ermmm.. tak tahu nak mula dari mana.. ok.. hari ni saya nak bercakap tentang sesuatu y lebih menjurus kpd isu awam tp in term of engineering la.. but, 1st of all.. pe yang bakal saya perkatakan ni perlula dipandang dari sudut positif.. dan diingatkan bahawa pe yang saya tulis ni hanyalah dari sudut pandangan dan pengalaman serta hak saya sebagai pengguna.. i hope tak de la yang akan cop saya.. (eh.. dah saya la plak.. saje nak bersopan ckit hari nih.. hehe..
dalam pemerhatian saya sekarang, act bukan saya je.. tapi ramai penguna-penguna kenderaan awam yang lain juga merasakan tahap penyediaan perkhidmatan kenderaan awam semakin merosot.. bagi saya, perkhidmatan yang diberikan tu memang bagus dan memuaskan.. tapi dari term of "comfort zone" dalam sesebuah ruang amat la teruk.. sebab bila naik je kenderaan awam, kita akan berada di satu tahap luar dari keselesaan kita.. tp kenapa masih ramai yang masih memilih kenderaan awam? semuanya atas faktor ekonomi, kesesakan, keterpaksaan dan tiada pilihan kedua yang lebih baik.. am i right??
apa sebab utama kenderaan awam diwujud kan? bukan ke untuk mengurangkan kenderaan diatas jalan? betulkan saya kalo saya salah.. tapi itu la yang saya penah diberitahu.. dulu, masa saya amik diploma, saya buat kajian mengenai improve persimpangan dan rekabentuk lampu isyarat.. tapi disebabkan tu juga, saya banyak pergi berjumpa dengan jurutera jalanraya dari byk tempat seperti JKR headquarters, DBKL, JKR Batang Padang dan banyak lagi la.. then salah seorang dari mereka pernah bercerita tentang pelan pembinaan jalanraya dan pengangkutan di Malaysia.. seperti yang you all sumer tahu especially org engineering mesti tahu tentang dalam design sesebuah rancangan pembangunan, kita kene amik kira faktor pertambahan penduduk dan pertumbuhan pada masa akan datang sekurang-kurangnya 5-10 tahun kehadapan..
bagi mereka yang tak pernah tahu, saya terang dengan mengambil contoh LRT Putra.. semasa peringkat awal perancangan dan perlaksanaan dahulu, train hanya 2 koc, tetapi stesen yang dibina boleh menampung sehingga 4 koc.. dan kita boleh lihat sekarang selepas lebih kurang 10 tahun, dimana pengguna LRT semakin bertambah, rapidKL sudah pun menyediakan train 4 koc walaupun perkhidmatan tu masih baru.. ini la yang dikatakan penyediaan pelan untuk masa akan datang..
berbalik pada jalan raya tadi.. pembinaan jalan raya kita sudah banyak peringkat2nya.. MRR2 or name sbnrnye Middle Ring Road 2 adalah pelan pembangunan jalan bagi pelan tahun ke 10 sejak tahun 1980-1990 lagi.. sekali lagi, betol kan saya jika saya salah.. dan kini kita boleh lihat lebih banyak jalan lain yang menjadi jalan alternatif bagi menjimatkan masa tanpa memerlukan kita masuk ke bandar dan menempuh jammed.. contohnya NKVE, DUKE, SPRINT, ELITE, GUTHRIE dan byk lagi.. TETAPI.. semua itu adalah jalan penyelesaian bagi menampung jumlah kenderaan yang ada di kawasan bandar terutamanya di kawasan lembah kelang dan selangor. orang kate, mencegah lebih baik dr merawat.. so..disamping menyelesaikan masalah, kerajaan juga telah menyediakan pelan untuk mencegah peningkatan jumlah kenderaan di atas jalan.. salah satu darinya adalah penyediaan kenderaan awam.. tapi kenapa kempen yang satu ini tidak begitu menggalakkan?
kalau dulu, bas mini, kemudia bas leng seng, metro dan banyak lagi.. dan ketika itu juga adanya intrakota yang menjadi kegemaran orang ramai kerana perkhidmatan yang memuaskan.. kemudian wujudnya Komuter, LRT, monorel, ketika itu pun intrakota diambil alih menjadikan RapidKL sebagai perkhidmatan yang paling diminati.. waktu itu juga, bas dan train yang disediakan amat cantik, selesa, dan mesra pelanggan..
kini, kalo kita naik bas sewaktu hujan, kita akan mandi dibasahi oleh air yang jatuh atas kepala kita.. bukan itu sahaja, kejadian ini juga pernah berlaku dalam train yang mana saya sendiri pernah mandi air yang mencurah-curah dalam train.. keadaan yang terlalu padat dalam satu mase tu membuatkan kan kita dalam kekurangan pengudaraan, panas, tidak selesa.. bas selalu rosak dan menyebabkan kita terkandas.. jadual bas yang tidak tepat menyebabkan kita tetap lewat walaupun kita dah sediakan mase kecemasan.. pendek kata.. maintanence mereka sangat teruk.. seorang engineer penah kata pada saya.. good housekeeping is a good service.. korang paham tak? maksud dia.. kalo kita nak tahu satu-satu perkhidmatan tu bagus atau tidak, kita tgk pada service dia untuk menjaga keselesaan orang ramai..
Sebagai contoh la.. rapid sediakan dua laluan dari terminal putra. T203 untuk ke tama sri gombak dan pinggiran dan T231 untuk ke UIA.. tapi apa yang sedihnya, bas y disediakan untuk ke TSG buruk, bas lame, bas yang dah tersengguk-sengguk, banjir waktu hujan, perjalanan untuk satu pusingan juga memakan masa yang lebih lama kerana faktor jarak dan jumlah penumpang yang berganda dari penumpang ke UIA. tetapi bas y disediakan untuk ke UIA tu lebih cantik, baru, jarang rosak DDAAANN jumlah bas y disediakan sama banyak dengan jumalah bas untuk ke TSG sdngkan setiap kali bas UIA gerak, penumpang didalamnya hanya separuh bas sahaja.. kenapa perlu begitu? bukan mksd saya kene tukar bas buruk tu untuk penumpang UIA dan bagi penumpang TSG yang cantik.. tapi ape kata service atau gantilah bas T203 tu dengan yang lebih elok dan tambahkan kekerapan perjalanan di waktu puncak seperti waktu pergi dan balik kerja. jika kekurangan pemandu, tidak la salah kurangkan jumlah bag T231 untuk sementara dan gunakan untuk membawa penumpang ke TSG.. sbb penumpang ke UIA bukan ramai sgt pun.. lagipun penumpang TSG majoritinya dari golongan yg berkeluarga dan byk komitmen banding pelajar UIA.. mereka mesti balik nak masak atau uruskan rumah lagi dan sebagainya
pada pendapat saya la, faktor orang yang sesak dan padat tu sepatutnya kita boleh elak kan dgn penambahan jumlah kenderaan.. faktor tidak selesa itu sepatutnya boleh di elakkan dengan membaiki kenderaan sedia ada atau menggantikannya dengan yang baru.. jadual perjalanan juga perlu lebih tepat.. bagaimana pelan rancangan untuk mengurangkan jumlah kenderaan di jalanraya seterusnya menggalakkan pengguna kenderaan awam hendak berjaya kalo kebajikan dan keselesaan pengguna tidak diambl kira. dengan keadaan cam ini, sesiapa pun akan kata mengomel..
"baik la bawak kete, tempuh jammed sikit, kuar duit minyak sikit janji selesa dalam kenderaan sendiri.. dari sesak2 nak bas dan train, dah la tu, tak selesa, berkuap panas, kalo hujan abih basah serupa tak berbumbung, dah la selalu lewat, lebih setengah jam tunggu, bas tak sampai-sampai, rebut krg kne jadi sardin dlm tin, xrebut krg ntah bape lame plak nak tunggu next trip.. dh le nak blk cepat, nak masak lg, pe lg.. tu belom lg bas rosak tgh jalan, tak pun bas x boleh lalu kt bumper sbb uzur sgt, penumpang plk y kene turun tiap kali lalu bumber"... itu la kata-kata penumpang y telah saya kumpulkan dan gabungkan menjagi satu ayat y menarik
so.. pikir-pikir kan la.. ni alang-alang de ura-ura mengatakan harga minyak nak naik, mase ni syarikat kenderaan awam sepatutnya amik peluang tingkatkan kualiti, maintainance, dan keselesaan pengguna utk tarik perhatian pengguna naik kenderaan awam..
orang kate lg... "bersyukur la dengan apa yang ada.. baik la ada dari tak ada langsung..." saya nak menjawab.. saya bersyukur sbb di Negara kita yang maju dan serba canggih ni, kita tak kekurangan apa pun.. tapi yang berkata tu pun bukan sanggup pun nak soh naik kenderaan awam kesan-kemari.. seperti y saya kate tadi, kenapa kita masih mengharap kepada kenderaan awam sedangkan tiap-tiap hari kita mengomel atau jika tidak selalu pun, mesti kita penah terdetik walaupun sekejap tentang ketidak puasan hati kita? ni semua atas FAKTOR EKONOMI, TIADA PILIHAN ALTERNATIF, KESESAKAN DAN KETERPAKSAAN.
No comments:
Post a Comment