuhan perabot IKEA..
or modern contemporary pun suke..
banding english consept or bali..
[aku penah tgk org apply konsep bali dalam umah.. pandangan aku, messy]
kalo laman rumah cantik la..
aku suke abstract banding bunga2 penuh..
aku tak suke padat, tapi aku suke simple but nice..

p/s: aku dah de pelan lakaran untuk bilik aku selepas di renovate dan lakaran untuk bilik pengantin aku.. mak aku suke sangat.. dia kate sgt praktikal bagi bilik yang kecik macam bilik aku tu.. lakaran bilik after renovate tu aku boleh publish, tapi bilik pengantin tu tak boleh la.. private...

2 comments:

luvira said...

ok pja, so bilik pengantin aku ko deco eh..no reason..fullstop..TQ

P . J . A . A . M . I . R said...

ko jgn.. aku dh la br nak berjinak2... ko soh wt bilik pengantin trus.. takut aku..