lately ni banyak yang aku belajar dari kehidupan sebenar.. yang terbaru aku belajar tentang perlumbaan dalam hidup.. kadang-kadang aku pikir, dunia semakin kejam disebabkan acara perlumbaan yang tak pernah tamat ni..
kalau dulu aku takut untuk tampil kehadapan, menonjolkan diri, bersuara dikhalayak ramai.. kini sudah tiba masanya aku buangkan jauh rasa takut tu.. aku perlu kehadapan.. aku perlu expose.. seperti dalam bait lagu faizal tahir.. MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA.. lagu Gemuruh.. act, lagu tu antara pembakar semangat la..
berbalik pada perlumbaan hidup sebenar.. kalau dulu kita boleh kata "FIRST COME FIRST SERVE".. sekarang.. tu sumer dah tak valid.. zaman sekarang ni kite hanya boleh kata.. "THE BEST PERSON WIN".. so, kalau kita tak berlumba-lumba untuk jadi yang best tu.. selamanya la kita akan dibawah..
Adat la, yang menang akan disanjung.. yang kalah terus tersungkur.. tapi tak bermakna yang kalah tu akan terus di pijak.. melainkan dia ada semangat dan terus bangun walaupun berkali-kali banyaknya.. InsyaAllah, dia tetap boleh jadi yang disanjung..
Punya kusutnya pemikiran manusia zaman sekarang ni, sehinggakan perkara-perkara remeh pun akan terlibat sama dan akan terus jadi satu perlumbaan.. bila tibanya kerakusan, maka akan hilang la, peradaban dan kehormatan.. manusia tidak akan dapat berfikir dengan waras walaupun dengan sekecil-kecil pemikiran..
Ibarat kita menaiki bas.. kalau dulu semua akan beratur, yang datang dulu akan didahulukan.. yang tidak kemampuan diberi tempat duduk.. tapi sekarang?? tak kira kecil, besar, tua, muda, perempuan mengandung.. semua di jadikan pesaing.. bagi yang berfikir, ia akan jadi satu dilema.. jika kamu bersopan dan memberi peluang.. selamanya kamu akan ditinggalkan oleh bas.. kerana tiada siapa pun akan kisah tentang kamu.. tapi jika kamu sama-sama menjadi pelumba.. berebut-rebut.. bertolak-tolak.. sedangkan ada yang lebih berhak.. kamu akan dipandang sebagai seorang yang rakus.. jadi harus bagaimana?
tepuk dada tanya Iman
No comments:
Post a Comment